... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, March 4, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-10 (SESI PAGI) - 3 MAC 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-10 (SESI PAGI) - 3 MAC 2014
GURU-GURU YANG BERTUGAS:
1) En Srimahathevan Vadivelu
2) Pn Zaleha bt Ramdan Mohamed
3) Pn Norhanawati Alinda bt Abd Taib Puruji
4) Pn Juli bt Mahbah
5) Pn Norhana bt Nordin
6) Pn A'ishah bt Mohamad Nor
7) Pn Norasmawati bt Omar
8) Pn Rozaitul Ikhma bt Abd Razak
9) Pn Hasliza Said

Barisan guru bertugas
LAPORAN/ULASAN
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1) Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
2) Bacaan doa oleh Muhamad Syahrizal, pengawas dari kelas 6 Seraya.
3) Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh En Srimahathevan.
4) Bacaan ikrar murid dipimpin oleh Aniq Iqbal, pengawasdari kelas 6 Seraya.
Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn Norsiah)
1. Semua murid perlu menunjukkan sikap hormat kepada guru, rakan dan
sesiapa yang datang ke sekolah iaitu dengan memberi salam dengan menunjukkan muka yang manis.
2. Semua murid hendaklah datang awal ke sekolah.
3. Terdapat segelintir murid yang masuk ke kelas pada waktu rehat. Diharap perkara ini tidak akan berlaku lagi.
4. Semua murid perlu elakkan berada di luar bangunan buat masa ini kerana jerebu.


Pn Norsiah memberikan laporan minggu lepas
Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
PPKI
Pertama: Apple          Kedua: Dell           Ketiga: Compact
TAHUN 4:
Pertama: Omega          Kedua: Gamma          Ketiga: Beta
TAHUN 5
Pertama: Wira           Kedua: Savvy          Ketiga: Persona
TAHUN 6
Pertama: Almon          Kedua: Resak          Ketiga: Jati

Ucapan guru bertugas (En Srimahathevan)
1. Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini.
2. Tema minggu ini ialah 'Keselamatan Diri'
3. Aspek keselamatan di mana jua termasuk di sekolah dan di rumah
Perkataan lawad
1. Jerang - memasak air
2. Stalk - tangki
3. Mawa'idun - waktu

Pengumuman Olahraga MSSD Sepang
Tarikh: 25-28 Februari 2014
Tempat: Stadium Majlis Perbandaran Subang
PPKI
1. Lompat jauh (L) - Johan (Mohd Azhar)
                   - Ke-3 (Sanjeath Nair)
2. Lompat jauh (P) - Ke-3 (Nurul Aliah Natasha)
3. Lontar peluru (L) - Ke-3 (Mohd Azhar)
4. Lontar peluru (P) - Ke-3 (Nurul Aliah Natasha)
5. 100 meter (L) - Johan (Sanjeeth Nair)
                 - Ke-2 (Mohd Aiman)
                 - Ke-3 (Mohd Azhar)
6. 200 meter (L) - Johan (Sanjeeth Nair)

Lontar peluru bawah 11 tahun - Zainalbin Rusdi (5 Alza)
Lompat jauh bawah 12 tahun - Nurul Atiqah bt Mohd Nor (6 Cengal)
Mohd Azhar menerima cenderamata dan sijil yang disampaikan oleh guru besar

Majlis Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
1. Majlis ini dipengerusikan oleh Pn Norhafiza bt Ismail
2. Perutusan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Siti Habsah bt Ahmad
3. Perasmian pelancaran PPDa telah disempurnakan oleh guru besar, Pn Rohaidah bt Mohd Ali
Guru besar merasmikan pelancaran PPDa
Banner Pelancaran PPDa 2014

Disediakan oleh:
Juli binti Mahbah

Monday, March 3, 2014

LAPORAN PEPTALK

HARI :  ISNIN
TARIKH :  3 MAC 2014
TEMPAT :  DEWAN PERDANA
MASA :  8.30 ~ 9.00 PAGI
KELAS YANG TERLIBAT :
6 JATI & 6 KERUING
GURU PELAPOR :
MAIMUNAH BINTI YOB
PENCERAMAH : PN. JULI BT MAHBAH, GURU BIMBINGAN DAN  
                               KAUNSELING SKTPP

TAJUK  :  HORMAT-MENGHORMATI

 HORMAT : Pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberi layanan
                       yang penuh sopan dan berhemah kepadanya.

