... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, December 4, 2023

Majlis Persaraan "Sanjungan Budi Srikandi Sejati" Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar SK Taman Putra Perdana)

Tanggal 4 Disember 2023 merupakan hari yang indah penuh ceria, hari yang berbahagia penuh bermakna. SK Taman Putra Perdana meraikan majlis yang bersejarah dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti mengundang perpisahan. Majlis Persaraan "Sanjungan Budi Srikandi Sejati" dilaksanakan untuk meraikan insan tersayang iaitu Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana yang mengakhiri perkhidmatannya di sekolah ini. Pastinya beliau banyak meninggalkan kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di sekolah yang tercinta ini. Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira, begitulah juga besarnya jasa Puan Hajah Rohaidah sehingga tidak mampu kami membalasnya. 

      Jasamu dikenang,

      Budimu tidak terbilang,

      Semangatmu dijulang,

      Kepimpinanmu gemilang. 

Begitulah yang boleh dikatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang ditaburkan oleh Pn. Hajah Rohaidah binti Moh Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi. Namun yang tersirat telahpun tersurat. Kami mendoakan semoga Puan Hajah Rohaidah akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta. Selamat bersara Puan Hajah Rohaidah. Segala kenangan akan terpahat menjadi memori sepanjang zaman. 

Pakat bersama menunggang kuda,

Biarpun seketika masanya cuma,

Sisihkan sengketa kiranya ada, 

Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

        Anak Cina main gelombang,

        Terlihat jauh di Tanjung Jati;

        Puan umpama bunga yang kembang,

        Sentiasa hidup di dalam hati.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kami menumpang mandi;

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.  

Pautan Buku Program, sila klik di sini.

Teks Biodata Persaraan Pn. Hjh Rohaidah binti Mohd Ali, sila klik di sini.

Persembahan multimedia Majlis Persaraan "Sanjungan Budi Srikandi Sejati" Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, sila klik di sini.

Lensa kamera dan video sepanjang majlis berlangsung:
























 










Gimik mengetik punch card terakhir Puan Guru Besar


Terima kasih atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada kami seluruh warga SKTPP. 
Semoga bertemu lagi. 


Friday, December 1, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-34 (Sesi Petang)

Tarikh : 27 November 2023 - 1 Disember 2023

Hari : Isnin - Jumaat

Senarai Guru Bertugas Kumpulan D

1. En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil

2. Pn. Norazah binti Mohd Ali

3. Pn. Halijah bint Mihat

4. Pn. Rohani binti Mansor

5. Pn. Nur Rihazrin binti Rahman

6. Pn. Noor Azlinda binti Kasmin

7. Pn. Wan Mahani binti Wan Hashim

8. Pn. Salina binti Mohd Tasu

9. Pn. Nur Azizati binti Ahmad

10.Pn. Siti Aisyah binti Mat Zain


Perhimpunan rasmi hari Isnin dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Seterusnya bacaan doa dan ikrar Rukun Negara, Keselamatan Jalan Raya serta ikrar Sekolah. Pengerusi majlis pada hari ini ialah Puan Nur Azizati binti Ahmad.



Perhimpunan minggu ini dihadiri oleh Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali. Puan Guru Besar menyampaikan ucapan dan amanat terakhir beliau sebelum beliau bersara wajib pada 5 Disember 2023 nanti. Beberapa pesanan yang disampaikan ialah tentang patuhi suruhan agama iaitu tidak meninggalkan solat, menghormati guru-guru serta belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam hidup.

Tema ucapan minggu ini : Toleransi

Semasa di kantin, murid beratur membeli makanan dan makan dengan tertib. Semua murid dapat makan dan minum. Murid membuang sampah ke dalam tong sampah dan memasukkan gelas minuman ke dalam bekas yang disediakan.

Murid datang ke sekolah dan balik ke rumah berjalan lancar walaupun ada hari yang hujan lebat dan panas terik.


MAJLIS PRA PERSARAAN PN HJH ROHAIDAH BINTI MOHD ALI

Tarikh : 1 Disember 2023
MASA :  3:50 - 5:50 petang
Tempat : Dewan Perdana

Majlis Pra Persaraan berlangsung dengan meriah dan lancar. Semua guru membuat persembahan khas untuk Pn Guru Besar serta barisan Pengawas Sekolah Tahun 3 juga membuat persembahan nyanyian.


