... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, August 7, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-29 (Sesi Petang)

Tarikh: 7 Ogos 2017
Masa  : 1.20 - 1.50 petang

Guru Bertugas:

En. Rusmami Bin Rusli
Pn. Nur Azizati Bt Ahmad
Pn. Nur Azlin Bt Mat Nor
Pn. Nur Malisha Bt Omar
Pn. Nora Bt Sabihi
Pn. Nik Rosmaliza Bt Nik Hussain

Laporan Perhimpunan

1) Bacaan Doa
2) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
3) Bacaan Ikrar Rukun Negara, Ikrar Keselamatan Jalan Raya dan Ikrar Murid.


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas  - En Mohd Najib Bin Haji Sapari

- Guru bertugas minggu lepas menyentuh tentang kebersihan kelas sebelum dan selepas waktu pdpc. Murid dikehendaki mengutip sampah pada waktu pertama dan waktu matapelajaran terakhir.
- Sentiasa mengikut peraturan dan disiplin yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
- Adab semasa berjumpa dengan guru atau orang yang lebih tua. Memberi salam atau pun ucapan selamat semasa berjumpa dengan guru.

Keputusan Kecerian Kelas

Tahun 1

Pertama;  Ibnu Khaldun
Kedua   :  Ibnu Bajah
Ketiga   :  Ibnu Qayyim

Tahun  2

Pertama : Dedikasi
Kedua   : Arif
Ketiga   : Gigih

Tahun 3

Pertama  : Elektrum
Kedua    : Titanium
Ketiga    : Platinium


Pn. Rohaidah Bt Mohd Ali (Guru Besar)  menyampaikan hadiah keceriaan kelas

Majlis Pelancaran Program Minggu Bahasa dan Minggu Pusat Sumber


Pn Rohaidah Bt Mohd Ali (Guru Besar) merasmikan Majlis Minggu  Bahasa dan  Minggu Pusat Sumber

Disediakan oleh,

Rusmami Rusli

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-29 (Sesi Pagi)

Tarikh      : 7 Ogos 2017
Masa        : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat     : Tapak Perhimpunan

Guru Bertugas :
1. Pn. Norhayati binti Yusof
2. Pn. Nik Kamisah binti Mohd Aziz
3. Pn. Julaili binti Onan
4. Pn. Nor Azian binti Mat Anuar
5. Pn. Siti Rabiaah binti Mohammad
6. En. Ahmad Musrizuan bin Daud

1. Bacaan Doa
2. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara, Ikrar Keselamatan Jalan Raya dan Ikrar Murid

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas - Puan Zailezah binti Sardi.

1. Puan Zailezah memaklumkan bahawa semasa perhimpunan pagi terdapat murid yang berlari-lari, ada juga yang duduk di tepi longkang. Murid-murid terutama Tahun 6 diingatkan supaya duduk di tapak perhimpunan untuk membaca buku memandangkan peperiksaan UPSR semakin  hampir.

2. Mengingatkan murid agar tidak mengejek-ngejek kerana akan menyebabkan pergaduhan. Setiap murid haruslah bersikap amanah kerana ada murid dan guru yang kehilangan barang disebabkan tidak ada sikap amanah sehingga sanggup mengambil barang kepunyaan orang lain.

4. Menegur tentang adab murid apabila bercakap dengan guru. Sesorang murid perlu menjaga adab ketika bercakap dengan guru supaya hidup lebih berkat dan selamat.

Ucapan Guru Bertugas - Encik Hariz Safwan bin Yaacob

Tema    : Kenali Brunei

Lawad  : BI      : Lift
                 BA    : Uzzah

Ucapan Pentadbir - Puan Rosmah binti Jamat (PK Hal Ehwal Murid)

1. Memaklumkan bahawa maulai hari Selasa (7 Ogos 2017) hingga 18 Ogos 2017 duit Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) RM100  untuk kali kedua akan diberikan kepada murid yang layak. Ibu bapa murid-murid yang telah mendapat surat dikehendaki datang ke pejabat sekolah untuk mengambil bantuan tersebut pada waktu pejabat.

2. Mengingatkan murid bahawa peperiksaan UPSR yang bakal dihadapi hanya tinggal 35 hari  sahaja  lagi. Diharap murid tidak leka dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi pembelajaran dalam kelas. Hargailah pengorbanan guru yang bertungkus lumus mencurahkan ilmu khususnya di dalam  kelas tambahan yang diadakan untuk murid tahun 6.

3. Berkaitan kebersihan, Puan Rosmah memaklumkan semasa rondaan dibuat, didapati bakul sampah   dalam kelas sentiasa penuh dan tidak dibuang ke dalam tong sampah hitam yang besar di luar kelas. Ada murid mengasah pensel di luar bakul sampah. Keadaan ini menyebabkan kelas menjadi kotor. Diharap murid-mutid lebih peka dalam aspek kebersihan dan kesihatan.

4. Berharap agar waktu masa akhir ambil masa 5 miint untuk menyusun meja dan membersihkan kelas  untuk digunakan oleh murid sesi petang. 

