Thursday, December 31, 2020

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2021

Detik, Demi Detik,
Hari Demi Hari,
Hingga Bulan Demi Bulan Telah Mengusung Banyak Cerita,
Suka Duka.. Menjadi Warna Nyata Dalam Hidup Kita,
Tapi Biarkan Semua Menjadi Kenangan Yang Terpahat,
Kini Tahun Baru Telah Mendatangi Kita,
Tibanya Kita Memperbaiki Kegagalan Menjadi Kejayaan,
Kita Buka Lembar Kisah Baru Dengan Penuh Semangat Dan Keceriaan,
Selamat Tahun Baru 2021.

Wednesday, December 30, 2020

Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah dan Tanda Nama Murid SK Taman Putra Perdana

 Berikut adalah tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama murid SK Taman Putra Perdana:



Tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama ini adalah sama kedudukannya pada:
• Bahagian kiri tudung, atau;
• Bahagian kiri baju kurung, atau;
• Bahagian kiri baju pinafore

Rujukan: Buku Peraturan SKTPP m/s 21 - 22

Thursday, December 24, 2020

Kedai Buku Sekolah

Kedai Buku Sekolah akan dibuka bermula 28 Disember 2020

Isnin - Jumaat

:

9.00 pagi - 4.00 petang

 

Sabtu

:

9.00 pagi - 2.00 petang

 

*Ahad & Cuti Umum : Tutup


Disediakan oleh:

Nurul Azean binti Mohd Salleh

Tuesday, December 22, 2020

Lawatan Penanda Arasan SK Telok Panglima Garang

Hari ini SKTPP menerima tetamu dari SK Telok Panglima Garang (SKTPG), Daerah Kuala Langat, Selangor. Seramai 28 orang yang terdiri daripada pentadbir, guru & PIBG SKTPG hadir ke SKTPP bagi Lawatan Penanda Arasan Ujana Ilmu@Pusat Sumber Sekolah. Wakil PPD Sepang iaitu Pn Suhaila binti Aman dan En Mohd Khairul Nizam bin Husaini, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan, Sektor Pembelajaran, PPD Sepang juga turut hadir meraikan para pelawat. Turut sama menyambut ahli rombongan ialah YDP PIBG SKTPP; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian serta Naib YDP PIBG; Pn. Normawati binti Saad.

Sebagai tuan rumah, guru-guru bersama pentadbir telah bersedia seawal 8.30 pagi bagi menyambut kehadiran para tetamu. Setibanya tetamu di tapak parkir guru bersebelahan surau SKTPP, tetamu diminta mengimbas suhu, scan MySejahtera dan menggunakan hand sanitizer sebelum memulakan aktiviti lawatan.

Program dimulakan dengan sesi bergambar di Kebun Komuniti dan dataran perhimpunan seterusnya sesi taklimat di Terminal Muafakat, menandatangani Sijil Jaringan Sekolah dan selanjutnya sesi lawatan ke Ujana Ilmu, Bilik Sumber PPDa, Bilik Bitara Kriket dan surau sekolah

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar lawatan penanda arasan ini :

Kehadiran tetamu disambut oleh guru besar, barisan pentadbir dan AJK yang terlibat.
  
Sesi bergambar di Kebun Komuniti

Sesi bergambar di Dataran Perhimpunan

Para tetamu dibawa masuk ke Terminal Muafakat untuk sesi taklimat 

Tetamu dijemput menjamu selera sebelum mendengar taklimat

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pn Norhayati selaku pengacara majlis dan disusuli ucapan doa oleh Ustaz Zurilazman bagi memberkati majlis 

Ucapan Pn Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP tentang pengalaman beliau membawa kejayaan SKTPP dalam PPDa, Ujana Ilmu dan Sukan Kriket hingga ke Peringkat Kebangsaan

Tn Haji Khairul Azhar, YDP PIBG SKTPP berkongi pengalaman beliau berkaitan peranan PIBG dalam membantu pembangunan dan kejayaan sekolah  

Ucapan Pn Haliza binti Sabian, PK Pentadbiran SK Telok Panglima Garang

Ucapan dan taklimat dari Pn Arnny Yusnita, GPM SKTPP merangkap Ikon GPM 
Negeri Selangor 2019

