Friday, May 7, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-15 (Sesi Pagi)

Tarikh : 3 Mei 2021 - 5 Mei 2021 

Senarai nama guru bertugas kumpulan 3 :

1. Puan Azlina Binti Mat Isa (K)

2. Puan Norzainon Binti Mohd Razali (P)

3. Puan Faridatul Akmal Binti Ismail

4. Puan Junaidah Binti Rus

5. Puan Nur Murni Binti Abdullah

6. Puan Mazzaini Binti Muda

7. Puan Rosmizawati Binti Yusub

8. Puan Rafidah Binti Salleh

9. Puan Jamunarani A/P Bhoja Rajan

10. Encik Syed Farhan Bin Syed Abdullah

11. Encik Ahmad Musrizuan Bin Daud

12. Encik Mohd Izwan Bin Mohd Jowahar

Alhamdulillah, minggu ini merupakan minggu ketiga umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dan juga merupakan minggu terakhir persekolahan sebelum semua warga sekolah mula bercuti bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Suasana persekolahan di bulan Ramadan tetap berlangsung dalam keadaan patuh SOP. Semua murid dikehendaki mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti wajib memakai pelitup muka, mengambil suhu sebelum masuk ke kelas, mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan sosial bagi memutuskan rangkaian Covid-19.

Antara program dan aktiviti yang telah dilaksanakan pada minggu ini antaranya penyampaian Tabung Kasih Ramadan kepada murid-murid asnaf dan yatim sesi pagi dan juga sesi petang pada Rabu (5 Mei 2021).

Namun begitu, jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat menyebabkan KPM telah mengarahkan  penutupan semua sekolah di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 6 dan 7 Mei 2021 (Khamis dan Jumaat). Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) diteruskan untuk dua hari tersebut mengikut jadual yang telah disediakan oleh pihak pentadbir.

Oleh yang demikian, pihak sekolah amat berharap agar semua murid dapat terus menjaga diri masing-masing, 'stay safe' dan patuhi SOP walau di mana sahaja anda berada bagi memutuskan rangkaian Covid-19. Pihak sekolah juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal bermula pada 10 - 14 Mei 2021.

Berikut antara gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu ini:

Murid-murid beratur mengambil suhu, mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal sebelum bergerak ke kelas masing-masing.

Murid-murid disambut oleh guru bertugas seawal jam 7.00 pagi  di pintu pagar A dan pintu pagar B.

Penyampaian Tabung Kasih Ramadan kepada murid-murid asnaf dan yatim sesi pagi.

Penyampaian Tabung Kasih Ramadan kepada murid-murid asnaf dan yatim sesi petang.


SELAMAT HARI RAYA  AIDILFITIRI, 
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
daripada  guru-guru SKTPP

No comments:

Post a Comment