... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, March 13, 2026

Program Bulan Dakwah, Ihya' Ramadan dan Tabung Kasih Ramadan 2026/1447H

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Bulan Ramadan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketakwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadan al-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah pelajar dan warga sekolah.

 

  1. Objektif Program Bulan Dakwah, Ihya' Ramadan dan Tabung Kasih Ramadan 2026/1447H adalah seperti berikut: 

·       Meraikan kedatangan bulan Ramadan yang disyariatkan berpuasa.

·       Memperbanyakkan amalan-amalan sunat di bulan yang diberkati.

·       Memberikan pengalaman yang berguna kepada para pelajar dengan suasana majlis di bulan Ramadan.

·       Merapatkan hubungan sesama murid, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah.

 

  1. Pelaksanaan Program

Lokasi:

·       Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

·       Bilik Darjah

·       Kediaman Murid (Pertandingan Atas Talian)

Tarikh: Februari – Mac 2026 (sepanjang bulan Ramadan)

Sesi: Pagi dan Petang

 

  1. Atucara Program

Bil.

Aktiviti

Sasaran

Tarikh Pelaksanaan

1.

Peluncuran Ihya’ Ramadan

Semua murid dan guru

23 Februari 2026

2.

Tadarus Al-Quran (Al-Quran di hatiku)

Murid Tahap 2

23-17 Mac 2026

3.

Tabung Kasih Ramadan

Murid Tahun 1-6

Sepanjang Ramadan

4.

Daie Cilik

Murid Tahap 2

Sepanjang Ramadan

5.

Majlis Bacaan Yassin

Murid Tahap 2

Setiap Jumaat

6.

Kuiz Ramadan

Murid Tahap 2

Prasekolah

PPKI

Waktu Rehat, Waktu PdP Pend. Islam

7.

Pertandingan Mewarna

Murid Tahap 1

Prasekolah

PPKI

Waktu PdP Pend. Islam

8.

Pertandingan Khat

Murid Tahun 3 (Terbuka)

Dalam Talian

9.

Pertandingan Tilawah Al-Quran

Murid Tahun 3 (Terbuka)

Dalam Talian

10.

Pertandingan Lagu Berunsur Ketuhanan e- SOLO

Murid Tahap 1

(Terbuka)

Dalam Talian

11.

Pertandingan Nasyid

Murid Tahap 2

(Terbuka)

4-5 Mac 2026

12.

Pertandingan Tilawah Al-Quran

Murid Tahap 2

(Terbuka)

Dalam Talian

13.

Pertandingan Khat

Murid Tahap 2

(Terbuka)

Dalam Talian

14.

Pertandingan Hafazan

Murid Tahap 1 & 2

10-12 Mac 2026

15.

Penutup Ihya’ Ramadan/ Majlis Khatam AL-Quran

Murid Tahap 1 & 2

18 Mac 2026


   
  1. Pengisian Aktiviti

Tahap 1

Bil

Aktiviti

Tujuan

1.

Peluncuran Ihya’ Ramadan

  • Memberi pendedahan kepada murid berkaitan Ramadan dan bulan puasa yang bakal menjelma.

2.

Tabung Kasih Ramadan

  • Memberi peluang kepada murid untuk menyumbang walaupun dalam jumlah yang kecil, sekaligus melatih mereka menjadikan sedekah sebagai satu amalan rutin.
  • Mengumpul dana untuk diagihkan kepada murid-murid dari kategori asnaf dan anak yatim bagi membantu mereka menyediakan keperluan Ramadan dan Syawal.
  • Mengukuhkan hubungan kasih sayang dan kebersamaan antara murid, guru dan warga sekolah.
  • Melahirkan rasa syukur dalam kalangan murid.

3.

Kuiz Ramadan (Prasekolah / PPKI dan Tahap 1)

  • Melihat sejauh mana kepekaan murid terhadap Ramadan al-Mubarak.
  • Mengasah minda serta menambahkan thaqafah para murid.

4.

