... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, October 6, 2023

Perasmian & Pelancaran Bulan Pusat Sumber Sekolah 2023 (Sesi Petang)

Tarikh Perasmian      :        6 Oktober 2023 (Jumaat)

Tema                         :        Dongeng Melayu Klasik

Tahun ini Pusat Sumber SK Taman Putra Perdana telah sekali lagi menganjurkan Kempen Galakan Membaca dan Galak Guna Pusat Sumber yang turut melibatkan kolaborasi unit-unit di bawah Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, PPKI dan Prasekolah.  

Kolaborasi ini sudah pastinya menyajikan pelbagai aktiviti menarik sepanjang sebulan kempen berlangsung. 

Antara objektif kempen adalah :

  • Sebagai satu medium untuk mempromosi program galakan membaca di sekolah.
  • Sebagai wadah menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam menyokong dan memantapkan pelaksanaan program galakan membaca.
  • Memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan.
  • Menyemai sifat ingin tahu 'curiousity' melalui program literasi maklumat.
  • Memperkukuhkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan murid.
  • Melestarikan budaya membaca berkualiti sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid.

Mari sama-sama kita saksikan gambar dan video kenangan semasa majlis perasmian dan pelancaran Bulan Pusat Sumber Sekolah ini berlangsung.

Buku program

 Sila klik link berikut:  https://anyflip.com/risas/npjb/

Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil.


Ucapan aluan oleh AJK PIBG, Puan Sharmila binti Mohd Ishak
 
Ucapan  Perasmian Bulan Pusat Sumber Sekolah oleh Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.



Dewan Perdana gamat dengan kehadiran maskot selepas majlis perasmian diadakan.

Sketsa bertajuk "Hikayat Raja Bersiong" sebagai gimik perasmian.



Penerangan mengenai Program Pusat Sumber Sekolah oleh GPM, Puan Arnny Yusnita bt Md Enarji.

Barisan pentadbir, wakil PIBG, GPM dan pengerusi majlis.

Ceria wajah guru-guru sesi petang sewaktu majlis berlangsung.

Peserta persembahan sempena majlis perasmian.

Persembahan 1 : Nyanyian Solo dan Tarian Lemak Manis

Persembahan 2 : Tarian Joget Penghibur

Cenderamata dan Sijil Jalinan buat wakil Syarikat PTS Event & Exhibitions.

Pemenang Busana Terbaik Guru bertemakan Cerita Dongeng Melayu Klasik.

Sesi fotografi sebagai kenang-kenangan.


Disediakan oleh:
Maizara binti Mahat

Laporan Bulan Pusat Sumber Sekolah (Minggu 1)

Tarikh pelaksanaan  :  2 Oktober - 6 Oktober 2023

1. Sesi persekolahan    :  Sesi Pagi

Alhamdulillah... jutaan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk dijalankan pada minggu pertama Bulan Pusat Sumber Sekolah dapat direalisasikan dengan sempurna.

Bingkisan memori yang dirakam pada minggu pertama Bulan Pusat Sumber adalah seperti berikut:

Bengkel Melukis Kartun yang diadakan di Dewan Perdana SKTPP

Lawatan ke Ujana Ilmu - 'Dari Mata Turun ke Hati'

Diharap agar murid-murid SKTPP sentiasa menjejakkan kaki ke Pusat Sumber Sekolah. Galilah seberapa ilmu di sini dan gunakanlah kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin.

Jom Beli Buku; Murid-murid PPKI sangat gembira membeli buku

Book Truck yang berada dalam kawasan sekolah sepanjang minggu, mulai 3/10/2023 (Selasa) hingga 6/10/2023 (Jumaat)

2. Sesi persekolahan    :  Sesi Petang

Berikut dikongsikan foto-foto yang diambil sepanjang minggu pertama Bulan Pusat Sumber sesi petang:

Jualan sesi petang bermula jam 1.00 petang di Dewan Putra.



Murid-murid begitu teruja untuk membeli buku pilihan hati masing-masing.


