Pages
- Home
- Sejarah Sekolah
- Cara Mengakifkan ID Google Classroom
- Semakan ID Google Classroom 2020
- Buku Program Sekolah 2020
- Poster Sekolah 2020
- E-Pembelajaran SKTPP
- KoKurikulum SKTPP
- Logo Sekolah
- Semakan ID Google Classroom 2019
- Buku Program Sekolah 2019
- Poster Sekolah 2019
- Galeri Video 2019
- Maklumat Kokurikulum
- Poster Sekolah 2018
- Buku Program Sekolah 2018
- Enjin Carian ID Murid
Thursday, August 30, 2012
Peraduan Poster NCS2012-"Friends in space"
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menganjurkan peraduan poster bertemakan "Friends in Space" bersempena program National Space Challenge 2012 (NSC2012).Sehubungan itu murid-murid dijemput menyertai peraduan ini dan menghantar karya kepada Pn Norli Bt Hassan (pagi) atau Pn Nor Holwani Bt Yahaya(petang) selewat-lewatnya pada 10 September 2012.Untuk maklumat lanjut sila ke pautan www.angkasa.gov.my/planetarium.
MAJLIS MENJELANG KEMERDEKAAN KE-55
30 Ogos 2012 - SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Majlis Menjelang Kemerdekaan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 yang akan disambut pada esok hari. Majlis ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid supaya menghargai keamanan dan kedamaian yang dikecapi sekarang.
Majlis ini dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Jalur Gemilang dan lagu Tanggal 31 Ogos. Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan Ketua Pengarah Penddikan Malaysia yang disampaikan oleh Encik Ahmad Fuadi bin Sarham. Manakala perutusan Menteri Pendidikan telah dibaca oleh Puan Siti Habsah binti Ahmad.
Kemuncak acara ialah laungan kalimah keramat 'Merdeka' sebanyak 3 kali oleh semua murid dan guru. Antara paparan yang dapat dikongsi bersama sepanjang majlis tersebut.
Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir |
Bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos |
Penuh semangat patriotisme |
Kibaran Jalur Gemilang oleh kanak-kanak prasekolah |
Bacaan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia oleh En. Ahmad Fuadi |
Pn. Siti Habsah membacakan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia |
Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan yang bertemakan kemerdekaan |
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 |
Wajah ceria guru-guru bersama Jalulr Gemilang |
Murid-murid tahun 6 bersama-sama berkongsi semangat kemerdekaan |
Majlis Menjelang Kemerdekaan Ke-55 |
Wednesday, August 29, 2012
PIBG : PERMOHONAN SUMBANGAN/PENAJAAN MURAL SEKOLAH
Kepada :
Dato'/datin/tuan/puan
Ibu bapa/penjaga murid SKTPP
Pihak sekolah kini sedang berusaha menceriakan keseluruhan kawasan sekolah dengan cara mencantikkan dinding-dinding yang sedia ada.
Dengan itu, pihak PIBG ingin memohon sumbangan/penajaan daripada semua pihak bagi mencapai hasrat tersebut..
Cadangan dinding yang akan diceriakan adalah seperti berikut :
1) Dinding-dinding pada setiap tangga
2) Dinding-dinding di hadapan kelas dan bilik-bilik khas
Diharap sumbangan/penajaan ini mampu merealisasikan impian untuk menceriakan kawasan sekolah seterusnya meningkatkan motivasi murid-murid untuk belajar dalam suasana yang lebih kondusif.
Antara dinding yang perlu diceriakan
Dato'/datin/tuan/puan
Ibu bapa/penjaga murid SKTPP
Pihak sekolah kini sedang berusaha menceriakan keseluruhan kawasan sekolah dengan cara mencantikkan dinding-dinding yang sedia ada.
Dengan itu, pihak PIBG ingin memohon sumbangan/penajaan daripada semua pihak bagi mencapai hasrat tersebut..
