Thursday, April 30, 2026
Monday, April 27, 2026
Program Kem Cemerlang Jawi SK Taman Putra Perdana Siri 1 / 2026
Mata pelajaran Jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak KBSR sehingga KSSR. Semenjak tempoh itu, tahap penguasaan murid dalam Pelajaran Jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. Justeru langkah Program jQAF melaksanakan Kem Cemerlang Jawi bermula tahun 2017 akan mampu memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah. Ia patut diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna.
Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan memantapkan lagi penguasaan Jawi murid yang masih lemah terutama aspek mengenal, membaca dan menulis Jawi dengan baik.
BUTIRAN PERLAKSANAAN PROGRAM
Tarikh :
25 April 2026
Hari :
Sabtu
Masa
: 7.45 pagi - 11.00 pagi
Tempat : SK
Taman Putra Perdana
Semoga dengan terlaksananya program ini dapat membantu murid-murid mengaplikasi kemahiran - kemahiran yang dipelajari dengan lebih berkesan dan seterusnya kemahiran dan penguasaan jawi dapat dipertingkatkan.
Saturday, April 25, 2026
🌙 SAMBUTAN HARI RAYA GURU SK TAMAN PUTRA PERDANA 2026🌙
Tarikh: 25 April 2026
Hari: Sabtu
Masa: 12.00 tengah hari – 2.00 petang
Tempat: Kantin SK Taman Putra PerdanaMajlis berakhir pada jam 2.00 petang dengan penuh kemeriahan dan meninggalkan kenangan manis buat semua warga SK Taman Putra Perdana.
Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk hubungan yang lebih erat dan suasana kerja yang harmoni dalam kalangan warga sekolah.
Saturday, April 11, 2026
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG SK TAMAN PUTRA PERDANA KALI KE-22 TAHUN 2026
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP
![]() |
| Buku Program |
![]() |
| Kehadiran perasmi dan ibu bapa disambut oleh pentadbir dan JK Program. |
![]() |
| Doa dipanjatkan untuk keberkatan majlis. |
![]() |
| Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bermula. Tahniah kepada yang dilantik. Semoga apa yang dibincangkan memberi manfaat kepada seluruh warga SKTPP. |
Wednesday, April 1, 2026
MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-22 TAHUN 2026
Suara Anda, Masa Depan Anak - Anak
Jom ke Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG Kali Ke-22!
Anak-anak adalah aset paling berharga kita. Namun, tahukah anda bahawa kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah adalah kunci utama kejayaan mereka? Inilah masanya kita duduk bersama dan merancang yang terbaik untuk warga SK Taman Putra Perdana!




















.png)