Friday, May 21, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-17 (Sesi Pagi)

Tarikh : 17 Mei 2021 - 21 Mei 2021

Senarai Nama Guru Bertugas Kumpulan 5 :

 1. Pn Nur Hanim Binti Ismail (K)

2. Pn Norliza Binti Ali @ Yasim (P)

3. Pn Noriza Binti Md Nor

4. Cik Syahirah Binti  Tumar

5. Pn Mawaddah Binti Kamarulzaman

6. Pn Nur Zakiah Binti Md Diah

7. En Ahmad Tirmiezi Bin Baharuddin

8. En Mohd Izwan Bin Mohd Jowahar

9. En Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif

10. Pn Julaili Binti Onian

11. Pn Nurhayati Binti Mohamed Nor

12. Cik Azwane Binti Adnan 

Alhamdulillah, minggu ini merupakan minggu kedua  umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri di bulan Syawal ini. Walaupun kita menyambut Syawal pada tahun ini secara sederhana dan norma baharu akibat penularan wabak COVID-19 namun demi membendung musuh yang tidak dapat kita lihat ini kita harus mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Yang pasti, kelainan ini bukanlah menafikan hari kemenangan bagi umat Islam yang perlu disambut dengan sederhana. Namun, sifat keredhaan itu perlu diakui sebagai menzahirkan kesyukuran.

Jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat menyebabkan KPM telah mengarahkan  penutupan semua sekolah di Malaysia. Namun begitu, sesi persekolahan di bulan Syawal tetap berlangsung secara pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) sama ada secara online atau offline oleh semua guru dan murid. Semua murid dikehendaki mematuhi Jadual PdPR yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Ini bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran tetap berlangsung walaupun tidak bersemuka di sekolah.

Pelbagai medium pengajaran dan pembelajaran secara online seperti google meet, google classroom, whatsapp, telegram dan sebagainya digunakan oleh guru-guru untuk menyampaikan maklumat pembelajaran kepada murid-murid sepanjang minggu PdPR. Bagaimanapun, mungkin ini adalah masa untuk sama-sama kita memahami dan membiasakan bahawa jarak bukan penghalang untuk tidak meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Oleh yang demikian, sempena bulan Syawal ini pihak sekolah amat berharap agar semua murid dapat mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga. Kita mesti melawan pandemik ini dan menghentikannya daripada terus menjejaskan ekonomi dan kehidupan kita, 'stay safe' dan patuhi SOP walau di mana sahaja anda berada. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga SKTPP.

Berikut antara gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu ini: 








Disediakan oleh : Mawaddah Binti Kamarulzaman

No comments:

Post a Comment