... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, March 7, 2011

Pelancaran Dan Perasmian Program Sekolah Selamat

Pelancaran dan perasmian Program Sekolah Selamat telah diadakan pada hari ini bersamaan 7 Mac 2011 dan telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, En. Sukimin B Juki semasa perhimpunan rasmi mingguan sekolah. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua murid dan warga sekolah tentang kepentingan menjaga keselamatan sepanjang berada di sekolah, dalam perjalanan pergi dan balik sekolah serta menghindarkan diri dari dibuli dan peras ugut oleh rakan sebaya. 


Baner Program Sekolah Selamat SKTPP 2011

Bersama ini disertakan beberapa keping gambar untuk tontonan bersama sepanjang program tersebut dilaksanakan :





Kursus CPR













Terima kasih diucapkan kepada Dr Nor Hafizah Bt Md Yunus kerana telah mengusaha dan menaja kursus CPR kepada 31 orang guru dan staf sekolah ini pada 5 Mac 2011 (Sabtu) yang lalu. Antara lain tujuan kursus Basic Life Support dengan menggunakan kaedah CPR diadakan ialah:
  • memberi pendedahan baru kepada anggota bukan paramedik supaya dapat membantu murid sekolah, orang awam dan sesiapa sahaja yang berada di luar hospital yang memerlukan pemulihan jantung dan paru-paru
  • memberi kesedaran kepada anggota bukan paramedik terutama guru-guru supaya tidak panik ketika menghadapi sesuatu kecemasan

Friday, March 4, 2011

PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2011

Alhamdulillah, Program Kepimpinan Pengawas PSS telah dapat dijalankan dengan jayanya pada hari ini dari jam 2.20 petang hingga 6.10 petang. Program ini adalah anjuran bersama Unit Kurikulum, Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Pusat Sumber. Terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Syabas....diucapkan kepada semua peserta yang telah menghadiri program pada hari ini.




SESI PENDAFTARAN PESERTA




PROGRAM DIMULAKAN DENGAN BACAAN DOA

OLEH USTAZ AHMAD ZUNAIDI

CERAMAH MOTIVASI KEPIMPINAN OLEH PN. AZURA YUSOF

(GURU BIMBINGAN & KAUNSELING SEK. SERI PUTERI)


SESI LDK BERSAMA FASILITATOR
(PENGAWAS PUSAT SUMBER SEK. SERI PUTERI)



JAMUAN PENCERAMAH DAN FASILITATOR DI BILIK BIMBINGAN & KAUNSELING



PESERTA PROGRAM SABAR MENUNGGU GILIRAN MENGAMBIL MAKANAN



SESI TAKLIMAT TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS PSS

OLEH PN. JULAILI & PN. SITI RABIAAH




UCAPAN PERASMIAN PENUTUP OLEH PN. SITI HABSAH




PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KEPADA WAKIL PENGAWAS PSS SESI PAGI


PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KEPADA WAKIL PENGAWAS SESI PETANG


MENGABADIKAN KENANGAN BERSAMA PENCERAMAH & BARISAN FASILITATOR













Wednesday, March 2, 2011

Laporan Perhimpunan Rasmi Hari Isnin Minggu Ke-9 (Sesi Petang)

Hari: Isnin
Tarikh: 28 Febuari 2011
Masa: 5.30 pm - 6.40 pm
Guru Bertugas:
1. Pn Yani
2. Pn Rashidah
3. Pn Jumilah
4. Pn Fadhilah
5. Pn Visva
6. Pn Hastipa (th)

Laporan/Ulasan:

1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Muhd.Zaimi Qusyairi (3 Merbau)

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn Visva

4. Bacaan ikrar murid oleh Adik Aniq Iqbal (3 Seraya.)

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: (Pn Nora)

5.1 Beliau mengingatkan jangan berlari semasa naik dan turun tangga.

5.2. Murid-murid tidak dibenarkan melalui tapak perhimpunan sewaktu balik,mesti melalui koridor

5.3 Jangan berebut-rebut semasa keluar dari pagar sewaktu balik

5.4 Tidak dibenarkan membawa majalah yang bukan ilmiah seperti komik kartun


6. Ucapan Guru Bertugas: (Pn Visva)

6.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.

