Tuesday, November 28, 2023

Program Perkembangan dan Potensi Murid (Menyerlah Jauh Dari Biasa)

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana telah  berjaya mengadakan program motivasi khas buat semua murid Tahun 5. Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, jawatankuasa pelaksana, semua guru, penceramah dan semua peserta yang sama-sama menjayakan program ini. Semoga program yang dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada para peserta. 

Lagi laporan Program Perkembangan dan Potensi Murid (Menyerlah Jauh Dari Biasa) dalam blog Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini. Terima kasih.

Saturday, November 25, 2023

Menandatangani MoU SRCC

   Alhamdulillah selesai sudah sesi menandatangani MoU antara SRCC & SKTPP serta SMKPP untuk tempoh 5 tahun (1 Disember 2023 - 30 November 2028) di SMKPP. Pengerusi SRCC; En. Mohd Rusdi Saleh, Pengetua SMKPP; Pn. Wan Zuriah & Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah binti Mohd Ali menurunkan tandatangan. Majlis ringkas ini telah disaksikan Timbalan Pengerusi SRCC; En. Mazlan, PK Koku SMKPP; En. Khairuddin, PK Koku SKTPP; Pn. Fauziah dan coach Junkeng Junaidi. 

   Dengan termetrinya perjanjian persefahaman ini, diharapkan para pemain, jurulatih, PSG & seluruh ahli SRCC boleh terus menggunakan segala kemudahan kriket yang ada di kedua-dua sekolah seperti padang, sangkar, bilik bitara, peralatan kriket dll sebagaimana sekarang. Diharapkan jua walau siapapun peneraju SKTPP & SMKPP pada masa depan, pihak SRCC & murid-murid kriket akan tetap boleh berlatih & bermain tanpa ragu-ragu.

   Semoga sukan kriket yang merupakan kebitaraan kedua-dua sekolah ini akan terus cemerlang & dapat melahirkan lebih ramai lagi bakat-bakat baru pada masa depan. Tahniah buat bintang-bintang kriket yang telah dilahirkan oleh SRCC sehingga ke peringkat antarabangsa & kebangsaan. Cikgu sangat berbangga dengan pencapaian kalian. Semoga terus sukses.

   Misi seterusnya : mendapatkan tandatangan KPPD & Timbalan PPD Sektor Pembangunan selaku saksi. Semoga dipermudahkan urusan selanjutnya..










Friday, November 24, 2023

Pertandingan Madah Intelek PRS Peringkat Sekolah Tahun 2023

Alhamdulillah masih berkesempatan mengadakan Pertandingan Madah Intelek PRS Peringkat Sekolah. Pertandingan ini telah pun diwar-warkan pada awal tahun sebagai persediaan mental anak-anak PRS. Tarikh pertandingan dimaklumkan lebih kurang 3 minggu awal sebagai persiapan akhir. 

Tajuk yang diberikan ialah "Peranan dan Tanggungjawab PRS" dan ianya sangat sinonim dengan bidang tugas anak-anak PRS. PRS yang terlibat ialah daripada Tahun 4, 5 dan 6. Selaras dengan matlamat pertandingan iaitu melahirkan barisan PRS yang berkarisma dan mempunyai ketokohan di peringkat sekolah yang berupaya dan mahir dalam pengucapan awam dengan bersandarkan ilmu pengetahuan yang luas. Cikgu yakin dan percaya anak-anak PRS SKTPP akan terus berkarisma jika sentiasa diberi ruang dan peluang dalam membangunkan potensi diri.

Terima kasih kepada barisan pentadbir yang sentiasa memberi sokongan dalam menjayakan program Unit B&K. Juga terima kasih dirakamkan buat semua JK Pelaksana program. 







Laporan Bertugas Minggu Ke-33 (Sesi Petang)

Tarikh : 20 November hingga 24 November 2023

Masa   : Isnin hingga Jumaat

Senarai nama guru bertugas :

1. Saifullah bin Mat Saupi

2. Amalina binti Abd. Hamid

3. Nik Rosmaliza binti Nik Hussain

4. Nazahiyah binti Ab. Rahman

5. Sidratul Ayuni binti Aris

6. Nor Farhani binti Mukhtar

7. Khairiah binti Razali

8. Fadhilah binti Talib

9. Nurul Hanani binti Mohamad Kamal

10. Adneen Nasuha binti Ahmad Rizal


Barisan Guru Bertugas (Kumpulan C)

Laporan Perhimpunan Rasmi

 Tarikh: 20 Oktober 2023

 Hari: Isnin

 Masa: 1.00 hingga 1.30 petang

 Tempat: Dewan Perdana SKTPP

 Pengacara Majlis: Adneen Nasuha binti Ahmad Rizal

 Tema warna: Merah Jambu 

 Tema ucapan: Hormat Menghormati

 

1.0 Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar.

Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Bacaan doa, bacaan Ikrar Rukun Negara, bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dan bacaan Ikrar Murid.

