Saturday, June 29, 2024

Kursus Pemimpin Muda 2024

Unit Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas merupakan barisan pemimipin yang membantu pihak pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid semasa ketiadaan guru.Unit ini terdiri daripada guru-guru sebagai penasihat dan murid-murid yang dipilih sebagai pengawas, pengawas PSS, ketua dan penolong ketua kelas.Sebagai pemimpin kepada murid-murid, adalah wajar barisan kepimpinan ini, menunjukkan bakat kepimpinan dan menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain.

Kursus Pemimpin Muda ini perlu diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin muda yang mempunyai karisma dan kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugasan harian.Ketrampilan barisan pemimpin muda ini, mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid yang perlu dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan program ini mendapatkan kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang. 

Objektif :

  • Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah ,dedikasi dan penuh tanggungjawab
  • Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah.
  • Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi sarta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.
  • Semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin yang dipilih ini, dapat dipertingkatkan supaya mereka dapat membina satu kumpulan yang bijak memimpin dan asertif.

Tujuan Program :
  • Persediaan fizikal, mental dan emosi perlu diberikan kepada barisan pemimpin ini,supaya sentiasa bersedia dalam memimpin diri dan organisasi ke arah kebaikan sekolah.
  • Sikap yang baik dan disiplin diri perlu ditunjukkan oleh para pemimpin yang dipilih ini kerana ia penting ke arah kecemerlang tugas mereka.
  • Dapat membantu mewujudkan semangat berpasukan dan saling bantu membantu dalam menjalankan tugas, membantu guru-guru, mengawal disiplin murid-murid.

                                 



Aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang program berlangsung :-

Sesi Pagi

                                        

                                                






Sesi Petang


                                            






Diharapkan pemimpin muda sekolah kita dapat mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah ,dedikasi dan penuh tanggungjawab untuk menjalankan tugasan masing-masing.

Sekian terima kasih


Disediakan oleh : Jamunarani Bhoja Rajan

Friday, June 28, 2024

Laporan Bertugas Minggu ke- 14 (Sesi pagi)

Tarikh : 24 Jun hingga 28 Jun 2024

Hari    : Isnin hingga Jumaat

Senarai Nama Guru Bertugas :

Kumpulan B

1. Junaidah binti Rus (K)

2. Norli binti Hassan (P)

3. Norsiah binti Mohd Nor

4. Nanthini a/p Nadason

5. Nurhayati binti Mohamed Nor

6. Norlida binti Othman

7. Azlina binti Yahya

8. Ahmad Syahir bin Tohit

9. Tarmiji bin Sabali

10. Nor Azura binti Mustafa

11. Roseniza binti Setapa

12. Norinna binti Mohamed


Pada minggu ini tiada perhimpunan dilaksanakan kerana cuti peristiwa sempena Kejohanan Sukan Sekolah yang telah dilaksanakan pada hari Sabtu 22 Jun 2024.

Berikut adalah gambar-gambar aktiviti yang telah berlangsung pada minggu ke-14.


Program Fokus 10 minit 'FoS'




Kursus Pemimpin Muda

Dewan Perdana


Majlis Peluncuran Hadis 40 Imam Nawawi
Dewan Perdana

Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS)
Terminal Muafakat



Waktu pagi Pagar A
 
Pagar B waktu balik




Wednesday, June 26, 2024

Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun "Jelajah Juara" Peringkat Negeri Selangor 2024

Kelab Bola Jaring Unit Kokurikulum SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun "Jelajah Juara" Peringkat Negeri Selangor 2024 dengan kerjasama Unit Pembangunan Bakat Murid JPN Selangor dan Majlis Perbandaran Sepang pada:
  • Tarikh: 26 Jun 2024
  • Hari: Rabu
  • Masa: 11.00 pagi - 6.00 petang
  • Tempat: Gelanggang Futsal Kelab Komuniti Cyberjaya
Matlamat:
Kejohanan dalam sukan bola jaring bertujuan mendedahkan murid-murid dengan perlawanan sebenar dan melihat sendiri bagaimana pihak lawan mengatur strategi permainan. Sekolah jemputan memiliki pasukan bola jaring yang baik yang boleh dijadikan contoh untuk murid SKTPP meluaskan lagi pengetahuan dalam memahami cara permainan bola jaring.

