Saturday, May 25, 2024

Cuti Sekolah Penggal Pertama Sesi 2024/2025


 Makluman kepada semua warga SK Taman Putra Perdana

** Cuti Sekolah Penggal Pertama dan cuti Hari Keputeraan DYMM Agong




Friday, May 24, 2024


 Laporan Bertugas Minggu Ke-10 (Sesi Pagi)

  • Tarikh: 20 Mei - 24 Mei 2024   
  • Hari: Isnin - Jumaat
  • Tempat: Dewan Perdana
  • Tema pakaian: Merah
  • Tema Ucapan mingguan: Bekerjasama
  • Kumpulan guru bertugas: Kumpulan D 
  • Senarai Nama Guru Bertugas :
                                                        1. Murnei binti Ahmad (K)
                                                        2. Faridatul Akmal binti Ismail(P)
                                                        3. Mohd Rusydan bin Ismail
                                                        4. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
                                                        5. Noor Hayati binti Yusof
                                                        6. Noor Hanawati Alinda binti Abd. Taib Puruji
                                                        7. Rafidah binti Salleh
                                                        8. Azwane binti Adnan
                                                        9. Jamilah binti Mohd Yusof
                                                        10. Siti Fatimah binti Wan Yaacob
                                                        11. Astina binti Mahad Nor
                                                        12. Nurul Nadirah binti Kamarulzaman

Barisan guru bertugas kumpulan D

  • Juruacara (Pengawas) : Raisha Nur Khadeeja binti Ahmad Fadhlan (5 Turquoise)
  • Konduktor 3 Buah Lagu : Naurah Safiyyah binti Muhammad Nasir (6 Unix)
  • Pembaca Doa Tasbih Kaffarah dan Surah Al A'sr : Ahmad Akmal bin Zamree (5 Zircon)
  • Pembaca Ikrar Rukun Negara dan Juruacara Majlis (Guru) : Puan Noor Hayati binti Yusof
  • L.A.W.A.D oleh guru bertugas adalah seperti berikut :
  1. Bahasa Melayu : Empuk - Lembut
  2. Bahasa Inggeris : Accept - Terima
  3. Bahasa Arab : Sullamun - Tangga
  • Laporan guru bertugas minggu ke-9 (Kumpulan C) : Puan Salina binti Hashim                                                                            
  1. Murid - murid sentiasa diingatkan agar berhati-hati dan mengangkat tangan ketika ingin melintas jalan terutamanya ketika kenderaan sesak semasa datang dan pulang dari sekolah. Murid - murid juga hendaklah sentiasa berwaspada ketika melangkah dan melintas jalan yang mempunyai longkang besar agak tidak terjatuh semasa melalui kawasan tersebut.
  2. Semua murid diingatkan agar tidak berlari dan bergurau senda ketika berada di kawasan balkoni sekolah kerana dibimbangi mereka terjatuh dari tingkat yang tinggi dan menyebabkan kecelakaan yang parah dan serius.
  3. Guru juga turut menegur tabiat murid-murid yang suka menyimbah air ketika keluar dari tandas tingkat atas bangunan ke kepala murid-murid yang berjalan di tingkat bawah bangunan. Keadaan ini akan menyebabkan lantai licin dan mungkin menyebabkan murid yang lain terjatuh akibat lantai yang licin tersebut.
  • Ucapan Pentadbir (PK Pentadbiran) : Puan Azizah binti Mokhlas 
  1. Puan Azizah mengucapkan tahniah kepada semua murid yang hadir ke sekolah dan mematuhi peraturan sekolah dengan baik.
  2. Puan Azizah juga turut memaklumkan murid-murid tentang Cuti Persekolahan Penggal 1 yang bakal tiba iaitu pada 25 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024 dan juga Cuti Sempena Hari Keputeraan Agong iaitu pada 3 Jun 2024.
  3. Murid-murid juga diingatkan agar menjaga keselamatan diri semasa cuti persekolahan dan tidak lupa dan leka untuk membuat ulangkaji pelajaran semasa berada dirumah.
  4. Seterusnya Puan Azizah mengingatkan murid-murid bahawa sekolah akan dibuka semula pada 4 Jun 2024 dan semua murid hendaklah hadir ke sekolah seperti biasa dan sekiranya tidak hadir perlulah bersebab dan disertai dengan surat.

  • Pada 24 Mei 2024 (Jumaat) juga telah diadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun  2024 dengan tema hari guru "Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani". Pelbagai aktiviti yang menarik telah dirangka dan dijalankan bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru pada hari tersebut. 

  •   Gambar-gambar sekitar majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2024.
Perarakan masuk barisan guru-guru ke Dewan Perdana.

Ucapan Guru Besar En. Mohd Izzuddin bin Yoop dan juga majlis memotong kek sempena 
Sambutan Hari Guru SKTPP.



Antara barisan guru- guru yang memenangi hadiah pakaian terbaik mengikut tema filem Tan Sri P. Ramlee dan juga guru- guru yang memenangi anugerah guru paling popular lelaki dan perempuan pilihan murid-murid bagi tahun 2024.


