... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, April 27, 2024

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-6 ( Sesi Pagi )

 Tarikh : 22 April hingga 26 April 2024
 Kumpulan : F
 Senarai nama Guru bertugas :         

  1.        Nurzainon binti Mohd Razalli  (K)
  2.        . Norhanim binti Ismail (P)
  3.        . Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang 
  4.       .  Mazzaini binti Muda.
  5.       .  Pusparani a/p Ranasimgam
  6.       .  Arjunawati binti  binti Ahmad Nuze 
  7.        . Wan Faizol bin Wan Mat
  8.        . Nik Kamisah binti Mohd Aziz
  9.         Nurliza binti Ab Rahman
  10.           Claudia Jacqueline Charles Nelson
  11.           Norbaizura binti Nordin
  12.       Dr. Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar

  1. Info Perhimpunan Rasmi :

  •            Tarikh          : 22 April 2024 
  •            Hari              : Isnin
  •            Masa            : 7:30 pagi 
  •           Tempat         : Dewan Perdana
  •           Tema             : Hijau
  •    Juruacara (Pengawas) :Nur Myisha Insyirah binti Izrul Shah (6Windows)
  •          Konduktor 3 Buah Lagu : Nur Hana Maisara binti Hamdan (6 Unix)
  •          Pembaca Doa : Muhammad Kamal Aisy bin Kamaruzaman (4 Tempua)
  •          Pembaca Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya :  Puan Nurliza binti Ab. Rahman
  •           Pembaca Ikrar Murid : Muhammad Hadif bin Mohammad Fariz fairuzzaman (6 Solaris)
  •          Juruacara (Guru) : Puan Nurliza binti Ab. Rahman
  •          Laporan Mingguan Ke-5 : Encik Ahmad Zubair bin Hj. Muhammad Taib
  •          Tema Mingguan : Disiplin - Amalan Baik 
  •     L.A.W.A.D:     BM: menjunjung - membawa sesuatu di atas kepala.
  •                                     BI - abuse- penyalahgunaan
  •                                     BA  -   عريفة -  pengawas perempuan 
  •           Lain-Lain Pengumuman :🌸 
  •           (Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji) Guru Perpustakaan & Media
  •             1. Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS)
  •             2. Fokus 10 minit 'FoS'     
  •             3. Pelancaran Dans Tabung 10 sen - 'T 10'
  •             Ucapan Pentadbir : Datin Noraizah binti Dun (GPK HEM)
Barisan Guru Bertugas

  • Barisan pengawas yang bertugas dalam perhimpunan rasmi


  • Pengacara majlis, ucapan guru bertugas minggu 5 dan ucapan wakil pentadbir.


    Pelancaran Hari Nilam Selangor, Fokus 10 minit 'FoS' dan Tabung 10 sen 


    Suasana datang dan balik murid ke sekolah di pagar A dan B

    Aktiviti Kokurikulum perjumpaan kali pertama 2024


    Sambutan Hari Raya pada hari Jumaat 


      Laporan disediakan oleh :

       Nurzainon binti Mohd Razalli

Mesyuarat Permuafakatan PPKI SK Taman Putra Perdana Bil.1/2024

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Pada 27 April 2024, PPKI SKTPP telah mengadakan Mesyuarat Permuafakatan PPKI bersama ibu bapa di Terminal Muafakat bermula 8.30 pagi. Mesyuarat ini bertujuan untuk:

  • Membincangkan aktiviti tahunan 2024
  • Membincangkan masalah atau isu-isu berkaitan murid-murid PPKI
  • Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga PPKI
  • Mewujudkan kerjasama antara guru dan ibu bapa 
Mesyuarat telah bermula dengan ucapan PK Pendidikan Khas, En. Asrulafandi Bin Ismail. Beliau telah memperkenalkan para guru PPKI dan membentangkan minit mesyuarat permuafakatan tahun 2023 berkenaan hal kurikulum, Hal ehwal murid dan kokurikulum PPKI. Seterusnya, YDP PIBG telah memberikan ucapannya berkaitan hal-hal murid PPKI dan cabaran yang dihadapi oleh guru. Laporan Kewangan berakhir 8 Februari 2024 juga turut dibentangkan oleh PKPPKI. 

Sijil Penghargaan telah disampaikan kepada barisan AJK 2023 yang hadir. Seterusnya, AJK baru bagi sesi 2024/2025 telah diundi dan dilantik. 

