Sunday, March 31, 2024

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Sk Taman Putra Perdana 2024 (Sesi Petang)


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira’. Perkataan Nuzul bererti turun atau pindah dari atas ke bawah manakala Al-Quran adalah kalam Allah yang  merupakan satu mukjizat yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam.

Bagi memperingati peristiwa penurunan Al-Quran, maka sambutan Nuzul Quran dilaksanakan setiap tahun. Pada tahun ini Panitia Pendidikan Islam telah menjemput penceramah iaitu Ustaz Zairuddin Bin Mohamad kelsom bagi menyerikan lagi majlis ini.

Objektif :

1. Mengingati dan menghayati Hari Nuzul Al-Quran.

2. Memupuk minat membaca dan mengamalkan isi Al-Quran.

3. Menghayati keagungan dan kebesaran Allah dengan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Butiran Program :

Tarikh : 29 Mac 2024

Hari     : Jumaat

Masa   : 3.45 Petang hingga 5.30 Petang

Tempat: Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Sasaran : Warga sekolah SKTPP

Gambar-gambar sepanjang Program Sambutan Nuzul Al-Quran:

pengacara majlis yang manis
 (Ustazah Rafini dan Ustazah Rihazrin)

Sesi penerangan oleh penceramah jemputan 
(Usta Zairuddin)

 Barisan guru-guru yang berdedikasi

Kuiz terbuka untuk murid-murid SKTPP


Sesi penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan
 sepanjang bulan Ramadan oleh PK petang





 Penyampaian saguhati kepada Ustaz Zairuddin oleh Pk Petang (Pn Rohaya) 
dan Penyelaras program (Ustzah Farhani)

Lampiran Buku Program Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran 2024 untuk rujukan semua guru.  Sila klik link berikut:https://anyflip.com/izvja/pwyh/


Laporan blog disediakan oleh : 
Farhana binti Mohammad Fuzi

Monday, March 25, 2024

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE -2 SESI PETANG 2024

Hari : Isnin - Jumaat

Tarikh : 18 Mac 2024 - 22 Mac 2024

Senarai Nama Guru Bertugas :

Kumpulan B :
  1. En. Wan Roswandy bin Wan Ibrahim (Ketua)
  2. Pn. Nor Arzah binti Hussin (Penolong Ketua)
  3. Pn. Hastipa binti Mat Daud
  4. Pn. Shurhama binti Ahmad
  5. Pn. Suziana binti Mohd Makhtar
  6. Pn. Suphasara Supranie a/p Airak
  7. Hajjah Zalina binti Ismail
  8. Pn. Nor Azian binti Ahmad
  9. Pn. Maizara binti Mahat
  10. En. Mohd Zulhadi bin Mohd Salleh

Dari kiri : Pn Azian, Pn Nor Arzah, En Zulhadi, En Roswandy, Pn Hastipa, Pn Suziana dan Pn Zalina


Minggu persekolahan ke-2 telah melabuhkan tirai. Minggu ini merupakan giliran kumpulan B bertugas. Alhamdulillah sesi persekolahan kali ini berjalan dengan lancar dan teratur. . 

Berikut adalah laporan sepanjang minggu ini : 

Seperti biasa, hari Isnin setiap minggu dimulai dengan Perhimpunan Rasmi Mingguan. 

Perhimpunan  Rasmi pada minggu ini telah dikendalikan oleh Puan Nor Arzah binti Hussin . Ianya dimulai dengan 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah kemudian disusuli dengan bacaan doa yang diketuai oleh adik Megat Mohd Amjad Al Rajhi bin Megat Mohd Salleh dari kelas 3 Lamborghini. Puan Nor Arzah binti Hussin selaku pengerusi majlis hari ini memimpin bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar keselamatan jalan raya. Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Aqeef Qawiem bin Arzeky dari kelas 3 Volkswagen. 





