... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, February 6, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-6 (Sesi Pagi)

Tarikh                  :  6 Februari 2017
Hari                     :  Isnin
Masa                    :  7.30 ~ 8.00 pagi
Tempat                :  Dewan Perdana
Pengacara Majlis  :  Puan Astina Mahad Nor

Guru Bertugas  :  

  1. Puan Astina bt. Mahad Nor
  2. Puan Musaliha bt. Mustafa
  3. Puan Parimala a/p Vengadaslam
  4. Puan Nor Sakila bt. Mohamad
  5. Puan Nurul Izziani bt. Mohd Latifi
  6. Puan Nurul Iman bt. Ilyas
  7. Puan Norfauziaton bt. Mohamed
  8. Encik Ahmad Zunaidi b. Jinalabin

  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah
  • Bacaan Doa
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Astina
  • Bacaan Ikrar murid
Ucapan Guru Bertugas

  • Pengerusi majlis memperkenalkan guru-guru bertugas dari Kumpulan F
Barisan guru bertugas
  • Tema pada minggu ini ialah Kebersihan Bilik Darjah

Penyampaian Hadiah Kriket

Perhimpunan diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pasukan kriket sekolah yang telah berjaya menjadi Johan dalam Kejohanan Kriket MSSD Sepang. Kejohanan tersebut berlangsung selama 2 hari bermula 2 hingga 3 Februari di SK Methodist Sg Pelek.

Selain berjaya menjadi Johan, SKTPP turut menggondol beberapa hadiah iaitu :

  • Wicket Keeper Terbaik - Muhd Asyraf bin Azmi
  • Bowler Terbaik - Muhd Akram bin Abd Malik
  • All Rounder - Adeshlie bin Alias

Penyampaian Hadiah Ping Pong


Pada tarikh yang sama turut berlangsung Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang bertempat di SMK Putra Perdana.  Sebanyak 17 buah sekolah menyertai acara perseorangan lelaki bawah 12 tahun manakala 7 buah sekolah bagi acara perseorangan perempuan bawah 12 tahun.

Wakil dari SKTPP Nur Alin Syazani binti Mohd Radhi (5 Respiratori) berjaya menjadi Naib Juara bagi acara perseorangan perempuan dan layak ke Peringkat Negeri mewakili Kategori Bukan Cina yang akan berlangsung pada 23 Februari 2017 nanti.


Nur Alin Syazani menjadi wakil tunggal SKTPP ke peringkat negeri

'Syabas dan Tahniah kepada kedua-dua pasukan Kriket dan Ping Pong'


Program Jom Ke Sekolah

Pelancaran Program Jom Ke Sekolah telah diadakan serentak di seluruh negara.. 

Program ini merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.  Kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) melalui program ini diharapkan akan menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.


Bacaan Perutusan KPN oleh Pegawai Perhubungan Sekolah Sarjan Mustapa bin Aman



Turut hadir dalam Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah ialah  Puan Noranismawati binti Mohd Faudzi, Penyelia Pendidikan Swasta PPD Sepang


Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas

Perhimpunan diakhiri dengan penyampaian watikah pelantikan kepada ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi setiap kelas tahun 4, 5 dan 6.

Kami Komited Benci DARVIH

Barisan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 2017

Penyampaian cenderamata kepada Pegawai Perhubungan Sekolah; Sarjan Mustapa bin Aman

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas Tahun 2017 (Sesi Pagi)

          Majlis penyerahan watikah pelantikan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas tahun 2017 bagi sesi petang telah diadakan pada hari Isnin bersamaan 6 Februari 2017 jam 8.00 petang. Penyerahan watikah ini telah disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Sarjan Mustapa bin Aman, bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana.

          Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas merupakan jawatan penting dan boleh dikatakan sebagai tulang belakang dalam membantu meringankan guru kelas dalam hal-hal tertentu. Dua orang tenaga cilik setiap kelas ini wajar diberi pengiktirafan selayaknya. Maka, pada hari ini, sebanyak 53 orang Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas dari sesi pagi telah menerima watikah pelantikan daripada pihak sekolah.