Cadangan dinding yang akan diceriakan adalah seperti berikut :
1) Dinding-dinding pada setiap tangga
2) Dinding-dinding di hadapan kelas dan bilik-bilik khas
Diharap sumbangan/penajaan ini mampu merealisasikan impian untuk menceriakan kawasan sekolah seterusnya meningkatkan motivasi murid-murid untuk belajar dalam suasana yang lebih kondusif.
Antara dinding yang perlu diceriakan
Antara sumbangan/penajaan yang pernah diterima oleh pihak sekolah
PENYERAHAN ID FROGASIA KEPADA SEMUA MURID
Mulai hari ini 29 Ogos 2012, semua murid SK Taman Putra Perdana akan menerima ID pengguna untuk akses ke laman pembelajaran frogasia.com. Klik di sini untuk ke laman tersebut. Contoh cetakan ID yang bakal diterima oleh murid-murid adalah seperti gambar di bawah:
Laman ini merupakan salah satu aplikasi pembelajaran secara maya yang di usahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan usahasama bersama Syarikat Telekomunikasi Yes 4G Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai laman frogasia ini, sila klik di sini.
Atau boleh tonton secara ringkas melalui paparan video dari Youtube di bawah:
Semua murid boleh mula pelajari bagaimana untuk membina dashbord sendiri menggunakan kemudahan widget yang disediakan dalam laman ini. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan kepada vleadmin.bba9224@yes.my.
Selamat belajar.
*Gunakan browser Chrome atau Mozilla untuk mengakses ke laman ini.
*Katalaluan (password) boleh ditukar selepas pertama kali berjaya login mengikut cara di bawah:
- Step 1 - Klik pada ikon katak (di penjuru atas sebelah kiri)
- Step 2 - Klik pada Preferences
- Step 3 - Klik pada Change Password
- Step 4 - Klik Save
untuk panduan bergambar, cara-cara login klik di sini (FB SKTPP)
Atau boleh tonton secara ringkas melalui paparan video dari Youtube di bawah:
Selamat belajar.
Tuesday, August 28, 2012
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN KE-31 (SESI PETANG)
Hari : Isnin
Tarikh : 27 Ogos 2012
Masa : 6.10 Petang
Guru Bertugas Mingguan:
1. Pn. Wan Sarinah
2. Pn. Malisha
3. Pn. Norazian
4. Pn. Parimala
5. Pn. Grace
6. Pn. Norhayati
7. Pn. Norlida
Tarikh : 27 Ogos 2012
Masa : 6.10 Petang
Guru Bertugas Mingguan:
1. Pn. Wan Sarinah
2. Pn. Malisha
3. Pn. Norazian
4. Pn. Parimala
5. Pn. Grace
6. Pn. Norhayati
7. Pn. Norlida
Laporan/Ulasan
1. Nyanyian, Bacaan Doa & Ikrar
1.1 Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor & lagu sekolah.
1.2 Bacaan doa dipimpin oleh adik Fathul Akhbar dari kelas 3 Waja.
1.3 Bacaan Ikrar Rukun Negara & Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn. Parimala.
1.4 Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh adik Husna Aqilah dari kelas 3 Waja.
2. Laporan/Ulasan Guru Bertugas Minggu Lepas (Ustazah Norazah)
2.1 Murid-murid diingatkan agar tidak berlari-lari dalam kawasan sekolah. Beberapa kejadian yang
membawa kecederaan kepada murid telah berlaku akibat berlari bersama rakan.
2.2 Murid juga tidak digalakkan untuk membawa duit dalam jumlah yang banyak ke sekolah. Ini
adalah untuk mengelakkan kejadian kecurian berlaku di kalangan murid.
3. Pengumuman Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas
3.1 Tahun 1
3.2 Tahun 2
3.3 Tahun 3
4. Ucapan Guru Bertugas Mingguan
4.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
4.2 Tema minggu ini ialah Saya Anak Malaysia.
4.3 Kenapa perlu bangga menjadi anak Malaysia?
~ kerana kita telah dilahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan.
~ kerana kita dapat hidup dalam suasana yang aman, makmur & harmoni.