Barisan guru - guru yang semuanya "sporting" bergaya mengikut tema filem Tan Sri P. Ramlee.

Para pengawas sekolah yang sentiasa segak bergaya dan bersedia untuk menyerahkan hadiah sempena  Hari Guru kepada semua guru sesi pagi SKTPP.

Antara aktiviti sukaneka guru yang dipertandingkan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.


 Wajah - wajah ceria murid-murid yang bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru bersama guru-guru yang mereka sayangi dan hormati selalu.

  • Akhirnya, setelah pelbagai aktiviti menarik yang berlaku sepanjang minggu ini, pihak sekolah ingin mengucapkan selamat bercuti sempena cuti sekolah penggal 1 dan sempena Hari Keputeraan Agong (25 Mei 2024 sehingga 3 Jun 2024) kepada semua murid dan jagalah diri  dimana saja anda berada dan semoga kita berjumpa lagi dimasa akan datang.












Thursday, May 23, 2024

Makluman Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 SKTPP Tahun 2024


Makluman kepada ibu bapa / penjaga murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana
 
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 Tarikh : 08 Jun 2024 
 Hari    : Sabtu 
 Masa  : 8.30 pagi 
 Tempat : Dewan Perdana SKTPP 

Dijemput tuan/puan ibu bapa / penjaga murid-murid SKTPP untuk hadir sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap kecemerlangan anak-anak SKTPP.

Lima buah basikal hadiah utama cabutan bertuah menanti anda! ayuh, beramai-ramai hadir ke MAT PIBG SKTPP.

Kehadiran dan sokongan yang tuan/puan berikan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sunday, May 19, 2024

LAPORAN BERTUGAS MINGGU 9 (SESI PAGI)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 


INFO PERHIMPUNAN RASMI SESI PAGI

Kumpulan : C

Minggu : 9

Tarikh : 13 - 17 Mei 2024

Hari : Isnin - Jumaat

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Dewan Perdana

Tema : Unit Beruniform / pakaian sukan

Tema Mingguan : Sayangi Sekolah


Senarai nama guru bertugas:

Teacher Noriza binti Md Nor (K)

Teacher Nur Murni binti Abdullah (P)

Ustazah Safinatunajakh binti Mat Som

Ustazah Mas ayu binti Arifin

Ustazah Salina binti Hashim

Teacher Norazian binti Mat Anuar

Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Cikgu Juli binti Mahbah

Cikgu Nur Zakiah binti Md Diat

Cikgu Siti Rabiaah binti Mohamad

Cikgu Hanifah binti Ramlee

Cikgu Muhammad Afiq bin Azli


Perjalanan majlis perhimpunan pada hari Isnin:

Juruacara (Pengawas) : Nur Ain Umairah binti Mas Jafri (6 Windows)

• Konduktor 3 Buah Lagu : Naurah Safiyyah binti Muhammad Nasir (6 Unix)

• Pembaca Doa : Muhammad Aqil Iman bin Lokman (6 Solaris)

• Pembaca Ikrar Murid : Muhammad Hadif bin Fariz Fairuzzaman (6 Solaris)

• Juruacara ( Guru) : Puan Salina binti Hashim


Laporan guru bertugas minggu 8 oleh Cikgu Roseniza binti Setapa:

1. Masih terdapat murid yang dihantar oleh ibu bapanya turun di pagar A. Guru memberikan pesan agar murid memberitahu kepada ibu bapa agar menurunkan di pagar B kerana di pagar A hanya untuk murid yang menunggang basikal dan berjalan kaki sahaja.

2. Terdapat murid yang bergurau di dalam tandas dengan mengunci kawan mereka di dalam. Perkara ini dinyatakan sebagai berbahaya dan dinasihatkan agar tidak bermain di dalam tandas.

3. Kebersihan kelas. Guru bertugas minggu melaporkan keadaan kelas sering berada dalam keadaan yang kotor. Justeru guru meminta murid agar memastikan kelas bersih sebelum memulakan pembelajaran serta sentiasa memastikan tiada sampah di atas lantai dan di dalam laci meja.


Learn a word a day (L.A.W.A.D)

1. Bahasa Melayu    : bentak - menengking/mengherdik

2. Bahasa Inggeris    : accent - dialek

3. Bahasa Arab         :  مَطْعَم (mat’amun) – kantin


Intipati ucapan guru bertugas:

-Sayangi sekolah dengan menjaga kebersihan kelas. Jangan membuat kerosakan harta benda yang terdapat di dalam kelas dan sekolah.


Laporan ucapan Guru Besar

Guru Besar mengingatkan warga sekolah tentang Visi KPM iaitu Pendidikan berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Di samping itu, Guru Besar juga menjelaskan tentang Falsafah Pendidikan Negara iaitu Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yanh seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Justeru, murid perlulah mendalami subjek yang diajarkan di sekolah yang mana ia berada di bawah bidang kuasa Kurikulum yang diterajui oleh Puan Azizah. Perlu ada hala tuju dan matlamat yang jelas yang mana murid perlu mencapai TP3 dan ke atas.

