... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, October 17, 2012

PEMULANGAN BUKU TEKS 2012 DAN PENGAGIHAN BUKU TEKS 2013

Dimaklumkan bahawa, pemulangan buku teks 2012 dan pengagihan buku teks untuk kegunaan 2013 akan dijalankan seperti jadual di bawah:-

PEMULANGAN BUKU TEKS
KEGUNAAN 2012
PENGAGIHAN BUKU TEKS
KEGUNAAN 2013
TARIKH
TAHUN
TARIKH
TAHUN

18 Oktober 2012
(Khamis)


6
18 – 20 Disember 2012

(Selasa – Khamis)
8.30 pagi – 11.00 pagi

1, 2, 3, 4, 5 dan 6


30 Okt – 1 Nov 2012
(Selasa – Khamis)

1, 2, 3, 4 dan 5

Nota:
Pemulangan Buku Teks 2012
Tuan/Puan hendaklah memulangkan buku teks dan buku latihan aktiviti seperti jadual  yang di atas.  Ikat buku tersebut dengan kemas secara berasingan menggunakan tali rafia dan klip bersama senarai semak yang dilampirkan.

Pengagihan Buku Teks 2013
Tuan/Puan dikehendaki hadir mengambil buku teks 2013 bagi murid tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



Tuesday, October 16, 2012

PELUANG GURU MEMENANGI PAS VIP UNTUK TAYANGAN PERDANA FILEM JAMES BOND - SKYFALL

Pihak Frogasia menganjurkan peraduan untuk para guru memenangi tiket Tayangan Perdana filem James Bond - SKY FALL. Guru-guru boleh mendapat maklumat lanjut di "Comunity Site" FROG VLE. Tarikh tutup penyertaan 23 Oktober 2012.

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG (MINGGU 38)


Hari: Isnin
Tarikh: 15 Oktober 2012
Masa: 6.10 - 6.40 petang

Guru Bertugas:

1. Pn. Nik Rosmaliza Nik Hussin
2. Pn. Julaili Onion
3. Pn. Norazah Mohd Ali
4. Pn. Nurrul Huda Yaakob
6. Pn. Nor Holwani Yahya
7. Pn. Nor Sabariah Awang Ngah
7. Pn.Nur Azlin Mohd Noor

LAPORAN/ULASAN:

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Pn. Salmi Amir.
b) Bacaan doa oleh pengawas, Fathul Akbar b. Abu Bakar (3 Waja).
c) Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Nik Rosmaliza Nik Hussin.
d) Ikrar Murid oleh Husna Aqilah bt. Mohd Afzanizan (Ketua Pengawas sesi petang).

2. Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn. Ezza Hairani)


a) Beliau menegur murid supaya tidak bermain di atas besi longkang kerana boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.
b) Murid tidak dibenarkan bermain di kawasan kabin kerana berbahaya.

3. Penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas

Tahun 1
1. Pluto
2. Utarid
3. Zuhrah (3 minggu berturut-turut)

Tahun 2
1. Alfa
2. Beta
3. Theta

Tahun 3
1. Alza
2. Waja
3. Wira (3 minggu berturut-turut)

4. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Nik Rosmaliza)

a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.

b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.

c) Perkataan LAWAD minggu ini:

Bahasa Melayu: Berdiskusi (berbincang)
Bahasa Inggeris: Recess (waktu rehat)
Bahasa Arab: Timsahun (buaya)

5. Ucapan GPK Petang

a) Menasihati murid supaya memahami ikrar yang dibaca serta melaksanakan ikrar tersebut supaya lebih berdisiplin

b) Menasihati semua tidak ponteng semasa Minggu Peperiksaan dijalankan dan bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan cemerlang.

c) Murid-murid dilarang meminjamkan wang kepada kawan atau meminjam wang daripada rakan. Mereka hendaklah pandai menguruskan wang yang telah diberi oleh ibu bapa.

6. Pengumuman

-Murid-murid hendaklah memakai baju uniform sekolah sepanjang minggu peperiksaaan dan tidak digalakkan memakai baju sukan.