Pertandingan Mewarna (Prasekolah, PPKI dan Tahap 1)

  • Memberikan keseronokan dan kegembiraan kepada murid Prasekolah, PPKI dan Tahap 1 tentang suasana Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelma.

5.

Pertandingan Khat Tahap 1 (Terbuka- dalam talian)

  • Memberi pendedahan tentang penulisan Khat kepada murid.
  • Meningkatkan kemahiran murid dalam penulisan khat.

6.

Pertandingan Tilawah Al-Quran Tahap 1 (Terbuka - dalam talian)

  • Mencungkil bakat dan melahirkan lebih ramai Qari dan Qariah yang boleh berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.

7.

Pertandingan Hafazan (Tahap 1)

  • Menyemarak minat menghafaz melalui semangat pertandingan.

8.

Pertandingan Lagu Berunsur Ketuhanan e-SOLO Tahap 1 (Terbuka)

  • Memupuk kecintaan dan penghayatan kepada seni hiburan islam yang berunsurkan dakwah.
  • Mencari pelapis yang boleh mewakili sekolah.

9.

Penutupan Ihya Ramadhan

  • Mengeratkan ukhwah di antara warga SK Taman Putra Perdana
  • Satu keperluan kerohanian yang perlu dilakukan dalam bulan Ramadan.
  • Sebagai agenda tahunan sekolah di bawah Panitia Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Musalla Raudatul Ilmi.

 

Tahap 2

Bil.

Aktiviti

Tujuan

1.

Peluncuran Ihya’ Ramadan

  • Memberi pendedahan kepada murid berkaitan Ramadan dan bulan puasa yang bakal menjelma.

2.

Tabung Kasih Ramadan

  • Memberi peluang kepada murid untuk menyumbang walaupun dalam jumlah yang kecil, sekaligus melatih mereka menjadikan sedekah sebagai satu amalan rutin.
  • Mengumpul dana untuk diagihkan kepada murid-murid dari kategori asnaf dan anak yatim bagi membantu mereka menyediakan keperluan Ramadan dan Syawal.
  • Mengukuhkan hubungan kasih sayang dan kebersamaan antara murid, guru dan warga sekolah.
  • Melahirkan rasa syukur dalam kalangan murid.

3.

Tadarus Al-Quran

  • Memperbaiki bacaan Al-Quran kepada yang lebih baik dari semua aspek terutamanya tajwid.
  • Memberi fokus kepada murid untuk dapat menyempurnakan bacaan Khatam al-Quran dalam satu bulan Ramadan.

4.

Dai’e Cilik

  • Membentuk sikap berani dalam kalangan pelajar untuk menyampaikan tazkirah.
  • Menyampaikan info berkenaan Ramadan kepada warga sekolah.

5.

Majlis Bacaan Yaasin

  • Membentuk kerohanian murid menghayati bacaan Yaasin agar dipermudahkan segala urusan.

6.

Kuiz Ramadan

  • Melihat sejauh mana kepekaan murid terhadap Ramadan al-Mubarak.
  • Mengasah minda serta menambahkan thaqafah para murid.

7.

Pertandingan Khat Tahap 2 (Terbuka- dalam talian)

  • Memberi pendedahan tentang penulisan Khat kepada murid.
  • Meningkatkan kemahiran murid dalam penulisan khat.

8.

Pertandingan Tilawah Al-Quran Tahap 2 (Terbuka – dalam talian)

  • Mendidik murid untuk melazimi dan mencintai Al-Quran
  • Mencungkil bakat dan melahirkan lebih ramai Qari dan Qariah yang boleh berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.

9.

Pertandingan Hafazan (Tahap 2)

  • Menyemarak minat menghafaz melalui semangat pertandingan.
  • Melatih murid untuk dapat menghafaz terutamanya bagi surah-surah lazim di dalam Al Quran.
  • Mencari pelapis yang dapat mewakili sekolah ke pertandingan luar yang dianjurkan.

10.

