Monday, February 6, 2017

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas Tahun 2017 (Sesi Petang)

          Majlis penyerahan watikah pelantikan bagi Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas tahun 2017 bagi sesi petang telah diadakan pada hari Isnin bersamaan 6 Februari 2017 jam 1.40 petang. Penyerahan watikah ini telah disampaikan oleh Penolong Kanan Petang, Puan Jumilah binti Ahmad, bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana.

          Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas merupakan jawatan penting dan boleh dikatakan sebagai tulang belakang dalam membantu meringankan guru kelas dalam hal-hal tertentu. Dua orang tenaga cilik setiap kelas ini wajar diberi pengiktirafan selayaknya. Maka, pada hari ini, sebanyak 56 orang Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas dari sesi petang telah menerima watikah pelantikan daripada pihak sekolah.

          Antara objektif penyerahan watikah ini adalah :
  1. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
  2. Semoga dengan perlantikan ini, semua Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang telah dilantik dapat menyempurnakan tanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan sekolah tanpa rasa ragu. 
          Akhir kata, pihak sekolah berharap jawatan yang digalas dapat melatih Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas agar menjadi pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab. Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya menjadi titik permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara seterusnya.

Gambar-gambar menarik sepanjang majlis ini berlangsung :

Barisan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bersedia menerima watikah pelantikan.
Pengacara Majlis, Ustaz Abdul Hafiz.
Bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Saiffol.
Watikah disampaikan oleh Penolong Kanan Petang.




Bacaan Ikrar


  

  

  
Kami Benci DARVIH
Laporan disediakan oleh : Puan Rabihah Amirudin.

No comments:

Post a Comment