Seterusnya, Pengacara Majlis memperkenalkan perkataan LAWAD pada minggu ini, iaitu :

Bahasa Melayu             : Kunjung - ziarah

Bahasa Inggeris            : Culture - budaya

Bahasa Arab                  : Maktabun - meja

Manakala tema minggu ini ialah Disiplin dan Keselamatan. Disertakan di sini intipati tajuk tema yang telah disampaikan oleh Pengacara Majlis, Pn Nor Arzah binti Hussin. Beliau menekankan aspek disiplin dalam kalangan murid kerana setiap tempat dan kawasan mempunyai disiplin yang perlu dipatuhi khususnya dalam kawasan sekolah.

Perhimpunan diteruskan lagi dengan mendengar ucapan daripada Guru bertugas pada minggu lepas iaitu En Azuad bin Md Yusof.

Antara intipati yang disampaikan beliau ialah :
1. Memastikan kebersihan di kelas dan kantin di tahap terbaik.
2. Memastikan tiada amalan pembaziran elektrik yang berlaku dalam kawasan sekolah.Murid hendaklah sentiasa menutup suis lampu dan kipas sebelum meninggalkan kelas.
3.Beliau mengharapkan penambahbaikan aspek yang ditekankan pada minggu seterusnya.

Seterusnya ialah Ucapan Penangguhan oleh Penolong Kanan Petang iaitu Pn. Rohaya binti Rosdi.
1. Memastikan disiplin sentiasa dijaga oleh smua murid SK Taman Putra Perdana.
2. Memastikan tiada murid bercakap semasa perhimpunan.

Perhimpunan ditangguhkan jam 1.30 petang selepas penyuraian murid ke kelas masing - masing mengikut tangga yang ditetapkan.






Berikut pula adalah sedikit coretan ringkas rangkuman sepanjang minggu ini.

1. Mesyuarat Panitia





2. Kutipan tabung Ihya Ramadhan


3. Suasana di kantin sewaktu rehat murid sesi petang







4. Suasana ketika murid datang dan pulang dari sekolah.









Penutup : 
 
Terima kasih kepada semua guru bertugas kumpulan B kerana berjaya melaksanakan tugasan pada minggu ini dengan jayanya. Disiplin murid sangat terkawal. Diharapkan semua murid  sentiasa bersemangat melalui setiap minit di sekolah untuk minggu yang akan datang.

Sekian, terima kasih. 

Disediakan oleh, 
Mohd Zulhadi bin Mohd Salleh

Laporan Minggu Bertugas Kumpulan Ketiga (sesi pagi)

Tarikh : 25 Mac hingga 29 Mac 2024

Hari : Isnin hingga Jumaat 

Senarai Guru Bertugas Mingguan Kumpulan C :

1. Noriza binti Md Nor

2. Nur Murni binti Abdullah

3. Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

4.Muhammad Afiq bin Azli

5.Norazian binti Mat Anuar

6. Mas Ayu binti Arifin

7. Hanifa binti Ramlee

8. Nur Zakiah binti Mat Som

9. Siti Rabiaah binti Mohammad

10. Juli binti Mahbah


Info Perhimpunan Rasmi:

Juruacara : Pn. Noriza binti Md Nor

Juruacara Pengawas : Nur Izzatul Hana Iman binti Shukrul Amri (6 Unix)

Konduktor 3 buah lagu : Naurah Safiyyah binti Muhammad Nasir (6 Unix)

Pembaca Doa : Harriz Khan bin Fariz Khan (6 Unix)

Pembaca Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya : Pn. Noriza binti Md Nor

Pembaca Ikrar Murid : Zara Nur Iman binti Zainal Adnan (6 Solaris)

Laporan Guru Bertugas Minggu Kedua: Pn. Norli binti Hassan :

    - Murid perlu hadir awal ke sekolah.Didapati ramai murid yang hadir terlalu lewat ke sekolah.

    - Murid perlu menjaga kebersihan kelas semasa dan selepas sesi pembelajaran.

    - Murid perlu beratur dan bersabar menunggu giliran turun melalui laluan yang telah ditetapkan.

Tema Mingguan : Disiplin dan Kebersihan

L.A.W.A.D :

    -BM : Istirehat - Berhenti daripada melakukan sesuatu untuk menghilangkan penat.

