... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, May 10, 2026

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-22 SK TAMAN PUTRA PERDANA 2026


PUCHONG, 10 Mei 2026 – Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah berjaya menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-22 bertempat di padang sekolah. Temasya sukan yang bermula seawal jam 8:00 pagi ini telah berlangsung dengan lancar dan meriah, melibatkan penyertaan seluruh warga sekolah serta sokongan padu daripada ibu bapa.

Kejohanan tahunan ini diadakan bertujuan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi akademik dan sukan, di samping memupuk semangat kesukanan, disiplin, dan kerjasama berpasukan dalam kalangan murid.

Atur Cara Pembukaan dan Majlis Perasmian

Majlis bermula seawal jam 8:00 pagi dengan ucapan alu-aluan daripada pengacara majlis, diikuti dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Selangor. Bagi memberkati majlis, bacaan doa telah dipimpin oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif dan upacara bacaan ikrar kejohanan oleh wakil atlet sekolah disempurnakan.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Encik Mohd Izzuddin bin Yoop, Guru Besar SKTPP. Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-22 ini telah dirasmikan secara gilang-gemilang oleh En. Mohd Zarir bin Mohd Sultan, Pengurus Marsha Corporation Group, yang kemudiannya disusuli dengan gimik pelancaran yang menarik.

Sebelum acara sukan bermula, para hadirin telah dihiburkan dengan dua persembahan yang bertenaga iaitu:

  • Persembahan Taekwondo

  • Persembahan Senamrobik

Majlis pembukaan diakhiri dengan perarakan kontinjen rumah sukan keluar dari padang bagi memberi laluan kepada acara yang dipertandingkan.

Kemeriahan temasya sukan ini tidak hanya terhad kepada murid-murid. Pada jam 10:30 pagi, suasana padang semakin gamat dengan acara sukaneka guru dan ibubapa yang melibatkan acara larian 50 meter individu. Acara ini jelas memamerkan semangat kesukanan dan hubungan akrab antara pihak sekolah dan komuniti penjaga.

Upacara Penyampaian Hadiah

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah. Selain hadiah untuk sukaneka guru dan ibu bapa, pihak sekolah turut menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Pasukan BSMM SMKPP atas bantuan dan sokongan perkhidmatan sepanjang kejohanan berlangsung.

Debaran kemuncak terjawab apabila senarai pemenang anugerah utama diumumkan:

  • Olahragawan Harapan: Muhammad Alfatih bin Saiful Hafni - 2 Emas (Rumah Jebat)

  • Olahragawati Harapan: Arianna Rose binti Roslan - 2 Emas (Rumah Lekiu)

  • Olahragawan Sekolah: Muhammad Aisy Harith bin Mohd Husairi- 1 Emas (Rumah Tuah)

  • Olahragawati Sekolah: Hajar Nur Safiyya binti Mohd Hishamul Bakri- 1 Emas (Rumah Lekir)

Kedudukan rasmi keseluruhan rumah sukan bagi tahun 2026 adalah seperti berikut:

  • 🏆 Juara Keseluruhan: Rumah Lekir

  • 🥈 Naib Juara Keseluruhan: Rumah Tuah

  • 🥉 Tempat Ketiga Keseluruhan: Rumah Lekiu

  • 🏅 Tempat Keempat Keseluruhan: Rumah Jebat

  • 🏅 Tempat Kelima Keseluruhan: Rumah Kasturi

Berikut merupakan gambar sepanjang Kejohanan Sukan Tahunan ke-22 berlangsung:






















Penutup 

Kejohanan ini telah mendapat penyertaan aktif daripada semua murid dan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengenal pasti bakat-bakat baharu yang berpotensi mewakili sekolah dalam sukan olahraga pada masa akan datang.

Diharapkan kejohanan ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan penambahan acara yang lebih menarik dan mencabar, demi menyemarakkan lagi semangat kesukanan dalam kalangan warga sekolah.

Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada warga SK Taman Putra Perdana, ahli jawatankuasa pelaksana, barisan PIBG, ibu bapa, serta murid-murid yang telah bersama-sama menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-22 ini.

“Bersukan Membentuk Sahsiah, Melahirkan Juara”


Disediakan oleh:

Nor Saadah binti Ab Halim

Nur Zainon binti Mohd Razalli




Monday, April 27, 2026

Program Kem Cemerlang Jawi SK Taman Putra Perdana Siri 1 / 2026

Mata pelajaran Jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak KBSR sehingga KSSR.  Semenjak tempoh itu, tahap penguasaan murid dalam Pelajaran Jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. Justeru langkah Program jQAF melaksanakan Kem Cemerlang Jawi bermula tahun 2017 akan mampu memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.  Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah.   Ia patut diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna.

Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan memantapkan lagi penguasaan Jawi murid yang masih lemah terutama aspek mengenal, membaca dan menulis Jawi dengan baik.

Selaras dengan matlamat mencapai sasaran penguasaan 100% dalam pelajaran jawi seterusnya memperkasakan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, seramai 446 orang murid tahun 2 hingga tahun 6 yang dikenalpasti belum dapat menguasai kemahiran jawi dengan baik telah dipilih untuk menyertai Kem Cemerlang Jawi Peringkat Sekolah dibawah kelolaan bersama Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab SK Yaman Putra Perdana.

