Thursday, March 31, 2022

Majlis Send Off Ustazah Maizan

Selesai majlis perpisahan Ustazah Maizan binti Abdullah di sekolah, pihak pentadbir SKTPP bersama YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian ke SKTPP2 menjayakan gimik send-off Ustazah Maizan merangkap Kunjung Hormat GB Zanudin Sanuan sambil mengeratkan ikatan silaturrahim antara kedua-dua sekolah. 
Semoga Ustazah Maizan sentiasa gembira & terus cemerlang..
#kenangkamidalamdoamu











Majlis Kenangan Terindah Sempena Pertukaran Ustazah Maizan

Sambutan majlis perpisahan Ustazah Maizan binti Abdullah bersama-sama murid-murid Pendidikan Khas. Ustazah Maizan akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (2). Semoga ustazah terus cemerlang di sekolah baharu. Jangan lupakan kami di SKTPP..

Gambar sepanjang majlis diadakan.

Video kenangan sepanjang Ustazah Maizan bersama-sama di SKTPP.

Tuesday, March 29, 2022

Jadual SKTPP Dalam Bulan Ramadan 2022




Pertandingan Eco Brick Sempena Hari Peringatan Dunia

Pengenalan 

Serik dengan sampah sekitar anda. Peluang untuk anda menyumbang selamatkan dunia. Ecobrick adalah satu cara untuk mengatasi sisa plastik yang kini giat digunakan dan dijalankan di seluruh dunia. Justeru, Persatuan Pandu Puteri Cawangan Selangor telah menganjurkan pertandingan 'Ecobrick" antara daerah. Setiap daerah dikehendaki menghantar video berdurasi 5 minit.

Daerah Sepang telah disertai oleh 16 orang murid dengan kebenaran ibu bapa dan guru pembimbing serta AJK Persatuan Daerah telah membina 'Eco Garden Stool' menggunakan 'ecobrick' bertempat di Taman Komuniti Cyberjaya.  Aktiviti telah dijalankan pada 14 Mac 2022. 

Dua orang murid dari SK Taman Putra Perdana ; Nur Irdina Sofiy Binti Mohammad Sharil (5 Ibnu Thufail) dan Nur Annisa Faiha Binti Mohammad Sharil (4 Sony) telah menyertai pertandingan ini. Persatuan Pandu Puteri Daerah Sepang telah memenangi tempat ketiga daripada lapan penyertaan. Peserta mendapat Sijil Pencapaian Peringkat Negeri Selangor. Sedutan video aktiviti yang telah dihantar:

Karnival Sehari Pandu Puteri Tunas Peringkat Negeri Selangor

Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor mempunyai komitmen melahirkan ahli Pandu Puteri Tunas yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. Persatuan ini juga telah menyediakan pelbagai program Pandu Puteri yang bercorak pendidikan formal dan tidak formal.

Objektif Program

·         Memastikan ahli-ahli Pandu Puteri Tunas terus mendapat ilmu dan pengetahuan serta mendapat ilmu dan pengetahuan berkaitan Pandu Puteri Tunas sejajar dengan sukatan program bagi sekolah rendah.

·         Membina dan meningkatkan minat, kebolehan dan potensi ahli-ahli Pandu Puteri Tunas dalam aktiviti yang disediakan.

·         Melahirkan ahli Puteri Tunas yang berilmu, kreatif dan berdaya saing dalam sebarang aktiviti atau acara yang dianjurkan oleh persatuan sama ada di peringkat sekolah, daerah atau cawangan.

     Antara aktiviti yang dijalankan ialah:










Syabas kepada semua yang terlibat dan berjaya mendapat sijil penyertaan peringkat negeri.