            Kenapa perlu Hormat –Menghormati

Rasa hormat-menghormati perlu dipupuk sesama kita bagi melahirkan sebuah masyarakat
yang hidup saling memahami antara satu sama lain.Sekiranya kita ingin dihormati maka
kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain.

            Tip-Tip Hormat:
           
Berprasangka baik
Memberi pandangan baik tanpa syak walaupun belum mengenali antara satu sama lain.

Bersalam-salaman
Memberi salam antara satu sama lain walau di mana kita berjumpa.

Saling menasihati
Mengambil peluang untuk menasihati seseorang rakan mahupun jiran sekiranya mereka memerlukan nasihat daripada kita.

Menjaga hati orang lain
Hendaklah menjaga pertuturan dan tingkah laku supaya tidak menyakiti hati orang lain sama ada ibu bapa,guru,adik-beradik serta juga kawan.

Bijak berbicara
Pandai menggunakan kata-kata yang tidak menyinggung perasaan orang sekeliling dengan mengeluarkan kata mengikut kesesuaian tempat.


   
Disediakan oleh: Maimunah Bt. Yob
      

CARTA ORGANISASI STAF SOKONGAN SKTPP 2014


PETA DAN ALAMAT SK TAMAN PUTRA PERDANA


Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana
Jalan Putra Perdana 3B
47130 Puchong
Tel: 03-83119204
Faks: 03-83119234 (mulai 10.7.13)
(
E-mel: sktmnputraperdana@gmail.com
Blog: http://sktmnputraperdana.blogspot.com

JADUAL PDP ICT SESI PAGI 2014

JADUAL PDP ICT SESI PETANG TAHUN 2014

Saturday, March 1, 2014

KEM BESTARI SOLAT SIRI (1) TAHUN 1, 2 DAN 3.

Kem Bestari Solat adalah salah satu model di dalam komponen model-model program j-QAF yang mesti dilaksanakan. Kem Bestari Solat yang dilaksanakan sebanyak empat kali setiap tahun merupakan aktiviti kokurikulum untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.

Alhamdulillah Kem Bestari Solat ini dapat diadakan melibatkan murid tahap satu dengan kehadiran yang amat membanggakan. Semoga kem ini dapat menjadikan murid-murid SKTPP bijak solat dan seterusnya dapat menyempurnakan Rukun Islam ke dua ini dengan sempurna. Terima kasih diucapkan juga kepada para ustaz dan uztazah yang bertungkus lumus dalam menjayakan program pada kali ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa kalian semua.

 Sesi taklimat kepada peserta kem oleh Ustaz Zurilazman.

Tempat pendaftaran kehadiran di tapak perhimpunan.

Amali wuduk.

Murid mempraktikkan cara berwuduk.

Murid menjamu selera.

Murid membaca doa sebelum makan.

Praktikal solat diketuai oleh Ustaz Mahadir.

Para fasilitator membetulkan salah satu daripada rukun solat.

Murid membaca bacaan solat secara bersama-sama dengan bimbingan fasilitator.

"Khusyuk" melaksanakan ibadah solat.

PINDAAN TARIKH RAPTAI KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2014


Ibu bapa/Penjaga,
Murid Tahun 4, 5 dan 6,
SK Taman Putra Perdana.

Dimaklumkan bahawa raptai kejohanan merentas desa pada 5 Mac 2014 (Rabu) dipinda seperti ketetapan di bawah:

Tarikh     : 12 Mac 2014 (Rabu)
Masa      : 4.00 petang – 6.00 petang
Tempat   : Sekitar Taman Putra Perdana dan Amanputra

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Memo pemakluman akan diedarkan pada hari Isnin (3.3.2014)

PKSR 1 2014 (Tahun 4, 5 & 6)