Monday, October 15, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PAGI (MINGGU 38)


HARI : ISNIN
TARIKH : 15.10.2012
MASA : 7.30 PAGI - 8.00 PAGI

GURU BERTUGAS
1. Pn Norshakila bt Rusly
2. Pn Rosmizawati bt Yusub
3. Pn Juli bt Mahbah
4. Pn Nor Fairuzah bt Ahmad Ramli
5. Pn Halimatun Saadiah bt Hassan
6. En Ahmad Musrizuan bin Daud
7. En Saifullah bin Mat Saupi

LAPORAN

1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

a) Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan sekolah.
b) Bacaan doa oleh adik Kamal Aizam (6 Xenix)
c) Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn Norshakila bt Rusly.
d) Ikrar murid oleh adik Atikah An-Nur (6 Xenix)

2. Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn Nor Azura bt Mustafa)

a) Beliau mengingatkan murid-murid supaya sentiasa beratur semasa membeli makanan di kantin.

b) Beliau juga menegur murid-murid supaya beratur dan berjalan semasa hendak pergi ke bilik-bilik khas,   kantin dan sebagainya. Tidak perlu berlari-lari untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

3. Keputusan Pertandingan Keceriaan Kelas

 PPKI
    1. Tabah
    2. Semangat

 Tahun 4
    1. Jati
    2. Meranti
    3. Resak

 Tahun 5
   1. Merbok
   2. Merpati
   3. Belatuk
   
4. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn Norshakila bt Rusly)

a) Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.

b) Tema minggu ini : Amalkan makanan yang sihat
    - Tabiat pemakanan seharian berkait rapat dengan pembentukan jiwa seseorang, maka murid-murid   diingatkan supaya sentiasa mengambil makanan yang berkhasiat sesuai dengan saranan al-quran dan as-sunnah. 
- murid-murid juga dinasihatkan supaya tidak mengambil makanan yang syubhat dan haram kerana ianya akan menjadikan hati keras dan susah menerima nasihat dan teguran.

5. Perkataan LAWAD 

BM : dahsyat = ngeri
BI : sapphire = batu nilam
BA : asy-syuhuru = bulan-bulan

6. Ucapan guru disiplin (Pn Zaleha bt Ramdan Mohamed)

a) Murid-murid diingatkan supaya tidak bermain di kawasan kabin pada waktu rehat kerana didapati kerusi dan meja yang berada di sana tidak lagi kelihatan teratur dan tersusun.

b) Murid-murid tahun 6 pula dinasihatkan supaya sentiasa bersama dengan guru matapelajaran masing-masing pada setiap waktu pembelajaran bukan berkeliaran di kawasan sekolah dan melakukan perkara-perkara yang melanggar disiplin.

c) Akhir sekali, peringatan kepada semua murid supaya tidak lagi membawa barangan berharga ke sekolah dan sentiasa menjaga hak milik peribadi dengan baik dan cermat.

7. Ucapan PK HEM (Pn Jamilah bt Ariffin)

a) Pemulangan buku teks bagi tahun 4 dan 5 adalah pada minggu hadapan manakala tahun 6 adalah pada minggu ini.

b) Diingatkan kepada semua murid supaya memakai pakaian uniform sekolah di sepanjang minggu peperiksaan ini, tidak dibenarkan memakai baju sukan.

Perhimpunan ditamatkan pada jam 8.00 pagi.

Disediakan oleh :
Pn Nor Fairuzah bt Ahmad Ramli

Saturday, October 13, 2012

TAKLIMAT PBS DAN FROG VLE

Taklimat PBS dan Frog VLE telah diadakan pada hari ini, Sabtu (13 Oktober 2012) di SK Taman Putra Perdana. Majlis ini bermula pada 9.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 1.15 petang. Majlis ini telah dirasmikan oleh  Dr. Hajah Rahimah binti Adam, Penolong Pengarah Kanan Unit Penyelaras Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Lembaga Peperiksaan.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Encik Zahri bin Hj Ramlan, Penolong Pengarah Unit ICT dan Pengkomputeran, Jabatan Pelajaran Selangor dan Puan Yasmin binti Mahmood, Pengarah Eksekutif YTL Communications Sdn. Bhd. Seramai 390 orang hadirin telah hadir bagi menjayakan majlis hari ini.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang taklimat tersebut:

 Taklimat PBS dan Frog VLE

 Sesi pendaftaran ibu bapa

 Pameran PBS dan Frog VLE

 Ibu bapa / komuniti yang hadir

 Ucapan oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Shaharuddin bin Ajam

