Monday, May 12, 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-19 (Sesi Petang)

Tarikh   : 12 Mei 2014
Masa    : 1.20 - 1.50
Tempat  : Dewan Perdana

Guru-guru Bertugas:

  1. Pn Nora bt Sabihi
  2. Pn Nazahiyah bt Ab Rahman
  3. Pn Salmi bt Adnan
  4. Pn Nor Holwani bt Yahaya
  5. Pn Siti Maziah bt Tajuddin
  6. Pn Nurazlin bt Mat Nor
Laporan
  1. Nyanyian Lagu, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah dipimpin oleh Pn Salmi bt Amir.
  • Bacaan doa oleh adik Najwan Danish Danial.
  • Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn Salmi bt Adnan.
  • Bacaan Ikrar Murid oleh adik Hurin Batrisya.

    2.  Laporan guru bertugas minggu lepas, Pn Yusnita bt Yunus
  •  Murid-murid dinasihati supaya jangan berlari dalam kawasan sekolah terutamanya ketika hujan kerana boleh membahayakan murid-murid.
    3  Ucapan guru bertugas pada minggu ini, Pn Salmi bt Adnan
  • Memperkenalkan barisan guru-guru bertugas pada minggu ini.
  • Perkataan lawad pada minggu ini
              1. Bahasa Melayu - menyapa (kata-kata)
              2. Bahasa Inggeris - dinner (makan malam)
              3. Bahasa Arab - Alqariah (membaca)
  • Pengumuman
              1. Peperiksaan Jawi bagi tahun1,2 dan 3 akan dijalankan pada pukul 2.15 - 3.15 petang.
              2. Aktiviti Kokurikulum pada hari Rabu DIBATALKAN.
              3. Kelas Tasmek BERJALAN SEPERTI BIASA.
  • Tema pada minggu ini ialah Melayari Internet Secara Berhemah
          1. Tujuan melayari internet adalah untuk menambah ilmu pengetahuan melalui maklumat yang          diperoleh darinya.
          2. Jauhi diri daripada menonton video-video lucah yang menjerumus diri ke arah keburukan.
          3. Gunakan laman sosial ke arah kebaikan.

      4   Ucapan Guru Besar, Pn Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali
  • Sambutan Perayaan Bulan Mei
          Hari Ibu - menghormati ibu masing-masing

          Hari Guru pada 16 Mei 2014 (Jumaat)
          - murid-murid dikehendaki datang ke sekolah pada sesi pagi.
          - murid-murid perlu menjaga disiplin dan peraturan sekolah.
          - murid-murid perlu menghargai guru masing-masing.
  • Murid tidak dibenarkan menggunakan pagar A kecuali murid yang menunggang basikal dan yang berjalan kaki. Murid-murid hanya dibenarkan menggunakan laluan di Pagar B untuk mengelakkan kesesakan dan kemalangan.
  • Memaklumkan bahawa sekolah telah memohon papan tanda keselamatan, garisan kuning dan menutup lubang-lubang di jalan daripada pihak Majlis Perbandaran Sepang.
  • Murid-murid perlu mengingati visi dan misi PPDa:
          Visi PPDa - Sekolah bebas dadah, negara bebas dadah 2015

          Misi PPDa - Melahirkan pelajar bebas melalui pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah PPDa yang mantap dan berkesan bagi memastikan sekolah bebas dari dadah.
  • Ucapan tahniah buat pasukan Hoki Lelaki kerana telah meraih johan manakala pasukan Hoki Perempuan telah meraih tempat ketiga.
Perhimpunan tamat pada pukul 1.50 petang.

Laporan disediakan oleh Pn Nurazlin bt Mat Nor

No comments:

Post a Comment