Ucapan guru bertugas 

Pengawas bertugas Reeshmenraj a/l Jaiganesh dan Amirah Qistina

Puan Zailezah menyampaikan laporan mingguan


Penyampaian hadiah kebersihan

Majlis pelancaran Minggu Pusat Sumber dan Minggu Bahasa


Bersama maskot 'transformer'

Saturday, August 5, 2017

Kem Bestari Solat Tahun 1

Pada hari Sabtu, 5 Ogos 2017 : SKTPP telah mengadakan Kem Bestari Solat Tahun 1 bermula jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi. Kem ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam.

Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini dijalankan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah. 

Antara objektif Kem Bestari Solat ini diadakan adalah :
1.Murid-murid dapat mengambil wudhuk dengan sempurna.
2.Murid-murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu dengan betul.
3.Murid-murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
4.Murid-murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna samada secara bersendirian mahupun berjema'ah.

Terima kasih diucapkan buat semua guru dan murid yang telah hadir menjayakan program ini...

Berikut adalah perjalanan program pada hari tersebut.
















Posted by : Nora Azean binti Che Othman

Thursday, August 3, 2017

Ladap Peningkatan Professional Guru Bahasa Arab

Khamis, 3 Ogos 2017 - Ladap (Latihan Dalam Perkhidmatan) Peningkatan Profesional Guru Bahasa Arab telah diadakan pada jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP. Program ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Arab. Penceramah dijemput daripada Jabatan Bahasa Arab IPIS Bangi, Ustazah Nor Ashikin binti Kamaruddin. Turut hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Faizal dan wakil Ketua Jabatan Bahasa Arab IPIS, Ustaz Ziyad. Ladap ini diadakan bertujuan untuk mengadakan perkongsian idea dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Panitia Bahasa Arab, guru-guru Bahasa Arab dan jutaan terima kasih kepada penceramah, para jemputan, dan para pentadbir sekolah khususnya Guru Besar SKTPP, Puan Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali kerana sama-sama menyokong dan membantu menjayakan program ini. Semoga usaha ini akan memberi manfaat kepada semua murid seterusnya meraih kejayaan yang besar kepada murid-murid SKTPP.

                                        
                                      

 



    



Posted by: Nora Azean binti Che Othman

Program Motivasi Tahun 5 2017

Khamis, 3 Ogos 2017 - Program Motivasi Tahun 5 telah diadakan bermula jam 8.00 pagi hingga 12.50 tengah hari bertempat di Dewan Perdana, SKTPP. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPP yang bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran. Program ini juga bagi meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran berfikir, menguasai teknik Mind Map (kemahiran belajar) dan meningkatkan motivasi diri.

Objektif program :
  1. Memberi motivasi kepada semua murid Tahun 5 dalam meningkatkan prestasi akademik.
  2. Memupuk kesedaran tentang pentingnya pengurusan ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
  3. Sentiasa berfikiran positif di dalam apa jua situasi terutamanya dalam menghadapi peperiksaan.
  4. Dapat merancang masa depan dengan baik dan berusaha membina kecemerlangan diri dari segi akademik dan pembentukan sahsiah.
Penceramah jemputan ialah Dr Abdol Aziz bin Sahat merupakan Penasihat Sekolah Berasrama Penuh, Setiausaha Kehormat Persatuan Warga Cinta Negara, Perunding Akademik Program Pintar GLC dan Bendahari Alumni (ETHICA) Universiti Malaya. Beliau pernah bertugas di Universiti Malaya sebagai Penyelia Program BAKA, Akademi Infotech Mara dan Akademi Penulis.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru dan murid tahun 5. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penceramah, para pentadbir sekolah, pihak penganjur Unit Bimbingan dan Kaunseling dan guru-guru yang menjayakan program ini. Semoga usaha ini memberi manfaat yang besar kepada semua murid dan seterusnya lebih fokus untuk mencipta kecemerlangan diri khususnya dan sekolah amnya.

Berikut ialah gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

Buku program
Latar pentas program
Murid-murid tahun 5 berkumpul di Dewan Perdana
Penceramah program, Dr Abdol Aziz bin Sahat bersama
Puan Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar SKTPP)
Puan Norazian binti Mat Anuar
selaku pengacara majlis
Dr Abdol Aziz sangat teruja untuk memulakan ceramah






Wednesday, August 2, 2017

Kem Bestari Solat Fasa 1 / 2017

Dimaklumkan bahawa semua murid Islam Tahun 1 dikehendaki hadir ke kem di atas bagi memantapkan lagi pemahaman dan perlakuan solat.  Kem tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh    :  5 Ogos 2017 (Sabtu)
Masa     :  7.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat :  SK Taman Putra Perdana

Murid-murid diminta memakai pakaian sukan sekolah bagi memudahkan perlakuan aktiviti solat dan bertudung untuk murid perempuan di samping membawa alat tulis dan pensel warna.  Makan dan minum pagi disediakan.

Disediakan oleh:
Nurul Azean binti Mohd Salleh

Tuesday, August 1, 2017

Penilaian Anugerah PSS Cemerlang - 22.9.2017

Tahniah buat SKTPP atas pencalonan sebagai wakil Daerah Sepang ke Pertandingan Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2017 kategori sekolah rendah. Tarikh penilaian telah ditetapkan pada 22 September 2017. Semua murid dan guru / staf serta warga sekolah akan berganding bahu membuat persiapan bagi menghadapi pertandingan yang sangat berprestij ini. Insya Allah berkat kerjasama semua pihak segalanya akan dipermudahkan. Semoga kita berjaya!

Jadual penilaian