Monday, March 28, 2022

Majlis Perpisahan Cikgu Hafiz dan Ustazah Maizan

Pada 25 Mac yang lalu, telah berlangsungnya satu majlis perpisahan buat Cikgu Hafiz bin Md Nor dan Ustazah Maizan binti Abdullah yang telah dan akan berpindah sekolah dalam sesi persekolahan Mac ini. Majlis diadakan di  Bilik RBT SK Taman Putra Perdana dan dihadiri oleh semua guru dan kakitangan SKTPP.

    Majlis ini dianjurkan oleh KKGK dan barisan guru sebagai tanda kenangan dan penghargaan kepada Cikgu Hafiz yang telah berkhidmat selama 13 tahun manakala Ustazah Maizan selama 3 tahun di sekolah ini. Cikgu Hafiz merupakan guru penyelaras bestari yang sangat komited dalam tugas-tugasnya dan begitu juga Ustazah Maizan sebagai guru di PPKI. Perpisahan ini pastinya amat dirasai oleh warga SKTPP kerana sumbang khidmat mereka terhadap sekolah sukar dicari ganti. Untuk makluman, Cikgu Hafiz akan meneruskan khidmat beliau di SK Kampong Salang, Perlis dan Ustazah Maizan pula di SK Taman Putra Perdana 2.

    Ucapan kami warga SKTPP kepada kedua-dua insan hebat ini ialah semoga terus maju jaya walau di mana kalian berada dan selamat bertugas di tempat baharu. Jutaan terima kasih atas segala sumbangan yang telah dicurahkan kepada sekolah dan warganya. Jasa dan kenangan bersama kalian akan sentiasa kami ingati.

Persiapan Majlis di Bilik RBT, SKTPP

Pengerusi Majlis, Ust.Syed Farhan

Pimpinan bacaan doa oleh Ust.Zurilazman

Ucapan Guru Besar, Pn. Hjh. Rohaidah

Ucapan Cikgu Hafiz


Ucapan Ustazah Maizan

Penyampaian cenderamata kepada Cikgu Hafiz

Penyampaian cenderamata kepada Ustazah Maizan

Saturday, March 26, 2022

Laporan Bertugas Minggu Pertama (Sesi Petang)

Tarikh : 21 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022
Hari    : Isnin hingga Jumaat
Masa  : 12.30 hingga 6.30 petang

Senarai Nama Guru Bertugas :
Kumpulan A

1. Nor Amirulfitri bin Othman (K)
2. Rozimah binti Yaakob (P)
3. Azizah binti Ab Hamid
4. Nora Azean binti Che Othman
5. Norazmira binti Kadirun
6. Nor Rafini binti Othman
7. Norhana binti Nordin
8. Salmi binti Adnan
9. Rosmanini binti Rahim
10. Farhana binti Muhamad Fuzi

Minggu ini merupakan minggu pertama sesi persekolahan bagi Tahun 2022/2023. Hari pertama persekolahan menimbulkan keterujaan kepada semua murid untuk hadir ke sekolah terutama murid-murid Tahun 1 dan ibu bapa mereka. Murid-murid Tahun 2 & 3 (Kumpulan A) juga tidak kurang semangat mereka untuk kembali bersekolah secara bersemuka.

Kebiasaan ibu bapa murid Tahun 1 yang penuh sesak di kawasan sekolah pada hari pertama persekolahan tidak lagi berlaku pada tahun ini, atas arahan SOP pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang tidak membenarkan ibu bapa/penjaga menghantar anak ke dalam kawasan sekolah yang boleh menyebabkan kesesakan dan penularan wabak Covid 19. 

Atas kerjasama ibu bapa / penjaga, pentadbir dan guru-guru sesi petang telah melancarkan perjalanan pengurusan murid Tahun 1, walaupun tanpa kebiasaan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Pn Hajah Rohaidah (Guru Besar) dan Pn Siti Raudah (Penolong Kanan Petang) bersama guru-guru bertugas menyambut kehadiran murid di Pagar A 

Guru-guru bertugas dan pentadbir menyambut kehadiran murid di pagar B

Murid-murid Tahun 1 berkumpul di Dewan Perdana, sementara menunggu sesi pagi tamat sesi persekolahan.
  
