Tuesday, August 27, 2013

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2013 (SESI PETANG)

Tarikh   : 26 Ogos 2013
Tempat : Dewan Perdana
Masa    : 6.15 petang hingga 6.40 petang

Program Bulan Kemerdekaan merupakan program yang dirai saban tahun oleh warga SKTPP.  Tema Bulan Kemerdekaan  pada kali ini adalah 'Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku'.

Objektif program ini adalah :
i)    Menyemai semangat cinta akan negara
ii)  Menyemai semangat 1Malaysia.
iii) Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab 
     kepada sekolah dan negara.
iv)  Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama.
v)     Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri 
     perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

Antara aktiviti dan pertandingan yang akan dijalankan untuk murid-murid adalah seperti berikut :
a) Tahun 1 - Pakaian Beragam
b) Tahun 2 - Mewarna poster
c) Tahun 3 - Koir
d) Tahun 4 - Koir
e) Tahun 5 - Buku Skrap
f) Tahun 6 - Kuiz Merdeka
g) Prasekolah - Nyanyian
h) PPKI - Pakaian Beragam

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2013 telah disempurnakan oleh Encik Rosdin bin Ibrahim, Penolong Kanan Petang, SK Taman Putra Perdana.  Dalam ucapan ringkas, beliau menyeru murid-murid agar menyemai sikap patriotisme iaitu semangat cintakan negara dan sikap toleransi antara kaum.  Ini merupakan kunci kepada perpaduan.



Gambar-gambar sekitar majlis berlangsung :
Puan Rashidah binti Mahmad selaku Pengerusi Majlis


Penyerahan bendera oleh Pengawas kepada En. Rosdin bin Ibrahim (Penolong Kanan Petang)

Encik Rosdin bin Ibrahim merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2013 bagi sesi petang




Murid-murid diberi bendera setiap seorang oleh guru kelas masing-masing

Murid dan guru sama-sama menyanyikan lagu "Tanggal 31" dan "Jalur Gemilang" dengan penuh semangat 



Disediakan oleh :

Nik Rosmaliza binti Nik Hussain

No comments:

Post a Comment