Monday, May 19, 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-20 (Sesi Petang)

Tarikh : 19 Mei 2014


Masa : 1.20 – 1.50 petang


Tempat : Dewan Perdana


Guru-guru bertugas:
1.  Pn. Nor Suriati Binti Ismail
2.  Pn. Salmi Binti Amir
3.  Pn. Zabedah Binti Othman
4.  Pn. Azura Farina Binti Abdullah
5.  Cik Zalina Binti Ismail
6.  Pn. Nor Maziah Binti Abd. Malek


Laporan

1.   Nyanyian Lagu, Bacaan Doa dan Ikrar

·         Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Pn. Azura Farina Bt. Abdullah.


·         Bacaan doa dipimpin oleh adik Najwan Danish Danial.


·         Bacazan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Azura Farina


·         Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh adik Hurin Batrisya.

Bacaan doa dipimpin oleh pengawas yang bertugas
Murid mengaminkan doa yang dibaca
Bacaan ikrar murid diketuai oleh adik Hurin Batrisya 
Ikrar Rukunegara dan Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Pn. Azura Farina
 2.    Laporan guru bertugas pada minggu lepas, Pn. Norazlin Bt. Mat Nor.


·         Murid dinasihati supaya sentiasa menjaga kebersihan diri dan kelas.  Kebersihan diri akan menjamin kesihatan serta keselesaan untuk belajar. Selain itu kebersihan di dalam kelas juga penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif.


·         Murid juga diingatkan untuk sentiasa menjaga tingkah laku ketika di dalam kelas dan juga semasa waktu rehat. Mengambil perhatian nasihat dan teguran guru untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.


Laporan guru bertugas minggu lepas, Pn. Norazlin


3.    Ucapan guru bertugas pada minggu ini, Pn. Azura Farina Bt. Abdullah


·         Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.


·         Perkataan lawad pada hari ini adalah:


1.      Bahasa Malaysia – jirus


2.      Bahasa Inggeris – blends


3.      Bahasa Arab – daurotulmiyah




4.    Ucapan Guru Disiplin sesi petang, Pn. Arnny Yusnita Bt. Md Enarji


Pn. Arnny menegaskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya.


1.       Kecurian – sejak kebelakangan ini banyak aduan tentang kes kecurian. Pengawas diingatkan untuk mengetatkan kawalan dan murid dilarang dari berkeliaran ke kelas lain pada waktu rehat.


2.      Membawa barang larangan ke sekolah – murid dinasihatkan untuk tidak membawa barang-barang yang dilarang ke sekolah. Ini kerana beliau mendapati ada segelintir murid yang membawa telefon bimbit dan barang permainan ke sekolah.


3.      Dilarang berlari – Murid dinasihatkan agar tidak berlari dan berkejaran ketika waktu rehat, bergerak ke bilik-bilik khas, dan juga ketika di dalam kelas. Tindakan ini hanya akan membahayakan diri sendiri. Pentingnya menjaga keselamatan diri setiap masa.


4.      Waktu solat- Murid tidak digalakkan solat sebaik sahaja tamat waktu rehat dan ketika waktu akhir pembelajaran. Tindakan ini boleh menyebabkan guru mata pelajaran tercari-cari murid dan mengakibatkan murid tertinggal.


5.      Waktu mengambil air minuman – murid tidak digalakkan meminum air atau mengambil air di mesin penapis air pada sesi pembelajaran di jalankan. Murid boleh meminum / mengisi air pada waktu rehat dan sebelum masuk ke kelas.

Ucapan dan nasihat dari Guru Disiplin, Pn. Arnny

Perhimpunan tamat pada pukul 1.50 petang

No comments:

Post a Comment