Saturday, January 27, 2024

Laporan Bertugas Minggu ke-40 (Sesi Pagi)

Tarikh : 22 Januari hingga 26 Januari 2024

Kumpulan bertugas : Kumpulan D

Senarai nama guru bertugas :

Senarai Guru Bertugas Kumpulan D:
1. Pn. Zailezah binti Sardi (K)
2. En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
3. Pn. Norlida binti Othman
4. Pn. Arjunawati binti Ahmad Nuze
5. Pn. Norfauziaton binti Ali Mohamed
6. Pn. Arnny Yusnita binti Md Enarji
7. Pn. Norazian binti Anuar
8. Pn. Nurzainon binti Mohd Razalli
9. Pn. Nor Hanim binti Ismail
10. Pn. Umi Nazrah binti Saharoni
11. Pn. Nor Azura binti Mustafa

Guru bertugas kumpulan D

Laporan Perhimpunan Rasmi :
Tarikh : 22 Januari 2024
Hari. : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tema : Merah dan Cemerlang dunia dan akhirat.

1. Nyanyian, bacaan doa dan bacaan ikrar .
    Pengawas yang terlibat :
      1.1 Pengacara majlis : Wan Nur Intan Batrisyia binti Megat Md.Saleh
      1.2 Bacaan doa : Mohd Ayrell Iqwan bin bin Mohd Nasri
      1.3 Konduktor nyanyian : Orked Amani
      1.4 Ikrar : Andrea Ezzahiera binti Afizul Izham


2. Laporan bertugas minggu lepas yang disampaikan oleh cikgu Ahmad Junaidi.


3. Ucapan guru bertugas minggu ini yang disampaikan oleh Puan Zailezah.


4. Ucapan Guru Penolong Kanan PPKI iaitu Ustaz Asrulafandi .



5. Majlis penyerahan bendera dan sumbangan jersi kepada pasukan Kriket SKTPP Champion School Peringkat Kebangsaan





Laporan lain :-

1. Ketibaan murid waktu persekolahan dalam terkawal dan teratur.

Pagar A dan B


2. Keadaan murid ketika waktu rehat.

Murid makan di kantin 

3. Bacaan Yasin pada hari Jumaat .

Bacaan Yasin di dalam kelas dan di Musalla.


Laporan disediakan oleh :
Nurzainon binti Mohd Razalli

Makluman Kepada Ibu Bapa / Penjaga Murid Tahun 1 2024

Kepada semua ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 1 2024;

Sila ketik pada pautan berikut untuk mengikuti hebahan dan makluman berkaitan Tahun 1 2024

https://t.me/+wklDc9uxVCwwMjk1

Terima kasih.



Friday, January 26, 2024

Kantin Tutup Pada 27.1.2024

Dukacita dimaklumkan bahawa kantin tidak dapat beroperasi pada hari esok, Sabtu 27 Januari 2024.

Sehubungan dengan itu, mohon ibu bapa/ penjaga dan murid-murid bersarapan terlebih dahulu sebelum bermula program Orientasi.

Sediakan bekalan air minum yang secukupnya.

Mohon maaf atas kesulitan.

Pentadbir 
SK Taman Putra Perdana

Thursday, January 25, 2024

Senarai Nama Murid Tahun 1 2024

Berikut dipaparkan senarai nama murid mengikut kelas bagi tujuan Hari Orientasi Tahun 1 yang akan diadakan pada Sabtu, 27 Januari 2024. 

1. Ibu bapa boleh menyemak nama dan kelas bagi memudahkan urusan pendaftaran, semakan fail dan aktiviti murid.

2. Sekiranya nama murid tiada, mohon segera ke pejabat sekolah untuk membuat pengesahan.




Wednesday, January 24, 2024

Majlis Graduasi Prasekolah Kali Ke-14 & Tahun 6 Kali Ke-12 Sesi 2023/2024 "Seharum Kasih, Seindah Memori" SK Taman Putra Perdana

Assalamualaikum wbht, salam kemesraan Anak Baik Lagi Cerdik dan salam graduasi. 

"Seharum Kasih, Seindah Memori" SK Taman Putra Perdana.

Tanggal 24 Januari 2024 merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh para graduasi Prasekolah dan Tahun 6 Sesi 2023/2024. Majlis graduasi ini, antara lain bertujuan meraikan murid-murid yang telah berjaya menamatkan kelas prasekolah dan juga sebagai tanda dan isyarat berakhirnya sesi persekolahan bagi murid-murid tahun enam. Diharapkan majlis keraian ini menjadi memori terindah buat semua murid yang berada dalam Kohort Telefon di SK Taman Putra Perdana. 

