... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, April 17, 2012

Program Penutur Jati: 'April English Fun Day'

Bengkel 'April English Fun Day' dibawah Program Penutur Jati telah dijalankan oleh Ms. Hannah Casey bersama rakan beliau, Mr. Michael Hunt pada hari Sabtu, 14 April 2012 di Makmal Komputer 3, SKTPP.

Ia telah dihadiri oleh 11 guru dari 5 buah sekolah dibawah Ms. Hannah Casey. Guru-guru tersebut adalah:

1. SK Taman Putra Perdana - Pn. Arnny Yusnita Md. Enarji, Pn. Ezza Hairani Zainuddin, Pn. Grace A/P Danaraj, Pn. Salina Mohd Tasu dan Pn. Kwa Jin Nee,
2. SK Dato' Abu Bakar Baginda - Pn. Noor Arjuna Samsudin
3. SK Dengkil - Pn. Masdiana Che Jamil dan Pn. Rosmina Jusoh
4. SJK (C) Sin Ming - Pn. Liza Rozana Masaat dan Pn. Nirawaty Mohd Nor
5. SK Cyberjaya - Cikgu Norhidayah Ahmad Fuat

Bengkel ini telah berjalan dengan jayanya. Ia sesuai dengan pembelajaran dan pengajaran di sekolah seperti pengunaan 'jazz chant' dan membuat aktiviti menggunakan MS PowerPoint.


Mentor, Ms. Hannah Casey
Mr. Michael Hunt

Mr. Michael Hunt dan Pn. Noor Arjuna Samsudin (SK Dato' Abu Bakar Baginda)
Pn. Jin Nee, Pn. Grace & Pn. Salina (SKTPP)
Cikgu Norhidayah Ahmad Fuat (SK Cyberjaya), Pn. Nirawaty Mohd Nor & Pn. Liza Rozana Masaat (SJKC Sin Ming)

Monday, April 16, 2012

LAWATAN PENANDA ARAS PBS KSSR 2012 (SK HAMZAH 2, MACHANG, KELANTAN)

SK TAMAN PUTRA PERDANA, 12 APRIL: SK Tmn. Putra Perdana telah menerima kunjungan SK Hamzah (2) Machang, Kelantan bagi program Lawatan Penanda Aras PBS KSSR 2012.Delegasi ini telah di ketuai oleh Yang Berusaha En. Bahruddin bin Hassan selaku Guru Besar SK Hamzah (2) bersama-sama 39 orang guru termasuk beberapa orang Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Machang.















SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2012 FASA 1

Dimaklumkan bahawa, pihak sekolah akan mengadakan solat hajat sempena peperiksaan UPSR seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 19.4.2012 (Khamis)

Masa : 7.00 ptg – 9.30 mlm

Tempat : Dataran SK Taman Putra Perdana

Agenda :

i. Solat Maghrib berjemaah dan bacaan Yaasin

ii.Ceramah motivasi

iii.Solat Isyak berjemaah

iv. Solat Sunat Hajat

v. Jamuan

Semoga kehadiran Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dapat memberkati lagi majlis ini dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan anak-anak didik SK Taman Putra Perdana.

Sekian dimaklumkan.

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE 14 (SESI PAGI)

Hari : Isnin

Tarikh : 16 April 2012

Masa : 7.30 – 8.00 pagi

Guru Bertugas:

1. Pn Astina bt Mahad Nor

2. Pn Azwani bt Md Noor

3. Pn Siti Rabiaah Mohammad

4. Pn Nurliza bt Abdul Rahman

5. Pn Rubiaton bt Ibrahim

6. Pn Rosmawati Desa

7. En. Zaidi Mahmat

8. En. Mahadir Midun

Laporan/ Ulasan:

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah.

b) Bacaan doa oleh pengawas, Kamal Aizam (6 Xenix).

c) Ikrar Rukun Negara oleh Pn Astina binti Mahad Nor dan Ikrar Murid oleh Atikah An-nur binti Zainuddin (Ketua Pengawas Sesi Petang).

2. Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn Najmi)

a) Semasa guru bertugas meronda didapati ramai murid yang pandai mengisi masa lapang dengan membaca buku dan menyiapkan kerja rumah sama ada sebelum perhimpunan pagi, semasa peredaran guru dan semasa rehat. Syabas diucapkan dan diharap tabiat seperti ini terus diamalkan.

b) Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang menunjukkan tingkahlaku yang baik seperti memberi salam dan ucap selamat kepada guru-guru yang berselisih dengan mereka. Amalan mulia ini dapat diteruskan dan dipanjangkan kepada rakan-rakan dan juga pelawat-pelawat yang datang ke sekolah.

c) Sikap segelintir murid lelaki yang suka berlari-lari di dalam kelas dan ketika menaiki tangga. Andainya terjatuh atau tersungkur, ini akan memudratkan semua pihak.

d) Semua murid perlu peka dengan persekitaran sama ada di kawasan kantin dan juga kelas supaya dapat memastikan ianya bersih sebelum belajar.

3. Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas

Kelas PPKI

1. Kelas Cekal

2. Kelas Yakin

Tahun 4

1. 4 Meranti

2. 4 Jati

3. 4 Seraya

Tahun 5

1. 5 Kelicap

2. 5 Merak

3. 5 Merbok

Tahun 6

1. 6 Xenix

2. 6 Novell

3. 6 Palm

4. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn Astina)

a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.

b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.

c) Tema minggu ini: Hidup Berdisiplin

Pn.Astina menasihati semua murid supaya mengamalkan sikap berdisiplin dalam kehidupan seharian.Sikap berdisplin haruslah bermula dari rumah.Contoh disiplin yang perlu diamalkan adalah:

Ø Sembahyang lima waktu setiap hari.

Ø Menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.

Ø Datang ke sekolah awal setiap hari.

Ø Membaca buku apabila ada waktu terluang.

Ø Mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah

d) Pn. Astina berharap semua murid akan mengikut peraturan dan amalan yang ditetapkan untuk menjadi murid yang berdisiplin tinggi.

e) Perkataan LAWAD minggu ini:

Ø Bahasa Melayu: Dermaga (tembok batu)

Ø Bahasa Inggeris: Cliff (tebing)

Ø Bahasa Arab: Durratun Miah (Bilik Air)

f) Pengumuman oleh Pn. Juli bt Mahbah

Ø Program Mentor Mentee kali ke-2 akan dijalankan esok (waktu akhir 12.20 hingga 12.50).

Ø Semua mentor-mentor boleh mengambil borang di bilik kaunseling

5. Ucapan Guru Besar

a) Guru Besar mengingatkan agar semua murid tidak mensia-siakan kehidupan yang diberikan dengan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat

b) Beliau juga menasihatkan murid-murid agar sentiasa berdisiplin tinggi sekiranya bercita-cita untuk menjadi rakyat kepada sebuah negara yang maju. Tuhan tidak akan memberi apa yang kita mahu sekiranya kita tidak berusaha mendapatkannya.

c) Beliau juga berharap agar semua murid telah bersiap-sedia untuk menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) yang akan diadakan pada bulan 5 nanti.

d) Guru Besar menjelaskan bahawa seramai 70 orang murid tahun 6 akan dipilih untuk menyertai Program Gegar UPSR yang akan diadakan di Port Dickson.

e) Sekiranya mahu menjadi yang terbaik semua murid perlu berdisiplin tinggi untuk menjadi rakyat yang maju kepada negara yang maju.


Disediakan oleh:

Pn.Siti Rabiaah Mohammad.

