Friday, January 21, 2011
Pelantikan Pengawas PSS Sesi Pagi
Wednesday, January 19, 2011
LADAP 1 : BENGKEL MEMBINA GRAFIK SOALAN
Guru sesi petang telah mengikuti bengkel ini pada pukul 11 pagi - 1 petang, manakala guru sesi petang mengikuti bengkel bermula pukul 1 - 3 petang.
Seramai 4 guru pembimbing yang telah diberi tugas mengendalikan bengkel ini iaitu :
+Sesi petang oleh Cikgu Hafiz dan Cikgu Zainur Jimah
+Sesi pagi oleh Cikgu Salwana dan Cikgu Ruby
Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam semasa bengkel dijalankan.
Semoga bengkel yang dianjurkan dapat memberi impak yang besar kepada semua guru SKTPP.
Tuesday, January 18, 2011
LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN 3 (SESI PETANG)
Hari : SELASA
Tarikh : 18 JANUARI 2011
Masa : 5.30 – 6.40 petang
Guru Bertugas :
Pn. Nur Syukri Hidayati(K)
Pn. Nur Malisha
Cik Nurul Akma
Cik Shakila
Pn. Nik Rosmaliza
Pn. Anismawati
En. Shahrizal
Laporan/Ulasan :
1. Bacaan doa, perbarisan, nyanyian dan Ikrar
i. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (Dipimpin oleh Pn. Salmi)
ii. Pasukan menaikkan bendera ialah ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang dibimbing oleh En. Shahrizal.
iii. Bacaan doa oleh Pengawas sekolah, Aniq Iqbal b. Zulkarnain
iv. Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Nur Malisha dan Ikrar Murid oleh Aniq Iqbal b. Zulkarnain (ketua pengawas sesi petang)
2. Ucapan Guru Bertugas (Pn. Nik Rosmaliza)
Guru bertugas menyampaikan tema pada hari ini berkaitan dengan Peraturan Sekolah 2:
Kepentingan Masa
i) Semua pelajar mestilah berada di sekolah sebelum loceng dibunyikan.
ii) Pelajar adalah dilarang:
a. Berkeliaran di luar pagar.
b. Berkeliaran atau singgah di mana-mana semasa datang ke sekolah atau pulang.
c. Datang lewat ke sekolah.
d. Datang lewat ke perhimpunan.
iii) Loceng rehat
* Waktu rehat selama 20 minit.
iv) Semua murid perlu keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan dan pengawasan guru.
v) Semua murid dilarang berada di dalam kelas semasa rehat.
vi) Apabila loceng tamat rehat dibunyikan semua murid mesti berbaris di Dewan Perdana dan di Dewan Putra mengikut kelas dan masuk ke kelas dengan arahan guru.
Perkataan LAWAD: Bahasa Melayu : gula melaka (gula kabung) , Bahasa Inggeris: Canteen (kantin) , Bahasa Arab: yuliyu (bulan Julai)
Pengumuman: Kokurikulum pada hari Rabu (19 Januari 2011) akan berlangsung seperti biasa bagi aktiviti Kelab dan Persatuan.
3. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Minggu Kedua) – En. Wan Roswandy
i. Adab di dewan Putra dan dewan Perdana
Beliau menegur sikap murid yang suka bercakap dan bising semasa beratur di dewan Putra dan dewan Perdana. Sehubungan itu beliau mengharapkan agar murid-murid dapat senyap dan mendengar arahan guru yang bertugas.
ii. Menepati masa habis rehat
Beliau turut menegur murid yang masih lagi membeli makanan di kantin walaupun loceng habis waktu rehat dibunyikan. Beliau berharap perkara tersebut tidak akan berulang pada minggu seterusnya.
4. Pelantikan Pengawas Sesi Petang
Seramai 79 orang murid tahun 2 dan 3 menerima watikah pelantikan pengawas sesi petang tahun 2011.
Majlis telah disempurnakan oleh Puan Penolong Kanan Petang, Puan Siti Hanim bt. Sungit.
Ketua Pengawas sesi petang: Aniq Iqbal b. Zulkarnain (3 Seraya)
Penolong Ketua Pengawas sesi petang: Nur Dahiya Tihani bt Mohd Asri (3 Seraya)
5. Ucapan Puan Penolong Kanan Petang (Pn. Siti Hanim bt Sungit)
ii. Ucapan tahniah kepada murid-murid yang terpilih menjadi pengawas dan mengharapkan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengawas dengan baik dan cemerlang.
iii. Transisi tahun 1 telah tamat, harapan semoga tiada murid tahun 1 yang masih menangis di sekolah.
iv. Mengumumkan cuti sempena Thaipusam pada hari khamis minggu ini (20 Januari 2011).
v. Perhimpunan dibuat hari ini disebabkan cuaca hujan semalam. Perhimpunan hari ini dipindah ke dewan putra dan dewan perdana pada pertengahan masa kerana hari hujan.
vi. Buku info (kuning) - diharapkan murid dapat membawa buku info setiap kali perhimpunan supaya boleh mencatat maklumat yang diberikan oleh guru. Perkataan LAWAD dicatat dan dapat menyertai pertandingan perkataan LAWAD yang akan diadakan nanti.





PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS 2011
Tarikh : 22 Januari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : SKTPP
Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin & Pengawas
*Ingatan kepada peserta program:
1) Pakai uniform pengawas yang lengkap
2) Bawa seluar track (warna hitam @ biru gelap) dan t.shirt sekolah.
