... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, March 10, 2014

PENDAFTARAN TAHUN 1 2015.

Pendaftaran Tahun 1 2015 dan 2016 telah dibuka mulai 01.03.2014 hingga 30. 04. 2014. 

Bagi persekolahan sesi 2015 - kanak-kanak yang lahir pada  02.01.2008 hingga 01.01.2009 
Bagi persekolahan sesi 2016 -  kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2009 hingga 01.01.2010  

Ibubapa atau penjaga bolehlah mendaftar melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/esppsel. Setelah mendaftar sila cetak dan hantar ke sekolah yang dipohon. Bawa bersama:

1. Satu salinan sijil kelahiran dan sijil asal.
2. Satu salinan sijil nikah dan sijil nikah asal
3. Satu salinan bil utiliti (Bil air atau bil elektrik)
4. Sampul surat beralamat sendiri beserta setem 70 sen.
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi nombor telefon berikut 0196752004.

Sekian terima kasih.

JAMILAH ARIFIN
PK HEM
SK TAMAN PUTRA PERDANA.

KURSUS KEPIMPINAN JATI DIRI PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH/KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS 2014

 

Pada hari Sabtu 8 Mac 2014 telah diadakan Kursus Kepimpinan Jati Diri Pengawas Pusat Sumber Sekolah / Ketua Kelas  & Penolong Ketua Kelas 2014. Kursus ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPP dan telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan Jamilah Bt. Arifin.
Program Kepimpinan Jati Diri Pengawas Pusat Sumber Sekolah/Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas  ini diadakan setiap tahun bagi memberi pendedahan dan persediaan tentang tugas-tugas seorang pemimpin. Ia juga diadakan sebagai satu usaha untuk melahirkan barisan pemimpin sekolah yang berwibawa dan berketrampilan serta amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas supaya disiplin murid di pusat sumber sekolah dan di dalam kelas dalam keadaan baik dan terkawal serta dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan cekap.
Objektif program adalah seperti berikut :

  1. Membina nilai dan sikap kepimpinan yang berwibawa dan berkaliber dalam diri sendiri sebagai seorang pemimpin.
  2. Dapat membentuk diri supaya mempunyai jati diri yang tinggi agar dapat menjalankan tugas dan amanah dengan jujur dan ikhlas.
  3. Dapat mendedahkan peserta kursus terhadap halangan dan cabaran dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan.
  4. Memberi ruang kepada peserta kursus menunjukkan sifat kepimpinan dan tahu menjaga maruah diri sebagai pemimpin.
  5. Mewujudkan ikatan muhibah antara sesama pemimpin yang berbilang kaum agar dapat bersatu hati dalam menjalankan tugas.

Majlis Perasmian Kursus Kepimpinan Jati Diri oleh Puan Jamilah Bt. Arifin
(PK Hal Ehwal Murid)

Murid sedang menonton tayangan mengenai tatacara tugasan.




Murid mendengar taklimat



Disediakan oleh Nik Kamisah Bt Mohamad Aziz



Friday, March 7, 2014

MESYURAT AGUNG PIBG KALI KE-10 TAHUN 2014

Makluman kepada ibu bapa/penjaga murid SK Taman Putra Perdana,

Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 15 Mac 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP
Perasmi : Tuan Sulaiman bin Wak

Atur Cara Majlis

8.00 pagi    :
Pendaftaran
Tayangan multimedia

8.30 pagi    :                   
Nyanyian lagu Negaraku
Ucapan aluan pengerusi majlis
Bacaan doa
Ucapan Guru Besar (Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali )
Ucapan Yang Dipertua PIBG (Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian)
Ucapan Perasmian (Tn Sulaiman bin Wak)
Penyampaian cenderamata kepada perasmi

Penyampaian sijil &cenderamata kepada AJK PIBG sesi 2013/2014
Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR 2013
Rehat/ Persembahan

10.30 pagi  :
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-10 2014
  • Ucapan Yang Dipertua PIBG
  • Ucapan Penasihat PIBG
  • Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9
  • Pembentangan  Laporan Aktiviti PIBG sesi 2013/2014
  • Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan yang berakhir 31 Disember 2013
  • Pembubaran AJK PIBG 2013/2014
  • Pemilihan AJK Guru & Ibu bapa  sesi 2014/2015
  • Membahaskan usul
  • Ucapan penangguhan
1.00 petang:
Majlis bersurai