6.2 Beliau memperkenalkan tema bagi minggu ini: Menepati masa.

6.3 Beliau menyarankan 3 perkara:
1. Masa yang berlalu tidak akan kembali
2. Memastikan murid-murid datang tepat kesekolah,aktiviti kokorikulum
3. Memastikan bergerak dengan pantas kebilik-bilik khas atau ketandas.

6.4 kelas tasmik untuk tahun 1,2 dan 3 dan aktiviti kokorikulum dibatalkan kerana PKSR dijalankan pada minggu ini.


7. Ucapan Guru Disiplin: (Pn Yani)

7.1 Murid-murid diingatkan tentang penggunaan pintu pagar A dan B. Pintu pagar A (besar) untuk kegunaan guru-guru dan kakitangan sekolah. Manakala pintu pagar A (kecil) untuk pejalan kaki dan murid-murid yang menunggang basikal. Pintu pagar B untuk murid-murid yang menaiki kenderaan.

7.2 Murid-murid lelaki dinasihatkan memotong rambut yang panjang.mereka diberi masa 1 minggu untuk berbuat demikian

7.3 Murid-murid yang berbasikal mesti memastikan basikal berkunci

7.4 murid-murid tidak digalakkan membeli makanan ringan diluar kawasan sekolah

7.5 murid-murid tidak dibenarkan membawa barang mainan kesekolah

8. Perkataan LAWAD pada hari ini:

1. Bahasa Melayu: Berbisa.
2. Bahasa Inggeris: Sniff.
3. Bahasa Arab: Arj’un.

9. Aktiviti dibawah kurikulum/HEM/koakedemik/kokurikulum

9.1 Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan jawi cantik,nasyid dan busana muslimah sempena sambutan Maulidur Rasul

10. Ucapan Guru Penolong Kanan: (Pn Siti Hanim bt Sungit)

10.1 Beliau menasihati murid-murid agar bersedia dengan pksr yang akan dijalankan

10.2 Ucapan terima kasih kepada ibubapa yang hadir semasa mesyuarat Agung PIBG

10.3 Perhimpunan hari isnin diharap bertambah baik

10.4 Menghayati 6 prinsip ikrar sekolah

10.5 Hasil pemeriksaan,didapati beg sekolah berat.murid-murid diingatkan membawa buku mengikut jadual yang telah ditetapkan

10.6 Murid yang sakit perlu beritahu guru bertugas dan datang kepejabat terlebih dahulu


Disediakan oleh: Puan Fadhilah Binti Talib


Monday, February 28, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI

TARIKH : 28 FEB 2011
TEMPAT : DATARAN PERDANA
MASA : 7.30 - 8.15 PG

SENARAI GURU BERTUGAS
1. En. Hafiz
2. Pn. A’ishah
3. Pn Norlela
4. Pn. Jamilah
5. Pn. Rubiaton
6. Pn. Norhamizah
7. Pn. Khaironnajmi
8. Cik Norliza

Ulasan:
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah
Bacaan doa oleh pengawas bertugas
Ikrar Rukun Negara dan Murid



Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (En. Jamilullail)
1. Mengenai kes kecurian barang peribadi murid dan juga wang kelas di kelas 5 Unix yang berlaku pada hari Jumaat yang lalu, sehubungan dengan itu
- Murid tidak dibenarkan berada di kelas pada waktu rehat.
- Sekiranya murid tahun 4 dan 5 sedang rehat, murid Tahun 6 tidak dibenarkan ke tandas.
- Sekiranya murid tahun 6 sedang rehat, murid Tahun 4 dan 5 tidak dibenarkan ke tandas.
2. Disiplin murid sewaktu perhimpunan pagi dan selepas rehat.
- Murid dikehendaki mendisiplinkan diri masing-masing dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan terutama ketika berbaris selepas waktu rehat.


