Thursday, March 28, 2013

Sistem Pengurusan Kontrak VaME

Bahagian Audit Dalam (BAD) Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan aplikasi dalam talian Virtual Management Environment (VaME) untuk digunakan oleh semua sekolah.  Sistem ini bertujuan untuk menyimpan maklumat kontrak dan laporan prestasi bulanan syarikat.  Semua laporan akan terus sampai ke KPM untuk urusan auditan pembayaran. 

Kontrak yang terbabit di sekolah yang dicakupi oleh sistem ini ialah kawalan keselamatan, pembersihan dan asrama.  Hasil laporan yang dibuat oleh sekolah akan menentukan sama ada tindakan penolakan bayaran perlu dibuat atau tidak.  Sistem ini memerlukan pihak sekolah melaporkan kehadiran pekerja, pembekalan peralatan/bahan serta prestasi kerja.  Dalam melaporkan prestasi syarikat, gambar boleh dimuatnaik untuk membantu memberi gambaran yang lebih jelas kepada KPM mengenai keadaan yang dilaporkan itu.



Taklimat dan latihan menggunakan aplikasi ini disasarkan kepada semua Pengetua/Guru Besar dan Pembantu Tadbir yang mengurus syarikat swasta.  Ia disampaikan oleh En. Rahim dengan dibantu oleh  beberapa fasilitator dari BAD.

Cik Maisarah A.Hamid menghadiri latihan penggunaan VaME di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.  Latihan ini dianjurkan oleh Pejabat daerah Sepang dan disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Audit Dalam.

Cik Maisarah sedang bersama PK dan PT SK Sungai Rawang
Sepang merupakan daerah ekdua dalam negeri Selangor yang menerima taklimat ini.  Setiap sekolah dikehendaki terus melakukan kerja pelaporan dan pengesahan prestasi kerja secara manual seperti biasa dan ditambah pula dengan membuat laporan secara dalam talian ini.  Dengan adanya sistem ini, ia  bermakna satu lagi kerja tambahan yang diberikan kepada sekolah.  Semoga sekolah banyak bersabar.

No comments:

Post a Comment