... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, May 7, 2013

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PPKI 2013





HARI


KUMP

7.45 – 8.45

9.00 – 10.00

10.50 - 11.50

PPM BERTUGAS

SELASA
7/5/2013

M/P

BAHASA MELAYU

MATEMATIK

P.ISLAM/P.MORAL




1
2
3
4

PN. ROSLINA
EN. HAZIM
EN. SRI
PN. IKHMA

PN. RIMA
PN. SYIFA
CIK. HANIM
PN. ROSLINA

EN. HAZIM
EN. SRI
PN. IKHMA
PN. RIMA

PN. KHATIJAH
CIK. AYU
PN. ASMIDAH
PN. AKMA

RABU
8/5/2013

M/P


BAHASA INGEERIS

P. TINGKAH LAKU

P. SENI


1
2
3
4

PN. SYIFA
CIK HANIM
PN. ROSLINA
EN. HAZIM

EN. SRI
PN. IKHMA
PN. RIMA
PN. SYIFA

CIK HANIM
PN. ROSLINA
EN. HAZIM
EN. SRI

PN. KHATIJAH
CIK. AYU
PN. ASMIDAH
PN. AKMA



M/P


PJ

MUZIK

SAINS / P.DIRI

KHAMIS
9/5/2013

1
2
3
4

PN. IKHMA
PN. RIMA
PN. SYIFA
CIK HANIM

PN. ROSLINA
EN. HAZIM
EN. SRI
PN. IKHMA

PN. RIMA
PN. SYIFA
CIK HANIM
PN. ROSLINA

PN. KHATIJAH
CIK. AYU
PN. ASMIDAH
PN. AKMA



Gambar sekitar peperiksaan dijalankan:

Kelas Inovatif



Kelas Proaktif



Kelas Bestari



PPKI KELAS: PROAKTIF (K3)

PPKI Kelas: Proaktif (K3)

Nama Guru : En. Srimahathevan A/L Vadivelu

Nama PPM  : Pn. Siti Asmidah Binti Ahmad

Nama Murid-Murid: 1. Tharique Hariri Bin Abdullah
                           2. Amirah Batrisya Bt Mior Mohd Nor
                           3. Syameel Mukhriz Bin Muhammad Rusli
                           4. Nik Muhammad Aqif Bin Nik Zakaria
                           5. Zaid Izzudin Bin Sahar
                           6. Chu Xian Jun

                           7. Ng Qing Lok
                           8. Raid Hakimi Bin Ridzuan




Guru, PPM dan murid-murid Kelas Proaktif

Friday, May 3, 2013

CUTI BERGANTI SEMPENA PILIHANRAYA UMUM KE-13

Dimaklumkan bahawa sempena Pilihanraya Umum kali ke-13 pada 5 Mei 2013, sekolah akan mengambil cuti ganti pada 6 Mei 2013.  Sekolah akan diganti pada 22 Jun 2013. Perlu diingatkan bahawa murid perlu hadir ke sekolah seperti biasa pada 7 Mei 2013 untuk menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 bagi murid tahun 4, 5 dan 6

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Kemaskini pada 10.08 pm
Kerajaan negeri Selangor telah mengisytihar 6 Mei 2012 sebagai cuti umum.  Oleh itu tiada sekolah ganti pada 22 Jun 2013. Sila baca di mstar.


PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013

Makluman kepada semua warga SKTPP, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sehingga 5hb Mei 2013. Peserta yang mengambil bahagian terdiri dari penerbit-penerbit buku dan bahan-bahan bacaan dari dalam dan luar negara.

Diharap semua warga dapat meluangkan masa untuk berkunjung ke  PBAKL bersama-sama keluarga kerana terdapat pelbagai tawaran dan hadiah-hadiah menarik yang disediakan. Semoga kunjungan ini dapat menambahkan koleksi bahan bacaan dan rujukan anak-anak kita seterusnya menambah bilangan dalam buku rekod NILAM. 

TAZKIRAH JUMAAT (3 MEI 2013) : ADAB BERSAHABAT



Bersahabat mengeratkan tali silaturahim dan dituntut dalam Islam. Antara adab ketika menjalinkan persahabatan sesama kita ialah:

1. Bergaul dengan cara yang baik, jangan menyombong dan tidak mementingkan diri sendiri.

2. Selalu berterima kasih atas kebaikan sahabat dan berusaha untuk membalas kebaikannya.

3. Sekiranya berlaku salah faham, mintalah maaf dan bersedia memaafkannya.

4. Jauhilah pertengkaran, hasad dengki atau buruk sangka.

5. Menjaga nama baik serta maruah sahabat kita.

6. Memulakan memberi salam ketika bertemu dengan sahabat.

7. Cintailah sahabat kita kerana ALLAH SWT.

Disediakan oleh:Nahdatul Sima Mat Kairan

TARIKH PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2013


Makluman tarikh peperiksaan awam bagi tahun 2013 seperti yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:

PEPERIKSAAN
TARIKH
Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)
11 hingga 12 Jun 2013
Ujian Lisan STAM
8 hingga 19 Julai 2013
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
10 hingga 12 September 2013
Penilaian Menengah Rendah
2 hingga 3 Oktober 2013
7 hingga 9 Oktober 2013
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
21 hingga 23 Oktober 2013
28 hingga 29 Oktober 2013
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
6 hingga 29 November 2013
2 hingga 5 Disember 2013

PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH 2013: JOHAN

Pada hari ini 24 April 2013 bertempat di SJK(T) Bandar Baru Salak Tinggi telah diadakan Pertandingan Pidato Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Daerah Sepang 2013. Peserta dari sekolah kita iaitu adik Anis Zarith Sofea bt Zam Azizul telah menjadi johan bagi kategori sekolah rendah setelah menewaskan 15 orang peserta yang lain. Adik Anis Zarith Sofea mendapat bimbingan daripada guru bahasa Malaysia iaitu Puan Mazzaini bt Muda dan Puan Noor Azila bt Ngah. Tempat kedua dimenangi oleh pemidato dari sekolah tuan rumah iaitu SJK(T) Bandar Baru Salak Tinggi, manakala tempat ketiga disandang oleh pemidato dari SK Sungai Merab.

Anis Zarith Sofea berpidato atas tajuk Disiplin Asas Kecemerlangan Diri. Berikut disenaraikan tajuk yang ditetapkan bagi bahagian pertama:
i.   Perpaduan Teras Kemajuan Negara
ii.  Rukun Negara Teras Kesejahteraan
iii. Nilai Murni Penyuluh Hidup
iv. Akhlak Berkualiti Pembentuk Sahsiah
v. Disiplin Asas Kecemerlangan Diri
vi. Rakyat Sihat Negara Maju

Bagi pidato bahagian kedua iaitu bahagian spontan pula, Anis Zarith Sofea menyampaikan pidato yang bertajuk Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang. Untuk bahagian spontan ini, masa yang diberi untuk pemidato membuat persediaan adalah selama satu minit sahaja tanpa pena dan kertas. Pemidato dikehendaki menyampaikan pidato selama tiga minit dengan mengemukakan sekurang-kurangnya dua isi. Dalam bahagian ini, kepetahan Anis sangat terserlah dan dia kelihatan 'santai' mengeluarkan idea.

Berikut disenaraikan tajuk pidato spontan:
a)  Cara-cara menyayangi sekolah
b)  Faedah Komputer
c)  Faedah membaca surat khabar
d)  Faedah amalan bergotong-royong
e)  Faedah berkebun
f)  Cara menjaga kebersihan sekolah
g)  Faedah menjaga keceriaan sekolah
h)  Cara-cara menjadi murid cemerlang
i)   Cara-cara menjaga alam sekitar
j)   Faedah menabung
k)  Faedah kitar semula
l)   Faedah bersukan
m) Cara-cara menjaga keselamatan diri di jalan raya
n)  Cara selamat menunggang basikal
o)  Cara-cara menghormati guru

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SJK(T) Bandar Baru Salak Tinggi tepat pukul 1.40 minit petang. Anis Zarith Sofea menerima sekeping sijil dan sebuah piala daripada beliau. Anis akan mewakili daerah Sepang ke peringkat negeri Selangor yang akan diadakan di daerah Kuala Selangor pada 27 Jun 2013.

Tahniah diucapkan kepada adik Anis Zarith Sofea bt Zam Azizul dari kelas 6 Tiung. Semoga kejayaan yang ditunjukkan oleh ketua murid ini menjadi pencetus semangat kepada semua murid di SK Taman Putra Perdana selepas ini.




PPKI: Bengkel Kemahiran Hidup


Khamis, 2 Mei 2013 – Seramai 21 orang murid-murid PPKI telah menjalani aktiviti bengkel kemahiran Hidup (Elektrik & Elektronik) bermula jam 11.50 pagi hingga 12.50 tengah hari. Aktiviti ini turut dibantu oleh semua guru PPKI dan 4 orang Pembantu Pengurus Murid (PPM).

Antara agenda yang telah dijalankan:

      ·         Murid-murid diterangkan tentang asas ilmu pendawaian elektrik.
      ·         Murid-murid diingatkan tentang langkah-langkah keselamatan sewaktu berada di dalam bengkel.
      ·         Guru membimbing murid untuk cara-cara mengendalikan alatan pendawaian elektrik (pemutar skru  
            dan penjalur wayar).


Gambar sepanjang aktiviti.




Thursday, May 2, 2013

PPKI: Aktiviti Latihan Badminton


Khamis, 2 Mei 2013 – Aktiviti latihan badminton untuk murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah dijalankan di tapak perhimpunan SKTPP bermula jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Latihan ini disertai seramai 23 orang murid dan dijalankan dalam 4 kumpulan murid yang berasingan.

Antara matlamat untuk menjalankan aktiviti ini adalah:

      ·         Memberi peluang kepada murid-murid PPKI mengenal asas dan teknik permainan.
      ·         Memberi peluang untuk meyerlahkan bakat dan potensi murid keperluan khas.
      ·         Sebagai aktiviti terapi untuk menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus.


Gambar sekitar aktiviti dijalankan.






