Tarikh : 2 Ogos 2010
Masa : 6.00 – 6.30 petang
Guru Bertugas
: Puan Zabedah (K)
: Puan Norazah
: Puan Hasmawate
: Puan Ummi Maslinda
: Puan Nurazlin
: Encik Illias
Laporan perhimpunan:
1. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian dikendalikan oleh Puan Salmi. Acara menaikkan bendera dilakukan oleh badan beruniform Bulan Sabit Merah.
2. Bacaan doa oleh Muhammad Afham Syahir b. Muhd Shahrin (4 Linux)
3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Puan Ummi Maslinda dan Ikrar Murid oleh Muhammad Zulhilmi b. Zainol (4 Unix).
4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas : Puan Arnny Yusnita
4.1 Elakkan dari bermain untuk menghindarkan diri dari kemalangan.
4.2 Larangan mengusik barang-barang kawan yang berada di dalam bilik-bilik khas.
4.3 Bersama menjaga harta benda sekolah.
4.4 Larangan bermain dengan barang-barang hak milik kantin.
4.5 Penggunaan buku keluar-masuk solat kurang memuaskan - murid di harapkan supaya rajin
menunaikan solat.
5.LAWAD
BM – MISTERI bermaksud sesuatu peristiwa atau perkara yang tidak dapat dijelaskan.
BI – CULTURE bermaksud budaya.
ARAB – KITABUN bermaksud buku.
6. Ucapan Puan Arzah (Guru Bimb. & Kaunseling) :
6.1 Folio Kerjaya – Murid-murid tahun 4 digalakkan menyertainya.
7. Ucapan Guru Bertugas : Puan Ummi Maslinda
7.1 murid dinasihati agar tidak bermain di lobi dan kawasan tempat letak kereta bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
7.2 murid juga diingatkan supaya hanya membeli makanan di kantin sekolah.
7.3 Aktiviti / Program Bulan Kemerdekaan anjuran Panitia Sivik & Panitia Kajian Tempatan
sepanjang Bulan Ogos - Semua murid digalakkan menyertai semua aktiviti yang dianjurkan.
7.4 Program Nilam - Semua murid dikehendaki menghantar Buku Nilam yang lengkap dan merekodkan 20 buah buku ke atas kepada Pn. Zabedah mulai 2/8/10 - 7/8/10.
7.5 Program Kitar Semula - Pemenang bagi bulan Julai ( Kutipan Kotak Minuman):
1. Tahun 1 Savvy (4.4kg)
2. Tahun 3 Tiung (3.4kg)
3. Tahun 4 Midori (3.1kg)
7.6 Kutipan derma bagi kematian ibu kepada adik Nur Azizah Bt Izham (Tahun 4 Xenix) - murid-murid boleh menyumbangkan derma bagi kutipan yang akan dijalankan.
Perhimpunan tamat pada pukul 6.30 petang.
Monday, August 2, 2010
Latihan Pasukan Robotik



Seramai 6 orang pelajar akan mewakili sekolah dalam pertandingan robotik peringkat negeri Selangor di Pusat Sains Negara esok pagi. Mereka dibimbing oleh En. Mazlan yang merupakan salah seorang bapa kepada pelajar sekolah ini. Cikgu Padzli menjadi guru yang bertanggungjawab membawa pasukan sekolah.Ahli pasukan terdiri daripada:
- Sanjay Devadas
- Raimi Ridzuan
- Muhammad Nabil Ahnaf Mahmud
- Muhammad Syazwan Sarif Kamal
- Muhammad Afeef Mazlan
- Mohammad Faizal Anuar
Terima kasih kepada PIBG yang membiayai pembelian robot tersebut
Laporan Perhimpunan Pagi Minggu Ke 28 (Sesi pagi)
Masa : 7.45 - 8.50 pagi
Guru Bertugas :
1. Puan Suhaizan (K)
2. Puan Nahdatul Shima
3. Puan Nik Kamisah
4. En. Musriduan
5. En. Hamidi
Laporan perhimpunan:
Murid beratur dataran perhimpunan biasa. Agenda perhimpunan adalah seperti berikut :
1. Bacaan doa oleh pengawas bertugas.
2. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. 5 orang murid, wakil dari Unit Pengakap yang menjalankan tugas menaikkan bendera.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh En. Hamidi dan Ikrar Murid oleh Ketua pengawas.
