... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, July 11, 2017

Lawatan Kerjaya ke Kidzania Kuala Lumpur 2017

Pada 11 Julai 2017 seramai 80 orang murid Kelab Kerjaya SK Taman Putra Perdana telah terpilih menyertai lawatan kerjaya ke Kidzania Kuala Lumpur diiringi oleh 8 orang guru pengiring. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai alam kerjaya sebenar dan menarik minat mereka terhadap sesuatu pekerjaan. Di sampang itu, ia memberi motivasi kepada mereka untuk belajar dengan lebih tekun untuk mencapai apa yang mereka hajati pada masa akan datang.
   Murid mendapat banyak maklumat mengenai pelbagai jenis kerjaya yang terdapat di sana. Anggaran terdapat lebih 90 jenis pekerjaan yang diperlihatkan di sana. Murid kelihatan sungguh teruja dan gembira sepanjang menjalankan pelbagai aktiviti di sana.

Berikut merupakan gambaran aktiviti di Kidzania.

Taklimat yang diberikan oleh Cikgu Junaidah binti Rus
Beratur untuk menaiki bas
Murid-murid bersedia untuk masuk ke Kidzania
Murid-murid teruja dengan aktiviti di Kidzania
Guru pengiring bersama murid di Kidzania

Laporan disediakan oleh Norbaizura Nordin
Gambar oleh Noor Azlinda binti Kasmin

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-25 (Sesi Pagi)

Tarikh: 10 Julai 2017
Hari: Isnin
Masa: 7.30 - 8.00 pagi 

Guru bertugas: 
  1. Puan Rosmizawati Bt. Yusub
  2. Puan Rosmawati Bt. Mohd Desa
  3. Puan Arjunawati Bt. Ahmad Nuze
  4. Puan Asma Bt. Abdul Malik
  5. Puan Junaidah Bt. Rus
  6. Puan Norhana Bt. Nordin
  7. Encik  Mohd Rusydan Bin Ismail
  8. Encik Mohd Izwan Bin Mohd Jowahar 


Agenda Perhimpunan:-

1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Aku Negaraku
2. Bacaan Doa
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn 
 Rosmizawati Bt. Yusub
4. Bacaan ikrar murid oleh pengawas sekolah

Laporan Guru Bertugas Minggu ke 24 – Puan Jamilah Bt. Mohd Yusof
  • Beliau menegur mengenai ikrar yang dilafazkan pada setiap minggu semasa perhimpunan oleh semua murid tetapi kurang penghayatan dari segi amalan seharian berkenaan disiplin dan berakhlak mulia.

Laporan Kebersihan Kelas

Kelas PPKI:-
Tempat pertama : Kelas Soccer
Tempat kedua    : Kelas Archery
Tempat ketiga    : Kelas Aquatic

Tahun 4 -       
Tempat pertama : Kelas Kompang
Tempat kedua     : Kelas Nafiri
Tempat ketiga     : Kelas Rebana

Tahun 5 -       
Tempat pertama : Kelas Hematologi
Tempat kedua     : Kelas Patologi
Tempat ketiga     : Kelas kardiologi

Tahun 6 -        
Tempat pertama : Kelas Zuhrah
Tempat kedua     : Kelas Marikh
Tempat ketiga     : Kelas Neptun

Ucapan Guru Bertugas – Puan Rosmizawati Bt. Yusub
  • Beliau menyentuh mengenai tema minggu ini : Jujur dan amanah amalan yang mulia. 
  • Kepentingan bercakap benar dengan Allah, ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan adalah sikap jujur yang perlu ada di dalam diri setiap murid. 
  • Sikap amanah juga perlu diamalkan terutama apabila meminjam barang kepunyaan rakan di mana wajib memulangkan semula dalam keadaan yang baik. 
  • Kesimpulan mengenai tema minggu ini adalah setiap murid mesti mengamalkan nilai jujur dan amanah di dalam kehidupan seharian.