Saturday, April 14, 2012

KEM MOTIVASI ANAK CEMERLANG

TARIKH: 20 HINGGA 21 APRIL 2012
HARI: JUMAAT HINGGA SABTU
MASA: 4.00 PETANG (JUMAAT) HINGGA 5.00 PETANG (SABTU)
TEMPAT: SK TAMAN PUTRA PERDANA
SASARAN: SEMUA MURID TAHUN LIMA
FASILITATOR: GURU PELATIH IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BANGI

OBJEKTIF:
1) Memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan
2) Mendapat motivasi dan berusaha membuat persediaan awal bagi menghadapi UPSR 2013
3) Dapat membina matlamat yang jelas bagi mencipta kecemerlangan diri dari segi
sahsiah dan akademik

Surat Kem Motivasi Anak Cemerlang telah diedarkan kepada semua murid Tahun Lima pada 13 April 2012. Murid-murid Tahun Lima yang berminat menyertai kem ini, perlu menghantar surat kebenaran daripada ibu bapa kepada guru kelas masing-masing.

KEM GAGASAN CEMERLANG UPSR

KEM GAGASAN CEMERLANG UPSR

TARIKH: 26 HINGGA 27 MEI 2012
HARI: SABTU HINGGA AHAD
TEMPAT: KOLEJ UNITI, PASIR PANJANG, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
SASARAN: 70 orang murid Tahun Enam yang mendapat keputusan terbaik dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun (PPT)
TEMPAT PENGINAPAN, MAKANAN DAN PENGANGKUTAN PESERTA DISEDIAKAN

OBJEKTIF:
1) Meningkatkan kefahaman murid tentang teknik menjawab soalan peperiksaan dengan
lebih berkesan
2) Meningkatkan motivasi diri murid untuk menghadapi peperiksaan dengan yakin
3) Bersikap positif dan berdaya saing di sisi rakan-rakan agar mendapat keselesaan
suasana belajar di sekolah

PERANCANGAN AKTIVITI SECARA RINGKAS:
1) Taklimat & Teknik menjawab soalan UPSR
2) Motivasi
3) Menonton wayang motivasi
4) Bersiar-siar di tepi pantai Port Dickson
5) Menikmati keindahan di hutan lipur

Oleh itu, kepada semua murid Tahun Enam...ANDA...ialah apa yang anda FIKIR!

* Jika anda fikir anda MENANG, anda akan berdiri dengan BANGGA dan melihat
persekitaran penuh dengan PELUANG yang harus anda rebut.

* Jika anda fikir anda KALAH, awal-awal lagi anda akan mengangkat BENDERA PUTIH.

Friday, April 13, 2012

UCAPAN TAKZIAH



Ucapan takziah dan al-Fatihah untuk 3 orang guru SK Taman Putra Perdana yang telah kehilangan keluarga tersayang iaitu Puan Azwani bt Noordin yang kematian ayahnda tersayang, Puan Suhaizan bt Sukiman yang kematian bapa mertua tersayang dan Puan Jamilah bt Ariffin yang kematian adik tersayang pada hari Isnin 9 April 2012. Semoga roh mereka ditempatkan bersama dengan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin...

Wednesday, April 11, 2012

PERTANDINGAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK SEMPENA PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH SEPANG 2012

Syarat-syarat Peraduan
  1. Tema cerita ialah " Terima Kasih Cikgu"
  2. Tajuk skrip penulisan adalah bebas.
  3. Kategori Murid sekolah Rendah Tahun 4 -6.
  4. Panjang Cerita - tidak lebih daripada 250 patah perkataan.
  5. Jumlah perkataan mestilah dicatatkan dengan tepat pada penghujung bawa sebelah kanan hasil karya.
  6. Halaman muka surat mestilah ditaip pada setiap halaman skrip.
  7. Hasil karya hendakalah ditaip atas kertas A4 dalam jarak langkau dua dan menggunakan huruf jenis Arial saiz huruf 12.
  8. Hasil karya hendaklah hasil penulisan asli bukan ciplak atau terjemahan da belum pernah disiarkan atau diterbitkan.
  9. Hasil karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik.
  10. Latar belakang cerita hendaklah berdasarkan Masyarakat Malaysia yang berfokuskan kehidupan harmoni dan bersatu dalam kalangan pelbagai kaum. Nilai-nilai murni harus diterapkan.
  11. Penulisan hendaklah menghantar hasil karya yang asal.
  12. Hasil karya yang dihantar tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik Kementerian Pelajaran Malaysia.
  13. Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menerbit, mencetak dan mengedar katya-karya yang diterima.
  14. Maklumat penulis hendaklah diisi dengan lengkap pada Lampiran MBKM III.

