Friday, May 21, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-17 (Sesi Petang)

Tarikh : 17 Mei 2021 - 21 Mei 2021

Senarai Nama Guru Bertugas Kumpulan 5 :

1) Encik Hariz Safwan bin Yaccob (Ketua)

2) Puan Nor Rafini binti Othman (Penolong)

3) Puan Salina binti Mohd Tasu

4) Encik Mohd Hadri bin Ag Idris

5) Puan Nurazlin binti Mat Nor

6) Puan Rohani binti Mansor

7) Puan Rozimah binti Yaakob

8) Cik Zalina binti Ismail

9) Puan Suphasara Supranie A/P Airak (Cuti Bersalin)

10) Encik Muhammad Syahir bin Sjahrial (Guru Ganti)

Setelah menyambut hari raya Aildilfitri pada minggu lepas maka tibalah sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah. Sesi pembelajaran bagi Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana bermula 17 hingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B (sekolah-sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Keputusan itu dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengelak risiko jangkitan Covid-19 di sekolah selepas cuti sekolah bagi meraikan perayaan Aidilfitri yang dijadualkan pada 8 sehingga 16 Mei bagi sekolah kumpulan B. Selepas tempoh sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) itu, murid-murid akan menyambung cuti penggal yang bermula 29 Mei sehingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B.

Pelbagai medium Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian seperti aplikasi DELIMA, Whatsapp, Telegram digunakan oleh guru-guru untuk menyampaikan maklumat pembelajaran kepada murid-murid sepanjang minggu PdPR dijalankan.

Guru-guru juga sentiasa mengingatkan murid-murid untuk sentiasa menjaga diri, mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan seperti penjarakan sosial, membasuh tangan dan duduk dalam rumah bagi mengekang penularan virus COVID19 daripada terus merebak.

Berikut merupakan gambar sepanjang PdPR minggu ini :

SESI BERSAMA MURID SECARA DALAM TALIAN

LAPORAN TUGASAN MURID KEPADA GURU

TUGASAN BACAAN AL-QURAN MELALUI MEDIUM APLIKASI TELEGRAM

 Disediakan oleh : MOHD HADRI BIN AG IDRIS

No comments:

Post a Comment