... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, August 15, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN KE-30 (SESI PETANG)

Hari : Isnin
Tarikh : 13 Ogos 2012
Masa : 5.10 petang

Guru bertugas mingguan:
1.Pn. Julaili bt. Onian
2.Pn. Nor Holwani bt. Yahaya
3.Pn. Nor Sabariah bt. Awang Ngah
4.Pn. Nur Azlin bt. Md. Nor
5.Pn. Norazah bt. Mohd Ali
6.Pn. Nik Rosmaliza bt. Nik Hussain
7.Pn. Nurrul Huda bt. Yaacob

Laporan/Ulasan
Nyanyian/Bacaan doa dan ikrar
·         Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
·         Bacaan doa oleh Adik Fathul Akhbar (3 Waja).
·         Bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya
·         Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas sesi petang Adik Husna Aqilah (3 Waja)

Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas ( Pn. Suhaizan bt. Sukiman)
·         Murid yang ingin menunaikan solat Zohor mesti mendapatkan kebenaran keluar kelas daripada guru.Kebenaran keluar kelas daripada ketua kelas tidak dibenarkan.

Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
·         Tahun 1:  1)Musytari     2)Uranus          3)Pluto
·         Tahun 2: 1)Alfa            2)Zeta              3)Theta
·         Tahun 3: 1)Juara          2)Waja             3)Myvi

Pemenang Kebersihan dan Keceriaan Kelas tiga kali berturut-turut
·         1 Utarid dan 3 Wira
·          
Ucapan Guru Bertugas Mingguan
·          Puan Norazah  memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
·         Tema minggu ini " "Semangat Patriotik"
·         Makluman:
ü  Hari Rabu 15 Ogos 2012, semua murid tahun 1 hingga tahun 6 akan bersekolah pada sesi pagi.
ü   Cuti sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 16 dan 17 Ogos (Khamis dan Jumaat)
ü  Sekolah akan dibuka semula pada 27 Ogos 2012

Perkataan LAWAD
·         BM   -  kesatria:orang yang gagah berani   
·         BI     -  excited:teruja
·         BA    - bitrun:telaga

Ucapan PK Petang En. Rosdin bin Ibrahim
·         Mengingatkan murid-murid menjaga keselamatan diri ketika bercuti dengan tidak bermain mercun.
·         Menyemai sikap patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan membaca buku khusus berkaitan kemerdekaan.
·         Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan memberi pesanan berhati-hati di jalan raya.
·        
Perhimpunan tamat pada 5.35 petang


Tuesday, August 14, 2012

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK)


Dalam usaha untuk melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran bagi mencapai objektif Kementerian Pelajaran Malaysia seperti yang telah ditetapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, SK Taman Putra Perdana akan mengamalkan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti mulai 2013. Ini selaras dengan hasrat Jabatan Pelajaran Negeri Selangor yang mewajibkan semua sekolah di Selangor mengamalkan SPSK dalam semua pengurusan sekolah.

LATAR BELAKANG
SPSK adalah singkatan bagi Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti. Tumpuan utama dalam SPSK adalah pemantapan dari segi pengurusan dan pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di sekolah seluruh negeri Selangor. SPSK didokumenkan berdasarkan kepada prosedur kualiti MS ISO 9001:2008 dengan matlamat menyediakan semua sekolah di negeri Selangor ke arah sekolah bertaraf dunia.

OBJEKTIF
1.      Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran
         Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.
2.      Memastikan pencapaian murid setiap sekolah di negeri Selangor mencapai 65 % lulus
         atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam setiap mata pelajaran bagi
         peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan awam.
3.      Memastikan 100% murid sekolah di negeri Selangor mendapat perkhidmatan Bimbingan
         dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya, melainkan
         berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan pihak sekolah.
4.      Melaksanakan Prosedur Pengurusan Kewangan, tanpa teguran audit.


MATLAMAT
1.      Memantapkan kecemerlangan sekolah agar memperoleh Tawaran Baru    (Bai’ah) setiap
         tahun.
2.      Menyediakan sekolah ke arah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi
         Tinggi menjelang Tahun 2014.
3.      Sifar sekolah yang berada di Band 5, 6 dan 7  menjelang 2014 di Selangor kecuali
         sekolah yang baru dibuka.
4.      Sifar sekolah di negeri Selangor mendapat Audit Berteguran menjelang tahun 2014.
5.      Memastikan semua sekolah di negeri Selangor mengamalkan Sistem Pengurusan
         Sekolah Kualiti Berasaskan MS ISO 9000 menjelang Tahun 2015

