Friday, March 15, 2013

PELANCARAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2013

Pada pagi ini 15 April 2013, telah dilancarkan Program Galakan Membaca (NILAM) yang bertemakan   Pendidikan Bermaklumat Pemangkin Pendidikan Cemerlang’’. Program ini dirasmikan oleh En. Sukimin bin Juki selaku Guru Besar SKTPP.  

Program ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca di kalangan murid SKTPP sekaligus memberi kesedaran berterusan. Selain itu ia juga dapat meningkatkan masa membaca yang berfaedah dalam kalangan pelajar sama ada di pusat sumber atau di luar pusat sumber sekolah. Murid-murid dapat melahirkan apresiasi terhadap sesuatu karya sihat yang dibaca. Program ini dapat melahirkan pelajar yang cintakan bahan bacaan dan sebagai satu budaya.

Program Galakan Membaca akan diadakan mengikut sesi berikut:
             Sesi 1 :  15 Mac -  Jun 2013
             Sesi 2 :  1 Julai  -  Oktober 2013 

Setiap bahan yang dibaca hendaklah dicatat sinopsis atau ringkasan dalam buku rekod bacaan. Pembaca akan menyerahkan buku rekod bacaan tersebut dengan memasukkannya ke dalam peti NILAM yang berada di pusat sumber. Guru NILAM dengan bantuan guru media akan mencari pemenang mengikut  tahun berdasarkan jumlah buku yang dibaca dan pembaca paling banyak akan diberi hadiah semasa perhimpunan mingguan mengikut sesi yang telah ditetapkan.

Pembahagian Lencana adalah mengikut jumlah buku yang dibaca oleh murid Lencana Gangsa: 90 -179 buah buku
Lencana Perak : 180 -269 buah buku
Lencana Emas: 270 - 360 buah buku
NILAM - 360 Ke atas

Pn. Siti Rabiah selaku pengacara majlis

Lencana Perak

Lencana Emas

Lencana Gangsa




Murid yang telah membaca lebih daripada 150 buah buku

Guru Besar merasmikan

Program Galakan Membaca

No comments:

Post a Comment