... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, January 2, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu 1 (Sesi Petang)

Tarikh : 2 Januari 2019
Hari : Rabu
Masa : 1.20 petang
Tempat : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana
Pengacara Majlis : Puan Yani binti Mohammad Sharif
Guru-guru bertugas :

  1. Encik Saifullah bin Mat Saupi (Ketua)
  2. Puan Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin
  3. Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah
  4. Puan Yani binti Mohammad Sharif
  5. Puan Nor Azian binti Ahmad
  6. Puan Nik Bahirah binti Nik Mat Salleh
  7. Cik Zalina binti Ismail
  8. Puan Norhidayu binti Sadri
Dari kiri : Encik Saifullah, Puan Nik Bahirah, Puan Yani, Puan Norhidayu, Puan Nor Azian, Cik Zalina dan Puan Siti Maziah

Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
Nyanyian 3 buah lagu yang dipimpin oleh Puan Salmi binti Amir

  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Puan Salmi binti Amir.
Ustaz Muhamad Saiffol bin Ngabiah memimpin bacaan doa

  • Bacaan doa oleh Ustaz Muhamad Saiffol bin Ngabiah
  • Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Yani binti Mohammad Sharif
Pengawas memimpin bacaan ikrar murid

  • Bacaan ikrar murid oleh adik Fareez Danial bin Nor Bakri (Kelas 3 Ibnu Thufail)
2. Ucapan Pengacara Majlis (Puan Yani binti Mohammad Sharif)

Pengacara majlis, Puan Yani binti Mohammad Sharif menyampaikan ucapan

  • Ucapan selamat datang kepada semua murid sesi petang. Diharapkan murid-murid ceria bagi memulakan sesi persekolahan pada hari ini.
  • Mengalu-alukan kedatangan ibu bapa yang hadir pada petang ini. Kedatangan mereka akan memberi semangat kepada anak-anak terutama murid Tahun 1 yang baru melangkah ke alam persekolahan
  • Visi sekolah : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
  • Misi sekolah : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Insan Memenuhi Inspirasi
3. Ucapan Guru Besar (Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali)

Ucapan dari Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali 
Memperkenalkan maskot Mickey Mouse dan Minnie Mouse kepada murid-murid

  • Ucapan terima kasih dan bangga atas kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Teo Nie Ching ke SKTPP pagi tadi bersama pegawai-pegawai Kementerian  Pendidikan Malaysia, JPN Selangor, PPD dan pihak media
  • Ucapan terima kasih kepada Encik Sham dari TV3 yang hadir pada petang ini  bagi membuat liputan untuk rancangan Malaysia Hari Ini (MHI). Diharapkan agar semua yang hadir ceria dan gembira pada petang ini
  • Berharap agar murid-murid bersemangat pada hari pertama persekolahan.
  • Kehadiran maskot Mickey Mouse dan Minnie Mouse serta persembahan silap mata yang disediakan oleh pihak sekolah adalah untuk memberi semangat kepada murid-murid agar berminat dan suka datang ke sekolah. Ia juga merupakan sebahagian daripada elemen Guru Penyayang yang diamalkan selama ini.
  • Ibu bapa diminta memberi kepercayaan kepada guru-guru untuk menjaga anak-anak semasa berada di sekolah. Insyaa Allah anak-anak akan dijaga dan dibimbing dengan sebaik mungkin
  • Kepada semua murid SKTPP, selamat kembali ke sekolah dan selamat menjadi ahli PIBG SKTPP buat ibu bapa.
4. Ucapan Guru Disiplin (Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah)

Ucapan dari guru disiplin sesi petang, Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah

  • Penerangan ringkas untuk hari pertama persekolahan:
         -Murid-murid Tahun 1 menggunakan tangga UUM untuk naik ke kelas (bersama guru kelas)
         -Murid-murid Tahun 2 menggunakan tangga USM untuk naik ke kelas
         - Murid-murid Tahun 3 menggunakan tangga UKM untuk naik ke kelas
  • Semua murid tidak dibenarkan berlari kerana mudah berlaku kemalangan.
  • Murid Tahun 1 akan rehat bersama murid Tahun 3 
          - Meja di kantin telah dialas dengan dua lapik warna berbeza.
          - Alas meja berwarna biru untuk murid lelaki duduk
          - Alas meja berwarna merah jambu (pink) untuk murid perempuan duduk
  • Waktu datang dan balik sekolah
  • Pagar A1 - kenderaan guru masuk dan laluan murid transit Montessori
  • Pagar A2 - murid yang berjalan kaki dan berbasikal
  • Pagar B - khas utuk murid yang menaiki kereta, van, bas sekolah dan lain-lain.
    5. Persembahan Silap Mata (Encik Mohd Hadri bin Ag Idris)

    Encik Mohd Hadri bin Ag Idris memulakan persembahan silap mata dengan penuh yakin dan bersemangat

    Ibu bapa yang sporting menjayakan persembahan 

    Murid-murid terpukau dengan persembahan silap mata

    Maskot turut sama di pentas untuk memeriahkan lagi suasana persembahan silap mata

    Perhimpunan tamat pada pukul 2.40 petang. Semua murid bergerak naik ke kelas bersama dengan guru kelas masing-masing.