Pertandingan Nasyid (Terbuka)

  • Memberi kesedaran dan pendedahan mengenai seni hiburan islam yang sebenar disamping menyampaikan mesej dakwah melalui lirik yang bernilai.
  • Mencungkil, mengasah dan mengetengahkan bakat-bakat baru dalam nyanyian berkumpulan dan seni muzik islam.
  • Membina keyakinan diri, disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan.

11.

Penutupan Ihya Ramadhan

  • Mengeratkan ukhwah di antara warga SK Taman Putra Perdana
  • Satu keperluan kerohanian yang perlu  dilakukan dalam bulan Ramadan.
  • Sebagai agenda tahunan sekolah di bawah Panitia Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Musalla Raudatul Ilmi.

 

  1. Momen sepanjang aktiviti dijalankan:

 


Buku Program Majlis Peluncuran Bulan Dakwah, Ihya' Ramadan dan Tabung Kasih Ramadan 2026/1447H


Aktiviti murid sesi pagi:


       

Peluncuran Ihya’ Ramadan





        

Penerima Sumabangan Tabung Kasih Ramadan


  

Pertandingan Tilawah Al-Quran





Pertandingan Khat (Terbuka – dalam talian)


          

Persembahan Nasyid (Terbuka)


        



         

Majlis Penutup, Khatam Al-Quran dan Penyampaian Hadiah

 

Aktiviti murid sesi petang:



Peluncuran Ihya’ Ramadan & Ceramah Ihya' Ramadan oleh Guru Praktikum Ustaz Shamir


Penerima Sumbangan Tabung Kasih Ramadan


       

Kuiz Ramadan yang dilaksanakan oleh Guru Praktikum, Ustaz Haziq



Pemenang Kuiz Ramadan Kategori Prasekolah


         

Pertandingan Khat (Terbuka – dalam talian)



Pemenang Pertandingan Mewarna Kategori Prasekolah


           

           

Antara Pemenang bagi Pertandingan Hafazan Tahap 1


         

         Pertandingan Lagu Berunsur Ketuhanan e-SOLO


           Persembahan Nasyid/ Lagu Ketuhanan



             

          Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

Ramadan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat Islam untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala daripada Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam bulan Ramadan.

Program ini diharapkan dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang wajib dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seterusnya untuk mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat. InshaAllah


Saturday, March 7, 2026

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE - 8 SESI 2026 (SESI PAGI)

Kumpulan: A

Minggu: 8

Tarikh: 2/3/2026 hingga 6/3/2026

Hari: Isnin

Masa: 7:30 pagi - 8:00 pagi

Tempat: Dewan Perdana

Senarai Nama Guru Bertugas :

1. Norliza binti Ali @ Yasim (K)

2. Rosmizawati binti Yusub (P)

3. Zailezah binti Sardi

4. Jamunarani a/p Bhoja Rajan

5. Khashiah binti Daud

6. Muhammad Khairul Afiq bin Jamili

7. Zairuddin bin Mohamad Kelsom

8. Nor Arzah binti Hussin

9. Nurhayati binti Mohamed Nor

10. Nurhani Atikah binti Hamizani

11. Nor Latipah binti Che Yusuf

12. Roslinda binti Mansor

13. Musaliha binti Mustafa




Salutasi: Nur Ariana Alisya binti Mohamad Syazwan (6 Tempua)
Konduktor 3 Buah Lagu: Muhammad Aiman Firas bin Mohd Sobri (6 Tempua)
Pembaca  Ikrar: Aqeel Zidane bin Zuraidi (6 Tempua)
Pembaca Doa: Muhammad Sulaiman bin Hidzir (6 Merak)





Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas : Puan Norhanim binti Ismail 

  • Kerjasama ibubapa berhenti di tempat yang betul semasa turun di pagar A.
  • Ketika melintas jalan, pandang kanan, kiri kanan baru melintas untuk mengelakkan kemalangan
  • Ketika melintas, jalan pantas bukan berlari.
  • Murid perlu hadir sebelum 7.30 pagi
  • Murid perlu terus ke dewan sekiranya sudah lambat sampai semasa pehimpunan sedang berlangsung.
  • Murid perlu mematuhi etika berpakaian, perlu kemas (lencana, tanda nama) pastikan kekemasan, rambut pendek, kuku pendek
  • Budaya murid beri salam, budaya salam perlu diterapkan semula.