 

 2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-32 disampaikan oleh Ustaz Mohd Hadri bin Ag Idris 

Antara pesanan yang disampaikan dalam laporan tersebut ialah :

  • Murid perlu menjaga kebersihan sekolah selepas membeli makanan atau minuman. Didapati terdapat murid yang masih lagi membuang sampah merata-rata tempat
  • Murid juga diingatkan tidak berlari dan tidak berebut ketika beratur yang boleh menyebabkan pergaduhan antara rakan-rakan.

3.0 Ucapan Guru Bertugas Minggu ini telah disampaikan oleh Adneen Nasuha binti Ahmad Rizal 

Tema : Hormat Menghormati 

  • Definisi hormat menghormati ialah seseorang yang mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat dan takzim.
  • Murid-murid perlulah menghormati guru ketika di dalam atau di luar kelas dan perlulah mengamalkan konsep 3S iaitu (Senyum, Salam, Sapa) ketika berjumpa dengan guru.
  • Murid juga diingatkan supaya menghormati antara kawan-kawan dan tidak bergaduh sesama sendiri. 
Lawad pada minggu ini :
  • Bahasa Melayu: Air 
  • Bahasa Inggeris: Water
  • Bahasa Arab: Al-ma' 

4.0 Penyampaian Sijil Pencapaian 

En. Naga Kannan a/l Vadivale telah menyampaikan sijil pencapaian kepada Arissa Bazilah bt Tajri atas pencapaian beliau menjadi Pesilat Terbaik Tunas. Tahniah diucapkan kepada Adik Arissa yang telah mengharumkan nama sekolah dengan usaha beliau. 

Majlis perhimpunan tamat pada pukul 1.35 petang 


Berikut adalah serba sedikit coretan dan rangkuman perjalanan aktiviti sepanjang minggu ini:

Murid hadir ke sekolah melalui pagar A dan B

Situasi ketika perhimpunan berlangsung

Penyampaian sijil kepada adik Arissa Bazilah

Sekian laporan daripada Kumpulan C. Terima kasih kepada semua guru yang memberi kerjasama sepanjang minggu ini.

 

Disediakan oleh,

Nurul Hanani bt Mohamad Kamal

Program Khas: Perkembangan Alam Remaja

Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja pula berusia dari 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun tempoh peralihan ini berbeza di antara seseorang dengan seseorang yang lain. Oleh yang demikian, alam remaja ini perlu diterokai oleh semua murid sebagai pengetahuan dan pemahaman terhadap perubahan yang dialami.

Pengetahuan sedia ada tentang sesuatu perkara sebelum seseorang individu itu mengalami sendiri akan membantu individu supaya lebih bersedia dan melaluinya dengan tenang dan positif. Justeru, Program Khas Perkembangan Alam Remaja ini diadakan bagi memberi pendedahan dan persediaan kepada semua murid Tahun 6, murid PPKI dan PRS tentang alam remaja ini.

Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama PIBG SKTPP, Panitia Pendidikan Islam, Unit Peningkatan Tahun 6 serta JK HEM PPKI diharapkan program ini dapat mencapai objektifnya sebagaimana yang dihasratkan. Terima kasih buat semua yang menjayakan program ini.

Pautan link Buku Program










Program selesai jam 12.00 tengah hari. Semoga apa yang disampaikan oleh team GTA Malaysia dapat menambah ilmu sedia ada para peserta. Cikgu harapkan, bekalan ini dapat membantu kamu dalam menempuh alam remaja dengan sempurna💝

Monday, November 20, 2023

Penyerahan Sijil Penghargaan Buat PPS

Hari ini Guru Besar; Pn. Rohaidah Binti Mohd Ali, PK HEM; Datin Noraizah binti Dun, Guru Bimbingan & Kaunseling; Pn. Juli binti Mahbah dan Guru Disiplin; Tn. Hj. Tarmiji bin Sabali telah berkunjung ke Balai Polis Putra Perdana. Pihak sekolah telah menyerahkan sijil-sijil penghargaan buat Pegawai-Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) sempena Pelancaran Duta Sahsiah tempoh hari. Semoga hubungan sekolah dan pihak PDRM bertambah rapat. Terima kasih banyak atas jasa & bakti pihak polis kepada sekolah..

Laluan Patriotik Berwajah Baru








Saturday, November 18, 2023

Mesyuarat Agung SRCC Kali Ke-3 / Tahun 2023

Alhamdulillah.. selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kelab Kriket Sepang Rangers (SRCC) kali ke-3 / 2023. Terima kasih semua yang hadir & menjayakan MAT tadi. Tahniah kepada barisan AJK SRCC yang telah dilantik terutama kepada Pengerusi yang baru; En. Mohd Rusdi Saleh dan Timbalan Pengerusi; En. Mazlan Norman. Terima kasih buat Tn. Hj. Khairul Azhar Mohammad Suffian atas khidmat bakti serta sokongan yang diberi terhadap SRCC selama ini. Semoga SRCC dan sukan kriket akan terus cemerlang hasil komitmen PSG bersama pihak SKTPP & SMKPP..