~ kerana kita dapat menikmati kemewahan dan kemudahan dalam negara.
~ kerana kita dapat bergerak bebas dalam negara sendiri.
5. Perkataan LAWAD
5.1 BM : hempap- timpa
5.2 BI : vegetable - sayur-sayuran
5.3 BA : hiyarun - timun
6. Ucapan PK Petang -En. Rosdin
3.1 Tahun 1
- Pertama - Musytari
- Kedua - Uranus
- Ketiga - Pluto
3.2 Tahun 2
- Pertama - Alfa
- Kedua - Zeta
- Ketiga - Theta
3.3 Tahun 3
- Pertama - Juara
- Kedua - Waja
- Ketiga - Myvi
4. Ucapan Guru Bertugas Mingguan
4.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
4.2 Tema minggu ini ialah Saya Anak Malaysia.
4.3 Kenapa perlu bangga menjadi anak Malaysia?
~ kerana kita telah dilahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan.
~ kerana kita dapat hidup dalam suasana yang aman, makmur & harmoni.
~ kerana kita dapat menikmati kemewahan dan kemudahan dalam negara.
~ kerana kita dapat bergerak bebas dalam negara sendiri.
5. Perkataan LAWAD
5.1 BM : hempap- timpa
5.2 BI : vegetable - sayur-sayuran
5.3 BA : hiyarun - timun
6. Ucapan PK Petang -En. Rosdin
6.1 En. Rosdin mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan gembira dengan jumlah kehadiran
murid-murid pada hari ini. Bilangan murid yang tidak hadir hanya sedikit dan ini membuktikan
bahawa murid-murid gembira dan bersemangat untuk hadir ke sekolah walaupun baru selesai
bercuti selama seminggu atas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
6.2 Beliau juga berharap dan memberi nasihat kepada murid-murid agar tiada lagi kejadian 'berdarah'
berulang lagi. Kejadian berlaku di mana seorang murid tahun 1 berlari dan tersadung kaki jatuh ke
dalam longkang. Murid cedera dan berdarah di hidung dan mulut.
6.3 Murid diingatkan mengenai sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang. Murid diminta untuk
menghayati bulan kemerdekaan. Bagi menggalakkan murid untuk lebih bersemangat patriotik, beliau
meminta murid-murid untuk menyenaraikan 55 perkara yang berkaitan dengan tema minggu ini iaitu
'Saya Anak Malaysia'.
7. Pengumuman
7.1 Aktiviti ko-kurikulum akan berjalan seperti biasa pada hari Rabu- Unit Beruniform.
7.2 Kelas Tasmek bagi murid tahun 2 dan tahun 3 berjalan seperti biasa.
7.3 Makluman untuk semua pengawas sekolah dimana guru-guru akan membuat penilaian untuk
setiap pengawas untuk lantikan semula sebagai Pengawas sekolah bagi sesi 2013.
Disediakan oleh : Pn. Norazian
Majlis Penyerahan Buku Sumbangan daripada Pelajar Universiti Multimedia,Cyberjaya.
Pada 27 Ogos 2012, majlis
penyerahan buku sumbangan daripada 5 orang pelajar Universiti Multimedia
Cyberjaya telah diadakan semasa perhimpunan mingguan. Buku-buku tersebut telah
diserahkan kepada En. Sukimin bin Juki, Guru Besar SKTPP oleh Encik Hisyam yang yang mewakili pelajar Universiti Multimedia. Buku
yang disumbangkan sebanyak 115 buah merupakan projek amal oleh pelajar-pelajar tersebut untuk menambah koleksi di Pusat Sumber SKTPP. Mereka juga meluangkan masa selama 4 jam
untuk membantu kerja-kerja di Pusat Sumber seperti membalut, menyusun dan membaik pulih
buku yang rosak.
