Monday, March 4, 2013

Program Kesedaran Air dan Sungai Peringkat Kebangsaan.


Pada hari Sabtu 2 Mac 2013 , Persatuan Sains dan Teknologi serta Briged Sungai telah menyertai “Program Kesedaran Air dan Sungai Negeri Selangor" Peringkat Kebangsaan.       

Sasaran :
30 peserta dan 3 orang guru pengiring
Masa     :
8.00-12.15 tengahari
Tempat :
Taman Rekriasi Lembah Kiara , Taman Tun Dr Ismail
Anjuran:
Salcon Berhad, Water Watch Penang dan Malaysian Water Partnership.

Tujuan :
Mewujudkan kesedaran di kalangan para pelajar mengenai kepentingan sungai dan bekalan air bersih di samping mendidik mereka supaya menjaga serta memelihara sumber-sumber air.

Aktiviti:

  1. Taklimat ringkas tentang status dan kepentingan air di dunia, Malaysia& Selangor.
  2. Aktiviti pengujian kualiti air fizikal , kimia dan biologi.
  3. Aktiviti pertandingan pembersihan kawasan sungai.

Di harap aktiviti ini dapat memberi kesedaran kepada murid betapa pentingnya 
sungai dan bekalan air yang bersih dalam kehidupan.

Bergambar sebelum memulakan aktiviti.

Sesi taklimat ringkas oleh fasilitator.

Aktiviti menguji Ph air secara berkumpulan 

Peserta didedahkan dengan teknik pengukuran kualiti air.

Aktiviti mencari spesies yang hidup dalam air

Peserta berpuas hati dengan penemuan pelbagai spesies dalam air yang
tidak dilihat sebelum ini.

Aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan dapat memupuk semangat kerjasama.

Hasilan dalam kumpulan. Pelbagai spesies dalam air dapat dilihat.

Aktiviti mewarna badge sebagai kenang-kenangan

Cenderamata dan sijil penyertaan diberikan kepada setiap peserta.

Peserta menunjukkan hasilan badge masing-masing.

Program berakhir...peserta gembira dengan aktiviti yang dijalankan.




No comments:

Post a Comment