Ucapan Guru Bertugas Minggu Semasa : Puan Khashiah binti Daud 

Ucapan daripada Penolong Kanan Pentadbiran Puan Azizah binti Mokhlas

  • Kehadiran ke sekolah ketika ramadhan tidak merosot
  • Jangan jadikan alasan puasa sebagai untuk tidak bersemangat ke sekolah / melakukan aktiviti yang dijalankan di sekolah.




Thursday, February 26, 2026

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA TAHUN 2026 (SESI PETANG)

  Pada 26 Februari 2026 telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Muda Tahun 2026 bertempat di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana. Majlis ini dianjurkan sebagai pengiktirafan terhadap peranan dan tanggungjawab besar yang di galas oleh pemimpin muda dalam kalangan rakan sebaya.

    Seramai 422 pemimpin muda yang terlibat terdiri daripada 175 orang Pengawas, 64 orang Pengawas Pusat Sumber (PSS), 45 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) serta 138 orang Ketua Kelas (KK) dan Penolong Ketua Kelas (PKK). Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar, Encik Mohd Izzudin bin Yoop. Penyampaian Sijil Watikah Pemimpin Muda telah disampaikan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Petang kepada semua peserta terlibat. Seterusnya, majlis ini juga diselangi dengan bacaan ikrar setiap unit yang diketuai oleh ketua unit masing-masing.

    Matlamat utama majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan rasmi kepada murid yang dilantik sebagai Pemimpin Muda Sekolah agar lebih bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. Selain daripada itu, ia juga untuk membentuk sahsiah, disiplin dan jati diri kepimpinan dalam kalangan murid supaya mampu menjadi contoh teladan kepada rakan sebaya.

    Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil sepanjang majlis berlangsung.


                                          Puan Nik Rosmaliza dan Puan Khalidah selaku pengacara majlis.

     Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Hafiz

                                                                           Ucapan daripada Guru Besar

                                                            Pemimpin Muda Pengawas menerima sijil watikah

                                                              Pemimpin Muda PSS menerima sijil watikah

                                                              Pemimpin Muda PRS menerima sijil watikah

                                                            Pemimpin Muda KK dan PKK menerima sijil watikah

                                                       Pemimpin Muda Pengawas bersama guru pembimbing

                                                           Pemimpin Muda PSS bersama guru pembimbing

                                                          Pemimpin Muda PRS bersama guru pembimbing

                                                Pemimpin Muda KK dan PKK bersama guru penyelaras tahun

      

    Semoga semua Pemimpin Muda ini dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.


Laporan Disediakan Oleh,

Pn Nurazlin binti Mat Nor
                                                 


MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA TAHUN 2026

Tarikh: 26 Februari 2026

Hari: Khamis

Masa: 7.30 pagi - 11.00 pagi (sesi pagi), 1.00 petang - 4.00 petang (sesi petang)

Tempat: Dewan Perdana, Sk Taman Putra Perdana


Pemimpin Muda Sekolah yang merangkumi empat unit utama iaitu Badan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya serta Ketua dan Penolong Ketua Kelas merupakan barisan murid terpilih yang diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk memikul tanggungjawab tertentu. Mereka berperanan sebagai wakil kecil sekolah dalam membantu melancarkan serta memperkukuhkan pengurusan dan pelaksanaan pelbagai aktiviti sekolah. Setiap unit ini dipantau dan dibimbing oleh guru-guru yang dilantik sebagai penasihat dengan matlamat membentuk jati diri, sahsiah serta kepimpinan berwibawa agar dapat menjadi contoh teladan kepada murid lain. Sehubungan itu, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan ini dianjurkan sebagai pengiktirafan terhadap peranan dan tanggungjawab besar yang digalas oleh pemimpin muda dalam kalangan rakan sebaya.