Antara paparan yang boleh
dikongsi bersama;
Encik Hisyam menyampaikan sebahagian daripada buku sumbangan kepada Guru Besar |
Ucapan alu-aluan daripada Penyelaras Pusat Sumber |
Proses membawa buku-buku sumbangan ke Pusat Sumber |
Sesi bergambar sebahagian pelajar MMU bersama PK.Pentadbiran |
Pelajar-pelajar sedang melakukan kerja-kerja amal di Pusat Sumber |
Monday, August 27, 2012
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN KE-31 (SESI PAGI)
Hari : Isnin
Tarikh : 27 Ogos 2012
Masa : 7.20 Pagi
Guru Bertugas Mingguan:
1. En. Zaidi bin Mahmad
2. En. Mahadir bin Midun
3. Pn. Nurliza binti Ab Rahman
4. Pn. Astina binti Mahad Nor
5. Pn. Rubiaton binti Ibrahim
6. Pn. Siti Rabiaah binti Mohammad
7. Pn. Azwani binti Md Noordin
8. Pn. Rosmawati binti Desa
Tarikh : 27 Ogos 2012
Masa : 7.20 Pagi
Guru Bertugas Mingguan:
1. En. Zaidi bin Mahmad
2. En. Mahadir bin Midun
3. Pn. Nurliza binti Ab Rahman
4. Pn. Astina binti Mahad Nor
5. Pn. Rubiaton binti Ibrahim
6. Pn. Siti Rabiaah binti Mohammad
7. Pn. Azwani binti Md Noordin
8. Pn. Rosmawati binti Desa
Laporan/Ulasan
1. Nyanyian, Bacaan Doa & Ikrar
1.1 Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor & lagu sekolah.
1.2 Bacaan doa dipimpin oleh adik Kamal Aizam.
1.3 Bacaan Ikrar Rukun Negara & Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh En. Zaidi.
1.4 Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh adik Atiqah An-Nur.
2. Laporan/Ulasan Guru Bertugas Minggu Lepas (Ustazah Nor Fairuzah)
2.1 Program Tadarus Al-Quran telah berlangsung sepanjang bulan Ramadhan yang lalu
pada masa rehat.
2.2 Murid-murid yang tidak terlibat dengan program ini diingatkan supaya menghormati
majlis dan tidak membuat bising pada masa akan datang.
2.3 Murid-murid juga diingatkan supaya sentiasa menjaga wang masing-masing kerana
berlaku banyak kes keciciran wang.
2.4 Tahap kebersihan kelas adalah memuaskan.
3. Pengumuman Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas
3.1 Tahun 4
3.2 Tahun 5
3.3 Tahun 6
3.4 PPKI
4. Ucapan Guru Bertugas Mingguan
4.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
4.2 Tema minggu ini ialah Saya Anak Malaysia.
4.3 Kenapa perlu bangga menjadi anak Malaysia?
~ kerana kita telah dilahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan.
~ kerana kita dapat hidup dalam suasana yang aman, makmur & harmoni.
~ kerana kita dapat menikmati kemewahan dan kemudahan dalam negara.
~ kerana kita dapat bergerak bebas dalam negara sendiri.
5. Perkataan LAWAD
5.1 BM : Lambak ~ longgok
5.2 BI : Admire ~ mengagumi
5.3 BA : Ya'malu ~ bekerja
6. Ucapan Guru Besar
6.1 Beliau mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan tahniah kepada semua murid
yang berjaya menghadirkan diri ke sekolah selepas berakhirnya cuti pertengahan
penggal dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
6.2 Untuk semua murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi,
beliau menasihatkan mereka agar sentiasa mengulangkaji pelajaran.
2.3 Murid-murid juga diingatkan supaya sentiasa menjaga wang masing-masing kerana
berlaku banyak kes keciciran wang.
2.4 Tahap kebersihan kelas adalah memuaskan.
3. Pengumuman Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas
3.1 Tahun 4
- Pertama - Seraya
- Kedua - Nyatoh
- Ketiga - Meranti
3.2 Tahun 5
- Pertama - Merak
- Kedua - Kelicap
- Ketiga - Tiung
3.3 Tahun 6
- Pertama - Linux
- Kedua - Palm
- Ketiga - Windows
3.4 PPKI
- Pertama - Tabah
- Kedua - Yakin
4. Ucapan Guru Bertugas Mingguan
4.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
4.2 Tema minggu ini ialah Saya Anak Malaysia.
4.3 Kenapa perlu bangga menjadi anak Malaysia?
~ kerana kita telah dilahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan.
