Friday, March 31, 2023

Program Transisi Tahun 1: Minggu Pertama (20-24 Mac 2023)

Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0) merupakan satu program yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memberi penekanan terhadap aspek  sosioemosi, kognitif dan fizikal murid bagi  menyediakan mereka menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri di  sekolah rendah.

Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0) diorganisasi dalam dua fasa iaitu Fasa Penyesuaian (20 Mac – 31 Mac 2023), dan Fasa Kesediaan (3 April14 April 2023). 


Program ini melibatkan 11 kelas tahun satu sahaja yang melibatkan seramai 446 orang murid.  Kerangka konsep PTTS 2.0  dibangunkan berasaskan lima aspek iaitu sosioemosi, sikap dan nilai, kognitif  (termasuk literasi dan numerasi asas), kreativiti dan estetika serta  kesejahteraan fizikal dan kesihatan. Kelima-lima aspek ini dilaksanakan  berasaskan pendekatan bertema dan bersepadu. 


Program ini diharapkan dapat membantu murid dari pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan perkembangan sosioemosi untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap perkembangan dan pencapaian yang hampir sama.


PTTS 2.0 dirangka bagi mencapai objektif seperti berikut:

1. Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau prasekolah/tadika kepada pendidikan formal.

2. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.

3. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.

4. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran.

5. Membantu murid mengurus diri sendiri.

6. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.


Maklumat lanjut berkaitan program ini boleh didapati pada pautan berikut:

https://mylink.la/transisi_tahun_sktpp


Jutaan terima kasih kepada Pn Hajah Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana, di atas sokongan dan galakan yang diberikan dalam melaksanakan perancangan Program Transisi Tahun 1 bagi sesi 2023/2024. Tidak ketinggalan juga kepada En Naga Kannan a/l Vadivale, PK Petang yang banyak membantu dari segenap segi, PIBG, JK Pelaksana serta ibubapa yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik.


Semoga perjalanan Program Transisi Tahun 1 ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai sasaran dan objektif yang telah ditetapkan. Buat murid Tahun 1 yang dikasihi, langkahlah dengan harapan dan pengakhirannya dengan sebuah kejayaan.


Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam lensa kamera. Semoga ianya menjadi kenangan buat murid-murid Tahun 1.



                                                      Suasana hari pertama



                                                    Aktiviti-aktiviti di dalam kelas

                                          

                                                    Lawatan ke bilik-bilik khas


Laporan ditulis oleh:
Sir Saifullah


Wednesday, March 29, 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kokurikulum

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kokurikulum Bil. 1 sesi 2023 / 2024. Mesyuarat membincangkan hal-hal pengurusan kokurikulum sepanjang tahun termasuk sistem fail, pelaporan, aktiviti koku mingguan, kejohanan merentas desa, sukan tahunan serta program-program koku yang dirancang. Semoga mendapat kerjasama baik dari semua pihak. Tahniah buat PK Koku SKTPP & barisan AJK serta semua guru. Semakin meriah koku semakin mantap kemenjadian murid..




Friday, March 24, 2023

Laporan Bertugas Minggu Pertama (Sesi Petang)

Tarikh : 20 Mac hingga 24 Mac 2023

Hari    : Isnin hingga Jumaat

Masa  : 12.30 tengah hari

Senarai Nama Guru Bertugas :

Kumpulan A

1. Nor Amirulfitri bin Othman (K)

2. Rozimah binti Yaakob (P)

3. Azizah binti Ab Hamid

4. Nora Azean binti Che Othman

5. Norazmira binti Kadirun

6. Nor Rafini binti Othman

7. Norhana binti Nordin

8. Salmi binti Adnan

9. Rosmanini binti Rahim

10. Farhana binti Muhamad Fuzi

Sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik sesi 2023/2024 telah bermula pada minggu ini. Hari pertama persekolahan memberi keterujaan kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah terutama murid-murid tahun 1 dan ibu bapa mereka. Murid-murid tahun 2 dan 3 juga penuh bersemangat dan ceria untuk kembali ke sekolah setelah menikmati cuti yang panjang.

