Monday, February 13, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-7 (Sesi Pagi)

Tarikh                    : 13 Februari 2017
Masa                      : 7.20 - 8.00 pagi
Tempat                  : Tapak Perhimpuan SKTPP
Pengerusi Majlis   :  Encik Hafiz bin Mohd Nor

Guru Bertugas Mingguan

  1. Puan Nurzainon Mohd Razali
  2. Puan Siti Masra Abdul Kadir
  3. Puan Safinatunajakh Mat Som
  4. Puan Zuraini Ismail
  5. Puan Wan Rosmawati Wan Ibrahim
  6. Puan Jamilah Mohd Yusof

Atur Cara Majlis


  1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah.
  2. Bacaan doa.
  3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya.
  4. Bacaan Ikrar murid.
  5. Laporan guru bertugas minggu lepas.
  6. Ucapan guru bertugas
  7. Majlis Pelancaran PPDa dan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Sahabat PPDa sesi 2017.


Laporan Guru Bertugas Minggu ke-6


  • Meningkatkan peratus kehadiran ke sekolah termasuklah aktiviti kokurikulum.
  • Tingkatkan keceriaan kelas. Pertandingan keceriaan kelas telah bermula.
  • Beratur dengan baik selepas waktu rehat.
  • Memperbaiki mutu nyanyian semasa perhimpunan agar sekata dan harmoni.
  • Memastikan sentiasa berdiri tegak semasa nyanyian lagu rasmi sedang dinyanyikan.
Ucapan Puan Astina Mohd Nor

Ucapan Guru Bertugas Mingguan 


  • Memperkenalkan barisan guru bertugas.
 Dari kiri : Puan Zainon, Puan Najakh, Puan Wan Rosmawati, Puan Zuraini, Encik Hafiz, Puan Jamilah, Puan Siti Masra
  • Perkongsian berkaitan tema mingguan iaitu adab kepada guru

  1. Memberi salam terlebih dahulu kepada guru.
  2. Memperbanyak mendengar daripada bertanya pada hal yang tidak perlu.
  3. Bercakap perihal yang baik mengenai guru.
  4. Bertanya dengan tatasusila dan bahasa yang baik.
  5. Menghormati guru.
Peringatan dan mandat guru bertugas

Lawad 

  • BM  - mendeklamasi (membaca dengan gaya)
  • BI   - occupation (pekerjaan)
  • BA  - "burkhabun" (gunung berapi)

Majlis Pelancaran PPDa dan Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa 2017


Ucapan Aluan Guru Besar
Puan Rohaidah Mohd Ali
  • Mengalu-alukan kehadiran tetamu         
          Puan Farrah Fadiah Mohd Nasir  (Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang)
          Puan Cik CT Ashlida Che Mat Razali   (Penolong Pegawai AADK Daerah Sepang)
          Puan Noranismawati Mohd Fauzi   (Penyelia Pendidikan Swasta PPD Sepang)
          Tuan Haji Khairul Azhar Mohammad Suffian  (YDP PIBG SKTaman Putra Perdana)

  • Merupakan program yang penting dalam kalendar persekolahan SKTPP.
  • PPDa merupakan satu program sepanjang tahun yang dilaksanakan bagi mendidik kesedaran dan membanteras penggunaan DARVIH dari peringkat awal.
  • Pemantapan pengetahuan mengenai DARVIH bukan sahaja memenuhi tuntutan penilaian pertandingan PPDa, secara tidak langsung menjadi persiapan diri menempuh kehidupan mendatang yang lebih mencabar.

Ucapan Perutusan Pengarah Pendidikan Selangor Sempena Hari Anti Dadah 2017 oleh Puan Rosmah Jamat  

  • Salah satu faktor pembentukan dan peningkatan nilai sahsiah murid adalah berasaskan pengetahuan berkaitan dadah.
  • Kejayaan program seperti ini adalah merupakan komitmen bukan sahaja dari pihak sekolah malahan ia meliputi segenap lapisan masyarakat, PIBG, guru, ibu bapa serta segala organisasi yang mempunyai perkaitan dengan pihak sekolah.
  • Program pendidikan ini dapat melonjakkan tahap sistem pendidikan negara berdasarkan anjakan 3 dan anjakan 10 bagi menentukan kemenjadian murid pada masa akan datang.
  • Semua pihak perlu mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan dengan pendidikan anti dadah ini.

Ucapan Perasmian oleh Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang
Puan Farrah Fadiah Mohd Nasir


  • Ucapan tahniah buat pihak sekolah yang telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam menjayakan program PPDa sehingga mencapai kejayaan Johan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor.
  • Pendidikan antidadah ini dapat diterapkan menerusi semua aktiviti yang dijalankan samada bidang kurikulum mahupun kokurikulum.
  • Perasmian majlis.
  • Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa sesi 2017.

Rangkuman peristiwa sepanjang majlis.


Persediaan menerima watikah

Aksi sahabat PPDa

Gimik perasmian majlis

Bacaan ikrar 

Selamat berjuang sahabat sekalian

Kenangan dari warga SKTPP

SKTPP Benci DARVIH....

No comments:

Post a Comment