Agenda Mesyuarat Agung PIBG


BIL
PERKARA
1.     
Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
2.     
Ucapan pengerusi (Yang Dipertua)
3.     
Ucapan penasihat (Guru Besar)
4.     
Pembentangan & pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9
5.     
Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG sesi 2013/2014
6.     
Pembentangan & pengesahan Penyata Kewangan yang berakhir 31 Disember 2013
7.     
Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2013/2014
8.     
Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2014/2015
a)    Pelantikan pengerusi sementara
b)    Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG (Guru) bagi sesi 2014/2015
                      i.        Setiausaha Kehormat
                     ii.        Naib Setiausaha Kehormat
                    iii.        Bendahari Kehormat
                   iv.        AJK Guru (5 orang daripada kalangan guru  SKTPP)
                    v.        Juruaudit  Dalaman (Seorang wakil guru)
c)    Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG (Ibu bapa) bagi sesi 2014/2015
                      i.        Yang Dipertua
                     ii.        Naib Yang Dipertua
                    iii.        AJK Ibu Bapa (6 orang daripada kalangan ibu bapa/penjaga)
                   iv.        Juruaudit  Dalaman (Seorang wakil ibu bapa/penjaga)
9.     
Membahaskan usul
10.   
Hal-hal  lain
11.   
Ucapan penangguhan
12.   
Majlis bersurai

Sekian, harap maklum

Wednesday, March 5, 2014

PROGRAM KESIHATAN DAN NUTRISI - KEPENTINGAN TENAGA UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

Pada hari Selasa, 4 Mac 2014 satu program kesihatan dan nutrisi telah diadakan di SK Taman Putra Perdana dengan kerjasama pihak Nestle Products (M) Sdn. Bhd - MILO. Program Kesihatan dan Nutrisi - Kepentingan Tenaga untuk Gaya Hidup Sihat ini diadakan pada pukul 5:00 petang selama 1 jam bersama sebahagian murid tahun 1 - 3. Melalui program ini murid didedahkan tentang kepentingan tenaga dalam kehidupan seharian dan bagaimana untuk mendapatkan tenaga dalam menjamin kehidupan yang sihat.

Selain itu juga program ini bertujuan dapat melahirkan pelajar yang sihat fizikal dan mental serta cemerlang dari segi akademiknya. Program ini selamat dijalankan dengan jayanya dan menarik minat murid-murid yang terlibat.  Terima kasih diucapkan kepada pihak Nestle Product iaitu MILO. Semoga program seperti ini dapat dijalankan dimasa akan datang.

Guru -guru memastikan murid bersedia dan keadaan terkawal.

Ceramah yang menarik minat murid


Penerangan yang diberikan amat berkesan

Murid-murid tidak melepaskan peluang yang diberikan 


Antara permainan yang disediakan

Guru-guru yang terlibat
Murid-murid beratur menerima cenderahati dari pihak MILO

Tuesday, March 4, 2014

Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah 2014

Majlis perasmian dan pelancaran bagi sesi pagi telah dilaksanakan oleh Guru Besar Puan Hajjah Rohaidah Bt Mohd Ali. Manakala sesi petang pula telah dilaksanakan oleh Penolong Kanan Petang, Puan Rosmah Bt Jamat. Selain dari itu, perutusan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah dibacakan oleh Penolong Kanan SK Taman Putra Perdana, Puan Siti Habsah bt Ahmad dengan bertemakan "Sifar Dadah 2015"

Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah berpesan agar murid-murid tidak terlibat di dalam kancah penagihan dadah serta berusaha bersama-sama guru membanteras aktiviti tersebut sekiranya mendapati gejala tersebut berada di persekitaran masing-masing.

Selain dari itu juga, Puan Guru Besar telah memaklumkan kepada semua warga SKTPP bahawa SK Taman Putra Perdana telah terpilih untuk menyertai Pertandingan Bilik Sumber PPDa 2014 untuk peringkat Negeri Selangor. Syabas dan tahniah diucapkan atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh warga SKTPP. Moga kejayaan menjadi milik kita.


Momen-momen yang sempat dirakamkan sepanjang pelancaran Program PPDa 2014

Murid-murid yang terlibat sepanjang pelaksanaan program

Pengerusi Majlis sepanjang pelancaran Program PPDa

Penolong Kanan, Puan Siti Habsah bt Ahmad membacakan perutusan Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2014


Upacara memotong reben sempena pelancaran program


Visi dan Misi PPDa

Ucapan perasmian dan pelancaran Program PPDa oleh Puan Guru Besar, Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali 

MAKLUMAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum bagi murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 pada:-

Tarikh: 5 Mac 2014
Hari: Rabu

DI BATALKAN.

Harap maklum. Sekian, terima kasih.

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-10 (SESI PAGI) - 3 MAC 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-10 (SESI PAGI) - 3 MAC 2014
GURU-GURU YANG BERTUGAS:
1) En Srimahathevan Vadivelu
2) Pn Zaleha bt Ramdan Mohamed
3) Pn Norhanawati Alinda bt Abd Taib Puruji
4) Pn Juli bt Mahbah
5) Pn Norhana bt Nordin
6) Pn A'ishah bt Mohamad Nor
7) Pn Norasmawati bt Omar
8) Pn Rozaitul Ikhma bt Abd Razak
9) Pn Hasliza Said

Barisan guru bertugas
LAPORAN/ULASAN
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1) Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
2) Bacaan doa oleh Muhamad Syahrizal, pengawas dari kelas 6 Seraya.
3) Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh En Srimahathevan.
4) Bacaan ikrar murid dipimpin oleh Aniq Iqbal, pengawasdari kelas 6 Seraya.
Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn Norsiah)
1. Semua murid perlu menunjukkan sikap hormat kepada guru, rakan dan
sesiapa yang datang ke sekolah iaitu dengan memberi salam dengan menunjukkan muka yang manis.
2. Semua murid hendaklah datang awal ke sekolah.
3. Terdapat segelintir murid yang masuk ke kelas pada waktu rehat. Diharap perkara ini tidak akan berlaku lagi.
4. Semua murid perlu elakkan berada di luar bangunan buat masa ini kerana jerebu.