3. Penyampaian Sijil Penghargaan Kelas Terbersih untuk minggu lepas :
Kelas Terbersih tahun 4 : 4 Tiung
Kelas Terbersih tahun 5 : 5 Windows
Kelas Terbersih tahun 6 : 6 Lotus






Upacara Penyampaian Hadiah :
Pemenang Pertandingan Boling Tenpin Bawah 12 Tahun
1. Lelaki - Faiz Najmi Mohd Zam Zam (tempat ke 3)
2. Perempuan - Liyana Aishah Suhaimi ( tempat ke 4)







Ucapan Guru Bertugas Mingguan (Pn. Jamilah)
1. Memperkenalkan guru bertugas.
2. TEMA : Menepati Masa
- Masa adalah anugerah Allah yang paling bernilai. Sewajarnya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
- Dalam konteks sebagai pelajar, perlu menepati masa ketika :
i) Hadir ke sekolah – perlu dilatih menepati masa.
ii) Masuk ke kelas – tidak leka dengan perkara lain
iii) Menyegerakan tugas pada masanya – bagi mengelakkan kerja yang tertangguh.
iv) Mempunyai jadual waktu yang tersendiri – perlu ikut jadual yang ditetapkan dan mengikut dengan disiplin.
- Masa yang tidak dimanfaatkan dengan baik akan merugikan diri sendiri.
3. Aktiviti Kokurikulum dan Kelas Tambahan Tahun 6 ditanggukan sempena PKSR yang akan dijalankan mulai 1 – 3 Mac 2011.
4. Peperiksaan Bahasa Arab Tahun 4 dan 5 akan dijalankan pada 3 Mac 2011 pada jam 11.30 – 12.30 tghari.

Perkataan LAWAD
1. BM – berbisa
2. ENGLISH - sniff
3. B.ARAB – arjiu’


Penyampaian Hadiah Untuk Pemenang Sempena Majlis Maulidur Rasul & Aktiviti Moral

Pertandingan Sepanduk
1. 6 Alamanda
2. 6 Carnation
3. 6 Orkid

Pertandingan nasyid
1. 5 Windows
2. 5 Unix
3. 5 Palm

Pertandingan bercerita

Kategori Lelaki:
1. Hariz Izzudddin ( 4 Merpati )
2. Affandi Wong (4 Nuri )
3. Arash Ikmal (4 Bangau)

Kategori Perempuan:
1. Nurul Ezza Fazlina (4 Tiung)
2. Nurul Ayuni (4 Tiung)
3. Sofia Alyssa (4 Tiung)








Ucapan Pn Shymala - GPK Kokurikulum

1. Ucapan terima kasih dan tahniah pada murid dan guru yang terlibat dan berjaya dalam Kejohanan MSSD Sepang dan Selangor.
2. Pihak sekolah juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan PIBG yang hadir sempena Mesyuarat Agong yang dijalankan pada hari Sabtu yang lalu.
3. Tahniah kepada Pn. Salwana melatih pasukan Pandu Puteri Tunas yang menaikan bendera dengan baik.
4. Uruskan masa dengan baik sempena minggu peperiksaan.
5. Perubahan pada lagu sekolah mulai minggu hadapan.
- baris 1 rangkap 4

Sekolah kebangsaan kita (lama)
Sekolah kebanggaan kita (baru)

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-7 2011 SK TAMAN PUTRA PERDANA

Tarikh : 26 Februari 2011(Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana,SK Taman Putra Perdana

Wajah-wajah ceria AJK Pendaftaran PIBG


Ajk guru SKTPP turut menceriakan majlis

Bacaan doa pembuka majlis yang diketuai oleh Ustaz Mahadir

Ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Ghani bin Hashim

Ucapan guru besar SK Taman Putra Perdana En. Sukimin bin Juki


Ucapan YDP PIBG SK Taman Putra Perdana Tn.Hj. Shaharuddin bin Ajam

Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada AJK PIBG sesi 2010/2011

Sesi membahaskan usul-usul

Wakil daripada ibubapa mengemukakan usul kepada pihak PIBG

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2011/2012