Boleh dapatkan Lampiran MBKM III di pejabat sekolah. Hasil karya hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum 25.4.2012.






Tuesday, April 10, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE 13 (SESI PETANG)


LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 13 (SESI PETANG)

Hari: Isnin

Tarikh: 9 April 2012

Masa: 6.10 – 6.40 petang

Guru Bertugas:

1. Pn Nor Holwani bt Yahaya

2. Pn Nor Sabariah bt Awang Ngah

3. Pn Nurrul Huda bt Yaacob

4. Pn Norazah bt Mohd Ali

5. Pn Julaili bt Onian

6. Pn Nik Rosmaliza bt Nik Hussin

7. Pn Nurazlin bt Mat Nor

LAPORAN/ULASAN:

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah.

b) Bacaan doa oleh pengawas, Fathul Akbar b. Abu Bakar (3 Waja).

c) Ikrar Rukun Negara oleh Pn Julaili dan Ikrar Murid oleh Husna Aqilah bt Mohd Afzanizan (Ketua Pengawas Sesi Petang).

2. Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn Rozimah)

a) Semua murid harus bertanggungjawab terhadap kebersihan dalam kawasan sekolah. Murid-murid di larang membuang sampah di merata-rata tempat.

b) Beliau juga turut menasihati murid-murid agar tidak berlari dalam kawasan sekolah terutama pada waktu rehat, sebelum masuk ke kelas dan ketika menuju ke bilik-bilik khas.

3. Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas

Tahun 1

1. Utarid

2. Musytari

3. Zuhrah

Tahun 2

1. Alfa

2. Beta

3. Sigma

Tahun 3

1. Wira

2. Juara

3. Alza


4. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn Julaili)

a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.

b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.

c) Pengumuman cuti pada hari Rabu sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

d) Tema minggu ini: Kitar Semula

· Menasihati semua murid supaya memasukkan kotak susu dan sampah-sarap ke dalam tong sampah untuk dikitar semula.

· Kitaran semula dapat membantu menyelamatkan bumi kita.

e) Perkataan LAWAD minggu ini:

Bahasa Melayu: Dahsyat (menakutkan, mengerikan)

Bahasa Inggeris: Road (jalan)

Bahasa Arab: Batnon (perut)

5. Ucapan Penolong Kanan Petang (En. Rosdin b. Ibrahim)

a) Ucapan tahniah kepada semua murid Tahun 1 kerana murid-murid tidak berlari lagi dalam kawasan sekolah. Beliau juga turut member peringatan kepada semua murid Tahun 2 dan Tahun 3 supaya tidak berlari.

b) Menasihati murid-murid supaya tidak merayau-rayau seorang diri dan jangan mudah percayakan orang yang tidak dikenali. Tujuannya adalah untuk mengelak daripada kes penculikan.

c) Ucapan tahniah juga diberikan kepada semua murid Tahun 3 kerana Berjaya menjalani ujian LINUS yang di adakan pada hari ini.


PINDAAN TARIKH SEKOLAH GANTI SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA HAJI TAHUN 2012

Dimaklumkan bahawa, pihak sekolah telah diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia agar cuti berganti tersebut dipinda daripada 14.4.2012 (Sabtu) kepada 21 April 2012 (Sabtu). Sekolah ganti tersebut mengikut jadual hari Khamis.


Sekian dimaklumkan, terima kasih.