Buku Program Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Muda Tahun 2026



Ucapan Aluan oleh En. Mohd Izzuddin bin Yoop (Guru Besar SKTPP)


Ucapan Perasmian oleh Yang Dipertua PIBG


Berikut merupakan gambar - gambar yang telah dirakam sekitar majlis berlangsung:


Gambar pengacara majlis


Bacaan doa oleh Encik Zurilazman bin Abdullah




Penyampaian watikah pelantikan Pengawas Sekolah 




Penyampaian watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah







Penyampaian watikah pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)




Penyampaian watikah pelantikan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas




 
Ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir, AJK PIBG, AJK pelaksana, barisan guru, ibu bapa serta murid dalam menjayakan majlis ini. Semoga barisan pemimpin sekolah yang telah dilantik dapat memikul tanggungjawab dengan sebaiknya. Tahniah dan syabas buat semua!


Wednesday, February 25, 2026

   MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM IHYA RAMADAN DAN BULAN DAKWAH 

   SK TAMAN PUTRA PERDANA  2026/1447H

Tarikh: 23 Februari 2026

Masa: 8.00 pagi

Tempat: Dewan Perdana

Sasaran: Murid Tahun 4,5,6

  Pada pagi Isnin,23 Februari 2026 telah berlangsung Majlis Peluncuran Program Ihya Ramadan 1447H semasa perhimpunan sekolah waktu pagi. Majlis ini diadakan sebagai tanda permulaaan kepada pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang bulan Ramadan bagi menyemarakkan lagi penghayatan dan pengamalan nilai-nilai Islam dalam kalangan warga sekolah

Bulan Ramadan adalah anugerah dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikannya. Amalan sunat seperti solat sunat Tarawih, Tadarus Al-Quran, Tazkirah, Iftar Jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan. Oleh itu, pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengacara Majlis Cik Nur Dalida Zakirah binti Zainol dan seterusnya ucapan perasmian oleh Guru Besar Sk Taman Putra Perdana yang menekankan kepentingan menjadikan Ramadan lapangan untuk membentuk sahsiah, disiplin dan akhlak yang lebih baik.Beliau turut mengajak semua murid dan guru untuk merebut peluang meningkatkan amalan serta memperbanyakkan ibadah sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.



Pengacara Majlis Cik Nurdalida Zakirah 


Ucapan perasmian Encik Izzuddin bin Yoop

Majlis Peluncuran disempurnakan secara simbolik dengan meletakkan tapak tangan ke skrin dan terpancar tayangan video sebagai tanda bermulanya Program Ihya Ramadan peringkat sekolah bagi tahun ini. 


Simbolik Perasmian Program Ihya Ramadan 2026

Seterusnya, Guru Penyelaras Program Ihya Ramadan telah memperkenalkan objektif serta pengisian program yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadan. 



Guru Penyelaras Program Ihya Ramadan

Objektif Program

Program Ihya Ramadan dianjurkan bagi:

1. Meraikan kedatangan bulan Ramadan yang disyariatkan berpuasa.

2.Memperbanyakkan amalan-amalan sunat di bulan yang diberkati.

3.Memberikan pengalaman yang berguna kepada murid dengan suasana majlis di bulan Ramadan.


Program sepanjang Ramadan

Pengisian Program Sepanjang Ramadan

Sepanjang bulan Ramadan, pelbagai aktiviti telah dirancang,antaranya:

  • Tadarus Al-Quran(Al-Quran di hatiku)
  • Tabung Kasih Ramadan(Musalla Raudatul Ilmi)
  • Daie Cilik
  • Majlis Bacaan Yassin
  • Kuiz Ramadan
  • Pertandingan Nasyid
  • Pertandingan Tilawah Al-Quran
  • Pertandingan Khat
  • Pertandingan Hafazan
Diharapkan Program Ihya Ramadan ini dapat dilaksanakan dengan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. Moga warga sekolah dapat merebut peluang keemasan untuk meningkatkan ketakwaan,memperbaiki diri dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Semoga Ramadan kali ini memberi seribu keberkatan dan menjadi titik perubahan ke arah yang lebih baik.

"Ramadan dihayati, Sahsiah disemai, Ukhwah diperkukuh".