Objektif:
  • Membentuk insan kamil meliputi aspek jasmani, rohani, intelek dan spiritual dalam kalangan murid.
  • Meningkatkan motivasi peserta kejohanan dari segi mental dan fizikal.
  • Melahirkan pemain yang berbakat dan sebagai persediaan pasukan sekolah cemerlang.
  • Memupuk semangat kesukanan dalam diri pemain.
  • Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan pasukan.
Buku program kejohanan boleh rujuk pada pautan di bawah:


Buku Program pada paparan pautan berikut:


Pelibatan 
Senarai 10 buah sekolah yang menyertai kejohanan adalah seperti berikut:
  1. SK Taman Putra 
  2. SK Dengkil
  3. SK Cyberjaya
  4. SK Alam Megah 3
  5. SK Seksyen 24
  6. SK Kampung Idaman
  7. SK Telok Pulai
  8. SK Dato' Onn Jaafar
  9. SERI ABIM Sungai Ramal
  10. SRI Darul Ehsan
Wakil pengurus pasukan daripada 10 buah sekolah yang bertanding pada hari itu.

Para pengadil jemputan yang arif lagi bijaksana.

Encik Muhammad Fazwan bin Ahmad selaku ketua pengadil "umpire" menerangkan peraturan - peraturan dalam permainan.

Pasukan Paramedik daripada SV Care Rescue Team.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang diadakan tepat jam 5.00 petang dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Guru Besar (Encik Mohd Izzudin bin Yoop) serta Penolong Kanan Kokurikulum (Puan Fauziah binti Salehoddin) SK Taman Putra Perdana, Guru Besar SK Alam Megah 3 (Puan Hafizah binti Ahmad) dan Ahli Majlis Zon Taman Putra Perdana (Encik Naharanuar bin Ayob). Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan terkawal.







Juga berlangsung majlis penyampaian sijil - sijil penghargaan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana (Encik Mohd Izzudin bin Yoop) diringi oleh Penolong Kanan Kokurikulum (Puan Fauziah binti Salehoddin) kepada penganjur dan penglibatan pihak luar sepanjang kejohanan berlangsung iaitu kepada wakil urusetia (penganjur) SK Taman Putra Perdana, pengadil jemputan dan wakil pasukan paramedik "SV Care Rescue Team". 






Perlawanan akhir telah menemukan pasukan daripada SK Kampung Idaman dan SK Alam Megah 3. Permainan yang sangat sengit yang akhirnya memberi kemenangan dan seterusnya bergelar juara kepada pasukan SK Kampung Idaman.

Akhir - SK Kampung Idaman vs SK Alam Megah 3

Keputusan Akhir

Syabas dan tahniah kepada semua pasukan kerana telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Keputusan rasmi kejohanan adalah seperti berikut:
  • Johan - SK Kampung Idaman
  • Naib Johan - SK Alam Megah 3
  • Tempat Ketiga Bersama - SK Dengkil dan SERI ABIM Sungai Ramal
  • Saguhati - SK Taman Putra, SK Cyberjaya, SK Seksyen 24, SK Telok Pulai, SK Dato' Onn Jaafar dan SRI Darul Ehsan
Johan  - SK Kampung Idaman

Naib Johan - SK Alam Megah 3

Tempat Ketiga Bersama - SK Dengkil

Tempat Ketiga Bersama - SERI ABIM Sungai Ramal

Saguhati - SK Taman Putra

Saguhati - SK Cyberjaya

Saguhati - SK Seksyen 24

Saguhati -  SK Telok Pulai

Saguhati - SK Dato' Onn Jaafar 

Saguhati - SRI Darul Ehsan

Pihak penganjur juga telah mengadakan 4 anugerah khas. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada penerima - penerima anugerah tersebut:
  • Penjaring Terbanyak - Nur Ariana Qaisara binti Abdul Halim (GS) - SK Kampung Idaman
  • Penyerang Terbaik - Ummu Najebah binti Mohd Rezuan (C) - SK Alam Megah 3
  • Pertahanan Terbaik - Nur Qistina binti Md Amir (GD) - SK Kampung Idaman
  • Pemain Terbaik - Nur Qistina Amani binti Md. Faizol (GS) - SK Alam Megah 3
Para penerima 4 Anugerah Khas bergambar kenangan bersama Guru Besar & Penolong Kanan Kokurikulum SK Tmn Putra Perdana, Guru Besar SK Alam Megah 3 dan Ahli Majlis Zon Taman Putra Perdana.

Gambar - gambar sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga ia menjadi kenangan yang indah buat semua pasukan yang terlibat dan juga pihak penganjur.









Sesi bergambar bersama semua yang terlibat. Syabas dan tahniah!


Terima kasih semua, ada rezeki jumpa lagi pada kejohanan yang lain pula.

Mohon ampun maaf jika ada kekurangan daripada pihak penganjur, SK Taman Putra Perdana.
Sekian.