Monday, March 3, 2014
Sunday, March 2, 2014
Saturday, March 1, 2014
KEM BESTARI SOLAT SIRI (1) TAHUN 1, 2 DAN 3.
Kem Bestari Solat adalah salah satu model di dalam
komponen model-model program j-QAF yang mesti dilaksanakan. Kem Bestari Solat
yang dilaksanakan sebanyak empat kali setiap tahun merupakan aktiviti kokurikulum
untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan,
perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Kem Bestari Solat adalah
aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan
sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.
Alhamdulillah Kem Bestari Solat ini dapat diadakan melibatkan murid tahap satu dengan kehadiran yang amat membanggakan. Semoga kem ini dapat menjadikan murid-murid SKTPP bijak solat dan seterusnya dapat menyempurnakan Rukun Islam ke dua ini dengan sempurna. Terima kasih diucapkan juga kepada para ustaz dan uztazah yang bertungkus lumus dalam menjayakan program pada kali ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa kalian semua.
Sesi taklimat kepada peserta kem oleh Ustaz Zurilazman.
Tempat pendaftaran kehadiran di tapak perhimpunan.
Amali wuduk.
Murid mempraktikkan cara berwuduk.
Murid menjamu selera.
Murid membaca doa sebelum makan.
Praktikal solat diketuai oleh Ustaz Mahadir.
Para fasilitator membetulkan salah satu daripada rukun solat.
Murid membaca bacaan solat secara bersama-sama dengan bimbingan fasilitator.
"Khusyuk" melaksanakan ibadah solat.
PINDAAN TARIKH RAPTAI KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2014
Ibu bapa/Penjaga,
Murid Tahun 4, 5 dan 6,
SK Taman Putra Perdana.
Dimaklumkan
bahawa raptai kejohanan merentas desa pada 5 Mac 2014 (Rabu) dipinda seperti
ketetapan di bawah:
Tarikh : 12 Mac 2014 (Rabu)
Masa : 4.00 petang – 6.00 petangTempat : Sekitar Taman Putra Perdana dan Amanputra
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Memo pemakluman akan diedarkan pada hari Isnin (3.3.2014)
Thursday, February 27, 2014
KEM BESTARI SOLAT SIRI (1) TAHUN 1, 2 DAN 3.
Ibu bapa/penjaga,
Murid Tahun 1, 2 dan 3,
SK Taman Putra Perdana.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dimakluman bahawa semua murid tahun 1, 2 dan 3 yang beragama Islam diwajibkan hadir seperti ketetapan di bawah:-
Tarikh : 1 Mac 2014
Hari : Sabtu
Masa : 800 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan SK Taman Putra Perdana
Semua murid hendaklah berpakaian sukan sekolah, memakai selipar, membawa alat tulis, pensel warna dan membawa air minuman sendiri. Makanan disediakan.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin
Penyelaras j-QAF SKTPP
Murid Tahun 1, 2 dan 3,
SK Taman Putra Perdana.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dimakluman bahawa semua murid tahun 1, 2 dan 3 yang beragama Islam diwajibkan hadir seperti ketetapan di bawah:-
Tarikh : 1 Mac 2014
Hari : Sabtu
Masa : 800 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan SK Taman Putra Perdana
Semua murid hendaklah berpakaian sukan sekolah, memakai selipar, membawa alat tulis, pensel warna dan membawa air minuman sendiri. Makanan disediakan.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin
Penyelaras j-QAF SKTPP
Tuesday, February 25, 2014
PELANCARAN DAN PERASMIAN PROGRAM GURU PENYAYANG SESI PETANG
Pada 24 Februari 2014, bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana telah berlangsungnya satu majlis ringkas Pelancaran dan Perasmian Program Guru Penyayang SK Taman Putra Perdana bagi sesi petang.
Dalam majlis yang serba ringkas tetapi meriah ini telah menyaksikan Puan Rosnah Binti Jamat melakukan upacara simbolik pelancaran dengan memotong reben menaikkan kain rentang Program Guru Penyayang.
Sebelum itu, beliau turut memberi sedikit ucapan ringkas yang menyentuh tentang kepentingan untuk membentuk karektor dan sahsiah diri yang baik dan disenangi oleh warga sekolah. Program ini juga diharapkan dapat mewujudkan sikap saling hormat-menghormati, sayang menyayangi dan seterusnya dapat mewujudkan suasana harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.
Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung.
![]() |
| Puan Wan Sarinah, selaku Pengerusi Majlis |
![]() |
| Puan Rosnah Binti Jamat, PK Petang menyampaikan ucapan perasmian |
![]() |
| Kemuncak acara - upacara menaikkan kain rentang |
LAPORAN PEPTALK
|
HARI : ISNIN
|
TARIKH : 24 FEBRUARI 2014
|
|
TEMPAT : DEWAN PERDANA
|
MASA : 8.15 ~ 8.45 PAGI
|
|
KELAS YANG TERLIBAT :
NYATUH & MERANTI
|
GURU PELAPOR :
ZAILEZAH BT SARDI
|
|
PENCERAMAH : PN. NORHAFIZA BT
ISMAIL, GURU BIMBINGAN DAN
KAUNSELING SKTPP
|
|
|
TAJUK : HORMAT-MENGHORMATI
Dalam kehidupan seharian kita haruslah
ada sikap saling hormat-menghormati.