BUTIRAN PERLAKSANAAN PROGRAM

Tarikh      :   25 April 2026

 Hari         :   Sabtu

Masa      :   7.45 pagi - 11.00 pagi

Tempat   :  SK Taman Putra Perdana










Semoga dengan terlaksananya program ini dapat membantu murid-murid mengaplikasi kemahiran - kemahiran yang dipelajari dengan lebih berkesan dan seterusnya kemahiran dan penguasaan jawi dapat dipertingkatkan.

Pautan Buku Program
https://anyflip.com/otrhi/dcmr/

Disediakan Oleh,
Farhana Binti Mohammad Fuzi

Saturday, April 25, 2026

🌙 SAMBUTAN HARI RAYA GURU SK TAMAN PUTRA PERDANA 2026🌙

Tarikh: 25 April 2026

Hari: Sabtu

Masa: 12.00 tengah hari – 2.00 petang

Tempat: Kantin SK Taman Putra Perdana


Pada 25 April 2026 (Sabtu), telah berlangsung Sambutan Hari Raya Guru bertempat di kantin SK Taman Putra Perdana bermula pada jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang. Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) sebagai satu usaha untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga sekolah.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis berlangsung



Buku Program 


Ucapan Perasmian oleh En. Mohd Izzuddin bin Yoop (Guru Besar SKTPP)


Ucapan Pengerusi KKGK oleh En. Zairuddin bin Mohamad Kelsom 


Ucapan & Penyampaian Cenderahati kepada Guru Berpindah iaitu Pn Shahrul Rozaini binti Jelani







📸 Sesi bergambar sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri

Majlis berakhir pada jam 2.00 petang dengan penuh kemeriahan dan meninggalkan kenangan manis buat semua warga SK Taman Putra Perdana.

Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk hubungan yang lebih erat dan suasana kerja yang harmoni dalam kalangan warga sekolah.


Laporan Disediakan Oleh,
Cik Nur Athirah Binti Kapli



Saturday, April 11, 2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG SK TAMAN PUTRA PERDANA KALI KE-22 TAHUN 2026

Tarikh  : 11 April 2026 (Sabtu)
Masa    : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP
Perasmi: En Jamilullail bin Mohd Junit (Tim. PPD Sektor Pembangunan Murid, PPD Sepang)

Buku Program


Kehadiran perasmi dan ibu bapa disambut oleh pentadbir dan JK Program.

Doa dipanjatkan untuk keberkatan majlis.


Atur cara majlis dimulakan dengan ucapan En Mohd Izzuddin bin Yoop (Guru Besar) diikuti dengan YDP PIBG dan seterusnya perasmian MAT oleh En Jamilullail bin Mohd Junit. 
Sebagai tanda terima kasih, buah tangan disampaikan oleh Guru Besar kepada perasmi.


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bermula. Tahniah kepada yang dilantik. Semoga apa yang dibincangkan memberi manfaat kepada seluruh warga SKTPP.


Di hujung majlis, dirancang khas adalah sambutan hari raya PIBG. Sambutan ini dapat menjalinkan hubungan silaturahim sesama ibu bapa dan guru-guru.
Majlis kali ini juga dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah. Tahniah kepada yang bertuah!!



Disediakan oleh,
Arzah Hussin
Nurulhuda Amirah

Wednesday, April 1, 2026

Pelaksanaan Program Minda Sihat 2016







MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-22 TAHUN 2026

Suara Anda, Masa Depan Anak - Anak

Jom ke Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG Kali Ke-22!

Anak-anak adalah aset paling berharga kita. Namun, tahukah anda bahawa kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah adalah kunci utama kejayaan mereka? Inilah masanya kita duduk bersama dan merancang yang terbaik untuk warga SK Taman Putra Perdana!

KENAPA ANDA PERLU HADIR?

🔉 Suarakan pendapat anda: Inilah platform rasmi untuk anda memberi cadangan atau usul membina demi kemajuan sekolah.

👋 Kenali guru dan pentadbir: Peluang untuk beramah mesra dengan warga pendidik yang mendidik anak kita setiap hari.

💡 Tahu perkembangan terkini: Dapatkan info terus mengenai projek, fasiliti dan program kebajikan murid yang sedang dirancang.

✨ Sokongan moral: Kehadiran anda adalah tanda sokongan padu kepada komuniti sekolah.

🎁 Cabutan bertuah: Hadiah cabutan bertuah untuk para hadirin yang bertuah.

BUTIRAN MAT PIBG KALI KE-22

        🗓 Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu)
        🕗 Masa: 8.30 pagi
        📌 Tempat: Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana



PENTING: Jangan lupa isi jawapan kehadiran dan usul anda melalui pautan Google Form sebelum atau pada 5 April 2026 (Ahad). Kehadiran anda amat kami hargai.


Perubahan kecil bermula dari keprihatinan kita hari ini. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada penggerak kecemerlangan sekolah dan anak-anak kita! Jumpa di sana!