PROSEDUR KUALITI ( PK ) SPSK YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
PK01   :  Pengurusan Panitia
PK02   :  Pengurusan Jadual Waktu
PK03   :  Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran
PK04   :  Pengurusan Pencerapan
PK05   :  Pengurusan Peperiksaan
PK06   :  Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid
PK07   :  Pengurusan Mesyuarat
PK08   :  Pengurusan Bimbingan
PK09   :  Pengurusan Pusat Sumber
PK10   :  Pengurusan Perkembangan Staf
PK11   :  Pengurusan Aduan Pelanggan
PK12   :  Pengurusan Maklum Balas Pelanggan
PK13   :  Pengurusan Kawalan Dokumen dan Rekod Kualiti
PK14   :  Pengurusan Audit Dalam
PK15   :  Pengurusan Kawalan Perkhidmatan yang Tidak Akur
PK16   :  Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan
PK17   :  Pengurusan Perolehan


STATUS PELAKSANAAN
Jumlah sekolah yang telah melaksanakan SPSK adalah 76 buah sekolah ( 2010 & 2011 )
2010 : 41 buah sekolah berprestasi tinggi
2011 : 35 sekolah berprestasi sederhana
2012 : Semua sekolah di negeri Selangor melaksanakan SPSK

DEFINISI PENGURUSAN BERKUALITI
Pengurusan :
          Satu proses sosial yang melibatkan aktiviti seperti merancang, mengelola, melaksana    
          (memimpin) dan mengawal pelaksanaan program-program atau tindakan bagi mencapai
          matlamat yang telah ditetapkan
Berkualiti :
           Perkhidmatan ( output ) memenuhi kehendakpelanggan dan stakeholder

CIRI-CIRI PENGURUSAN BERKUALITI
1. Penambahbaikan berterusan
2. Penekanan yang lebih kepada peranan pengurusan atasan
3. Mengambil kira keperluan undang-undang dan peraturan
4. Objektif yang boleh diukur pada setiap peringkat dan fungsi yang 
berkaitan
            5. Memastikan keberkesanan latihan
6. Analisis data bagi tujuan pengukuran pencapaian pelaksanaan sistem 
kualiti
            7. Maklumat kepuasan atau ketidakpuasan pencapaian sebagai pengukuran       
                pencapaian pelaksanaan objektif kualiti

KELEBIHAN PENGURUSAN BERKUALITI
1.    Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan terhadap pencegahan
       dan bukan mengatasi masalah setelah perkara yang berkenaan berlaku
2.    Kajian Semula yang berterusan ke atas proses – proses yang kritikal dan
       membuat tindakan pembetulan
3.    Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati ” prinsip betul
       pertama kali dan setiap kali ”
4.    Pelaksanaan tugas berdasarkan kepada prosedur yang didokumenkan, dan
5.    Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan yang
       telah dilaksanakan

Sumber; Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor

Monday, August 13, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN KE-30 (SESI PAGI)



Hari     : Isnin
Tarikh : 13 Ogos 2012
Masa : 7.20 Pagi


Guru bertugas mingguan:
1.Pn. Rosmizawati bt Yusub
2.Pn. Juli bt Mahbah
3.Pn. Halimatun Saadiah bt Hassan
4.Pn. Khaironnajmi bt Haron
5.En. Ahmad Musrizuan bin Daud
6.En. Saifullah bin Mat Saupi



Laporan/Ulasan

1.Nyanyian/Bacaan doa dan ikrar
1.1 Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
1.2 Bacaan doa oleh Adik Mohd Naim bin Razali
1.3 Bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya.
1.4 Bacaan ikrar murid oleh Adik Atiqah An-Nur Bt Zainudin.


2. Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas(Pn. Nik Kamisah)
2.1 Murid- murid diingatkan supaya menggunakan masa- masa yang terluang dengan membaca buku atau bahan- bahan yang ilmiah.
2.2 Murid diingatkan menutup lampu dan kipas sebelum keluar dari kelas.
2.3 Tahap kebersihan kelas memuaskan.

3. Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas

3.1 Tahun 4 -Pertama  - Seraya
                     Kedua    - Nyatoh
                     Ketiga    - Resak

3.2 Tahun 5 -Pertama  - Merbok
                     Kedua   - Merak
                     Ketiga    - Tiung


3.3 Tahun 6- Pertama - Novel
                     Kedua   - Xenix
                     Ketiga    - Linux

3.4 PPKI -Pertama- Semangat
                 Kedua -  Tabah

4. Ucapan Guru Bertugas Mingguan
4.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
4.2 Tema minggu ini "Semangat Patriotik"
4.3 Cara untuk memupuk semangat kemerdekaan :
  • Membaca buku- buku atau novel- novel berkaitan sejarah kemerdekaan
  • Menonton filem- filem berkaitan sejarah kemerdekaan
  • Membuat lawatan ke tempat- tempat bersejarah seperti Muzium Negara dan Tugu Negara
5. Cara untuk menunjukkan semangat Patriotik
  • Kibarkan bendera Jalur Gemilang di rumah, kenderaan atau di kelas masing- masing.