Namun begitu KPM telah membuat ketetapan tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024, sebaliknya ia perlu diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelektual. Fokus utama adalah melaksanakan pendidikan didik hibur dan juga aktiviti-aktiviti seperti suai kenal dan interaksi antara murid dan guru.

Berikutan arahan baharu ini, program/aktiviti di sekolah pada minggu pertama ini telah disusun oleh pihak pentadbir dengan kerjasama daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling serta guru-guru.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada minggu pertama ini ialah Program Sinergi Mega untuk murid Tahun 2 hingga Tahun 6 dan Prasekolah manakala Program Transisi untuk murid Tahun 1.

Berikut antara kenangan yang berjaya dirakam oleh lensa kamera sepanjang Program Sinergi Mega Tahun 2 dan 3 dan juga Program Transisi Tahun 1 berlangsung:

Guru Besar
Puan Rohaidah binti Mohd Ali memberi ucapan sempena pembukaan sekolah dan merasmikan
Program Sinergi Mega

YDP PIBG Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian
telah memberi sedikit ucapan sempena awal pembukaan sekolah

Ucapan En. Naga Kannan a/l Vadivale selaku Penolong Kanan Petang


Taklimat Disiplin disampaikan oleh Encik Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman
Taklimat Program Sinergi Mega disampaikan oleh Puan Nor Arzah binti Husin 
Taklimat Transisi disampaikan oleh Puan Nor Azian binti Ahmad
Taklimat RMT disampaikan oleh Puan Fadhilah binti Talib


Bagi memantapkan disiplin murid-murid sesi petang, Guru Disiplin iaitu Sir Aizil telah mengambil inisiatif untuk memberikan taklimat kepada semua murid berkenaan disiplin sekolah dan peraturan-peraturan yang mesti murid patuhi.

Unit Bimbingan & Kaunseling SKTPP juga turut menyediakan Program Sinergi Mega untuk semua murid Tahun 2 hingga 6. Program ini bertujuan untuk mewujudkan kesediaan murid-murid dari segi emosi, fizikal dan mental untuk belajar selepas cuti yang panjang. Puan Nor Arzah telah menyampaikan taklimat dan aktiviti-aktiviti sepanjang program ini berlangsung.


Penyelaras Program Transisi Tahun 1 telah memberi taklimat tentang kesediaan murid-murid tahun 1 untuk mengikuti alam persekolahan. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Nor Azian.


Penyelaras RMT sekolah memberi penerangan tentang RMT untuk murid-murid yang layak. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Fadhilah.

Suasana Hari Pertama Persekolahan

Pada minggu ini ibu bapa dibenarkan masuk di dalam kawasan sekolah dan mengikuti ucapan pentadbir dan taklimat-taklimat yang disampaikan oleh guru-guru kepada murid-murid.

Barisan kelas murid di dewan dan ketika naik ke kelas

Murid Tahun 1 mengikuti Program Transisi Minggu Pertama dengan jayanya

Murid Tahun 1 penuh semangat dan ceria

Murid Tahun 2, 3 dan Prasekolah mengikuti Program Sinergi Mega iaitu ceramah yang telah disampaikan oleh Encik Mohamad Samri Othman 

Program Sinergi Mega : Aktiviti "Jom Berzumba"

Program Sinergi Mega : Aktiviti Sukan Rakyat Tahun 3

Program Sinergi Mega : Aktiviti Sukan Rakyat Tahun 2

Sekolah dikunjungi pemantau dari PPD Sepang sempena pembukaan sekolah iaitu Puan Shuhaila binti Aman

Pengambilan Buku Teks dan Buku Aktiviti Murid Tahun 1

Pada hari Selasa kaunter PIBG dibuka untuk ibu bapa yang ingin membuat pembayaran Sumbangan PIBG

Majlis Perpisahan Cikgu Hasbullah yang telah bertukar ke SK Olak Lempit

Ucapan salam perpisahan daripada Cikgu Hasbullah yang disayangi murid-murid SKTPP

Sempena menyambut kedatangan Ramadan, Unit Pendidikan Islam dan Bahasa Arab t
mengadakan Program Ihya Ramadan sepanjang bulan Ramadan ini. Program ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan beberapa pertandingan yang disertai murid Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Prasekolah. 

Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan SKTPP 2023 telah diadakan pada hari Jumaat..

Pelancaran Program Ihya Ramadan yang dirasmikan oleh Puan Rohaidah binti Mohd Ali
Guru Besar SKTPP

Suasana Kehadiran Murid (Pagar A)

Suasana Kehadiran Murid (Pagar B)

Suasana Waktu Balik Murid Tahun 1

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru bertugas Kumpulan A sesi petang atas kerjasama dan komitmen anda semua telah melancarkan tugasan yang diamanahkan dengan jayanya.


Disedikan oleh;

Salmi binti Adnan

Tuesday, March 21, 2023

Program Sinergi Mega (Hari Kedua)

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua warga SKTPP.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke-2 Program Sinergi Mega berlangsung. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menambahkan rasa seronok dan gembira anak-anak murid untuk hadir ke sekolah. Aktiviti yang dirancang dalam Program Sinergi Mega ini adalah sama bagi sesi pagi, sesi petang, PPKI dan Prasekolah.

Antara aktiviti yang dirancang pada hari kedua adalah seperti Ceramah Sinergi Mega, Permainan Minda, Sorak dan Tari serta permainan Sukan Rakyat.

Penerangan Aktiviti hari ke-2

Ceramah Sinergi Mega

Ceramah pada sesi pagi disampaikan oleh Encik Mohamad Samri bin Othman.

Sedikit maklumat mengenai Encik Mohamad Samiri. Beliau berasal daripada Gemas, Negeri Sembilan. Beliau berkelulusan Syariah Undang-Undang, Universiti Malaya dan berpengalaman mengendalikan ceramah dan kem motivasi pembinaan diri selama 10 tahun. Ceramah yang disampaikan oleh beliau banyak memberi semangat kepada murid-murid bagi menempuh cabaran pada masa mendatang.

Permainan Minda

Permainan Minda ini diuruskan oleh Panitia Matematik. Permainan minda ini menggalakkan murid berinteraksi secara positif serta menimbulkan keseronokan dan gurauan sesama rakan. Selain itu, ia melatih murid menggunakan kemahiran psikomotor dengan melukis petak dan nombor.

Sorak dan Tari

Tujuan aktiviti dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kesediaan dan kepekaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Ia juga dapat meningkatkan semangat untuk belajar dan memupuk kemesraan dan membina sikap kerjasama dalam satu kumpulan.

Sukan Rakyat

Permainan sukan rakyat ini dimainkan oleh murid-murid di dalam kelas. Murid-murid telah diingatkan untuk membawa alat permainan seperti congkak, batu seremban dan lain-lain permainan yang boleh dimainkan di dalam kelas. Aktiviti ini baik bagi memupuk sikap ambil tahu dan mengetahui sukan rakyat yang dimainkan pada masa lalu serta mempraktikkan permainan pada masa kini supaya sukan rakyat tidak terkubur begitu sahaja.

 Aktiviti hari ke-2 Program Sinergi Mega:

 Sesi Pagi

Pada pagi ini aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Cikgu Juli binti Mahbah di Dataran. Setelah selesai taklimat, acara Jom Berzumba (senamerobik) bermula. Aktiviti senamerobik ini diketuai oleh Cikgu Noor Hayati binti Yusuf dan Cikgu Ahmad Tirmizie. Murid-murid kelihatan begitu teruja dan bersemangat untuk bersenam pada pagi ini. Tidak kurang juga guru-guru dan ibu bapa yang hadir turut sama bersenam bagi memeriahkan lagi suasana.

Setelah selesai acara senamerobik 'Jom Berzumba', murid-murid dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama; Tahun 4, Tahun 5, PPKI dan Prasekolah telah berkumpul di Dewan Perdana bagi mendengar Ceramah Sinergi Mega. Ceramah ini disampaikan oleh Encik Mohamad Samri bin Othman. Manakala murid Tahun 6 pula berada di kelas bagi melaksanakan aktiviti seterusnya iaitu Permainan Minda, Sorak Tari dan Sukan Rakyat.

