... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, January 8, 2025

 

Kejohanan Bola Sepak PPDa 

Peringkat Daerah Sepang Tahun 2024

 

Pada 2 Januari 2025, telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak PPDa Peringkat Daerah Sepang melibatkan penyertaan 8 buah sekolah iaitu SK Taman Putra Perdana, SK Taman Putra Perdana 2, SK Taman Seroja, SK Pulau Meranti. SK Desa Pinggiran Putra, SK Bandar Baru Salak Tinggi, SK Salak dan SK Sungai Merab Luar. 

Kejohanan Bola Sepak ini merupakan program yang dianjurkan bersama oleh Kelab Bola Sepak Unit Kokurikulum, Unit PPDa SK Taman Putra Perdana dan ZH Soccer Star dengan kerjasama PPD Sepang.  Kejohanan ini dapat memberikan peluang kepada setiap pasukan untuk merancang strategi bagi memperoleh sesuatu kejayaan.  Selain itu, murid-murid  yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola sepak akan dapat menonjolkan bakat mereka dalam kejohanan ini. 


Antara Objektif program yang telah ditetapkan adalah 


  • Mengeratkan perpaduan dan hubungan antara murid
  • Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah pasukan
  • Memupuk semangat kesukanan dan disiplin diri     
  • Mencungkil bakat-bakat baru murid dan sebagai persediaan menyediakan pasukan sekolah yang cemerlang.
Berikut adalah sedutan beberapa gambar sepanjang program berlangsung. 


                              Bagi mengetahui lebih lanjut perjalanan majlis, boleh klik 
                         pada link buku program di sini https://anyflip.com/bayim/uwye/ 

                                        

                            
                  


Majlis penutupan dan penyampaian hadiah, 
En Mohd Izzuddin bin Yoop (Guru Besar SKTPP) bersama 
Datin Wan Nor Ashikin binti Abu Kassim (Pegawai Pendidikan Daerah PPD Sepang) 
dan Pn, Fauziah binti Solehoddin (GPK Kokurikulum SKTPP)


Ucapan perasmian penutupan daripada oleh Datin Wan Nor Ashikin binti Abu Kassim, 
Pegawai Pendidikan Daerah PPD Sepang



Penyampaian hadiah kepada pemenang


Aksi perlawanan di antara pasukan SKTPP menentang SK Desa Pinggiran Putra



Gelagat jurulatih pasukan 


Berikut merupakan keputusan penuh kejohanan:

JUARA : SK BANDAR BARU SALAK TINGGI
NAIB JUARA : SK TAMAN PUTRA PERDANA
KETIGA BERSAMA : SK DESA PINGGIRAN PUTRA & SK PULAU MERANTI



Semoga program yang telah berlangsung dapat diteruskan pada masa akan datang agar dapat membuka peluang dan ruang yang lebih luas untuk mencungkil bakat murid pada usia muda serta diharapkan dapat mengeratkan lagi jalinan persahabatan sesama murid dalam siri melebarkan slogan ”Hidup Sihat Dan Cergas Tanpa DARVIH”

Monday, January 6, 2025

Majlis Peluncuran Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli & Seksual

Hari ini telah berlangsung Majlis Peluncuran Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah laku Buli & Seksual bertempat di Dewan Perdana, SKTPP semasa majlis perhimpunan rasmi sekolah.

Matlamat program ini didakan adalah untuk menghapuskan budaya buli dan jenayah seksual dalam kalangan murid di semua peringkat sekolah serta menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat, harmoni, dan bebas daripada ancaman buli dan jenayah seksual. Dengan adanya program-program ini secara berterusan, diharapkan ianya mampu menanam nilai kasih sayang dan sikap saling menghormati dalam kalangan warga sekolah demi mencapai kesejahteraan dan keharmonian bersama.

Antara Objektif program ini diadakan adalah untuk :

* Memastikan Pengurusan Tertinggi KPM mendekati dan menyantuni sekolah-sekolah dalam usaha menghapuskan budaya buli dan jenayah seksual di sekolah.

* Mempromosikan aktiviti yang meningkatkan keprihatinan dan kesedaran terhadap isu salah laku buli dan seksual di sekolah.

* Menggalakkan tindakan tegas terhadap isu buli dan jenayah seksual demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan saling menghormati.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung.

Guru bertugas bersama Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) menyambut kehadiran murid di pagar A

Menyambut kehadiran murid di pagar B
Pentadbir (Guru Besar, GPK Kurikulum, GPK HEM) bersama Puan Siti Aisyah binti Idris (Ketua Penolong Pengarah Unit Sains & Matematik, Sektor Pembelajaran JPN Selangor), Pn Noranismawati binti Mohd Faudzi (Penolong Pegawai Daerah Unit Pendidikan Daerah Sepang, PPD Sepang) turut menyambut kehadiran murid di Pagar B

Tetamu VIP turut sama mengikuti acara perhimpunan rasmi mingguan 

Pembuka bicara Majlis oleh pengacara majlis adik Muhammad Hadif bin Mohd Farizz Faizzaman (6 Solaris) bersama adik Zara Nur Iman binti  Zainal (6 Solaris)

Sesi bacaan doa oleh adik Muhammad Amsyar bin Mohd Rizal (6 Windows)


Bagi mengetahui perjalanan majlis boleh klik link buku program 

Ucapan Tuan Guru Besar: En Izzuddin bin Yoop

Ucapan perasmian oleh Puan Siti Aisyah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Unit Sains & Matematik, Sektor Pembelajaran JPN Selangor)

Gimik peluncuran program

Anda boleh saksikan video gimik peluncuran di sini

Slot bersama Duta Sahsiah 

Simbol "KATAKAN TIDAK PADA BULI & GANGGUAN SEKSUAL" 

Penyampaian cenderamata kepada Puan Siti Aisyah 

Sesi bergambar beramai-ramai di penghujung majlis

Sesi jamuan VIP bersama pentadbir dikantin sekolah.

Semoga majlis yang berlangsung pada hari ini mampu membuka mata dan memberi pengertian yang lebih mendalam kepada murid-murid tentang bahaya buli dan gangguan seksual ini serta berazam untuk tidak melakukan buli juga mengelakkan diri dari dibuli.