Karnival 1BestariNet Virtual Learning Environment


Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL Communications telah merancang untuk melaksanakan Karnival 1BestariNet Virtual Environment Learning (VLE) di seluruh negara.  Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana, Sepang telah diberi penghormatan untuk menjadi venue pertama tempat berlangsungnya siri 1BestariNet Roadshow ini.  Sekolah akan menjadi tuan rumah bagi kluster 56 yang mengandungi 22 buah sekolah lain dari daerah Sepang.

  1. BBD9455   SJK(T) DENGKIL
  2. BBC9402   SJK(C) DENGKIL
  3. BBD9457   SJK(T) TAMAN PERMATA
  4. BEB9701   SMK DENGKIL
  5. BHA9001   SM VOKASIONAL SEPANG
  6. BFT9001   SAM SG MERAB LUAR SEPANG
  7. BEA9607   SMK SERI PUTERI (SMBP)
  8. BEA9609   SMK CYBERJAYA
  9. BEA9611   SMK PUTRA PERDANA
  10. BBC9404   SJK(C) SIN MING
  11. BBD9461   SJK(T) LDG WEST COUNTRY 'BARAT'
  12. BBA9214   SK PULAU MERANTI
  13. BBA9228   SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
  14. BBA9226   SK CYBERJAYA
  15. BBA9213   SK DATO' ABU BAKAR BAGINDA
  16. BBA9211   SK SG MERAB LUAR
  17. BBA9212   SK DESA PUTRA
  18. BBA9210   SK DENGKIL
  19. BBA9209   SK JENDERAM HILIR
  20. BBA9216   SK BKT TAMPOI (ASLI)
  21. BBA9208   SK JENDERAM

  • 1BestariNet merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membestarikan sistem  pendidikan negara kita.
  • Antara komponen 1BestariNet ialah capaian internet YES 4G, penggunaan aplikasi Frog VLE dan penggunaan teknologi cloud computing.
  • Chromebook dikatakan bakal menggantikan teknologi notebook/netbook. Ia adalah serasi dan selari dengan keperluan 1BestariNet  dari segi teknologi capaian internet, cloud computing,  dan jenis operating system yang digunakan. Klik di sini.
  • Sebagai Ibu bapa/Penjaga murid sekolah di Malaysia, anda sepatutnya telah diberi akaun 1BestariNet YES (dikenali sebagai akaun Frog) secara percuma. Contoh Id Penggunanya ialah  ali@yes.my.  Akaun  ini telah tersedia dihubungkan dengan akaun 1BestariNet (akaun Frog) semua anak  anda yang bersekolah.  Ini membolehkan anda memantau perkembangan pembelajaran mereka secara dalam talian dengan menggunakan platform Frog VLE.
SEKIRANYA ANDA INGIN MENGETAHUI TENTANG
  •  Apa itu Chromebook? Apakah kelebihannya? Ingin cuba menggunakannya?
  •  Virtual Learning Environment (VLE)  
  •  Jawapan segala masalah berkaitan aplikasi Frog VLE?
  •  Apa yang dimaksudkan dengan capaian Aplikasi Frog percuma.
  •  Bagaimana untuk mendapatkan kredit RM50 ke dalam akaun 1BestariNet YES anda  dengan percuma
  •  Apakah yang dikatakan capaian internet YES 4G.
  •  Gajet-gajet yang berkaitan dengan teknologi YES 4G.
Rungkaikannyalah dengan hadir ke

“1BESTARINET ROADSHOW”

DI SK TAMAN PUTRA PERDANA

Tarikh: 11 Mei 2013
Hari: Sabtu
Masa: 10 pagi-2.00 petang
Tempat: Dewan Perdana SKTPP

Rebutlah peluang ini dengan datang awal memandangkan sekolah kita menjadi tuan rumah kepada 22 buah sekolah berhampiran yang lain.
  •  Terdapat lima booth yang disediakan di mana setiap satunya menyediakan hadiah untuk setiap pengunjung. Setiap pengunjung yang mengunjungi kelima-lima booth tersebut akan mendapat satu lagi hadiah istimewa. 



LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT PENDAFTARAN

(PRA-DAFTAR BERMULA DARI HARI INI)



Layari laman www.frogasia.com/roadshow


    1.       Pilih Pre-register


2.     Click Register now!

3.       Anda akan dibawa ke laman


-       Jika tidak tahu ID pilih STEP 1 (Retrieve my ID) – Isi maklumat yang diperlukan
-       Jika telah tahu ID terus ke STEP 2 (Activate my ID) – Isi maklumat yang diperlukan
-       Pilih STEP 3 (Register)

Sila klik 11 May

Sila klik
SEL-PPD SEPANG-SK TAMAN PUTRA PERDANA


Sila key in no IC dan ID Yes, kemudian klik FIND

Isi maklumat yang diperlukan,
kemudian klik REGISTER


*Cetak dan bawa maklumat tersebut pada 11 Mei untuk mendapatkan kredit RM50.
*Jika membuat pendaftaran pada 11 Mei hanya RM20 kredit akan diberi.
*Untuk keterangan lebih lanjut sila hadir pada 11 Mei 2013.