Ucapan PK PPKI – Puan Norhamizah Bt. Hamzah
  • Beliau mengingatkan semua murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR lebih kurang berbaki 60 hari sahaja lagi untuk membuat persediaan. 
  • Semua murid diingatkan supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah dengan selalu menjaga kesihatan diri dan juga emosi. 
  • Murid mestilah mengamalkan tingkahlaku yang baik serta tahu mengawal diri sendiri.

Antara gambar-gambar semasa perhimpunan rasmi minggu ke-25:-







Laporan disediakan oleh;
Puan Norhana Bt Nordin

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017

Ibu bapa/penjaga
Murid tahun 1 hingga 6
PPKI dan Prasekolah
SK Taman Putra Perdana

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan diadakan di sekolah seperti ketetapan di bawah:-

Tarikh : 14 Julai 2017 (Jumaat)
Tempat: Dewan SK Taman Putra Perdana

Sesi Pagi: 7.20 pagi hingga 11.50 pagi

Sesi Petang: 2.20 petang hingga 6.10 petang

Semua murid boleh memakai baju raya dan berkasut (kasut raya atau kasut sekolah). Murid diminta membawa pinggan, cawan dan juadah untuk majlis tersebut.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.







Image result for gambar raya


Disedikan oleh:
Nurul Azean binti Mohd Salleh 











Monday, July 10, 2017

Taklimat PSS Cemerlang & Jamuan Hari Raya

Sebagai menghadapi Pertandingan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Cemerlang peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada bulan September 2017 nanti, guru-guru telah mendengar taklimat dari Guru Besar dan Guru Media; Pn. Siti Rabiaah. Pn. Rozimah dan En. Najib juga telah mengambil peluang menyampaikan taklimat berkaitan program Jamuan Hari Raya Aidilfitri murid dan guru yang akan diadakan pada 14 dan 18 Julai 2017...







Hari ini kami tema hijau...

Thursday, July 6, 2017

Kejohanan Boling Tenpin MSS Selangor 2017

Pada 3 hingga 6 Julai 2017, seorang murid dari  SK Taman Putra Perdana telah terpilih mewakili Daerah Sepang dalam Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) bagi tahun 2017. Beliau adalah Adib Azrai bin Mohd Zani dari kelas 5 Pediatrik. Kejohanan ini telah berlangsung selama 4 hari di Megalane, Sunway Piramid. Sebanyak 4 kategori yang dipertandingkan iaitu:
  • Individu
  • Beregu
  • Berkumpulan
  • Master
Alhamdulillah, Daerah Sepang telah memenangi tempat ketiga bagi Kategori Berkumpulan Bawah 12 Tahun. Ini merupakan titik permulaan yang baik bagi Adib Azrai untuk terus melakar kejayaan pada pertandingan yang akan datang.

Adib Azrai Bin Mohd Zani

Kategori Beregu
Wakil SKTPP dan SK Cyberjaya

Kategori Berkumpulan Bawah 12 Tahun Lelaki Daerah Sepang
Dari kiri wakil dari SKTPP, SK Desa Putra, SK KLIA, SK Cyberjaya

Kenangan merai kejayaan.
Pihak sekolah amat menggalakkan agar lebih ramai lagi murid dapat melibatkan diri dalam sukan Boling Tenpin pada masa akan datang. Semoga kita mempunyai pasukan yang lebih mantap pada masa depan.

