... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, December 20, 2024

KLINIK BOLA SEPAK PERINGKAT SEKOLAH

Anjuran : Kolaborasi Kelab Bola Sepak bersama Kelab Soccerstar Proacademy

Tarikh : 20 Disember 2024

Hari : Jumaat

Masa : 8.00 - 10.30 Pagi

Penyertaan : 170 orang murid yang mendaftar penyertaan. 

Jurulatih : 

1. En. Muhammad Zamri bin Hassan (Soccertsar Pro Academy) 

2. En. Ahmad Musrizuan bin Daud

3. En. Ahmad Zubair bin Muhamad Taib

4. En. Rusydan bin Ismail

5. En. Afandi bin Md Zain

6. En. Saifullah bin Mat Saupi

Video promo:



Koleksi Gambar :








































Laporan Bertugas Minggu Ke - 38 (Sesi Pagi)

Laporan Bertugas Minggu ke - 38 (Sesi Pagi)

Kumpulan: B

Minggu: 38

Tarikh: 16 hingga 20 Disember 2024

Hari: Isnin

Masa: 7:30 pagi - 8:00 pagi

Tempat: Dewan Perdana

Senarai Nama Guru Bertugas :

1. Junaidah binti Rus (K)

2. Norli binti Hassan (P)

3. Norsiah binti Mohd Nor

4. Nanthini a/p Nadason

5. Nurhayati binti Mohamed Nor

6. Norlida binti Othman

7.  Zaleha binti Sitam

8. Ahmad Syahir bin Tohit

9. Tarmiji bin Sabali

10. Nor Azura binti Mustafa

11. Roseniza binti Setapa

12. Norinna binti Mohamed


Juruacara: Wan Aisha Adlina binti Wan Mohd Far,est (6 Solaris)

Konduktor 3 Buah Lagu: Aina Batrisya binti Mohd Nursukery (6 Windows)

Pembaca Doa: Nik Ahmad Aqel Baihaqi bin Nik Muhamad Abas (6 Oracle) 

Pembaca Ikrar Rukun Negara: Zara Nur Iman binti Zainal Adnan (6 Solaris)



 Ucapan Guru Bertugas Minggu Semasa : Puan Norinna binti Mohamed

Penyampaian hadiah dan sijil Unit Pandu Puteri Tunas


Penyampaian hadiah dan sijil Unit Pergerakan Puteri Islam Malaysia

Ucapan Pentadbir: Puan Fauziah binti Salehoddin (GPK Kokurikulum)





Thursday, December 19, 2024

Kejohanan Bola Sepak Katmo Bawah 11 Tahun MSSD Sepang 2024

 Anjuran : PPD Sepang

Tarikh : 18 - 19 Disember 2024

Hari : Rabu dan Khamis

Tempat : SK Methodist Sungai Pelek

Keputusan :  Naib Juara.

Ringkasan Perlawanan :

Peringkat Kumpulan. 

1. SKTPP vs SK Kota Warisan - Seri 1-1

2. SKTPP vs SK KLIA - Menang 2-0

3. SKTPP vs SKTS - Seri 0-0

Johan kumpulan dan layak ke Liga Super. 

4. SKTPP vs SKBBST - Menang 1-0

5. SKTPP vs BBIS - Menang 3-0

Johan Kumpulan dan layak ke Semi final

6. SKTPP vs SK Salak - Menang 2-1

Layak ke Final

7. SKTPP vs SK SML - Tewas 2-0

Koleksi Gambar :











Saturday, December 14, 2024

Majlis Graduasi Pra Sekolah dan Tahun 6 2024. "Seikhlas Kasih Seindah Memori"

  Alhamdulillah,segala pujian bagi Allah yang telah melancarkan Majlis Graduasi Pra Sekolah kali ke-15 dan Tahun 6 kali ke-13. Hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah buat murid-murid pra sekolah dan murid tahun 6 yang akan menamatkan pra persekolahan dan alam sekolah rendah. Seluruh warga SKTPP bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, majlis graduasi yang diketuai oleh Puan Jamilah selaku penyelaras dapat dijalankan dengan sempurna. Matlamat majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid tahun 6 dan pra sekolah yang telah berjaya menamatkan sesi pembelajaran di Sekolah Taman Putra Perdana bagi tahun 2024. 

      Kohort murid tahun 6 pada tahun ini adalah perisian komputer yang terdiri daripada kelas Android, Debian, Fedora, Mandriva, Nitrux, Oracle, Solaris, Unix dan Windows. Pelbagai kenangan,perit jerih dan pahit manis yang telah dirasai oleh murid-murid sepanjang menelusuri alam awal persekolahan ini,  telah dapat membentuk dan menjadikan mereka cekal dan bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya. 

    Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu, pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid perlu diberi penghargaan. Akhir kata, semoga ilmu dan kenangan ini dapat menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar  cita-cita.  

Perisian komputer menjadi utama, 
Peranti dicipta umpama teman;
Menyimpan data sekian lama,
Teknologi canggih mengikut zaman. 


Pautan Buku Program. Sila klik  pautan di bawah. 

BUKU PROGRAM MAJLIS GRADUASI 2024

Berikut merupakan memori yang sempat di rakam sepanjang majlis berlangsung. 

 

 















 






Video disediakan oleh : 

Puan Nur Malisha Binti Omar

Laporan disediakan oleh :

Nornadzirah Binti Abd Rahim 

Norazmira binti Kadirun