    Laporan Perhimpunan Hari Pertama Persekolahan 2019 (Sesi Pagi)

    Tarikh: 2 Januari 2019
    Hari: Rabu
    Masa: 7.30 pagi
    Tempat: Dataran Perhimpunan SKTPP
    Pengacara Majlis: Cik Roslinda binti Mansor
    Senarai Guru Bertugas:
    1. Cik Roslinda binti Mansor
    2. Encik Mahadir bin Midun
    3. Puan Astina binti Mahad Nor
    4. Puan Juli binti Mahbah
    5. Puan Faridatul-Akmal binti Ismail
    6. Puan Faridatul Aini binti Alias
    7. Puan Jamilah binti Mohd Yusof
    8. Puan Junaidah binti Rus
    9. Puan Roseniza binti Setapa
    10. Puan Murni binti Abdullah

    Barisan guru bertugas sesi pagi minggu pertama 2019
    Agenda Perhimpunan:

    1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
    • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Pn Astina binti Mahad Nor.
    • Bacaan Doa oleh Ustaz Mahadir bin Midun
    • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Cik Roslinda binti Mansor.
    • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhd Amar bin Mohd Rizal
    Bacaan doa di bawah pimpinan Ustaz Mahadir bin Midun
    Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya di bawah pimpinan Cik Roslinda binti Mansor
    Ketua Murid, Adik Muhd Amar bin Mohd Rizal memimpin bacaan Ikrar Murid 

    2. Ucapan Pengerusi Majlis (Cik Roslinda binti Mansor)
    • Mengucapkan selamat datang kepada semua murid terutama murid-murid Tahun 4 yang baru melangkah ke sesi pagi. Diharapkan murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan masa dan situasi yang baharu.
    • Mengalu-alukan kehadiran wakil media TV1 RTM serta media-media lain atas kesudian meluangkan masa bersama-sama warga SKTPP pada pagi ini.
    • Mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan penjaga; khususnya murid-murid prasekolah yang hadir sama pada pagi ini. Semoga dapat memberi sokongan moral dan semangat keterujaan anak-anak bagi memulakan sesi persekolahan
    • Memperkenalkan barisan guru yang bertugas pada minggu ini. Murid-murid yang menghadapi masalah, bolehlah berjumpa atau berhubung dengan guru bertugas yang telah diperkenalkan.
    • Tema pada minggu ini iaitu Visi dan Misi Sekolah
    Visi:
    Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
    Misi:
    Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Insan Memenuhi Aspirasi

    Pengerusi Majlis: Cik Roslinda binti Mansor

    3. Ucapan Guru Disiplin (Tuan Haji Tarmiji bin Sabali)
    - Semua murid seharusnya memulakan tahun 2019 dengan azam dan semangat yang baru. Selain dari menimba ilmu, murid-murid juga perlu memartabatkan lagi mutu disiplin diri bagi mencapai cita-cita.
    - Mengingatkan semula  tentang peraturan sekolah.

       i) Waktu persekolahan bagi sesi 2019.
    • Setiap hari semua murid perlu berada di kawasan sekolah pada pukul 7.20 pagi dan bersedia memulakan persekolahan dengan perhimpunan harian sama ada di Dataran Perhimpunan atau Dewan Perdana mengikut ketetapan yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Harap semua pihak mematuhi ketetapan ini dan dapat menguruskan pengangkutan datang dan balik dari sekolah demi meningkatkan lagi mutu disiplin sekolah.
       ii) Pakaian sekolah.
    • Setiap hari semua murid perlu memakai uniform sekolah mengikut ketetapan yang diberikan oleh pihak sekolah. Contohnya, baju putih dan berseluar biru gelap, berpakaian sukan semasa ada pelajaran PJK dan baju beruniform lengkap pada hari Rabu.
    • Lencana dan tanda nama perlu dijahit dengan sempurna mengikut tata cara dan garis panduan yang telah diberikan. Garis panduan tersebut boleh rujuk di blog sekolah, di pintu kedai buku dan cermin dinding pengawal keselamatan.
    • Semua murid boleh memilih kasut hitam atau putih lengkap berstoking yang sama warna.
       iii) Kedatangan sekolah
    • Semua murid perlu datang dan berada di kawasan sekolah semasa waktu persekolahan. Tidak hadir ke sekolah perlu bersebab dengan menyatakan surat dan serahkan kepada guru kelas atau menghubungi guru kelas bagi memudahkan semua pihak.
    • Murid-murid yang keluar dari kelas perlu mendapatkan pas keluar daripada guru semasa atau guru kelas.
       iv) Pintu masuk dan pintu keluar dari sekolah pada setiap hari:
    • Pintu Pagar A1: Kenderaan guru
    • Pintu Pagar A2: Murid berbasikal dan pejalan kaki dari kawasan berdekatan
    • Pintu pagar B: Khas untuk murid keluar dan masuk sekolah yang dihantar berkereta, bermotosikal, van dan lain-lain kenderaan.