3) Bawa alat tulis dan buku nota
4) Bawa telekung (murid perempuan)
PENYERTAAN SUKAN/PERMAINAN
- Gimnastik
- Tenis
- Perahu Layar
- Golf
- Akuatik
- Boling Tenpin
- Skuasy
- Gimrama
- Memanah
- Lawan Pedang
- Kenu
- Karate Do
- Judo
- Equestrian
- Wushu
- Silat
- Olahraga
- SnukerBilliard
- Silambam
Monday, January 17, 2011
LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE - 3 ( SESI PAGI)
Hari : ISNIN
Tarikh : 17 JANUARI 2011
Masa : 7.30 – 8.00 pagi
Guru Bertugas :
Pn. Salwana Elias(K)
Pn. Halimatun Saadiah Hassan
Pn. Maimunah Yob
Pn. Nor Azura Mustafa
Pn. Norasmawati Omar
En. Zaidi Mahmat
En. Musrizuan Daud
1.Laporan/Ulasan :
i. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
ii. Bacaan doa diketuai oleh Adik Amirul Naim
iii. Ikrar Rukun Negara oleh En. Zaidi Mahmat (guru) dan Ikrar Murid oleh Sanjay Devadass (pengawas)
2. Ucapan Guru Bertugas (En. Zaidi Mahmat)
i. Guru bertugas menyampaikan tema pada hari ini berkaitan dengan Peraturan Sekolah 2
BAHAGIAN 2: WAKTU PERSEKOLAHAN
2.1 Masa:-
2.1.1 : Sesi pagi
7.30 pagi – 1.20 ptg ( Isnin dan Rabu)
7.30 pagi – 12.50 tgh (Selasa dan Khamis)
7.30 pagi – 11.50 pagi (Jumaat sahaja)
2.1.5 : Sesi petang
1.20 ptg – 6.40 ptg (Isnin, Selasa dan Rabu)
1.20 ptg – 6.10 ptg (Khamis dan Jumaat)
2.1.6 : Prasekolah
7.30 pagi – 11.30 pagi (Isnin hingga Jumaat)
2.1.7 : Program Pendidikan Khas Integrasi
7.30 pagi – 12.50 tgh (Isnin, Selasa dan Khamis)
7.30 pagi – 1.50 ptg (Rabu sahaja)
7.30 pagi – 11.50 pagi (Jumaat sahaja)
Walau bagaimanapun murid-murid perlu sampai ke sekolah 10 minit sebelum loceng pertama waktu persekolahan yang tersebut di atas bermula.
Perkataan LAWAD: Bahasa Melayu : Harum (wangi) , Bahasa Inggeris: Field (padang) , Bahasa Arab: Yun Yu (bulan Jun)
Pengumuman: Kokurikulum pada hari Rabu (19 Januari 2011) akan berlangsung seperti biasa bagi aktiviti Kelab dan Persatuan.
3. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Minggu Kedua) – En. Zulkefli Daud
i. Beliau menegur tentang kehadiran murid yang sering datang lewat dan mengharapkan sekolah akan mencapai kehadiran lewat sifar pada masa akan datang.
ii. Beliau menegur sikap murid yang suka bercakap semasa perhimpunan dan juga semasa beratur di Dewan Perdana selepas waktu rehat. Sehubungan itu beliau mengharapkan agar murid-murid dapat senyap dan mendengar arahan guru yang bertugas.
iii. Beliau mengingatkan murid-murid agar sentiasa menghormati para guru dan memberi salam (murid Islam) dan ucapan Selamat Sejahtera (murid bukan Islam) ketika berselisih dengan guru-guru.
iv. Beliau turut mengingatkan murid-murid agar beratur apabila hendak bergerak dari kelas ke makmal.
4. Perlantikan Pengawas Sesi Pagi
Seramai 115 orang murid tahun 4, 5 dan 6 menerima watikah perlantikan pengawas sesi 2011.
Majlis telah disempurnakan oleh Puan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Siti Habsah Ahmad.
Ketua Pengawas (sesi pagi) : Muhd Hafiz b. Redzuan (6 Daisy)
Penolong Ketua Pengawas (sesi pagi) : Idzni Fatini bt. Zulhazmi (6 Alamanda)
Terdahulu, Puan Siti Habsah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang terpilih dan mengharapkan agar mereka dapat memberikan contoh teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain.
5. Ucapan Puan Penolong Kanan Pentadbiran (Pn. Siti Habsah Ahmad)
i. Mengingatkan murid-murid apabila sampai di sekolah, agar meletakkan beg dan beratur dengan segera dalam barisan kelas masing-masing
ii. Murid-murid perlu beratur apabila hendak ke bilik-bilik khas (Makmal sains, Bilik KH, Makmal Komputer, Bilik Muzik dll)
iii. Kelas Tambahan Tahun 6 bermula pada hari ini (17 Januari 2011) bermula jam 1.10 petang hingga 3.10 petang bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains.
iv. Murid-murid diingatkan supaya tidak melintas Dataran Perdana.
v. Murid-murid tahun 4 dan 5 perlu berada di kantin atau Dewan Putra semasa waktu rehat dan bukannya berlegar-legar di dalam kelas masing-masing.
Lafaz Ikrar Oleh Ketua Pengawas
Saturday, January 15, 2011
Program Peningkatan UPSR : Jalinan Kasih
Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang adalah :
1. Kem motivasi
2. Teknik menjawab
3. Kelas tambahan
4. Program 'Peptalk'
5. Projek PRS
6. Program Mentor-Mentee
7. Program Gerak Gempur
8. Solat hajat dan bacaan Yassin
9. Percubaan UPSR




