Tarikh : 30 Ogos 2013
Masa :7:30 hingga
8:30
Tempat :Tapak
Perhimpunan SKTPP
Satu taklimat tentang “Pembudayaan Beratur” telah
disampaikan oleh Ust. Mahadir Midun yang melibatkan semua murid tahun 4 dan 5
serta semua warga pendidik sesi pagi. Taklimat ini juga turut dihadiri oleh Guru Besar
En. Sukimin b. Juki. Adalah diharapkan semoga program ini dapat membantu
mendisiplinkan lagi murud-murid semasa beratur di tapak perhimpunan, semasa berjalan, berbaris menuju ke kelas atau ke bilik-bilik khas.
ETIKA BERATUR
Perhimpunan
Hari Isnin
1. Murid
berbaris di tempat yang ditetapkan dengan dua barisan setiap kelas. ( 2 baris
lelaki dihadapan diikuti murid perempuan di belakang.)
2. Murid
rendah dihadapan manakala yang tinggi kebelakang.
3. Setiap kelas diketuai oleh seorang pengawas yang
telah di tetapkan.
4. Pengawas
hendaklah memastikan murid dibawah jagaannya berbaris dengan penuh disiplin.
5. Semua beg
sekolah hendaklah diletakkan di tengah - tengah murid supaya kemas dan teratur.
6. Ketua kelas
hendaklah berada di hadapan (sebelah kiri)
7. Bersurai:
semua murid beredar didalam keadaan berbaris menuju ke kelas mengikut laluan
yang ditetapkan bersama dengan guru pada masa tersebut.
Etika Beratur ke Bilik Khas
1. Hendaklah
beratur didalam dua barisan. (Murid lelaki dihadapan manakala murid perempuan
di belakang.)
2. Murid
rendah dihadapan manakala yang tinggi kebelakang.
3. Ketua
kelas hendaklah berada di hadapan barisan manakala penolong ketua kelas
hendaklah berada di belakang sekali.
4. Apabila
semua murid telah bersedia barulah memulakan pergerakan mengikut laluan yang
ditentukan.
5. Semua
murid hendaklah berdisiplin semasa berjalan. JANGAN MEMBUAT BISING, JANGAN
BERLARI DAN JANGAN BERJALAN MELEBIHI GARISAN KUNING.
6. Apabila
bertemu dengan guru, pelawat atau sesiapa sahaja cukup dengan hanya ketua kelas
sahaja yang memberi salam atau ucapan selamat.
7. Sebaik
sahaja sampai ke bilik tersebut tunggu arahan guru untuk masuk ke bilik
tersebut.
8. Pastikan
kasut dan beg disusun rapi di luar bilik khas atau di rak yang telah
disediakan
Etika Beratur bagi murid kelas
pemulihan jQAF, Kelas Tamil, dan Kelas Moral;
1. Murid
yang pergi ke kelas ini haruslah menulis nama mereka di bahagian catatan
“hal-hal lain”. Minta tolong guru catatkan nama mereka dalam buku kawalan
kelas.
2. Hendaklah
beratur didalam dua barisan. (Murid lelaki dihadapan manakala murid perempuan
di belakang.)
3. Murid
rendah dihadapan manakala yang tinggi kebelakang.
4. Murid
yang rendah hendaklah berada di hadapan barisan diikuti murid yang tinggi
berada di belakang sekali.
5. Apabila
semua murid telah bersedia barulah memulakan pergerakan mengikut laluan yang
ditentukan.
6. Semua
murid hendaklah berdisiplin semasa berjalan. JANGAN MEMBUAT BISING, JANGAN
BERLARI DAN JANGAN BERJALAN MELEBIHI GARISAN KUNING.
7. Apabila
bertemu dengan guru, pelawat atau sesiapa sahaja cukup dengan hanya murid yang
di depan sahaja yang memberi salam atau ucapan selamat.
8. Sebaik
sahaja sampai ke bilik tersebut tunggu arahan guru untuk masuk ke bilik
tersebut.
9. Pastikan
kasut dan beg disusun rapi di luar bilik khas.
Etika Beratur selepas tamat
rehat
1. Murid
tahun 4 beratur dihadapan dewan manakala murid tahun 5 dibelakang.
2. Murid
berbaris di tempat yang ditetapkan dengan dua barisan setiap kelas. ( 2 baris
lelaki dihadapan diikuti murid perempuan di belakang.)
3. Murid
rendah dihadapan manakala yang tinggi kebelakang.
4. Murid
yang rendah hendaklah berada di hadapan barisan diikuti murid yang tinggi
berada di belakang sekali.
5. Murid
yang beragama Islam membaca doa selepas makan bersama-sama.
6. Murid
mesti senyap dan menjaga tatatertib dan tingkahlaku sementara menunggu guru
mata pelajaran mengambil mereka.
7. Bagi
mengawal murid di dewan perdana, pengawas yang menjaga kelas-kelas yang telah
ditetapkan haruslah menjaga kelas tersebut. Ini adalah bagi melancarkan
perjalanan ke kelas-kelas menjadi teratur dan tidak bertembung sesama mereka.
8. Guru
matapelajaran selepas rehat perlu mengambil anak murid mereka bagi melancarkan
perjalanan ke kelas menjadi lancar.
Etika Beratur ketika balik
1. Hendaklah
beratur didalam satu barisan. (Murid lelaki dihadapan manakala murid perempuan
di belakang.) Baris di sebelah dinding kelas.
2. Murid
rendah dihadapan manakala yang tinggi kebelakang.
3. Ketua
kelas hendaklah berada di hadapan barisan manakala penolong ketua kelas
hendaklah berada di belakang sekali.
4. Apabila
semua murid telah bersedia barulah memulakan pergerakkan mengikut laluan yang
ditentukan.
5. Semua
murid hendaklah berdisiplin semasa berjalan. JANGAN MEMBUAT BISING, JANGAN
BERLARI DAN JANGAN BERJALAN MELEBIHI GARISAN KUNING.
Penggunaa Buku Kawalan Di Bilik
Khas
1. PihakPentadbir
hendaklah menyediakan sebuah buku keluar masuk murid.
2. Di akhir
waktu pdp buku tersebut hendaklah dihantar ke pejabat.
Sebelum taklimat pembudayaan beratur
Selepas taklimat pembudayaan beratur
Murid tekun mendengar taklimat
Demo meluruskan barisan
Demo berbaris ke bilik-bilik khas
Ketua kelas berbaris dihadapan semasa berjalan
Murid berpegangan tangan ketika berjalan
Pelaksanaan murid berjalan ke kelas
Pelaksanaan murid berjalan ke kelas
Disediakan oleh:
Mahadir
Mahadir
No comments:
Post a Comment