Tuesday, July 4, 2017

Mesyuarat Post Mortem PPT Tahun 6

Mesyuarat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) Tahun 6 telah diadakan melibatkan semua guru yang mengajar subjek Teras Tahun 6 bersama Guru Besar; Pn. Rohaidah dan PK 1; Pn. Azizah. Fokus mesyuarat adalah pencapaian setiap subjek UPSR, kelemahan dan kekuatan serta langkah-langkah mengatasi kelemahan dan program susulan. Terima kasih atas komitmen semua guru yang jelas bersungguh-sungguh. Semoga pemuafakatan serta brainstorming ini akan menyuntik semangat yang lebih agresif kepada anak-anak murid agar berusaha lebih keras sebagai persediaan menghadapi UPSR yang akan tiba tidak berapa lama lagi.
   Diharapkan agar anak-anak murid akan lebih serius belajar dan mengulangkaji hasil program yang telah disusun. Antaranya; Program Gerak Gempur, Peperiksaan Percubaan UPSR 2, Program Bidikan Akhir, Program Sentuhan Kasih serta Seminar UPSR. Semoga usaha secara kolektif antara guru dan murid dengan kerjasama ibu bapa ini akan melonjakkan lagi keputusan UPSR tahun ini. Insyaa Allah...








Monday, July 3, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-24 (Sesi Petang)

Tarikh: 3 Julai 2017
Masa  : 1.20 - 1.50 tengah hari
Tema  : Kenali Filipina

Guru Bertugas

  • Encik Noorhisham bin Mohd Nor
  • Puan Salmi binti Adnan
  • Puan Azura Farina binti Abdullah
  • Puan Nazahiyah binti Ab Rahman
  • Puan Nor Holwani binti Yahaya
  • Puan Saadiah binti Busrah

Agenda Perhimpunan

  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
  • Bacaan doa oleh Adik Mohd Syafiq Ahnaf (3 Uranium).
  • Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Noorhisham.
  • Bacaan ikrar murid oleh pengawas sekolah, Nurhasya Sofea (3 Vanadium).
LAWAD

Bahasa Melayu- Melarik (mengukir, melorek)
Bahasa Inggeris- School (sekolah)
Bahasa Arab - mat'aamu (kantin)

Ucapan Guru Bertugas (Encik Noorhisham)
Tema: Kenali Filipina

Filipina adalah salah sebuah negara republik di Asia Tenggara yang terletak berjiran dengan negara Indonesia dan Malaysia. Negara ini mempunyai 7641 buah pulau. Manila merupakan ibu kota bagi negara Filipina. Bahasa Inggeris dan Tagalog merupakan bahasa rasmi penduduk Filipina. Corak pemerintahan Filipina adalah sama seperti Amerika Syarikat dengan Presiden mengetuai tampuk pemerintahan kerana negara tersebut pernah dijajah selama beratus tahun oleh Amerika Syarikat.

Ucapan Penolong Kanan Petang (Puan Jumilah binti Ahmad)

  • Memulakan ucapan dengan bertanya khabar murid setelah seminggu bercuti sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. 
  • Beliau mengingatkan murid- murid untuk saling hormat- menghormati antara sesama murid amnya dan para guru khasnya. 
  • Beliau juga memberi penegasan tentang tabiat membuang sampah agar kebersihan sekolah dan kawasan persekitaran sentiasa terjaga. Ini kerana, pada pemerhatian beliau, murid- murid gemar membuang sampah di atas penutup tong sampah, bukan di dalam tong sampah. Tabiat ini harus diubah dengan segera. 
  • Murid sesi petang juga dinasihatkan untuk tidak menggunakan koridor kelas semasa sesi pagi sedang belajar untuk mengelakkan gangguan.
  • Akhir sekali, beliau menasihati murid- murid untuk tekun belajar memandangkan sesi persekolahan telah memasuki penggal kedua dan Peperiksaan Akhir Tahun akan berlansung pada bulan Oktober nanti. 
Perhimpunan ditamatkan pada jam 1.50 petang. 