Sesi lawatan ke Ujana Imu SKTPP

Guru-guru SKTPP bekerjasama memberi penerangan pada setiap pertanyaan dari guru-guru SKTPG

Para tetamu pastinya tidak melepaskan peluang untuk bergambar di Ruang Rehat Guru
 
Sesi lawatan ke Bilik Sumber PPDa

Sesi lawatan ke Bilik Bitara Kriket & mendengar taklimat dari jurulatih kriket; Cikgu Izwan & Junaidi

Sesi lawatan berakhir di Surau SKTPP.
Para tetamu sempat menunaikan solat zohor
 di Surau SKTPP sebelum bertolak balik

Terima kasih buat warga SKTPG. Jumpa lagi..

Saturday, December 19, 2020

Tatacara Pemakaian Uniform Pengawas Sekolah Dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 2021

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Untuk makluman, berikut dilampirkan Tatacara Pemakaian Uniform Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi sesi 2021.  

Pemakaian Pengawas Sekolah:




Pemakaian Pengawas Pusat Sumber Sekolah:



Terima kasih atas perhatian semua.  Moga kerjasama semua akan memantapkan lagi kelancaran pengurusan dan kecemerlangan sekolah.

Dilaporkan oleh,
Arnny Yusnita binti Md Enarji
Guru Perpustakaan & Media
SK Taman Putra Perdana


Thursday, December 17, 2020

Majlis Akhir Tahun Dan Meraikan Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu Tahun 2020

Hari ini telah berlangsung Majlis Akhir Tahun Dan Meraikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahap Bongsu bagi Tahun 2020 melalui medium google meet. Majlis ini diadakan bagi :

* Mengiktiraf PRS yang mencapai PRS Tahap Bongsu

* Mengiktiraf PRS yang cemerlang dari segi sahsiah iaitu bersikap bertanggungjawab, kerajinan dan kepekaan terhadap tugas

* Meningkatkan motivasi dan semangat semua PRS untuk melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

* Mengeratkan hubungan antara guru dan PRS serta PRS dengan PRS

Majlis yang berlangsung selama lebih kurang satu jam itu telah dihadiri oleh seramai 63 orang PRS Tahun 3, 4, 5 dan 6 serta Pn Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali selaku Guru Besar SKTPP, Datin Nuraizah binti Dun (GPK HEM) dan juga Tn Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian selaku YDP PIBG merangkap perasmi program.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung...

Menunggu peserta mendaftar di talian google meet


Slaid / banner majlis ditayangkan sepanjang majlis berlangsung

Adik Naqib menjadi pengacara majlis sepanjang majlis berlangsung

Memulakan majlis dengan nyanyian lagu Negaraku

Lagu Negeri Selangor

Lagu Pembimbing Rakan Sebaya

Pengacara majlis menjemput dan mempersilakan pembaca doa

Adik Fadlullah mengetuai bacaan doa

Ucapan adik Damia 

Menjemput Pn  Hajjah Rohaidah untuk menyampaikan ucapan 

Pn Hajjah Rohaidah menyampaikan ucapan

Perasmian Program oleh Tn Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian; YDP PIBG

Tayangan slaid aktiviti-aktiviti PRS sepanjang tahun 2020







Debaran menunggu pengumuman pemenang Pertandingan Madah Intelek PRS Tahun 5




Tempat ketiga dimenangi oleh adik Muhammad Fadlullah bin Mohd Rasulzuki

Naib Johan dimenangi oleh adik Aliah Dzafirah binti Ahamad Syahir

Johan Pertandingan Madah Intelek PRS Tahun 5 
dimenangi oleh adik Nuraisya Damea binti Zuraidi

Pengumuman Pencapaian PRS Tahap Bongsu

Pn Juli mengumumkan 9 nama PRS yang berjaya mendapat anugerah PRS Tahap Bongsu









Ucapan TAHNIAH!!! kepada semua PRS yang berjaya mencapai PRS Tahap Bongsu

PRS Tahap Bongsu akan menerima sijil pencapaian dan cenderamata

Sesi bergambar setelah majlis selesai