Situasi pembelajaran murid-murid Prasekolah di hari pertama persekolahan

Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa pada hari pertama persekolahan bagi murid-murid Tahun 2 & 3. Bagi murid-murid Tahun 1 pula, mereka akan menjalani Program Transisi selama 4 minggu bermula pada 21 Mac sehingga 15 April 2022. 

Antara aktiviti murid Tahun 1 di dalam kelas dan orientasi kawasan sekolah dalam Program Transisi

Agihan buku teks untuk murid-murid Tahun 1 telah diadakan pada hari Isnin & Selasa

Antara ragam murid-murid Tahun 1 yang sempat dirakamkan pada minggu ini

Bagi memantapkan disiplin murid-murid sesi petang, Guru Disiplin yang baru dilantik bagi sesi persekolahan 2022/2023 iaitu Sir Aizil telah mengambil inisiatif untuk memberikan taklimat kepada semua murid Tahun 2 & 3. Sesi taklimat ini telah diadakan pada hari Selasa (22/3) untuk Tahun 3 (Kumpulan A) dan hari Rabu (23/3) untuk semua murid Tahun 2.

Sesi taklimat Disiplin untuk murid-murid Tahun 3 (kumpulan A)

Sesi Taklimat Disiplin untuk murid-murid Tahun 2

Unit Bimbingan & Kaunseling SKTPP juga turut menyediakan Program Transformasi Minda & Pemugaran Emosi Murid untuk semua murid Tahun 2 & 3 (Kumpulan A). Program ini bertujuan untuk mewujudkan kesediaan murid-murid dari segi emosi, fizikal dan mental untuk belajar selepas cuti yang panjang. Program ini telah di adakan pada hari selasa (22/3) untuk semua kelas Tahun 3 dan pada hari rabu (23/3) untuk semua kelas Tahun 2.

Murid-murid Tahun 2 membuat aktiviti "Jenis-jenis Emosi"

Murid-murid begitu kusyuk meluahkan berbagai jenis emosi mereka

Murid-murid Tahun 3 membuat aktiviti "Ekspresi Emosi " bersama cikgu Juli

Sepanjang minggu ini juga, murid-murid sentiasa diingatkan oleh guru-guru di dalam kelas dan guru-guru bertugas agar mematuhi SOP pada waktu datang, waktu rehat dan waktu balik dengan sentiasa memakai pelitup muka, menjaga jarak serta lebih kerap membasuh tangan terutama sebelum dan selepas makan.

Situasi murid waktu masuk ke kawasan sekolah di pagar B. Guru bertugas memastikan murid-murid memakai pelitup muka sebelum masuk ke kawasan sekolah.

Situasi murid ketika membeli makanan waktu rehat 

Situasi murid ketika balik di Pagar A

Satu majlis ringkas penyampaian sumbangan set buku tulis & buku kerja turut diadakan pada hari Rabu (23/3) kepada 2 orang murid terpilih dari Tahun 2 Enggang (Muhammad Khairuddin Iqram bin Mohd Khairul) dan Tahun 3 Citrine (Amirah Zahirah). Seorang murid sesi pagi dari kelas 4 Windows ( Mohd Wazhene) juga turut menerima sumbangan set buku tulis & buku kerja ini. Pihak Pentadbir dan guru-guru Bimbingan & Kaunseling mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Mastura (ibu murid kelas 4 Solaris) yang sudi memberi sumbangan dan begitu cakna dengan situasi ibu bapa/penjaga yang kurang berkemampuan.


Majlis ringkas penyampaian hadiah saguhati AJK Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan turut diadakan untuk AJK KKGK sesi petang pada hari Khamis (24/3)


Tahniah dan terima kasih kepada semua guru bertugas Kumpulan A sesi petang atas kerjasama dan komitmen anda semua telah melancarkan tugasan yang diamanahkan dengan jayanya.