~ kerana kita dapat hidup dalam suasana yang aman, makmur & harmoni.
~ kerana kita dapat menikmati kemewahan dan kemudahan dalam negara.
~ kerana kita dapat bergerak bebas dalam negara sendiri.
5. Perkataan LAWAD
5.1 BM : Lambak ~ longgok
5.2 BI : Admire ~ mengagumi
5.3 BA : Ya'malu ~ bekerja
6. Ucapan Guru Besar
6.1 Beliau mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan tahniah kepada semua murid
yang berjaya menghadirkan diri ke sekolah selepas berakhirnya cuti pertengahan
penggal dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
6.2 Untuk semua murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi,
beliau menasihatkan mereka agar sentiasa mengulangkaji pelajaran.
Wednesday, August 15, 2012
MAJLIS BERSALAMAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
TARIKH : 15 OGOS 2012
HARI : RABU
MASA : 11.00 PAGI – 12.50 TENGAH HARI
PENDAHULUAN
Majlis bersalaman menyambut hari raya aidilfitri yang diadakan pada hari ini diraikan dengan meriah antara semua guru dan murid-murid SKTPP. Majlis ini adalah salah satu daripada program guru penyayang yang dilaksanakan di sekolah ini.
ATUR CARA
11.00 pagi : Semua murid berada di Dewan Perdana dan Putra
11.20 – 11.30 pagi : Bacaan doa
11.30 – 11.40 pagi : Ucapan Guru Besar
11.40 – 12.50 tengah hari : Majlis bersalam-salaman dan penyampaian duit raya oleh guru
kelas masing-masing
12.50 tengah hari : Bersurai
LAPORAN BERGAMBAR
ragam guru-guru bersama duit raya yang bakal diberikan kepada semua murid SKTPP
sesi bersalam antara guru-guru dan murid-murid serta kakitangan sekolah
hampir 1000 orang murid tidak melepaskan peluang bersalam dengan semua guru termasuk pentadbir sekolah
kakitangan pejabat juga turut serta dalam majlis ini
wajah ceria puteri-puteri SKTPP
guru-guru dengan sabar menunggu giliran untuk bersalam bersama murid-murid
guru-guru kelas menyerahkan duit raya sumbangan daripada guru-guru SKTPP
untuk lebih paparan gambar, sila klik di sini
Semoga acara ini dapat merapatkan lagi hubungan antara guru, murid, pentadbir dan juga kakitangan sekolah ke arah membina iklim sekolah yang aman dan permai.
~Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin~
MAJLIS KHATAM QURAN
Pendahuluan
Bulan
Ramadhan menjadi titik permulaan kepada langkah mendidik dan melatih
murid-murid untuk terus mendekati dan memahami isi kandungan dalam Al-Quran. Majlis
Khatam Al-Quran yang diadakan ini bertujuan untuk meneruskan konsep
dan budaya cinta Al-Quran dalam kalangan generasi muda. Di samping itu,
ia adalah untuk meraikan kejayaan murid-murid menamatkan program tadarus yang diadakan
sepanjang Bulan Ramadhan di sekolah.
Oleh itu, pada hari ini 15 Ogos 2012 bersamaan 27 Ramadhan 1433, telah berlangsungnya program Khatam Al-Quran yang melibatkan 30 orang murid daripada tahun 4, 5 dan 6. Program Tadarus AL-Quran telah dijalankan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan yang juga melibatkan hampir 200 orang murid dan guru-guru SKTPP. Acara yang berlangsung di Dewan Perdana ini disaksikan oleh semua murid dari tahun 1- tahun 6, murid PPKI, dan juga murid Prasekolah. Program ini juga merupakan progam yang dijalankan setiap tahun oleh Panitia Agama Islam SKTPP.