1.
Hormat kepada tuhan
Apabila kita
bangun dari tidur kita mengucapkan Alhamdulillah sebagai satu tanda kita
menghormati Allah yang telah memberi kita peluang untuk terus bernafas, masih
berpeluang ke sekolah dan berjumpa kawan-kawan.
2.
Hormat kepada ibu bapa
Kita juga harus
menghormati ibu bapa dengan cara memeluk atau mencium serta bertanya khabar
setiap hari.
3.
Hormat kepada orang lain
Setiap hari
apabila datang ke sekolah orang pertama yang kita temui ialah pengawal
keselamatan yang merupakan orang yang lebih tua yang perlu dihormati tanpa
mengira apa juga jawatannya. Maka hormatlah orang yang lebih tua dari kita.
4.
Hormat kepada rakan-rakan
Selain itu kita
juga menghormati kawan. Salah satu ialah kita jangan memanggil kawan dengan
panggilan yang tidak sesuai dan tidak
disukai. Panggilan nama yang buruk itu merupakan satu doa dan akan berbalik
pada diri sendiri. Jika kita hendak
kawan menghormati kita maka kita haruslah menghormati kawan kita. Selain itu
kita haruslah sentiasa berkongsi cerita bersama kawan agar hubungan sesama
kawan bertambah mesra dan kita akan saling hormat menghormati antara satu
sama lain.
5.
Hormat pada diri sendiri
Kita juga harus
menghormati pada diri sendiri. Salah
satu cara kita menyayangi diri sendiri ialah jangan melakukan perkara yang bukan-bukan seperti perkara
yang membahayakan diri sendiri. Oleh
itu kita haruslah sentiasa menjaga keselamatan diri sendiri sebagai salah
satu cara kita menghormati diri sendiri.
Untuk mendapat
keberkatan dalam kehidupan seharian, kita haruslah mempunyai sikap
hormat-menghormati kepada Allah, ibu bapa,
orang yang lebih tua, rakan dan diri sendiri.
Disediakan oleh Pn Zailezah binti Sardi
|
|
LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-9 (SESI PETANG
Hari
: Isnin
Tarikh : 24 Feb 2014
Masa : 1.20 petang hingga 2.10 petang
Tarikh : 24 Feb 2014
Masa : 1.20 petang hingga 2.10 petang
GURU BERTUGAS:
1) Encik Saifullah
2) Puan Yani
3) Puan Wan Sarinah
4) Puan Nur Malisha
5) Puan Norazah bt Mohd Ali
6) Puan Ummu Athiah
LAPORAN:
1.0
Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar
1.1 Nyanyian
Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah.
1.2 Bacaan Doa oleh
pengawas, Mohd Haziq Fahim.
1. 3 Ikrar Rukun Negara oleh Puan Malisha.
1. 4 Ikrar Murid oleh pengawas
Nurin Batrisya.
2.0 Laporan Guru
Bertugas Minggu Lepas (Ustaz Ahmad Zunaidi )
2.1 Tidak dibenarkan membawa sebarang permainan ke
sekolah.
2. 2 Jangan sorokkan kasut di bilik-bilik khas
seperti bilik j-qaf dan surau.
2.3 Murid-murid
tidak membazir air ketika mengambil wudhu’.
3.0 Keceriaan Kelas Bagi Minggu ke-24
3. 1 Tahun 1:
Tempat
pertama - Canang
Tempat kedua - Bonang
Tempat ketiga - Nafiri
3. 2 Tahun 2 :
Tempat pertama -
Surgeri
Tempat kedua -
Hematologi
Tempat ketiga - Respiratori
3. 3 Tahun 3 :
Tempat pertama -
Marikh
Tempat kedua - Uranus
Tempat ketiga - Zuhrah
4.0 Perasmian Guru Penyayang (Pn. Wan Sarinah)
4.1
Bertujuan untuk meningkatkan sifat kepedulian
guru dengan cara kasih saying, ambil berat, ceria dan sabar.
4.2 Dirasmikan oleh Puan
Rosmah binti Jumat GPK Petang. Beliau berharap ia dapat mewujudkan suasana
harmoni dengan sifat saying menyayangi dan hormat menghormati antara murid dan
guru.
5.0 Watikah Pelantikan Ketua dan Penolong Kelas
5.1 GPK Petang telah
memberikan watikah pelantikan kepada setipa ketua dan penolong kelas Tahun 1,
Tahun 2 dan Tahun 3.
6.0 Penyampaian Hadiah sempena Karnival Mini
Pendidikan MEA
6.1 Tahniah diucapkan
kepada pemenang-pemenang pertandingan.
6.2 Karnival ini
dianjurkan oleh guru-guru praktikum dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling.
![]() |
| penerima hadiah karnival mini MEA |
![]() |
| murid-murid mendengar taklimat |
![]() |
| perasmian guru penyayang |
![]() |
| menerima watikah pelantikan ketua / penolong kelas |
Subscribe to:
Posts (Atom)















.jpg)