Antara hasil pembelian buku yang turut dikongsikan oleh pembeli.

Aktiviti Prasekolah ~ Pra Orkid dan Pra Tanjung

Murid-murid prasekolah dibimbing untuk melakukan aktiviti menghias kulit buku. Mereka telah dibimbing oleh guru-guru prasekolah iaitu Puan Azizah binti Ab Hamid dan Puan Saliza binti Mohd Osman.  Hasil kreativiti murid-murid prasekolah seperti di bawah.






Aktiviti Tahun 1 : 'Tampannya Hamba'

Pertandingan mewarna dan melabel pakaian rasmi sekolah.  Aktiviti ini adalah kolaborasi Pusat Sumber dan Panitia Seni Visual.

Kelas 1 Jersey

Kelas 1 Lycra

Kelas 1 Organza

Kelas 1 Polyester

Kelas 1 Rayon

Kelas 1 Satin

Kelas 1 Viscose


Aktiviti Lawatan ke Pusat Sumber : 'Dari Mata Turun Ke Hati'

Murid-murid telah dibawa ke Pusat Sumber Sekolah oleh guru matapelajaran yang terlibat untuk melihat sendiri keadaan dan suasana di Pusat Sumber.  Di Pusat Sumber pula, guru yang bertugas akan menerangkan dengan lebih terperinci tentang setiap sudut dan bahan bacaan yang terdapat di sana.

Murid-murid kelas 1 Rayon mendengar penerangan oleh Cikgu Amalina.

Kelihatan murid-murid 1 Viscose terpesona dengan keadaan di Pusat Sumber.

Aktiviti membaca di dalam kelas : 'Jom Teroka 10 minit'

Aktiviti ini pula dijalankan di dalam kelas masing-masing selama 10 minit.  Setiap guru matapelajaran meluangkan masa bersama murid-murid untuk membaca apa jua jenis buku yang terdapat di dalam kelas tersebut.  Antara gambar kenangan yang dikongsikan oleh guru-guru.









Setakat ini dahulu perkongsian minggu pertama bagi Bulan Pusat Sumber Sekolah.  

Laporan blog  disediakan oleh:

Faridatul-Akmal binti Ismail dan Maizara binti Mahat
AJK Posting Blog
Bulan Pusat Sumber SKTPP Tahun 2023.

Laporan Bertugas Minggu Ke-26 (Sesi Petang)

Tarikh: 2 - 6 Oktober 2023

Kumpulan bertugas: Kumpulan B

Tema warna: Hijau

Senarai guru bertugas:

  1. Mohd Hadri bin Ag.Idris
  2. Suriyana binti Nanyan@Salim
  3. Afandi bin Mohd Zin
  4. Nor Holwani binti Yahaya
  5. Nur Wahidatuldinah binti Hassan
  6. Nur Saadah binti Ab Halim
  7. Ranjiny A/P Rajah
  8. Ummu A'thiah binti Hashim
  9. Saliza binti Osman
  10. Nornadzirah binti Abdul Rahim
  • Perhimpunan ditangguhkan kerana cuaca tidak mengizinkan.
Ringkasan aktiviti sepanjang minggu ini:

Ketibaan murid-murid di pagar A dan B

Penyuraian murid-murid ke kelas masing-masing

Penyampaian sijil dan hadiah Murid Contoh 3S

Antara aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung sempena Program Bulan Pusat Sumber SKTPP
Jualan buku Syarikat PTS dengan kerjasama Ujana Ilmu SKTPP




Pelancaran Bulan Pusat Sumber Sekolah 2023 juga telah diadakan pada Jumaat,6 Oktober 2023. Berikut gambar-gambar kemeriahan majlis.

Sesi perasmian

Gimik

Persembahan nyanyian dan tarian

Sesi bergambar buat kenang-kenangan

Begitulah berakhirnya minggu ke-26 pada kali ini. Semoga semua aktiviti dapat memberi manfaat  dalam memperkasakan JERIS murid-murid kita.