Objektif
Objektif
program adalah seperti berikut :
1.
Yakin dengan bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melazimkannya
dalam kehidupan.
2.
Menghargai dan mengiktiraf serta memberi
pendedahan tentang tadarus dan khatam Al-Quran kepada murid-murid.
3.
Melahirkan murid yang celik Al-Quran.
4.
Menanam rasa cinta terhadap Al-Quran.
5.
Melancar dan memantapkan bacaan Al-Quran.
Aturcara Majlis Khatam Quran
7.45 pagi :
semua murid berhimpun di Dewan Perdana
8.00 pagi :
Bacaan doa oleh Ustaz Ismarizal
Ucapan
perasmian oleh Encik Sukimin bin Juki (Guru Besar)
8.15 pagi :
Majlis khatam bermula
9.00 pagi :
Persembahan nasyid oleh murid Tahun 6
9.15 pagi : Penyampaian cenderahati kepada
-Peserta khatam Al-Quran
-Peserta
Tadarus Al-Quran
-Sumbangan
kepada anak-anak yatim
10.00
pagi : Majlis bersurai
Laporan Bergambar
Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Besar
Alunan Al-Quran oleh Adik Naim Razali (6 Xenix)
Khatam Al-Quran oleh 20 orang murid tahap 2
Penyampaian cenderamata kepada semua peserta tadarus oleh PK Kokurikulum - En Fuadi
Penyampaian duit derma kepada anak-anak yatim dan kurang upaya oleh Tuan Guru Besar
Nasyid oleh murid Tahap 1
Turut hadir ialah NYDP PIBG Encik Rushdan bin Mohammed
Nyanyian lagu raya oleh adik-adik prasekolah
persembahan murid prasekolah
Persembahan Nasyid oleh murid tahun 6
Dendangan nasyid yang mendayu daripada Adik Naim dan Adik Amreen
untuk lebih paparan gambar, sila klik di sini
Penutup
Dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri
setiap Muslim, perlu bermula sejak kecil lagi. Usaha seperti ini adalah antara
aktiviti yang dapat dijalankan oleh pihak Panitia Pendidikan Islam SKTPP
khususnya dan semua warga sekolah amnya. Semoga aktiviti ini dapat menanam sikap cinta terhadap Al-Quran sekali gus memantapkan bacaan Al-Quran dalam kalangan para pelajar dan guru-guru.
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN KE-30 (SESI PETANG)
Hari : Isnin
Tarikh : 13 Ogos 2012
Masa : 5.10 petang
Guru bertugas mingguan:
1.Pn. Julaili bt. Onian
2.Pn. Nor Holwani bt. Yahaya
3.Pn. Nor Sabariah bt. Awang Ngah
4.Pn. Nur Azlin bt. Md. Nor
5.Pn. Norazah bt. Mohd Ali
6.Pn. Nik Rosmaliza bt. Nik Hussain
7.Pn. Nurrul Huda bt. Yaacob
Laporan/Ulasan
Masa : 5.10 petang
Guru bertugas mingguan:
1.Pn. Julaili bt. Onian
2.Pn. Nor Holwani bt. Yahaya
3.Pn. Nor Sabariah bt. Awang Ngah
4.Pn. Nur Azlin bt. Md. Nor
5.Pn. Norazah bt. Mohd Ali
6.Pn. Nik Rosmaliza bt. Nik Hussain
7.Pn. Nurrul Huda bt. Yaacob
Laporan/Ulasan
Nyanyian/Bacaan
doa dan ikrar
·
Nyanyian
lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
·
Bacaan
doa oleh Adik Fathul Akhbar (3 Waja).
·
Bacaan
ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya
·
Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas sesi petang Adik Husna Aqilah (3
Waja)
Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas ( Pn. Suhaizan bt.
Sukiman)
·
Murid
yang ingin menunaikan solat Zohor mesti mendapatkan kebenaran keluar kelas
daripada guru.Kebenaran keluar kelas daripada ketua kelas tidak dibenarkan.