6. Perkataan LAWAD
BM   -  Kesatria - Orang yang gagah berani
BI     -  Excited – Teruja 
Arab – Bitrun - Telaga



7. Ucapan Guru Besar (Encik Sukimin bin Juki)
7.1 Beliau memberi peringatan kepada murid- murid tentang keselamatan diri mereka ketika berada di kawasan sekolah ( bumbung jatuh) dan murid diingatkan supaya jangan berada di kawasan tersebut atas sebab keselamatan diri mereka,
7.2 Pelajar juga diingatkan supaya bijak menggunakan masa yang terluang dengan membaca buku.
7.3 Murid juga diingatkan supaya menjaga keselamatan diri dalam keghairahan menyambut hari raya iaitu jangan bermain mercun.
7.4 Kepada pelajar tahun 6 yang bakal mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) jangan lupa untuk mengulangkaji Pelajaran semasa bercuti,
7.5 Beliau juga mengucapkan Selamat Berbuka Puasa dan Selamat Hari Raya

Friday, August 10, 2012

MAKLUMAN CUTI BERGANTI DAN CUTI HARI RAYA


SK Taman Putra Perdana akan mula bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 16 dan 17 Ogos (Khamis dan Jumaat).  Cuti ini adalah cuti berganti yang dijadualkan pada 8 dan 22 September 2012 nanti. (Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan kemudian)

Oleh itu, hari Rabu 15 Ogos 2012, semua murid tahun 1 hingga tahun 6 akan bersekolah pada sesi pagi.

Sekolah akan dibuka semula pada 27 Ogos 2012 dan murid-murid tahun 6 akan menduduki Percubaan UPSR yang terakhir pada 28 Ogos 2012.  Jangan lupa mengulangkaji sambil menikmati juadah raya.

*Memo mengenai cuti ini akan diedarkan pada hari Isnin 13 Ogos 2012.

Harap Maklum.



MAJLIS RINGKAS PERPISAHAN UNCLE MUTHU

Pada hari ini, 10 Ogos 2012 julung-julung kali diadakan majlis ringkas perpisahan untuk Uncle Muthu yang bakal berpindah ke Johor.  Uncle Muthu ialah seorang pengawal keselamatan sekolah ini yang telah menunjukkan prestasi kerja yang amat cemerlang.

Hari ini adalah hari terakhir beliau berkhidmat di SKTPP.  Sememangnya jasa beliau amat besar dalam menangani masalah kecurian basikal, menjaga lalu lintas dan mengawal keselamatan sekolah. Kami semua warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas segala khidmat yang diberikan dan semoga Uncle Muthu akan tetap sihat dan gembira bekerja di tempat baru nanti.

Berikut paparan gambar semasa majlis ini dijalankan.

En Sukimin menyampaikan ucapan tahniah dan selamat berpisah kepada Uncle Muthu


Uncle Muthu diberi peluang memberikan kata-kata terakhir kepada guru-guru dan murid-murid

En Sukimin memberikan hadiah kenang-kenangan kepada Uncle Muthu

Hadiah cenderahati sebagai tanda mata warga SKTPP


Terima Kasih Tidak Terhingga Kepada Uncle Muthu.

Wednesday, August 8, 2012

JADUAL PERCUBAAN UPSR KALI KE-3

Untuk makluman semua ibu, bapa, penjaga dan murid tahun 6, Ujian Percubaan UPSR untuk kali ketiga ini akan dijalankan pada ketetapan berikut :

            Tarikh  :  28, 29 dan 30 Ogos 2012
            Hari      :  Selasa – Khamis

Berikut adalah jadual percubaan UPSR yang akan dijalankan:

Hari/Tarikh
Perkara
Tempoh/Masa
Selasa
28 Ogos 2012
Matematik (Kertas 1)
Matematik (Kertas 2)
1 jam
40 minit

8.15 – 9.15
11.00 – 11.40

Rabu
29 Ogos 2012

B. Melayu (Kertas 1)
B. Melayu (Kertas 2)
50 minit
1 jam 15 minit
8.10 -9.00
9.15-10.30
Khamis
30 Ogos 2012
Sains
B. Inggeris (Paper 1)
B. Inggeris (Paper 2)
1 jam 15 minit
50 minit
1 jam 15 minit
8.00 – 9.15
9.30 – 10.20
11.20 – 12.35

* Selain daripada masa yang dinyatakan di atas, murid perlu  membawa buku kerana pembelajaran  akan dijalankan seperti biasa. 
*Kelas tambahan pada hari Selasa dan Khamis ditangguhkan pada minggu ini untuk memberi peluang kepada murid-murid membuat ulangkaji.