Bukan itu sahaja, murid juga perlu melibatkan diri dalam bidang kokurikulum seperti unit beruniform, persatuan dan permainan. oleh yang demikian juga,  murid perlulah memiliki sahsiah yang baik dengan menjaga tingkah laku serta mengamalkan amalan yang baik sama ada ketika berada di sekolah mahupun d rumah. Barulah seimbang kemenjadian murid seperti yang dinyatakan dalam FPN.

Sebelum mengakhiri ucapan, Guru Besar berpesan kepada seluruh warga sekolah dengan sepotong hadis: بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
yang bermaksud sampaikanlah dariku walau satu ayat. Dengan memetik potongan dari surah ar-Rad ayat 11 iaitu:



Melalui ayat tersebut, Guru Besar berpesan agar semua warga sekolah terutamanya murid mengubah diri sendiri:

• Daripada baik kepada lebih baik • Cemerlang kepada gemilang • Gemilang kepada terbilang


Pada hari Isnin juga telah diadakan peringkat akhir acara padang iaitu lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru

Murid disusunkan mengikut rumah sukan masing-masing. Mereka diberi peluang untuk menyorak rakan mereka yang mewakili rumah masing-masing dalam acara yang dinyatakan.

Acara dihentikan pada jam 1050 pagi dan murid bergerak ke kelas masing-masing. Pdpc berjalan seperti biasa. Acara disambung pada hari Selasa.

Selain acara peringkat akhir bagi acara padang, saringan acara balapan juga telah diadakan iaitu pada hari Rabu diadakan saringan acara 100 dan 200 meter lelaki perempuan tahun 4,5, dan 6. Manakala pada hari Khamis diadakan saringan acara lari berganti-ganti 4 x 100 dan 4 x 200 meter lelaki dan perempuan tahun 4,5, dan 6. Bukan itu sahaja, liga tarik tali juga telah diadakan. Pasukan lelaki dari rumah Lekiu dan Lekir, manakala pasukan perempuan dari rumah Tuah dan Kasturi berjaya mara ke peringkat akhir yang akan diadakan pada Temasya Sukan Tahunan kelak.

Pada hari Khamis juga iaitu bersamaan dengan 16 Mei 2024 merupakan Hari Guru. Yang Dipertua PIBG iaitu Tuan Hj Megat Md Salleh bersama Encik Naharanuar bin Ayob (Ahli Majlis Zon Putra Perdana) hadir ke sekolah meraikan Hari Guru dengan memotong kek yang disumbangkan oleh PIBG. Selain itu, sukaneka untuk PPKI dan Prasekolah juga telah diadakan pada hari tersebut. Anak-anak kelihatan seronok serta bersemangat dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Pada hari Jumaat pula diadakan acara penyampaian hadiah bagi pemenang acara padang. Pada pagi Jumaat yang berkah, murid membaca surah Yaasin terlebih dahulu di dalam kelas. Kemudian barulah murid keluar berbaris dan berkumpul di Dewan Perdana. Acara penyampaian hadiah berlangsung dengan teratur dan lancar. Murid mulai masuk ke kelas pada pukul 9.30 bagi murid tahun 6, dan 9.50 pagi bagi murid tahun 4 dan 5. Pdpc berjalan seperti biasa.

Kebersihan pada minggu kumpulan C bertugas berada pada tahap yang memuaskan dengan mendapat kerjasama daripada kumpulan pekerja kebersihan sekolah. Mereka turut membantu memastikan kawasan dewan bersih setelah selesai latihan sukan dilaksanakan. Murid juga sering diingatkan agar mengutip sampah sebelum meninggalkan dewan. 

Berikut disertakan gambar-gambar sepanjang minggu kumpulan C bertugas.

                                                    Semasa perhimpunan pada pagi Isnin


Murid yang bertugas semasa perhimpunan


                                             Murid hadir pada waktu pagi di Pagar A dan B


Waktu murid pulang


Lontar Peluru akhir

Lompat Tinggi akhir perempuan



Lompat Tinggi akhir lelaki



Lompat Jauh akhir



Saringan lari berganti-ganti perempuan


Saringan 100 meter perempuan


Saringan 100 meter lelaki


Sukaneka PPKI


Sukaneka Prasekolah


Penyampaian hadiah kepada pemenang acara padang


Penyampaian hadiah sukaneka Prasekolah


Acara memotong kek sumbangan PIBG sempena Hari Guru


Begitulah meriahnya suasana di sekolah pada minggu kumpulan C bertugas. Namun demikian, murid masih berada dalam kawalan. Terima kasih diucapkan kepada ahli kumpulan khasnya dan khususnya kepada semua warga sekolah yang sama-sama bertanggungjawab menjaga disiplin dan pergerakan murid-murid.

Sekian laporan bertugas dari kumpulan C.

Terima kasih.

Laporan disediakan oleh Cikgu Nur Zakiah binti Md Diat