    -BI : Abbereviate - Singkatan

    -BA : Ibril - April

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang minggu bertugas :






Terima kasih kepada semua ahli kumpulan C yang telah melaksanakan tugasan dengan jayanya.Diharap murid sentiasa menjaga disipin dan keselamatan diri sepanjang masa.

sekian terima kasih.

Disediakan Oleh :

Pn. Mas Ayu binti Arifin

Laporan Bertugas Minggu Kedua (Sesi Pagi)

 Tarikh : 18 Mac hingga 22 Mac 2024

Hari    : Isnin hingga Jumaat

Masa  : 7.30 pagi

Tempat : Dewan Perdana

Senarai Nama Guru Bertugas :

Kumpulan B

1. Junaidah binti Rus (K)

2. Norli binti Hassan (P)

3. Norsiah binti Mohd Nor

4. Nanthini a/p Nadason

5. Nurhayati binti Mohamed Nor

6. Norlida binti Othman

7. Zaleha binti Sitam

8. Ahmad Syahir bin Tohit

9. Tarmiji bin Sabali

10. Nor Azura binti Mustafa

11. Roseniza binti Setapa

12. Norinna binti Mohamed



Konduktor 3 Buah Lagu :  Noor Hana Maisara binti Hamdan (6 Unix)

Pembaca Doa : Ammar Syahirran bin Ahmad Fairuz (6 Windows)

Pembaca Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya : Puan Norli binti Hassan

Pembaca Ikrar Murid : Muhammad Hadif bin Mohammad Farizfairuzzaman (6 Solaris)

Juruacara  (Pengawas) : Nur Ain Umairah binti Mas Jaffri (6 Windows)

Juruacara (Guru) : Puan Norli binti Hassan



Laporan Mingguan : Cik Roslinda binti Mansor

Terdapat beberapa perkara yang disentuh dan perlu diperbaiki oleh murid antaranya 

a)Hati-hati ketika waktu balik semasa menuruni tangga. Jangan berebut-rebut, beratur di koridor dan jalan ke arah tangga mengikut giliran kelas.

b)Pastikan brek basikal berfungsi dengan baik

c)Terdapat murid tahun 6 yang memakai gelang bertali hitam. Murid dilarang memakai sebarang perhiasan diri semasa berada di dalam kawasan sekolah.

d)Pastikan sentiasa berpakaian kemas mengikut tatacara berpakaian murid sekolah.

e)Mohon ibubapa menjemput dan menurunkan murid dipagar B bagi mengelakkan kesesakan berlaku. Pagar A bagi murid yang berjalan kaki dan berbasikal. 



Tema Mingguan : Disiplin (Keselamatan)

Keselamatan merupakan asas penting dalam persekitaran pembelajaran. Warga sekolah khususnya mestilah mempunyai kesedaran dan tanggungjawab berkenaan keselamatan diri di sekolah. Antara aspek paling penting dalam keselamatan ialah perlunya displin diri.


L.A.W.A.D: 

- BM : kunjung - ziarah

- BI : announce - mengumumkan

- BA : صَبَاحَ الخَÙŠْر(sobaahal khair) - selamat pagi


Karnival Bola Jaring Mini Tunas Olimpik MSSD Sepang pada 30 Januari 2024 di gelanggang BBST - Tempat ke-3





Kejohanan Kriket Juara-juara Sekolah




Kejohanan KL Tiger International




Ucapan Pentadbir : Puan Fauziah binti Salehoddin

- Ucapan tahniah kepada pemenang yang mewakili pertandingan sekolah.
- Jika ada bakat, maklumkan kepada guru untuk wakil pertandingan.
- Minggu kokurikulum, murid perlu memakai pakaian lengkap.
- Murid perlu membeli baju uniform, jika tiada boleh memakai t-shirt uniform pada hari Rabu.
- Amalkan kebersihan diri, di kelas dan dimana-mana.
- Maklumkan kepada guru jika sakit dan sertakan surat ketidakhadiran
- Jaga diri, jangan main mercun.

Aktiviti sepanjang minggu ini.