Penyampaian
Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
·
Tahun
1: 1)Musytari 2)Uranus 3)Pluto
·
Tahun
2: 1)Alfa 2)Zeta 3)Theta
·
Tahun
3: 1)Juara 2)Waja 3)Myvi
Pemenang Kebersihan dan Keceriaan Kelas tiga kali berturut-turut
·
1
Utarid dan 3 Wira
·
Ucapan
Guru Bertugas Mingguan
·
Puan Norazah memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada
minggu ini.
·
Tema
minggu ini " "Semangat Patriotik"
·
Makluman:
ü Hari Rabu 15 Ogos 2012,
semua murid tahun 1 hingga tahun 6 akan bersekolah pada sesi pagi.
ü Cuti
sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 16 dan 17 Ogos (Khamis dan Jumaat)
ü Sekolah akan dibuka semula pada 27 Ogos 2012
Perkataan
LAWAD
·
BM
- kesatria:orang yang
gagah berani
·
BI
- excited:teruja
·
BA - bitrun:telaga
Ucapan
PK Petang En. Rosdin bin Ibrahim
·
Mengingatkan
murid-murid menjaga keselamatan diri ketika bercuti dengan tidak bermain
mercun.
·
Menyemai
sikap patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan membaca buku khusus
berkaitan kemerdekaan.
·
Ucapan
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan memberi pesanan berhati-hati di jalan raya.
·
Perhimpunan tamat pada 5.35 petang
Perhimpunan tamat pada 5.35 petang
Tuesday, August 14, 2012
SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK)
Dalam
usaha untuk melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran bagi mencapai
objektif Kementerian Pelajaran Malaysia seperti yang telah ditetapkan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, SK Taman Putra Perdana akan mengamalkan Sistem
Pengurusan Sekolah Kualiti mulai 2013. Ini selaras dengan hasrat Jabatan
Pelajaran Negeri Selangor yang mewajibkan semua sekolah di Selangor mengamalkan
SPSK dalam semua pengurusan sekolah.
LATAR BELAKANG
SPSK
adalah singkatan bagi Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti. Tumpuan utama dalam
SPSK adalah pemantapan dari segi pengurusan dan pelaksanaan proses pembelajaran
dan pengajaran yang berlaku di sekolah seluruh negeri Selangor. SPSK
didokumenkan berdasarkan kepada prosedur kualiti MS ISO 9001:2008 dengan
matlamat menyediakan semua sekolah di negeri Selangor ke arah sekolah bertaraf
dunia.
OBJEKTIF
1. Melaksanakan
100% pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran
Tahunan
kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.
2. Memastikan
pencapaian murid setiap sekolah di negeri Selangor mencapai 65 % lulus
atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam setiap mata
pelajaran bagi
peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan awam.
3. Memastikan
100% murid sekolah di negeri Selangor mendapat perkhidmatan Bimbingan
dalam
Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya, melainkan
berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan pihak sekolah.
4. Melaksanakan
Prosedur Pengurusan Kewangan, tanpa teguran audit.
MATLAMAT
1. Memantapkan
kecemerlangan sekolah agar memperoleh Tawaran Baru (Bai’ah) setiap
tahun.
2. Menyediakan
sekolah ke arah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi
Tinggi
menjelang Tahun 2014.
3. Sifar
sekolah yang berada di Band 5, 6 dan 7 menjelang 2014 di Selangor kecuali
sekolah yang baru dibuka.
4. Sifar
sekolah di negeri Selangor mendapat Audit Berteguran menjelang tahun 2014.