    Ucapan Guru Disiplin, Tn Hj Tarmiji bin Sabali

    4. Ucapan YDP PIBG (Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian)
    - SKTPP sungguh bertuah kerana menerima kunjungan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia pada hari ini.
    - Mengucapkan tahniah kepada SKTPP kerana telah menjalankan operasi selama 15 tahun dengan cemerlang. Semoga murid-murid terus cemerlang dalam menimba ilmu di sekolah ini.

    Ucapan YDP PIBG, Tn Hj Khairul Azhar bin Muhammad Suffian

    5.Ucapan Guru Besar (Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali)
    - Merakamkan kesyukuran dan syabas kepada semua murid yang hadir dengan penuh semangat.
    - Warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Teo Nie Ching yang sudi meluangkan masa melawat sekolah ini khusunya PPKI dengan diiringi pegawai-pegawai KPM, JPN Selangor dan PPD Sepang serta para wartawan.

    Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali

    6. Ucapan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia (YB Teo Nie Ching)
    - Amat berbesar hati kerana berpeluang datang ke sekolah ini berjumpa semua murid, guru-guru dan ibu bapa.
    - Merakamkan rasa gembira kerana Program Pendidikan Pendidikan Khas (PPKI) dilaksanakan di sekolah ini.
    - Mengharapkan semua murid aliran perdana menerima murid PPKI dengan hati yang terbuka. Sifat kasih sayang dan hormat-menghormati tidak kira latar belakang murid-murid adalah amat penting.

    Ucapan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia,YB Teo Nie Ching

    7. Persembahan Silap Mata oleh Ustaz Mohd Hadri bin Ag Idris
    - Pelbagai aktiviti silap mata dipersembahkan dan memukau perhatian hadirin. Para hadirin termasuk pegawai dari KPM, JPS, PPD, wartawan, jurugambar media, guru-guru, ibu bapa serta murid-murid amat teruja dengan persembahan silap mata tersebut.

    Persembahan Silap Mata

    Gambar -gambar kenangan yang lain semasa perhimpunan hari pertama persekolahan sesi pagi 2019:

    Guru Besar SKTPP bersama Timbalan Menteri Pendidikan, Pegawai dari KPM, JPS, PPD dan YDP PIBG SKTPP

    Barisan guru perempuan SKTPP

    Wajah-wajah guru SKTPP

    Anak-anak SKTPP sesi pagi 2019

    Kehadiran Mickey Mouse dan Minnie Mouse di hari pertama persekolahan mencuit hati murid-murid dan semua yang hadir

    Perhimpunan tamat pada pukul 9.00 pagi

    Tuesday, January 1, 2019

    Tiada Peperiksaan Untuk Murid Tahap 1 Mulai 2019

    Selamat Tahun Baru 2019 buat semua. Sebagaimana kita maklum, mulai tahun 2019 tiada lagi peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun PPT dan Peperiksaan Akhir Tahun PAT) bagi murid-murid Tahap 1 yang terdiri daripada Tahun 1, 2 dan 3. Berikut adalah penjelasan dan dokumen-dokumen sokongan berkaitan arahan KPM tersebut untuk makluman dan tindakan ibu bapa, guru dan semua pihak.

    Jangan lupa ikuti video diskusi khas bersama KPPM berkaitan Amalan Pemansuhan Peperiksaan Tahap 1 di sini.

    1) Taklimat Media : Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1









    2) Garis Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Bagi Murid Tahap 1








    3) Surat Siaran dan Surat Iringan Amalan Peperiksaan Tahap 1







    Semoga semua warga sekolah dan KPM lebih memahami dan mendapat pencerahan mengenai hal ini..

    Selamat Tahun Baru 2019

    Pihak sekolah mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 buat semua murid, guru, staf dan ibu bapa. Semoga SKTPP akan lebih cemerlang di tahun baru ini. Sama-samalah kita meningkatkan kerjasama untuk kebajikan, pendidikan dan sahsiah anak-anak murid kita.