Antara objektif penyerahan watikah ini adalah :
  • Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
  • Semoga dengan perlantikan ini, semua Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang telah dilantik dapat menyempurnakan tanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan sekolah tanpa rasa ragu. ,
          Akhir kata, pihak sekolah berharap jawatan yang digalas dapat melatih Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas agar menjadi pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab. Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya menjadi titik permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara seterusnya.

Gambar-gambar menarik sepanjang majlis ini berlangsung :


Saturday, February 4, 2017

Majlis Jalinan Kasih Bersama Guru dan Ibu Bapa Murid Tahun 6


Alhamdulillah, Program Jalinan Kasih Bersama Guru dan Ibu Bapa Murid Tahun 6 telah berjalan dengan lancar pada 4 Februari 2017 (Sabtu). Program ini disambut baik dengan kehadiran para ibu bapa yang begitu komited dalam memastikan kecemerlangan anak-anak mereka. Turut hadir bersama pihak pentadbir sekolah dan juga guru-guru ialah YDP PIBG, Tn Hj Khairul Azhar bin Mohamad Suffian dan NYDP PIBG En. Mohamad Rahmat bin Sahman.

Program ini diadakan bertujuan untuk menjalinkan kerjasama yang padu antara ibu bapa dan guru dalam usaha meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR tahun ini, Pelbagai agenda disusun dengan teliti agar dapat mendatangkan hasil yang memberangsangkan. 

Antara agenda yang dibincangkan dan dikongsi bersama dalam majlis ini ialah penerangan program-program peningkatan UPSR 2017, penetapan target dan sasaran UPSR 2017, format serta keperluan bagi setiap subjek teras.

Berikut merupakan sedikit paparan...


Sesi pendaftaran bermula seawal jam 8.00 pagi


PK Pentadbiran & Kurikulum,  Pn. Azizah Mokhlas mewakili Guru Besar memberikan ucapan


Pembentangan Penyelaras Tahun 6 dan guru bagi setiap subjek oleh guru terlibat



Sesi Soal jawab 

Guru-guru tahun 6 2017 SKTPP

                         

Para ibu bapa dan guru-guru yang memeriahkan Majlis Jalinan Kasih SKTPP


Disediakan oleh:
Norbaizura Nordin

Friday, February 3, 2017

Tahniah SKTPP Johan Kriket MSSD Sepang 2017

Tahniah atas kejayaan SKTPP menjadi Johan Kejohanan Kriket MSSD Sepang! Kejohanan telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 2 dan 3 Februari 2017 di SK Methodist, Sg. Pelek. Selaku Pengerusi kejohanan, GB SKTPP telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang;
Johan : SK Taman Putra Perdana
Naib Johan : SK Jenderam
Ketiga : SK Kota Warisan dan SJKT Taman Permata
   Selain menjadi Juara MSSD Kriket Daerah Sepang, SKTPP juga unggul dengan menggondol;
~ Wicket Keeper Terbaik :
Muhammad Asyraf b Azmi (SKTPP)
~ Bowler Terbaik :
Muhammad Akram Abdul Malek (SKTPP)
~ All Rounder :
Adeshlie bin Alias (SKTPP)
~ Batsman Terbaik :
Muhammad Shazrizad bin Shahril (SK Jenderam)
   Semoga Sepang akan berjaya dalam Kejohanan MSSS kelak yang juga akan diadakan di SK Methodist Sg. Pelek pada 13 - 16 Februari 2017 nanti.












Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang 2017

Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang 2017 telah diadakan pada 2 hingga 3 Februari 2017 bertempat di SMK Putra Perdana. Sebanyak  17  buah sekolah bertanding  acara Perseorangan  Lelaki Bawah 12 tahun dan  7 buah sekolah bertanding acara Perseorangan Perempuan Bawah 12 tahun. Seramai lapan orang murid  SKTPP menyertai kejohanan ini.

