... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, November 27, 2024

Majlis Aku Janji, Santuni Asnaf & Keibubapaan Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) Tahun 2024

Pada hari Rabu bertarikh 27 November 2024 bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana telah berlangsungnya Majlis Aku Janji, Santuni Asnaf dan Keibubapaan anjuran Lembaga Zakat Selangor iaitu Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ).  PROSAZ ialah satu program pembangunan LZS di bawah skop pendidikan generasi kedua, melalui geran sumbangan yang diberikan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan aktiviti dan kelas tambahan yang boleh membantu pelajar asnaf dari aspek akademik, jati diri dan sahsiah. 

    Butiran Perlaksanaan Program adalah seperti berikut:

Tarikh : 27 November 2024 (Rabu)
 Masa  : 8.00 - 9.45 pagi (sesi pagi)
              2.00 - 3.45 petang (sesi petang)
Tempat : Dewan Perdana SKTPP 

    Alhamdulillah, sambutan dan kehadiran semua ibubapa dan penjaga semua murid asnaf Tahun 1 hingga 6 SK taman Putra Perdana yang disenaraikan oleh Pusat Lembaga Zakat Selangor sangat menggalakkan. Hampir keseluruhan mereka hadir memenuhi kerusi yang disediakan bagi mendengar maklumat berkaitan PROSAZ.

    Mari kita saksikan gambar-gambar sepanjang program ini berlangsung.

Perjalanan program sesi pagi 

Pn. Nurliza binti Rahman selaku pengacara majlis

Bacaan doa oleh Ustaz Mustafid 

Pn. Jumilah selaku PK HEM memberikan ucapan


Pn. Nor Arzah memberikan taklimat berkaitan PROSAZ

Murid-murid tekun mendengar penerangan tentang PROSAZ


Pn. Nor Arzah membimbing murid-murid bacaan ikrar dan aku janji




Selesai majlis aku janji, semua yang terlibat di dewan bergambar bersama-sama dan ibubapa bersurai. Murid-murid pula di bawa ke kantin dan diberikan makanan yang telah disediakan. 

Guru mengagihkan makanan kepada murid PROSAZ


Murid-murid menjamu selera


Perjalanan program sesi petang


Pn. Sidratul Ayuni dan Ustazah Fadhilah

Ibubapa mengisi kehadiran 

Murid dan ibubapa yang hadir dalam program PROSAZ



Ustaz Ab Hafiz mengendalikan siaraya sepanjang program berlangsung

Ustazah Nor Rafini sedang mengacara majlis

Bacaan doa oleh Ustaz Ab Hafiz

Pn. Jumilah bt Ahmad, PK HEM menyampaikan ucapan aluan



Ustazah Siti Aisyah menyampaikan taklimat PROSAZ

Ustazah Siti Aisyah membimbing bacaan ikrar dan aku janji




Selesai majlis aku janji, semua yang terlibat di dewan bergambar bersama-sama dan ibubapa bersurai. Murid-murid pula di bawa ke kantin dan diberikan makanan yang telah disediakan. 

Murid-murid berbaris mengambil makanan masing-masing



Ceria mendapat makanan masing-masing



Laporan disediakan oleh;

Pn. Nor Saadah binti Ab Halim
Pn. Noorayuni binti Ab Fatah

Sunday, November 24, 2024

Laporan Berugas Minggu Ke - 35 (Sesi Petang)

 Laporan Bertugas Minggu ke - 35 (Sesi Petang)

Kumpulan: D

Minggu: 35 

Tarikh: 18 hingga 22 November 2024

Hari: Isnin

Masa: 1.00-1.30 Petang

Tempat: Dewan Perdana


Senarai Nama Guru Bertugas :

1. Nor Amirulfitri bin Othman (K)

2Rozimah binti Yaakob (P)

3. Azizah binti Ab Hamid

4.Nora Azean binti Che Othman

5. Norazmira binti Kadirun

6. Nor Rafini binti Othman

7.  Nor hana binti Nordin

8. Salmi binti Adnan

9. Rusmanini binti Rahim

10. Farhana binti Mohammad Fuzi

Juruacara : Dahlia Hana binti Mohd Akmal

Bacaan doa dan ikrar : Mohammad Habib Firas bin Mohd Herman

Nyanyian 3 buah lagu

Ucapan guru bertugas : Pn. Azmira binti Kadirun

Laporan guru bertugas Minggu lepas : Pn. Aisah

Ucapan Pk Petang: Pn. Rohaya binti Rosli

#Tema Mingguan:  Toleransi


# L.A.W.A.D:

1. BM: dalam tangan - sudah tentu dapat

2. BI: everyone - semua

3. BA: abyadhu - warna putih

Murid -murid ceria hadir ke sekolah

Disediakan Oleh,

Farhana binti Mohammad Fuzi




Monday, November 11, 2024

 

Tarikh                   : 6 November 2024

Masa                   : 1 – 3 (petang)

Sasaran              : Murid Tahap 2

Anjuran               :Kelab Badminton Unit Kokurikulum SKTPP

Tajuk                   : Kursus Asas Badminton Peringkat Sekolah

 

 

Pengenalan Permainan Badminton

 

Murid-murid diberi pendedahan berkaitan berikut:

 

1.Sejarah badminton

2.Gelanggang badminton

3.Peralatan

4.Pemain

5.Peraturan permainan badminton

6.Kemahiran dan Teknik Badminton

Ø  Kemahiran servis dan menjaring

Ø  Pergerakan dalam badminton

Ø  Latihan lambung bulu tangkis

 

Sejarah Badminton

Penerangan sejarah badminton secara ringkas disampaikan oleh Puan Ummu A’thiah binti Hashim

 

 


Gelanggang Badminton


Murid-murid diperkenalkan dengan gelanggang badminton.


Peralatan



Murid-murid didedahkan dengan peralatan badminton.

Pemain

Badminton adalah permainan raket yang dimainkan secara perseorangan (satu lawan satu) ataupun secara beregu (dua lawan dua).

Peraturan Permainan Badminton

Murid-murid diberi penerangan peraturan permainan badminton. Peraturan permainan badminton seperti berikut:

·    -Ukuran gelanggang badminton ialah 17 kaki (5.18m) lebar untuk dimainkan oleh dua orang pemain

·    -Ukuran 44 kaki (13.41m) lebar untuk permainan melibatkan empat orang

·   - Jaring diletakkan di tengah gelanggang dengan ketinggian 5 kaki (1.52m) dari tanah di bahagian tengahnya, manakala ketinggian hujung jaring berukuran 5 kaki 1 inci(1.55m) semasa diikat pada tiang.

·    


Kemahiran dan Teknik Badminton

 


Ø  Pergerakan dalam badminton

Teknik footwork merupakan aspek penting.Murid-murid perlu tentukan   starting point.

·       Jika perlu mundur,maksimum tiga  langkahJika perlu bergerak ke kanan atau ke kiri, 

     maksimum tiga kali.  Jika perlu maju, maksimum tiga langkah.

·  


 

Ø  Kemahiran servis dan menjaring

 

Servis merupakan pukulan pembuka yang dilakukan untuk memulai permainan dan mencari mata.

Menjaring merupakan salah satu keterampilan dalam permainan bulu tangkis.

 

 


Ø  Latihan lambung bulu tangkis

 

Pukulan lambung dalam bulu tangkis adalah pukulan yang membuat bola melambung tinggi dan jatuh di balakang garis lapangan lawan.


Disediakan oleh,

SIDRATUL AYUNI BINTI ARIS