Selesai rehat, murid Tahun 4, Tahun 5, PPKI dan Prasekolah ke kelas masing-masing untuk melaksanakan aktiviti seterusnya iaitu Permainan Minda, Sorak Tari dan Sukan Rakyat. Seterusnya murid-murid Tahun 6 pula berkumpul di Dewan Perdana bagi mendengar Ceramah Sinergi Mega.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang Program Sinergi Mega yang berlangsung pada hari ke-2 bagi sesi pagi, PPKI dan Prasekolah:




Guru Besar SKTPP memberi cenderamata kepada penceramah 
Encik Mohamad Samri bin Othman



PPKI

PRASEKOLAH

Sesi Petang

Acara dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Cikgu Nor Arzah binti Husin di Dataran. Kemudian murid-murid Tahun 2, 3 dan Prasekolah berkumpul di Dewan Perdana bagi mendengar Ceramah Sinergi Mega yang disampaikan oleh Encik Mohamad Samri bin Othman.

Setelah selesai, murid-murid beredar ke kelas masing-masing bagi melaksanakan aktiviti seterusnya di bilik darjah iaitu Permainan Minda dan Sorak Tari.

Acara terakhir pada petang ini ialah Jom Berzumba (senamerobik) yang diketuai oleh Cikgu Nor Malisha binti Omar. Murid-murid kelihatan sangat teruja dan penuh bersemangat bersenam pada petang ini. Guru-guru berzumba dengan penuh semangat demi memeriahkan lagi suasana.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang Program Sinergi Mega yang berlangsung pada hari ke-2 bagi sesi petang:







Terima kasih di atas kerjasama semua guru terutama guru-guru yang banyak memberi kerjasama dalam memastikan program ini berjalan lancar. Semoga murid-murid gembira dan seronok hadir ke sekolah.


Disediakan oleh,

Norbaizura binti Nordin

Monday, March 20, 2023

Program Sinergi Mega (Hari Pertama)

Bermula sesi persekolahan tahun 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas agar minggu pertama sesi persekolahan berjalan dalam suasana ceria, mesra dan selamat. Sehubungan dengan itu, satu kerjasama yang padu antara Unit Bimbingan & Kaunseling, Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG), PPKI, Panitia Matematik, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Muzik, Panitia Pendidikan Jasmani dan Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana (SKTPP) telah mencetuskan satu program yang dinamakan "Sinergi Mega" untuk dilaksanakan pada minggu pertama sesi persekolahan tahun 2023 di SKTPP.

Berdasarkan Surat Pekeliling KPM tersebut, pengurusan pembukaan sekolah KPM bagi setiap sesi akademik sewajarnya berjalan dalam suasana ceria, mesra dan selamat. Perkara ini selaras dengan hasrat KPM untuk melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dan sekali gus mewujudkan suasana "Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera". Minggu pertama persekolahan seharusnya dimanfaatkan dengan pelaksanaan program / aktiviti menyeronokkan yang dapat menyokong murid dan guru bersedia sepenuhnya dari aspek sosioemosi dan mental untuk melaksanakan proses pendidikan formal.

Bagi memenuhi hasrat KPM tersebut berbagai-bagai aktiviti telah dirancang dan dijalankan di SKTPP.

Banner Program disediakan oleh Cikgu Mohd Rusydan

Buku Program Sinergi Mega disediakan oleh Cikgu Hanifah

    Untuk melihat isi kandungan buku program boleh klik pautan di

 ðŸ‘‰https://online.anyflip.com/lhjgd/dtov/mobile/index.html

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada hari pertama persekolahan di sesi pagi

Selepas perhimpunan mingguan, telah diadakan majlis perasmian program Sinergi Mega oleh Pn Hajjah Rohaidah Mohd Ali, Guru Besar SKTPP. Yang Dipertua PIBG, Tn Haji Khairul Azhar juga turut mengambil kesempatan menyampaikan ucapan kepada murid-murid serta ibu bapa yang hadir ke sekolah pada pagi ini.

