MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM IHYA RAMADAN DAN BULAN DAKWAH
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2026/1447H
Tarikh: 23 Februari 2026
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Perdana
Sasaran: Murid Tahun 4,5,6
Pada pagi Isnin,23 Februari 2026 telah berlangsung Majlis Peluncuran Program Ihya Ramadan 1447H semasa perhimpunan sekolah waktu pagi. Majlis ini diadakan sebagai tanda permulaaan kepada pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang bulan Ramadan bagi menyemarakkan lagi penghayatan dan pengamalan nilai-nilai Islam dalam kalangan warga sekolah
Bulan Ramadan adalah anugerah dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikannya. Amalan sunat seperti solat sunat Tarawih, Tadarus Al-Quran, Tazkirah, Iftar Jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan. Oleh itu, pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengacara Majlis Cik Nur Dalida Zakirah binti Zainol dan seterusnya ucapan perasmian oleh Guru Besar Sk Taman Putra Perdana yang menekankan kepentingan menjadikan Ramadan lapangan untuk membentuk sahsiah, disiplin dan akhlak yang lebih baik.Beliau turut mengajak semua murid dan guru untuk merebut peluang meningkatkan amalan serta memperbanyakkan ibadah sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.
Majlis Peluncuran disempurnakan secara simbolik dengan meletakkan tapak tangan ke skrin dan terpancar tayangan video sebagai tanda bermulanya Program Ihya Ramadan peringkat sekolah bagi tahun ini.
Seterusnya, Guru Penyelaras Program Ihya Ramadan telah memperkenalkan objektif serta pengisian program yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadan.
Guru Penyelaras Program Ihya Ramadan
Objektif Program
Program Ihya Ramadan dianjurkan bagi:
1. Meraikan kedatangan bulan Ramadan yang disyariatkan berpuasa.
2.Memperbanyakkan amalan-amalan sunat di bulan yang diberkati.
3.Memberikan pengalaman yang berguna kepada murid dengan suasana majlis di bulan Ramadan.
Pengisian Program Sepanjang Ramadan
Sepanjang bulan Ramadan, pelbagai aktiviti telah dirancang,antaranya:
- Tadarus Al-Quran(Al-Quran di hatiku)
- Tabung Kasih Ramadan(Musalla Raudatul Ilmi)
- Daie Cilik
- Majlis Bacaan Yassin
- Kuiz Ramadan
- Pertandingan Nasyid
- Pertandingan Tilawah Al-Quran
- Pertandingan Khat
- Pertandingan Hafazan

.jpeg)