AJK PERMUAFAKATAN PPKI 2024/ 2025

Pengerusi : Dato Azri Bin Che Zan

Naib Pengerusi : Pn.Sakinah Binti Abdul Manaf

Setiausaha : Pn. Norfauziaton Binti Ali Mohamed

Bendahari : Pn. Nurhayati Binti Mohamed Nor

AJK Ibu bapa: En. Wan Abdul Aziz/ Pn. Suhaila

 En. Mohd Safrizal

Pn. Siti Hazimah

 Pn. Najwa Sarah

   En. Iskandar Hadi

Juru Audit :   Pn. Pusparani Ranasimgam (Guru)

  En. Yusri ( Ibu bapa)


 Ucapan PK PPKI, En. Asrulafandi bin Ismail


Sebahagian ibu bapa yang hadir


Penyampaian Sijil penghargaan kepada AJK 2023, Pn. Rohimah


Barisan AJK 2024/ 2025 


Gambar Kumpulan warga PPKI


Mesyuarat telah berakhir pada pukul 10.45 pagi.

Friday, April 26, 2024

Majlis Sambutan Hari Raya 2024

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Untuk makluman, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah mengadakan Sambutan Hari Raya peringkat sekolah untuk semua murid mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 26/4/2024 (Jumaat)

Masa: 8.30 - 12.20 tghari

Tempat: Dewan Perdana, Dewan Putra, Dewan Taman & Kantin

Buku Program Sambutan Hari Raya

Sambutan Hari Raya ini diadakan untuk mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa. Selain itu, dapat menimbulkan sikap bertanggungjawab dalam diri murid - murid sekaligus menggalakkan komunikasi dan kerjasama antara guru - guru dan murid - murid.

Disertakan juga gambar - gambar suasana sepanjang majlis berlangsung.





Terima kasih diucapkan kepada semua AJK Pelaksana kerana telah menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya ini. Sekian laporan.

Monday, April 22, 2024

Majlis Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS), Fokus 10 Minit ‘FoS’ dan Pelancaran Dana Tabung 10 sen - ‘T10’

 

Pada 22 April 2024, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS), Fokus 10 minit ‘FoS’ dan Pelancaran Dana Tabung 10 sen - ‘T10’ di Dewan Perdana SKTPP.

Puan Arnny memberikan taklimat kepada murid sesi petang


Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji selaku Guru Perpustakaan & Media SKTPP. Beliau memberi ucapan ringkas berkaitan dengan program hari ini.


Majlis diteruskan lagi dengan Gimik Perasmian. Barisan Guru Penolong Kanan yang diketuai oleh Puan Azizah binti Mokhlas (Guru Penolong Kanan Kurikulum), Datin Nuraizah binti Dun (Guru Penolong Kanan HEM) dan juga Puan Fauziah binti Solehuddin (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) bersama-sama dalam menyempurnakan Gimik  Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS), Fokus 10 Minit ‘FoS’ dan Pelancaran Dana Tabung 10 sen- ‘T10’.



Gimik memasukkan wang ke dalam tabung oleh Puan Rozimah di sesi petang





Pengawas Pusat Sumber turut membantu semasa perasmian

Semoga dengan Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS),Fokus 10 minit ‘FoS’ dan Pelancaran Dana Tabung 10 sen - ‘T10’ dapat meningkatkan minat murid-murid dalam  membudayakan aktiviti membaca dan melahirkan sikap suka menderma dalam kalangan warga sekolah.

Friday, April 19, 2024

Kejohanan Merentas Desa 2024

Pada hari ini, Unit Kokurikulum SK Taman Putra Perdana menganjurkan Kejohanan Merentas Desa dengan jayanya. Aktiviti Larian Merentas Desa adalah acara tahunan berdasarkan kalendar tahunan sukan sekolah. Aktiviti ini disertai oleh semua murid Tahap 2 yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6. Maklumat lanjut mengenai Kejohanan Merentas Desa adalah seperti berikut: 

Tarikh: 19 April 2024

Hari: Jumaat

Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi

Tempat: Taman Putra Perdana

Anjuran: Unit Kokurikulum SK Taman Putra Perdana

Objektif: 

1) Mengembangkan potensi dan mencungkil bakat sukan yang ada dalam kalangan murid Tahun 4, 5 dan 6 di SK Taman Putra Perdana. 

2) Memberi peluang kepada murid-murid menyertai aktiviti sukan dan beriadah secara positif. 

Pautan Buku Program, sila klik di sini.

Pelan Larian Merentas Desa SK Taman Putra Perdana :


Berikut merupakan gambar aktiviti yang sempat dirakamkan: 

Pautan dari Youtube, sila klik pada link pautan berikut:

Getah yang disediakan oleh penganjur untuk diserah kepada petugas di setiap checkpoint

Bersiap sedia menunggu para peserta Kejohanan  Merentas Desa


Air minuman kepada para peserta Kejohanan Merentas Desa



Petugas di garisan penamat

Bergambar kenangan bersama AJK Pencatat

Tahniah kepada barisan pemenang