Acara gimik pelancaran program yang diusahakan oleh Cikgu Wan Faizol, Cikgu Syahirah dan Ustazah Mawaddah


Pada pagi ini juga telah diadakan aktiviti "Serlahkan Potensimu". Murid-murid diberi peluang menyerlahkan bakat masing-masing seperti nyanyian, bersajak dan berpantun.

Bagi murid-murid yang mempunyai bakat bermain alat muzik juga telah diberi peluang untuk menunjukkan bakat masing-masing



Murid-murid SKTPP juga ada yang berbakat dalam bilang Silat

Murid PKKI juga tidak ketinggalan untuk menyerlahkan bakat yang ada

Guru-guru turut serta mengambil bahagian dalam aktiviti "Serlahkan Potensimu"

Aktiviti sesi perkenalan dan bergambar murid-murid dengan guru-guru PPKI

Keceriaan tergambar di wajah guru-guru sesi pagi hari ini

Seterusnya adalah aktiviti Program Senergi Mega di sesi petang pula

Program Sinergi Mega untuk sesi petang juga dimulakan selepas selesai perhimpunan mingguan. Ustazah Rafini selaku pengerusi majlis memulakan majlis perasmian dengan ucapan alu-aluan dan seterusnya bacaan doa oleh ustaz Abdul Hafiz.

Seterusnya giliran Cikgu Nor Arzah selaku Penolong Penyelaras Program menyampaikan taklimat berkaitan program Sinergi Mega yang akan dijalankan selama seminggu. Penolong Kanan Petang, Cikgu Naga turut mengambil peluang menyampaikan ucapan kepada murid-murid, guru-guru serta ibu bapa yang hadir. 

Tidak ketinggalan, YDP PIBG Tn Haji Khairul Azhar turut menyampaikan ucapan kepada semua murid-murid dan ibu bapa di sesi petang pula. Perasmian Program Sinergi Mega di sesi petang telah disempurnakan oleh Pn Hajjah Rohaidah, Guru Besar SKTPP.

Murid-murid Prasekolah turut sama berada di Dewan Perdana semasa majlis perasmian program berlangsung

Suasana majlis perasmian program di sesi petang yang meriah dengan kehadiran ibu bapa murid-murid tahun satu 

Idea gimik perasmian program sesi petang oleh Ustaz Mohd Hadri yang terkenal sebagai "Ustaz Magic" dibantu oleh Ustazah Hastipa

Video acara gimik pelancaran program di sesi petang

Selesai acara gimik, aktiviti diteruskan dengan acara "Serlahkan Potensimu". Hanya murid-murid tahun 2 dan 3 sahaja yang terlibat. Murid-murid tahun satu berada di kelas masing-masing untuk program Transisi Tahun Satu. Murid-murid Prasekolah juga meneruskan aktiviti mereka di kelas.

Aktiviti murid-murid di Prasekolah 

Murid-murid tahun 2 dan 3 menunjukkan bakat mereka dalam deklamasi sajak, berpantun dan persembahan koir 

Antara peserta acara nyanyian solo, berduet dan berkumpulan secara terbuka 

Guru-guru turut terhibur dengan persembahan anak-anak didik mereka

Aktiviti "Serlahkan Potensimu" telah dijalankan sehingga selepas waktu rehat. Setelah selesai aktiviti ini, murid-murid berpeluang pula untuk berkenalan dengan guru-guru di sesi petang.

Hanya beberapa orang sahaja guru-guru sesi petang yang sempat dirakamkan gambar mereka untuk slot sesi perkenalan dengan guru-guru sesi petang. Terdapat seramai 59 orang guru di sesi petang.
 
Semoga aktiviti hari ini mampu menarik minat murid-murid untuk terus hadir ke sekolah sepanjang sesi persekolahan dan aktiviti yang dirancang mampu melahirkan anak-anak SKTPP yang baik lagi cerdik sekaligus mewujudkan suasana "Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan negara Sejahtera".