 Tetamu sedia mendengar taklimat

 Taklimat PBS oleh Penolong Kanan Pentadbiran SKTPP, Puan Siti Habsah binti Ahmad

 Persembahan oleh murid-murid Tahun 6 Solaris

 Persembahan oleh murid-murid Tahun 6 Solaris

 Taklimat Frog VLE oleh wakil Frogasia, Puan Elizabeth Lopez

 Tetamu VIP yang hadir

 Taklimat Frog VLE oleh Puan Rubiaton binti Ibrahim

 Sesi soal jawab 

 Wakil ibu bapa mengemukakan soalan

 Ucapan perasmian penutup majlis oleh Dr. Hajah Rahimah binti Adam

Penyampaian cenderamata kepada perasmi

Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penaja iaitu YTL Communications Sdn. Bhd. (jamuan makanan), Lembaga Peperiksaan (bahan edaran PBS). Semoga taklimat ini telah dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang lebih jelas mengenai PBS dan Frog VLE kepada ibu bapa dan komuniti yang hadir.


Friday, October 12, 2012

TAKLIMAT PBS DAN FROG VLE KEPADA IBU BAPA/KOMUNITI PUTRA PERDANA

Pihak sekolah dan PIBG sangat berbesar hati untuk bersama anda. Semua ibu bapa dan wakil penduduk dijemput hadir pada taklimat ini seperti ketetapan berikut :


TARIKH : 13 OKTOBER 2012 (SABTU)

MASA : 8.30 - 2.00 PTG

TEMPAT : DEWAN PERDANA,SKTPP

Berikut adalah Atur cara program :

8.30 pg : Pendaftaran/Pameran

9.00 pg : Lagu Negaraku
Ucapan Pengerusi Majlis
9.10 pg : Doa

9.15 pg : Ucapan Aluan YDP PIBG

9.30 pg : Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah

10.15 pg : Rehat/Persembahan/Pameran

10.45 pg : Taklimat Frog VLE

11.45 pg : Sesi soal jawab

12.30 tgh hari : Perasmian Penutup/Penyampaian cenderamata

1.00 ptg : Makan/Bersurai


Thursday, October 11, 2012

LAWATAN PENANDA ARAS PBS KSSR

SK PUTRAJAYA PERSINT 8 (1) PUTRAJAYA Pada 10 Oktober 2012 bersamaan hari Rabu, seramai 41 orang guru termasuk Guru Besar Pn. Rohayati bt Haji Mansor dari SK Putrajaya Persint 8 (1) Putrajaya telah datang melawat ke SK Taman Putra Perdana untuk melihat sendiri perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dijalankan oleh sekolah ini. Semoga lawatan ini memberikan input yang positif dalam melaksanakan pbs kssr dimasa hadapan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang lawatan tersebut:

Tuesday, October 9, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG (MINGGU 36)

Hari: Isnin
Tarikh: 8 Oktober 2012
Masa: 6.10 - 6.40 petang

Guru Bertugas:

1. Pn. Wan Rosmawati bt. Wan Ibrahim

2. Pn. Jumilah bt. Ahmad
3. Pn. Suhaizan bt. Sukiman
4. Pn. Rozimah bt. Yaakob
6. Pn. Ezza Hairani bt. Zainuddin
7. En. Mohd Rusydan b. Ismail

LAPORAN/ULASAN:

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (yang dipimpin oleh Pn. Salmi Amir).
b) Bacaan doa oleh pengawas, Fathul Akbar b. Abu Bakar (3 Waja).
c) Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Suhaizan.

d) Ikrar Murid oleh Husna Aqilah bt. Mohd Afzanizan (Ketua Pengawas sesi petang).

2. Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn. Siti Nurul Akma)

a) Beliau menegur murid yang berada di kelas semasa waktu rehat. Murid tidak dibenarkan berada di kelas bagi mengelakkan kes kecurian. Kelas adalah kawasan larangan sewaktu rehat.

b) Murid hendaklah menggunakan waktu rehat selamat 20 minit sebaik-baiknya, sekiranya dibahagi dengan elok, murid dapat mengulangkaji pelajaran semasa waktu rehat. 
c) Beliau mengingatkan murid untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan pada minggu depan.

3. Penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas

Tahun 1
1. Utarid
2. Musytari
3. Uranus

Tahun 2
1. Alfa
2. Beta
3. Omega

Tahun 3
1. Wira
2. Waja
3. Viva

4. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Suhaizan)

a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.

b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.

c) Tema minggu ini : Amalan Menjaga Kebersihan
- Murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri dan kelas.

