Friday, June 30, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-13 (Sesi Petang)

 Tarikh: 26 Jun 2023 - 30 Jun 2023

 Hari : Isnin - Jumaat

 Tema : Syukur


Senarai Guru  Bertugas Kumpulan A

1. Nor Amirulfitri bin Othman

2. Rozimah binti Yakoob

3. Azizah binti Hamid

4. Nora Azean binti Che Othman

5. Norazmira binti Kadirun

6. Nor Rafini binti Othman

7. Norhana binti Nordin

8. Salmi binti Adnan

9. Rosmanini binti Rahim

10. Farhana binti Muhamad Fuzi


Laporan Perhimpunan Rasmi

Tarikh    : 26 Jun 2023

Hari       : Isnin

Masa     : 1.00-1.30 petang

Tempat  : Dewan SKTPP

Pengacara Majlis: Pn. Azizah binti Hamid


1.0 Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Iqrar

- Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah

- Bacaan doa dipimpin oleh Muhammad Iyadh Qayyim bin Mohd Izham

- Bacaan iqrar Rukun Negara dan keselamatan jalanraya diketuai oleh Pn. Azizah binti Hamid

- Bacaan iqrar dipimpin oleh Ahmad Aryab Zakwan bin Sarifuddin


2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (En. Ahmad Junaidi bin Abdullah)

- Murid-murid dilarang membeli makanan dari luar pagar sekolah

- Murid-murid diingatkan supaya sentiasa menepati masa terutamanya pada waktu rehat


3.0 Ucapan Guru Besar (Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali)

- mengingatkan murid-murid supaya tidak membeli makanan dari luar

- Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua guru dan jugak murid-murid

Guru Bertugas Kumpulan A

Pengacara Majlis: Pn Azizah binti Hamid

Iqrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya

Bacaan Doa

Iqrar Murid

Murid-murid ketika bacaan iqrar

Kehadiran murid pagar A

Kehadiran murid pagar B

Pada minggu ini juga pihak sekolah mengadakan Sambutan Hari Lahir Murid (Januari - Jun)


Terima kasih diucapkan kepada semua guru bertugas Kumpulan A yang memberi kerjasama sepanjang minggu ini.


Disediakan Oleh: Rosmanini binti Rahim

Thursday, June 29, 2023

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua murid, ibu bapa, guru, staf dan warga SK Taman Putra Perdana. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dalam menunaikan perintah Allah SWT untuk membuktikan ketaatannya terhadap Allah SWT.

Maaf zahir dan batin.

Tuesday, June 27, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-13 (Sesi Pagi)

 










Program Mentor Mentee Siri 3/2023

Alhamdulillah, pada hari ini Program Mentor Mentee dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program Mentor Mentee merupakan aktiviti rasmi sekolah di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Kerjasama yang sangat baik oleh pentadbir, semua mentor dan mentee dalam Program Mentor Mentee ini menambahkan lagi kelancaran dan keberkesanan program. Semoga semua mentee dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil bimbingan dan sentuhan daripada mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka. 

Maklumat berkaitan Program Mentor Mentee Siri 3/2023:
Tarikh: 27.6.2023
Hari: Selasa
Masa: 7.30 pagi - 8.00 pagi / 1.30 petang  - 2.00 petang
Sasaran: Semua murid 
Tempat: Kelas murid masing-masing atau kawasan yang sesuai

Sesi Pagi:
Prasekolah:
Tajuk : Keluargaku Sayang
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1) Memupuk dan mengamalkan sikap cintakan sekolah
2) Menanam sikap sukakan kebersihan

Tahun 4 :
Tajuk : Sekolahku
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1) Memupuk dan mengamalkan sikap cintakan sekolah
2) Menanam sikap sukakan kebersihan

Tahun 5 : 
Tajuk : Keluargaku Sayang
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1) Meningkatkan rasa hormat kepada semua ahli keluarga
2) Meningkatkan hubungan mesra dengan ahli keluarga
3) Melakonkan peranan setiap individu dalam institusi kekeluargaan

Tahun 6:
Tajuk: Masih Ada Yang Sayang
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1) Menyedari kepentingan kehadiran ahli keluarga dalam kehidupan mereka
2) Memupuk rasa kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga

Sesi Petang:
Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Prasekolah:
Tajuk : Aku Cantik & Kemas
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1)Menyedari tanggungjawab mengurus diri
2) Mengurus diri tanpa bantuan orang lain
3) Mengenalpasati kemahiran asas penjagaan diri

Berikut merupakan video dan gambar-gambar aktiviti Program Mentor Mentee yang sempat dirakamkan:
*Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang turut membantu kolajkan gambar-gambar aktiviti Mentor Mentee

Gambar & Video Aktiviti Mentor Mentee Sesi Pagi:

 












Gambar Aktiviti Mentor Mentee Sesi petang:














Saturday, June 24, 2023

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Dan Perasmian Musalla Raudatul Ilmi

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG kali ke-19 dan Perasmian Musalla Raudatul Ilmi telah diadakan pada 24 Jun 2023 (Sabtu)

Perasmian MAT PIBG dan Musalla Raudatul Ilmi telah disempurnakan oleh Tuan Haji Shopuan Anuar bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Pihak sekolah amat berbesar hati dengan kehadiran beliau yang sudi meluangkan masa untuk merasmikan MAT PIBG dan Musalla Raudatul Ilmi.

Pihak sekolah juga merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-19.

Berikut merupakan barisan AJK PIBG  Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana bagi sesi 2023/2024;

Penasihat                         : Pn. Hajah Rohaidah bt Mohd Ali

Yang Dipertua                 : Tn. Haji Megat Md Saleh bin Md Arshad

Naib Yang Dipertua        : En. Hafiz bin Zainol Shokor

Setiausaha                      : Pn. Nurliza binti Ab Rahman

Naib Setiausaha             : Cik Azwane binti Adnan

Bendahari                      : Pn. Musaliha binti Mustafa

Naib Bendahari             : Cik Amalina binti Abd Hamid

Ahli Jawatankuasa (Guru)

1. Pn. Nor Latifah binti Che Yusoff

2. En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin

3. Pn. Rosmawati binti Md Desa

4. Pn. Claudia Jacqueline Charles Nelson

5. Cik Zalina binti Ismail

Ahli Jawatankuasa (IBU Bapa)

1. Pn. Nur Syamila binti Muhamad Ishak

2. Pn. Siti Faezah binti Ahmad

3. En. Wan Mohd Nazmi bin Wan Hussein

4. En. Muhd Khusyairi bin Abdul Latif

5. Pn. Sasira binti Nordin

6. En. Muhammad Syamim bin Mohd Nizam

Juru Audit:

Pn. Umi Nazrah bin Saharoni (Guru)

En. Amir Ariffin bin Ab Rahman (Ibu Bapa)

Ucapan Perasmian: Tn. Haji Shopuan Anuar bin Ahmad 

Ucapan Penasihat & Guru Besar: Pn. Hajah Rohaidah bt Mohd Ali

Ucapan YDP PIBG: Tn. Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian

Bacaan doa oleh: Ustaz Zurilazman bin Abdullah

Barisan AJK PIBG 2023/2024

Majlis Perasmian Musalla Raudatul Ilmi

Penyampaian cenderamata kepada perasmi

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ki Ke-19



Laporan disediakan oleh: Nor Hidayu binti Sadri