4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Maimunah) :
4.1 Puan maimunah menegur pelajar untuk beratur ketika membeli makanan di kantin.
4.2 Beliau juga memperkatakan berkaitan para pelajar tahun 6 yang tidak mempunyai alat tulis sendiri.
4.3 Turut disentuh berkaitan disiplin murid tahun 6 yang semakin merosot walaupun peperiksaan UPSR semakin hampir.
4.4 Murid tidak mengamalkan nilai-nilai murni yang dipelajari setiap hari contohnya salam semasa bertemu guru atau pelawat.
4.5 Terdapat segelintir murid yang ponteng sekolah.
4.6 Pada waktu perhimpunan, para pelajar tidak mendengar arahan guru untuk beratur dengan senyap, terutamanya murid tahun 6.
4.7 Puan Maimunah menjemput Guru Besar untuk menyampaikan sijil kepada kelas terbersih mingguan:
Tahun 1 - Myvi
Tahun 5 – Alamanda
Tahun 6 - Aurum
5. Ucapan guru bertugas (En. Hamidi b. Abu) :
5.1 En Hamidi memberikan peringatan agar murid tidak bermain-main atau berlegar –legar di kawasan tapak perhimpunan semasa rehat. Murid boleh menggunakan laluan di koridor kelas untuk bergerak jika ke bilik khas.
5.2 En Hamidi juga mengumumkan guru-guru yang bertugas sepanjang minggu ini.
5.3 Guru bertugas menjemput murid Nur Eleya bt. Zainal Abidin yang telah menyertai Pertandingan Bintang Kecil 2010 Anjuran RTM untuk membuat persembahan nyanyian lagu “Anggapanku” yang pernah dipopularkan oleh Ziana Zain.
5.4 Guru Besar dijemput untuk menyampaikan trofi dan sijil penyertaan.
6. Ucapan Guru Besar – Encik Sukimin bin Juki
6.1 En. Sukimin menerangkan tentang kecerdasan pelbagai bagi setiap murid serta mengajak murid terlibat aktif dalam aktiviti yang dapat meningkatkan keupayaan diri pelajar.
6.2 Beliau juga memberitahu bahawa setiap minggu ketiga setiap bulan seorang atau sekumpulan murid akan di jemput untuk membuat persembahan dihadapan tapak perhimpunan.
7. LAWAD
7.1 En. Hamidi membacakan perkataan LAWAD pada hari ini.
BM – Misteri yang merupakan fenomena yang tidak dapat diterangkan
BI – Bedroom yang bermaksud bilik tidur
ARAB –“Kitabun” yang bermaksud buku.
Perhimpunan tamat pada pukul 8.50 pagi.
Sekitar Pertandingan Choral Speaking
Pasukan sekolah bergambar ramai
Mark of Triumph in 4th Annual Inter-Primary School English Choral Speaking Competition
Pada hari Sabtu yang lalu, 31 Julai 2010, pasukan Choral Speaking sekolah, Mark of Triumph yang terdiri daripada 37 orang murid Tahun 4 telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pasukan yang dibimbing oleh Pn. Norazian Anuar dan Pn. Azura Mustafa telah bertanding di East End Concourse, Lower Ground Floor Subang Parade. Mereka telah menyampaikan persembahan yang bertajuk Idiosyncrasies of Malaysians dengan begitu baik, yakin, bersahaja dan ceria sekali di tengah-tengah kesibukan orang ramai yang membeli-belah.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada ahli pasukan, guru pembimbing, ibubapa dan semua yang memberi bantuan dan sokongan. Walaupun sekadar mendapat sguhati namun persembahan yang dipamerkan begitu hebat dan patut dipuji.