Tadarus Al- Quran sempena Ihya Ramadhan




Taklimat Displin Tahun 4, 5 dan 6


Sunday, March 17, 2024

Laporan Bertugas Minggu Pertama (Sesi Petang)

Tarikh : 11 Mac hingga 15 Mac 2024

Hari    : Isnin hingga Jumaat

Masa  : 12.30 tengah hari

Senarai Nama Guru Bertugas :

Kumpulan A

1. Saifullah bin Mat Saupi (K)

2. Amalina binti Abd Hamid (P)

3. Nurul Hanani binti Mohamad Kamal

4. Nazahiyah binti Ab Rahman

5. Nor Farhani binti Mukhtar

6. Nik Rosmaliza binti Nik Hussain

7. Fadhilah binti Talib

8. Nor Azuad bin Md Yusof

9. Sidratul Ayuni binti Aris

Sesi persekolahan tahun 2024/2025 telah bermula pada minggu ini. Hari pertama persekolahan memberi keterujaan kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah terutama murid-murid tahun 1 serta ibu bapa mereka. Murid-murid tahun 2 dan tahun 3 juga penuh bersemangat dan ceria untuk kembali ke sekolah setelah menikmati cuti yang panjang.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat ketetapan tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan 2024/2025, sebaliknya perlu diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelektual. Fokus utama adalah melaksanakan pendidikan didik hibur dan juga aktiviti-aktiviti seperti suai kenal dan interaksi antara murid dan guru.

Program dan aktiviti di sekolah pada minggu pertama ini telah disusun oleh pihak pentadbir dengan kerjasama daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling serta guru-guru.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada minggu pertama ialah Program Sinergi Mega untuk murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 dan prasekolah manakala Program Transisi khas untuk murid Tahun 1.

Berikut antara kenangan yang berjaya dirakam oleh lensa kamera sepanjang Program Sinergi Mega Tahun 2 dan 3 serta Program Transisi Tahun 1.


Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Azizah binti Mokhlas memberi ucapan sempena pembukaan sekolah dan merasmikan
Program Sinergi Mega

 

YDP PIBG Tuan Haji Megat Md Saleh bin Md Arshad telah memberi sedikit ucapan sempena awal pembukaan sekolah

                             

Taklimat Program Sinergi Mega disampaikan oleh Puan Rozimah binti Yaakob dan pelancaran Program Transisi Tahun Satu sesi 2024/2025

 

Suasana Hari Pertama Persekolahan

 

Murid Tahun 1 mengikuti Program Transisi Minggu Pertama dengan jayanya

 

Program Serlahkan Potensimu (Tahun 2 dan Tahun 3)

 


AKTIVITI HARI SELASA

 


v  Murid Tahun 2, 3 dan Prasekolah mengikuti Program Sinergi Mega iaitu ceramah yang telah disampaikan oleh YDP PIBG Tuan Haji Megat Md Saleh bin Md Arshad

v  Aktiviti "I Love Myself”

v  Aktiviti “Saya Fokus, Saya Cepat, Saya Hebat”

 

AKTIVITI HARI RABU


v  Program Transisi Tahun 1 (Literasi Asas)

                                        

v  Program Sinergi Mega “Hidden Picture”

 

v  Program Sinergi Mega “Teka Silang Kata”

 

v  Permainan Dalaman


v  Aktiviti Tepuk Sorak


AKTIVITI HARI KHAMIS


v  Ceramah Segar dan Sedar oleh En Saadon@Shahdon bin Shamsuddin


v  Transisi Tahun 1

 

v  Aktiviti Pop Kuiz Sains

                      

 v  Aktiviti Roda Emosi


AKTIVITI HARI JUMAAT

 

Aktiviti Mewarna

 

 Aktiviti Prasekolah


Sempena menyambut kedatangan Ramadan, Unit Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah mengadakan Program Ihya Ramadan sepanjang bulan Ramadan ini. Program ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan beberapa pertandingan yang disertai murid Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Prasekolah. 

 Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan SKTPP 2024 telah diadakan pada hari Jumaat..

 

Pelancaran Program Ihya Ramadan

Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih kepada semua guru bertugas Kumpulan A sesi petang atas kerjasama dan komitmen bagi melancarkan tugasan yang diamanahkan dengan jayanya.


Disediakan oleh;

Sidratul Ayuni binti Aris