- Amalkan membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
- Sentiasa menjaga kebersihan diri untuk memastikan tahap kesihatan diri yang baik.

d) Perkataan LAWAD minggu ini:

Bahasa Melayu: Elus (usap / belai)
Bahasa Inggeris: Hungry (lapar)
Bahasa Arab: Khadrawat (sayur-sayuran)

5. Hal-hal Lain

a) Pendidikan Pencegahan Dadah oleh Pn. Rozimah


Visi: Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015
- Kita perlulan sama-sama berusaha membebaskan sekolah dari dadah.
Misi: Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang mantap dan berkesan dalam memastikan sekolah bebas dari dadah.
- Sekolah telah berjaya membuat pameran dan kuiz untuk para murid.
Matlamat PPDa: Matlamat PPDa di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran "Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012".



Perhimpunan ditamatkan pada jam 6.40 petang.

Monday, October 8, 2012


PROGRAM GERBANG REMAJA

TARIKH : Isnin - 8 Oktober 2012
MASA : 8.00 pagi-1.20 petang
TEMPAT : Dewan Perdana,Bilik Muzik dan Pusat Sumber Sekolah
PELAKSANA : Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan semua guru Tahun 6


LATAR BELAKANG :
Peralihan alam kanak-kanak ke alam remaja akan dihadapi oleh semua individu. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa di rumah dan guru-guru di sekolah untuk memberi pendedahan awal remaja kepada murid-murid. Pendedahan tentang perubahan fizikal diri serta cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi penting kepada murid-murid Tahun 6 apabila melangkah ke alam remaja.  


OBJEKTIF PROGRAM :
Objektif program adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan pengetahuan murid tentang perubahan fizikal dan mental yang akan mereka alami sebagai seorang remaja.
  • Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cabaran-cabaran yang akan dilalui sebagai seorang remaja.
  • Meningkatkan keyakinan diri murid untuk menerima perubahan diri secara positif.

SASARAN PROGRAM :
Untuk program pada kali ini, sasaran peserta program adalah seramai 278 orang murid Tahun 6.

ATUR CARA PROGRAM :
Aturcara program adalah seperti berikut :
Masa
Aktiviti
7.50 pagi
Ø  Murid berkumpul di Dewan Perdana
8.00 pagi
Ø  Ice Breaking
8.30 pagi
Ø  Fitrah Diri
9.30 pagi
Ø  Fiqh Asas dan Persoalannya
10.30 pagi
Ø  Rehat & Minum pagi
11.00 pagi
Ø  Bagaimana Mengurus Fitrah
12.00 tengah hari
Ø  Natijah Gejala Sosial
12.30 tengah hari
Ø  ”Aku Remaja Mithali”
1.00 petang
Ø  Resolusi Kursus
1.15 petang
Ø  Majlis penyampaian Watikah Remaja Mithali
1.20 petang
Ø  Salam Wida’













GAMBAR-GAMBAR PROGRAM :


Ustaz Mohd Ghazali B Mohd Nor dari MSQ Power Training



Penglibatan murid sepanjang pelaksanaan program


Jujur dalam diri untuk menguruskan fitrah diri masing-masing


Pelbagai aktiviti dilaksanakan untuk menarik minat murid

Solat Sunat Dhuha



RINGKASAN PROGRAM :

Program Gerbang Remaja telah bermula pada pukul 8.00 pagi seperti yang dirancang. Seramai 154 orang murid tahun 6 yang hadir untuk menjayakan program ini. Program dimulakan dengan  ice breaking dan diteruskan dengan ceramah oleh Ustaz Mohammad Ghazali B Mohd Nor dari MSQ POWER Training. Selepas itu, murid-murid diasingkan mengikut jantina supaya perkongsian berkaitan perubahan diri remaja dapat dijalankan dengan lebih selesa.

Beliau juga turut dibantu oleh seorang fasilitator bagi remaja perempuan iaitu Pn Nor Karimah. Banyak ilmu baharu yang diperolehi melalui perkongsian ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid yang hadir mengikuti program ini. Kami bagi Unit Bimbingan & Kaunseling serta semua warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan selamat melangkah ke alam remaja yang penuh dengan cabaran dan pengalaman yang menyeronokkan.