Saturday, July 31, 2010
Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Selangor
Tarikh : 3 Ogos 2010
Hari : Selasa
Masa : 9 pagi
Tempat : SMK Seri Puteri Cyberjaya
Pihak sekolah akan menghantar 2 team seramai 6 orang. Semua dijemput hadir untuk menyokong dan menyaksikan pertandingan ini.
~semoga kejayaan milik kami~
Thursday, July 29, 2010
PENGESAHAN KELULUSAN PENEMPATAN TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2011
Surat kelulusan penempatan telah diposkan kepada tuan/puan. Urusan pengesahan penempatan bermula pada 1.8.2010 hingga 30.8.2010.
Tindakan:
1. Sila bawa bersama Sijil Lahir asal anak dan surat kelulusan penempatan semasa membuat pengesahan. Tanpa sijil lahir asal pengesahan penempatan tidak dapat dibuat.
2. Tuan/puan dikehendaki mengisi borang yang disertakan dengan selengkapnya.
i. Borang Tanda Nama
ii. Borang Maklumat Murid
Pada masa pengesahan tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM 22.50 untuk bayaran:-
i. Tanda Nama - RM 5.00
ii. Tanda Nama Sementara - RM 1.00
iii. Fail Peribadi - RM 2.50
iv. Fail Display - RM 8.00
v. Buku Adab Belajar - RM 3.50
vi. Buku Peraturan Sekolah - RM 2.50
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Tindakan:
1. Sila bawa bersama Sijil Lahir asal anak dan surat kelulusan penempatan semasa membuat pengesahan. Tanpa sijil lahir asal pengesahan penempatan tidak dapat dibuat.
2. Tuan/puan dikehendaki mengisi borang yang disertakan dengan selengkapnya.
i. Borang Tanda Nama
ii. Borang Maklumat Murid
Pada masa pengesahan tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM 22.50 untuk bayaran:-
i. Tanda Nama - RM 5.00
ii. Tanda Nama Sementara - RM 1.00
iii. Fail Peribadi - RM 2.50
iv. Fail Display - RM 8.00
v. Buku Adab Belajar - RM 3.50
vi. Buku Peraturan Sekolah - RM 2.50
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
PROGRAM SAMBUTAN MAJLIS ISRA' MIKRAJ
SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan majlis Isra' Mikraj peringkat sekolah. Program ini di laksanakan oleh panitia agama islam SKTPP, didalam majlis ini juga diadakan pertandingan tulisan jawi tercantik, pertandingan menyiapkan kolaj, menjawab soalan berkaitan dengan isra'dan mikraj dan pelbagai lagi. Aktiviti ini di jalankan semasa P&P Pendidikan Islam.

murid tahun empat sedang menjawab soalan mengenai isra' mikraj

murid-murid sedang menjawab soalan

murid-murid sedang menyiapkan kolaj
murid tahun empat sedang menjawab soalan mengenai isra' mikraj
murid-murid sedang menjawab soalan
murid-murid sedang menyiapkan kolaj
Wednesday, July 28, 2010
Anugerah Khidmat Cemerlang
Semalam, 27 Julai 2010 telah berlangsung majlis APC tersebut bagi Daerah Sepang bagi tahun perkhidmatan 2009 di Sekolah Seri Puteri. Majlis dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor iaitu En. Sulaiman bin Wak.
Sepuluh orang dari sekolah kita telah menerima anugerah tersebut. Sekalung tahniah diucapkan kepada:
- Cik Amelia bt.Ghani
- Pn. Arjunawati bt. Ahmad Nuze
- Pn. Kwa Jin Nee
- Pn. Salwana bt. Elias
- Pn. Zaleha bt. Ramdan Mohamed
- Pn. Zainur Jimah bt. Abdullah
- Pn. Jumilah bt. Ahmad
- Pn. Zailezah bt. Sardi
- Pn. Linda bt. Adam
- Pn. Rozimah bt. Yaakob
Semoga ia menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan kerja
Subscribe to:
Posts (Atom)