Pn Norsiah memberikan laporan minggu lepas
Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
PPKI
Pertama: Apple          Kedua: Dell           Ketiga: Compact
TAHUN 4:
Pertama: Omega          Kedua: Gamma          Ketiga: Beta
TAHUN 5
Pertama: Wira           Kedua: Savvy          Ketiga: Persona
TAHUN 6
Pertama: Almon          Kedua: Resak          Ketiga: Jati

Ucapan guru bertugas (En Srimahathevan)
1. Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini.
2. Tema minggu ini ialah 'Keselamatan Diri'
3. Aspek keselamatan di mana jua termasuk di sekolah dan di rumah
Perkataan lawad
1. Jerang - memasak air
2. Stalk - tangki
3. Mawa'idun - waktu

Pengumuman Olahraga MSSD Sepang
Tarikh: 25-28 Februari 2014
Tempat: Stadium Majlis Perbandaran Subang
PPKI
1. Lompat jauh (L) - Johan (Mohd Azhar)
                   - Ke-3 (Sanjeath Nair)
2. Lompat jauh (P) - Ke-3 (Nurul Aliah Natasha)
3. Lontar peluru (L) - Ke-3 (Mohd Azhar)
4. Lontar peluru (P) - Ke-3 (Nurul Aliah Natasha)
5. 100 meter (L) - Johan (Sanjeeth Nair)
                 - Ke-2 (Mohd Aiman)
                 - Ke-3 (Mohd Azhar)
6. 200 meter (L) - Johan (Sanjeeth Nair)

Lontar peluru bawah 11 tahun - Zainalbin Rusdi (5 Alza)
Lompat jauh bawah 12 tahun - Nurul Atiqah bt Mohd Nor (6 Cengal)
Mohd Azhar menerima cenderamata dan sijil yang disampaikan oleh guru besar

Majlis Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
1. Majlis ini dipengerusikan oleh Pn Norhafiza bt Ismail
2. Perutusan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Siti Habsah bt Ahmad
3. Perasmian pelancaran PPDa telah disempurnakan oleh guru besar, Pn Rohaidah bt Mohd Ali
Guru besar merasmikan pelancaran PPDa
Banner Pelancaran PPDa 2014

Disediakan oleh:
Juli binti Mahbah

Monday, March 3, 2014

LAPORAN PEPTALK

HARI :  ISNIN
TARIKH :  3 MAC 2014
TEMPAT :  DEWAN PERDANA
MASA :  8.30 ~ 9.00 PAGI
KELAS YANG TERLIBAT :
6 JATI & 6 KERUING
GURU PELAPOR :
MAIMUNAH BINTI YOB
PENCERAMAH : PN. JULI BT MAHBAH, GURU BIMBINGAN DAN  
                               KAUNSELING SKTPP

TAJUK  :  HORMAT-MENGHORMATI

 HORMAT : Pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberi layanan
                       yang penuh sopan dan berhemah kepadanya.

            Kenapa perlu Hormat –Menghormati

Rasa hormat-menghormati perlu dipupuk sesama kita bagi melahirkan sebuah masyarakat
yang hidup saling memahami antara satu sama lain.Sekiranya kita ingin dihormati maka
kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain.

            Tip-Tip Hormat:
           
Berprasangka baik
Memberi pandangan baik tanpa syak walaupun belum mengenali antara satu sama lain.

Bersalam-salaman
Memberi salam antara satu sama lain walau di mana kita berjumpa.

Saling menasihati
Mengambil peluang untuk menasihati seseorang rakan mahupun jiran sekiranya mereka memerlukan nasihat daripada kita.

Menjaga hati orang lain
Hendaklah menjaga pertuturan dan tingkah laku supaya tidak menyakiti hati orang lain sama ada ibu bapa,guru,adik-beradik serta juga kawan.

Bijak berbicara
Pandai menggunakan kata-kata yang tidak menyinggung perasaan orang sekeliling dengan mengeluarkan kata mengikut kesesuaian tempat.


   
Disediakan oleh: Maimunah Bt. Yob
      

CARTA ORGANISASI STAF SOKONGAN SKTPP 2014


PETA DAN ALAMAT SK TAMAN PUTRA PERDANA


Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana
Jalan Putra Perdana 3B
47130 Puchong
Tel: 03-83119204
Faks: 03-83119234 (mulai 10.7.13)
(
E-mel: sktmnputraperdana@gmail.com
Blog: http://sktmnputraperdana.blogspot.com