“Selamat menduduki peperiksaan untuk semua murid tahun 6 dan semoga berjaya mendapat 5A…


Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2012





Tuesday, August 7, 2012

Bengkel Memproses Buku Fasa 1 2012

Pada hari Sabtu, 4hb Ogos 2012, pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah mengadakan Bengkel Memproses Buku Fasa 1/2012. Bengkel ini melibatkan seramai 13 orang pengawas PSS bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengawas PSS tentang cara-cara memproses buku-buku pusat sumber.  Bengkel ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Pn.Siti Rabiaah Mohammad dan Pn. Julaili bt Onian.

Berikut adalah senarai nama pengawas PSS yang hadir semasa bengkel tersebut;

BIL.
NAMA
KELAS
1.
MUHD  SYAFIQ  ISKANDAR  BIN AMIZAL
6 XENIX
2.
AIMANUDDIN BIN SHARIFUDDIN
6 XENIX
3.
MUHAMMAD HAZEEQ BIN JALALUDDIN
6 SOLARIS
4.
JULIA AMIRA BINTI ABDUL HAMID
6 SOLARIS
5.
RABIATUL  AUNI BINTI MOHD RASUL  ZUKI
6 SYMBIAN
6.
WAN NURAMNI NADIA PUTRI BINTI WAN NORKIHAN
6 WINDOWS
7.
NUR FATIN NADIAH BINTI MOHD RASHIDI
6 WINDOWS
8.
MUHAMMAD NUR SYAMIL BIN SAFARI
6 WINDOWS
9.
MUHAMAD ZUL  AKIF BIN AZID
6WINDOWS
10.
NUR IRDINA FARISAH BINTI MOHD AMIRUDIN
6 NOVEL
11.
NESHALINI A/P RAJENDRAN
6 MIDORI
12.
WAN MUHD BADRIZ SYAH PUTRA BIN WAN NORKIHAN
5 NURI
13.
ZULAIKHA BINTI MOHAZLIN
4 SERAYA


Paparan yang dapat dikongsi sepanjang bengkel dilaksanakan.

Proses menampal sticker pada tulang buku mengikut warna yang telah ditetapkan.

Merekod nombor perolehan dalam buku stok.

Mengagihkan buku sumbangan mengikut kategori.

Sebahagian pengawas PSS tekun melaksanakan tugasan yang diberi.

Melabel nombor panggilan pada tulang buku. 

Sibuk mencatat nombor perolehan dan nombor panggilan dalam buku stok.


Thursday, August 2, 2012

LAWATAN 'SUPPORT TEAM' FROGASIA

Pada hari ini - 2 Ogos 2012, 3 orang pegawai daripada YTL Communications telah hadir ke SKTPP dalam perjumpaan bersama pentadbir dan administrator laman frogasia SKTPP.  Mereka ialah Helen Rudd (VCE Support YTL Sentul East) Kate Heal (Chief Operating Officer) dan Darrin Todd (Project Director).

Turut hadir dalam perjumpaan yang dipengerusikan oleh Encik Sukimin bin Juki (Guru Besar SKTPP), ialah Ilham Fahim (6 Xenix) dan Kamal Aizam (6 Xenix) selaku wakil murid yang menggunakan aplikasi frogasia ini.

Dalam sesi perjumpaan kali ini, perbincangan dalam aspek teknikal untuk penambahbaikan laman frogasia telah dapat dilakukan.  Berikut adalah paparan gambar semasa sesi perbincangan di jalankan:

pegawai yang hadir (dari kiri): Kate Heal, Helen Rudd, Darrin Todd bersama guru besar

adik Ilham Fahim menunjukkan masalah pada paparan dashbord frogasia yang dibuatnya

asyik mendengar penerangan drpd Mr. Darrin Todd

Mendapat tunjuk ajar drpd Helen Rudd mengenai aplikasi Jing

Lawatan pegawai daripada support team ini turut menyelitkan pendedahan kepada aplikasi frogasia yang telah di tambah baik dan bakal diterima oleh pihak sekolah pada penghujung bulan Ogos.