Sekian laporan guru bertugas minggu ke-34 sesi petang. Semoga semua urusan kita berjalan lancar dan dipermudahkan.

Dilaporkan oleh : 
Cikgu Wan Mahani binti Wan Hashim

Laporan Bertugas Minggu ke-34 (Sesi Pagi)

Tarikh : 27 November 2023 hingga 1 Disember 2023 

Tema Warna : Coklat

Tajuk : Toleransi 

Guru Bertugas Kumpulan D : 

1) Pn Zailezah bt Sardi (Ketua) 

2) Pn Nor-Azura bt Mustafa 

3) En Srimahathevan a/l Vadivelu 

4) Pn Umi Nazrah bt Saharoni 

5) Pn Arjunawati bt Ahmad Nuze 

6) Pn Norazian bt Mat Anuar 

7) Pn Norlida bt Othman 

8) Pn Nurzainon bt Mohd Razalli 

9) Pn Nor Hanim bt Ismail 

10) Pn Nor Fauziaton bt Ali Mohamed

11) Pn Arnny Yusnita bt Md Enarji 

Emcee Guru Bertugas : Pn Nor-Azura bt Mustafa 

Emcee Pengawas Perhimpunan : Nur Adriana Erysha bt Zairuslan 

Bacaan Ikrar Murid : Kaashif Nur Kihara bt Ahmad Fadhlan 

Bacaan Doa : Muhammad Zafran bin Shahrul Nizam 

Konduktor Muzik : Orked Amani bt Mohd Razuan 

Majlis perhimpunan rasmi dimulakan dengan kata alu-aluan oleh pengawas yang bertugas. 

Guru bertugas pada minggu lepas En Ahmad Junaidi bin Abdullah memberi laporan berkenaan aktiviti-aktiviti dan perkara yang telah berlaku pada minggu lepas.

Pn Nor-Azura telah menyampaikan ucapan mingguan bertajuk "Toleransi". Toleransi membawa maksud sikap menerima atau menghormati pendapat, fikiran dan kepercayaan individu lain juga menghargai warga sekolah dalam kalangan sahabat dan guru-guru. 

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil Agoonoree untuk murid-murid PPKI dan penyampaian sijil serta hadiah kepada murid-murid yang terlibat dengan Memasak Bersama Kewpie secara online. 

Aktiviti pada minggu ini dimulai dengan Perasmian Laluan Patriotik. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar Pn Hjh Rohaidah. Laluan Patriotik ini telah dinaiktaraf dengan meletakkan beberapa papan tanda patriotik bagi menyuburkan semangat patriotisma dalam kalangan murid. 

Majlis Sambutan Hari Lahir Murid yang diadakan di dalam kelas masing-masing. Majlis dimulakan jam 8.30 hingga 9.30 pagi. Sambutan yang meriah setiap kelas bagi meraikan murid-murid yang lahir dari bulan Julai hingga Disember. 

Pada 28 November 2023 (Selasa) telah diadakan Program Perkembangan dan Potensi Murid Tahun 5. Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling merupakan aktiviti ceramah yang telah disampaikan oleh En Haziq Azree telah mengupas tentang persediaan murid-murid tahun 5 ke arah perkembangan dan potensi yang lebih bermatlamat. 

Pada 1 Disember 2023 (Jumaat) telah diadakan Majlis Pra Persaraan Guru Besar Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali bersama dengan murid. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan yang dirai Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali. Juga dihidangkan beberapa persembahan murid sebagai tanda kenangan. Majlis diakhiri dengan sesi bersalam-salaman murid bersama Guru Besar yang dikasihi. Semoga Pn Hjh Rohaidah dikurniakan kesihatan yang baik & diberi kesejahteraan menempuhi hari-hari persaraan dengan gembira. Terima kasih menjadi Guru Besar yang baik & prihatin selama ini. Jasamu akan kami kenang sepanjang hayat, insyaallah. 

Berikut adalah rangkuman momen-momen sepanjang minggu ini : 

Perasmian Laluan Patriotik & amanat akhir buat anak-anak SKTPP dalam Perhimpunan Rasmi. 

Kawalan murid baik sepanjang aktiviti minggu ini. 

Ahli Kumpulan D Sesi Pagi. 

Majlis bersalam-salaman bersama Guru Besar.





Sekian, terima kasih. 


Disediakan oleh : 
Pn Umi Nazrah bt Saharoni