Barisan guru bertugas

Adik Nurhasya Sofea mengetuai Ikrar Murid

Cikgu Noorhisham mengetuai Ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya

Ucapan dari Penolong Kanan Petang


Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-24 (Sesi Pagi)

Tarikh : 3 Julai 2017
Masa   : 7.30 - 8.00 pagi
Guru bertugas :
             1. Pn. Nurzainon bt Mohd Razalli
             2. Pn. Norsiah bt Mohd Nor
             3. Pn. Zuraini bt Ismail
             4. Pn. Safinatunajakh bt Mat Som
             5. Pn. W.Rosmawati bt W.Ibrahim
             6. Pn. Jamilah bt Mohd Yusof
             7. Pn. Siti Masra bt Abdul Kadir
             8. En. Hafiz b. Md Nor
             9. En. Ahmad Zubair b. Hj Muhd Taib

Agenda Perhimpunan :
1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Aku Negaraku
2. Bacaan Doa
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn Jamilah
4. Bacaan ikrar murid oleh pengawas sekolah
5. Laporan guru bertugas minggu ke-22 oleh Pn Astina bt Mahad Nor
   5.1 - Lagu Aku Negaraku akan dinyanyikan setiap hari Isnin dan juga dalam majlis rasmi. Lirik lagunya akan diedarkan oleh guru muzik setiap kelas.
   5.2 - Pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas tidak dibuat pada minggu ke-22 .
   5.3 - Terdapat berlaku kecederaan pada seorang murid disebabkan tolak menolak antara satu sama lain. Peringatan kepada semua murid agar menjaga tingkah laku ketika bersama dengan rakan.
6. Ucapan bagi pihak pentadbir oleh En. Shahrizal Ya'am selaku PK Ko Kurikulum SKTPP:
   6.1 - Peringatan kepada semua murid mengenai kehadiran ke sekolah pada awal pagi. Murid perlu hadir sebelum 7.20 pagi tapi sekiranya ada masalah ketika hadir, diharapkan dapat maklumkan kepada guru bertugas atau guru disiplin.
  6.2 - Setiap murid perlu menjaga kebersihan dalam kelas .
  6.3 - Minggu ini beberapa orang murid kita yang terpilih mewakili pasukan daerah Sepang seperti Bola Sepak, Boling dan Kalam Jamaie Puteri Islam akan menghadapi pertandingan peringkat negeri Selangor. Moga pasukan daerah dan sekolah kita akan mendapat kejayaan cemerlang dalam pertandingan-pertandingan yang disertai dan seterusnya menaikkan nama sekolah.
7. Ucapan wakil guru bertugas kumpulan G  oleh Pn. Jamilah :
7.1 -  Tema : Kenali Filipina
        a) Negara kepulauan yang terletak di bahagian barat Lautan Pasifik dan terletak kira-kira 100km dari Tanah Besar Asia. Negara ini mempunyai pengaruh keagamaan, kebudayaan dan cara hidup yang kuat dari negara Sepanyol dan Amerika Syarikat memandangkan  telah dijajah selama 4 abad oleh kuasa-kuasa besar tersebut.
7.2 - Perkataan LAWAD :
        BM - Selok-belok - Sesuatu yang ada hubungan dengan yang lain
        BI  - Junction - Persimpangan
        BA - unzilu - Saya memuat turun
8.  Maklumat lain : Bengkel Matematik dan Sains UPSR bagi murid tahun 6 akan diadakan pada pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang hari ini.

9. Antara gambar-gambar semasa perhimpunan rasmi minggu ke-24

Ucapan Guru bertugas Pn Jamilah

Ucapan PK Ko Kurikulum En. Syahrizal b Ya'am

Barisan guru bertugas kumpulan G
Barisan pentadbir SKTPP

Murid tahun 4 dan 5

Murid tahun 4.5 & 6

Laporan disediakan oleh :
Nurzainon bt Mohd Razalli

Pemakluman Kelas Bimbingan Tasmik

Dimaklumkan bahawa Kelas Bimbingan Tasmik untuk murid tahun 4, 5 dan 6 akan bermula pada 6 Julai 2017 (Khamis). Murid Islam akan balik pada jam 1.20 tengah hari dan murid Bukan Islam pada jam 12.50 tengah hari. 


Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Disediakan oleh:
Nurul Azean bt Mohd Salleh