5. Memastikan semua sekolah di negeri Selangor mengamalkan
Sistem Pengurusan
Sekolah Kualiti Berasaskan MS ISO 9000 menjelang Tahun 2015
PROSEDUR KUALITI ( PK ) SPSK YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
PK01 : Pengurusan Panitia
PK02 : Pengurusan Jadual Waktu
PK03 : Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran
PK04 : Pengurusan Pencerapan
PK05 : Pengurusan Peperiksaan
PK06 : Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid
PK07 : Pengurusan Mesyuarat
PK08 : Pengurusan Bimbingan
PK09 : Pengurusan Pusat Sumber
PK10 : Pengurusan Perkembangan Staf
PK11 : Pengurusan Aduan Pelanggan
PK12 : Pengurusan Maklum Balas Pelanggan
PK13 : Pengurusan Kawalan Dokumen dan Rekod Kualiti
PK14 : Pengurusan Audit Dalam
PK15 : Pengurusan Kawalan Perkhidmatan yang Tidak Akur
PK16 : Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan
PK17 : Pengurusan Perolehan
PROSEDUR KUALITI ( PK ) SPSK YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
PK01 : Pengurusan Panitia
PK02 : Pengurusan Jadual Waktu
PK03 : Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran
PK04 : Pengurusan Pencerapan
PK05 : Pengurusan Peperiksaan
PK06 : Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid
PK07 : Pengurusan Mesyuarat
PK08 : Pengurusan Bimbingan
PK09 : Pengurusan Pusat Sumber
PK10 : Pengurusan Perkembangan Staf
PK11 : Pengurusan Aduan Pelanggan
PK12 : Pengurusan Maklum Balas Pelanggan
PK13 : Pengurusan Kawalan Dokumen dan Rekod Kualiti
PK14 : Pengurusan Audit Dalam
PK15 : Pengurusan Kawalan Perkhidmatan yang Tidak Akur
PK16 : Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan
PK17 : Pengurusan Perolehan
STATUS PELAKSANAAN
Jumlah sekolah yang telah melaksanakan SPSK adalah 76
buah sekolah ( 2010 & 2011 )
2010 : 41 buah sekolah berprestasi tinggi
2011 : 35 sekolah berprestasi sederhana
2012 : Semua sekolah di negeri Selangor melaksanakan SPSK
DEFINISI PENGURUSAN
BERKUALITI
Pengurusan :
Satu proses sosial yang melibatkan aktiviti seperti merancang,
mengelola, melaksana
(memimpin) dan mengawal pelaksanaan program-program atau
tindakan bagi mencapai
matlamat yang telah ditetapkan
Berkualiti :
Perkhidmatan
( output ) memenuhi kehendakpelanggan dan stakeholder
CIRI-CIRI PENGURUSAN
BERKUALITI
1. Penambahbaikan berterusan
2. Penekanan yang lebih kepada peranan pengurusan atasan
3. Mengambil kira keperluan undang-undang dan peraturan
4. Objektif yang boleh diukur pada setiap peringkat dan fungsi yang berkaitan
1. Penambahbaikan berterusan
2. Penekanan yang lebih kepada peranan pengurusan atasan
3. Mengambil kira keperluan undang-undang dan peraturan
4. Objektif yang boleh diukur pada setiap peringkat dan fungsi yang berkaitan
5. Memastikan keberkesanan latihan
6. Analisis data bagi tujuan pengukuran pencapaian pelaksanaan sistem kualiti
6. Analisis data bagi tujuan pengukuran pencapaian pelaksanaan sistem kualiti
7. Maklumat kepuasan atau ketidakpuasan pencapaian sebagai pengukuran
pencapaian pelaksanaan objektif kualiti
KELEBIHAN PENGURUSAN
BERKUALITI
1. Sistem
Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan terhadap pencegahan
dan bukan
mengatasi masalah setelah perkara yang berkenaan berlaku
2. Kajian Semula
yang berterusan ke atas proses – proses yang kritikal dan
membuat
tindakan pembetulan
3. Mewujudkan
cara bekerja yang konsisten dan menepati ” prinsip betul
pertama kali
dan setiap kali ”
4. Pelaksanaan
tugas berdasarkan kepada prosedur yang didokumenkan, dan
5. Mementingkan
penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan yang
telah
dilaksanakan
Sumber; Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor
Sumber; Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor
Subscribe to:
Posts (Atom)