Objektif Majlis Graduasi:

1. Memberi penghargaan kepada murid-murid prasekolah kerana berjaya menamatkan pembelajarannya. 

2. Memberikan satu pengalaman dan kenangan buat murid-murid Tahun 6 sebelum meninggalkan alam sekolah rendah.

3. Meningkatkan keyakinan diri dan keberanian murid untuk naik ke pentas.

4. Mencungkil bakat murid melalui persembahan yang ditampilkan.

5. Merapatkan hubungan silaturrahim antara guru, murid dan PIBG. 

Kad Jemputan: 


Pautan Buku Program, sila klik di sini

Lensa kamera yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung:

























VIDEO PERSEMBAHAN:



Friday, January 19, 2024

Laporan Bertugas Minggu ke-39 (Sesi Pagi)

Tarikh : 15 Januari 2024 - 19 Januari 2024

Hari : Isnin hingga Jumaat

Masa : 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

Kumpulan Bertugas : Kumpulan C

Senarai Nama Guru Bertugas:

1. Pn. Mazzaini Binti Muda (Ketua)

2. En. Ahmad Junaidi Bin Abdullah (Penolong)

3. Dr. Mohd Azarul Bin Mohd Mokhtar

4. En. Muhammad Afiq Bin Azli

5. Pn. Rosmizawati Binti Yusuf

6. Pn. Faridatul Akmal Binti Ismail

7. Pn. Junaidah Binti Rus

8. Pn. Jamunarani Bhoja Rajan

9. Pn. Nur Murni Binti Abdullah

10. Pn. Nurul Iman Binti Illyas

11. Pn. Siti Fatimah Binti Wan Yaacob

12. Cik Nanthini Nadason


Laporan Perhimpunan Rasmi :

Tarikh: 15 Januari 2024

Hari : Isnin

Masa : 7.30 pagi - 8.30 pagi

Tempat : Dewan Perdana

Tema Ucapan : Solat Tiang Agama

Tema Warna : Hijau

1.0  Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar

- Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagi iaitu lagu Negaraku, Negeri Selangor dan  SKTPP.

- Bacaan doa.

- Bacaan Ikrar Rukun negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Cikgu Mazzaini Binti Muda.

- Bacaan Ikrar Murid.


2.0 Ucapan Guru Bertugas Minggu ini telah disampaikan oleh Cikgu Mazzaini Binti Muda.

Tema ucapan guru bertugas ialah 'Solat Tiang Agama'.

Pengajaran dan penghayatan yang dapat  diambil adalah:

1. Umat Islam hendaklah memberikan keutamaan untuk menunaikan solat tanpa ada apa-apa alasan.

2. Murid-murid yang beragama Islam hendaklah memastikan solat  dilaksanakan dengan sempurna dan khusyuk.

3. Ibu bapa hendaklah memastikan ahli-ahli keluarganya taat dan patuh menunaikan solat pada waktunya.

4. Umat Islam jangan meninggalkan solat kerana meninggalkan solat itu mengundang kemurkaan Allah dan diseksa dengan neraka Saqar.

“Peliharalah kamu (Kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) Dengan taat dan khusyuk”. (Surah al-Baqarah : 238).

                
                          Ucapan Guru Bertugas

  Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran &                                          Kurikulum                                             

3.0 Suasana Di Sekolah


   
       Disediakan oleh :

      Cik Nanthini Nadason

      Guru Bertugas Kumpulan C

Wednesday, January 17, 2024

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2023/2024

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2023/2024 telah diadakan dengan jayanya pada;
 
Tarikh: 17 Januari 2023
Masa: 7.30 pagi – 12.20 tengah hari
Tempat: Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana



Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2023/2024 diadakan bagi meraikan murid-murid yang telah mencapai kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum. Ia juga merupakan satu tanda penghargaan pihak sekolah kepada murid-murid tersebut. Penghargaan juga harus dan wajar diberikan kepada para jurulatih dan guru yang secara langsung memainkan peranan yang amat penting dalam pencapaian kecemerlangan pelajar dalam kokurikulum. Murid-murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum ini telah mengharumkan nama sekolah dan secara tidak langsung telah memperkenalkan nama sekolah di mata umum. 

            Antara senarai Kategori Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum :

            1. Anugerah Penghargaan Khas- Tumas Harapan Kokurikulum
            2. Anugerah Tokoh Kokurikulum Pendidikan Khas
            3. Anugerah Tokoh Kokurikulum
            4. Anugerah Tokoh Sukan
            5. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum- PPKI
            6. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum- Gangsa
            7. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum- Perak
            8. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum- Emas
            9. Sijil Penghargaan Jurulatih Luar
           10.Sijil Penghargaan Jurulatih dan Guru Pembimbing
           11. Pengurusan Fail Kokurikulum Terbaik 2023


Berikut disertakan senarai anugerah mengikut kategori masing-masing. Semoga kejayaan yang dicapai ini menjadi pembakar semangat kepada murid-murid lain untuk turut sama mencurahkan bakat dan kemahiran yang ada dalam diri. Seterusnya, memperkasakan lagi unit kokurikulum sekolah.


PENERIMA ANUGERAH EMAS

PENERIMA ANUGERAH PERAK

PENERIMA ANUGERAH GANGSA



Sekitar majlis anugerah kecemerlangan Kokurikulum di SKTPP. Majlis telah dirasmikan oleh En. Norazlan Bin Ahmad Kanal, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.                             





Tahniah kepada semua penerima anugerah dan terima kasih kepada semua penyumbang hadiah. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang hadir ke majlis tersebut. Penghargaan juga kepada barisan pentadbir sekolah, guru-guru, PIBG, mantan Guru Besar, ibu bapa dan semua murid SKTPP.


Laporan disediakan oleh,
Norbaizura binti Nordin
Nurul Nadirah binti Kamaruzaman