   Nur Alin Syazani Binti Mohd Radhi (5 Respiratori) telah menjadi  Naib Johan acara Perseorangan Perempuan Bawah 12 Tahun dan layak ke peringkat negeri mewakili Kategori Bukan Cina yang akan berlangsung pada 23 Februari 2017. Syabas diucapkan kepada Alin.

Barisan pemain yang menyertai kejohanan

Pertandingan separuh akhir
Pertandingan Akhir
Penyampaian sijil pencapaian dan medal
SKTPP Benci DARVIH - Tahniah Alin 

Wednesday, February 1, 2017

Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Dimaklumkan sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 untuk setiap keluarga telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Selangor dan dipersetujui semasa Mesyuarat  Agung PIBG ke-13. Diharap ibu bapa / penjaga dapat membuat pembayaran kepada guru kelas anak masing-masing segera bagi membolehkan PIBG melaksanakan program yang telah dirancang demi kecemerlangan pendidikan anak-anak. Sumbangan yang diberikan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pegawas Pusat Sumber Sekolah Tahap 1 Sesi 2017

Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber, merupakan kumpulan murid yang dihormati di sekolah. Mereka merupakan murid- murid pilihan yang mempunyai keterampilan dan kecemerlangan baik dari segi akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Mereka merupakan role model kepada murid- murid lain. 
   Oleh yang demikian, sebagai tanda pengiktirafan, majlis penyerahan watikah Pelantikan Pengawas Sekolah seramai 60 Orang dan Pengawas Pusat Sumber seramai 16 orang diadakan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Jumilah Binti Ahmad selaku Penolong Kanan Petang SKTPP yang telah berlangsung pada 24 Januari 2017, pukul 1.20 tengah hari sehingga 2.50 petang. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam ketika majlis berlangsung


Ketua Pengawas sekolah: 
Nurhasya Sofea Binti Zuraidi


                 Penolong Ketua Pengawas Sekolah: Mohd Syafiq Ahnaf Bin Mohd Kamarol Hisham


              Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah : Nur Najwa Qistina Binti Muamar


           Penolong Ketua Pengawas Sekolah Pusat Sumber : Nur Ainna Natasya Binti Razak

        Bacaan Ikrar Pengawas


Penolong Kanan Petang bersama Guru Pengawas Pusat Sumber Sekolah


         Penolong kanan Petang bersama Guru Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah.


Disediakan oleh:
Salmi Binti Adnan

Pencarian Murid Pintar & Berbakat Bagi PROGRAM PERMATA



Sukacita dimaklumkan bahawa saringan pertama pencarian bakat murid pintar cerdas iaitu Ujian Saringan UKM1 akan bermula dari 1 Februari hingga 31 Mei 2017. Ujian ini akan dijalankan secara atas talian selama tempoh tersebut. Ujian tersebut terbuka kepada semua murid yang berbakat bagi menyertai program-program berikut :

  1. Murid beragama Islam berusia 8 Tahun - Program Perkhemahan PERMATA Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2017.
  2. Murid beragama Islam berusia 11 Tahun - Program Perkhemahan Khas PERMATA Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2018 untuk kemasukan ke Kolej PERMATA Insan pada tahun 2019.
  3. Murid pelbagai bangsa berusia 9 - 15 Tahun - Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM UKM - JHU 2017-2018 di Pusat PERMATApintar, UKM.
  4. Murid berusia 11 - 15 Tahun - kemasukan ke Kolej PERMATApintar UKM pada Tahun 2018.
    Ujian di atas terbuka kepada semua murid berusia 8 - 15 Tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman sesawang http://ukm1.permatapintar.edu.my. Maklumat lanjut tentang ujian tersebut juga boleh diperolehi melalui laman sesawang tersebut.
    Sekian, terima kasih


    Juga Berkaitan