... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, July 22, 2020

Program Minda Sihat (Orientasi Pemugaran Emosi Murid Fasa-2) Tahun 1, 2, 3 & 4


Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak didik SKTPP. Hari ini, giliran murid-murid Tahun 1, 2, 3 & 4 kembali ke sekolah setelah 4 bulan bercuti akibat penularan Covid-19 di seluruh dunia. Alhamdulillah, bagi menyambut kehadiran mereka ke sekolah semula, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah merangka satu program Orientasi Pemugaran Emosi Murid kepada semua murid yang hadir ke sekolah pada hari ini.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu emosi dan sosial murid-murid  bagi membolehkan mereka mengupayakan dan membiasakan diri menghadapi kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian. Seterusnya ia berupaya mengembalikan semangat dan keyakinan mereka untuk meneruskan persekolahan dan bersosial dengan rakan mereka sesuai dengan Tema Hari Guru 2020 iaitu “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”.

Program ini telah dijalankan sepanjang sesi persekolahan hari ini, iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari untuk murid-murid Tahun 4 dan dari pukul 1.50 petang hingga 5.20 petang untuk semua murid Tahun 1, 2 dan 3.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program dijalankan


Cikgu Azlinda menyampaikan maklumat kepada murid

Cikgu Nor Arzah menunjukkan contoh cecair pencuci tangan yang boleh digunakan oleh murid-murid

Murid-murid mendengar penerangan guru sebelum membuat lembaran kerja yang diberikan

Contoh cara ucap selamat menggantikan bersalaman
Pn Nor Arzah menunjukkan cara 7 langkah mencuci tangan

Murid-murid sama-sama mempraktikkan cara mencuci tangan yang betul

Lekanya membuat aktiviti cuci tangan 

Murid-murid tekun menyelesaikan aktiviti yang diberikan

Aktiviti relaksasi setelah penat belajar

Buat aktiviti senaman ringan untuk kurangkan stress dari duduk jer..

Murid-murid Tahun 3 tekun menjawab lembaran kerja program Orientasi Pemugaran Emosi

Masing-masing dah siapkan lembaran kerja orientasi yang diberikan guru di akhir waktu sesi persekolahan hari ini


Semoga pelaksanaan program ini dapat menyuntik semangat baru kepada semua murid untuk meneruskan persekolahan dan seterusnya bersedia mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik. Dengan adanya program ini juga, diharapkan dapat menerapkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan sosial yang sangat penting dalam pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah

Laporan Mingguan (Minggu 27) - Hari Pertama Pembukaan Semula Sekolah 2020 (Sesi Petang)

Tarikh: 22 Julai 2020
Hari: Rabu
Masa: 1.00 tengah hari hingga 6.00 petang


Senarai Nama Guru Bertugas:
Kumpulan A
1. En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil (K)
2. En. Noramirulfitri bin Othman (P)
3. Pn. Nurazlin bt Mat Nor
4. Pn. Nur Malisha bt Omar
5. Pn. Nora Azean bt Che Othman
6. Pn. Salina bt Mohd Tasu
7. Pn. Fadhilah bt Talib
8. Pn. Maizara bt Mahat

9. Pn. Nor Rafini bt Othman
10. En. Afandi bin Mat Zain

11. Pn. Rabihah bt Amiruddin
12. Pn. 
Nur Azizati binti Ahmad
13. Pn. Suphasara Supranie a/p Airak
14. Pn. Halijah bt Mihat


  • Perjalanan hari pertama sesi pembukaan semula sekolah berjalan dengan lancar atas kerjasama semua guru. 
  • Sesi pembukaan semula sekolah ini adalah mengikut Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).  
  • Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 4 diarahkan hadir ke sekolah seperti pengumuman tarikh pembukaan semula sekolah oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin pada 10 Jun 2020 yang lalu.
  • Pihak SK Taman Putra Perdana mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang telah memastikan anak-anak sihat sebelum menghantarnya ke sekolah.

12.30 hingga 1.20 tengah hari.

Murid-murid memasuki kawasan sekolah melalui pintu pagar A dan pintu pagar B.
  • Para guru mengambil suhu murid di setiap pagar dan mencatat pada kertas supaya murid akan lebih ingat suhu mereka untuk diisi dalam perekodan suhu di kelas
  • Jika ada suhu murid melebihi 37.5°C, mereka akan direhatkan seketika selama 5 - 10 minit di pondok isolasi dan akan diambil semula suhu mereka.
  • Para guru juga memantau laluan pengerakan murid ke kelas.
  • Jika murid-murid ada yang sampai lebih awal, mereka akan ditempatkan buat sementara di Dewan Perdana.
  • Alunan zikir berkumandang menerusi corong pembesar suara.

Barisan pentadbir dan Pegawai PPD Sepang, Tuan Haji Ab Ghani bin Haji Hashim juga turut sama menyambut kehadiran murid-murid sesi petang.

Pegawai PPD Sepang, Tuan Haji Ab Ghani bin Haji Hashim menyambut kehadiran murid-murid sesi petang.

Murid-murid sesi petang sedang menunggu giliran untuk mengambil suhu mereka.

Murid-murid sesi petang sedang menunggu giliran dengan penuh sabar untuk mengambil suhu mereka.

Pondok isolasi untuk semakan suhu kali kedua yang dibantu oleh pengawal keselamatan.

Murid-murid yang datang awal sebelum jam 12.30 tengah hari ditempatkan sementara di Dewan Perdana.

1.20 hingga 5.50 petang.

Program Minda Sihat : Orientasi Pemugaran Emosi Murid Dalam Kebiasaan Baharu
Sasaran: Semua murid Tahun 1 - 3
Tempat: Kelas murid masing-masing
Objektif:
1. Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental
2. Mengenal pasti gejala awal yang memberi kesan kepada minda akibat pandemik atau krisis yang berlaku
3. Melaksanakan intervensi bagi menguruskan emosi dalam kalangan murid.

4. Meningkatkan kemahiran daya tindak murid dalam mengendalikan emosi.
5. Memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan diri.



Murid-murid Tahun 1 sedang khusyuk menyiapkan tugasan.
Waktu Rehat

Konsep pandu lalu, pembelian makanan diuruskan oleh pihak kantin dan dibantu oleh guru bertugas untuk mengawal pergerakan tersebut.
3.20 - 3.50 : Tahun 1

3.50 - 4.20 : Tahun 2
4.20 - 4.50 : Tahun 3


Murid-murid sedang pandu lalu membeli makanan.

Murid-murid Tahun 3 sedang pandu lalu membeli makanan.

Murid-murid yang tidak membawa bekal membeli makanan di Dewan Perdana.


Murid-murid sedang makan di dalam kelas bersama guru bertugas.

Waktu rehat murid pada normal baharu.

Waktu rehat murid pada normal baharu dan mereka dapat mematuhi SOP pihak sekolah dengan baik.

Sebelum balik

  • Kawalan pergerakan murid pulang mengikut kelas satu persatu dan murid-murid bergerak melalui tangga-tangga yang telah ditetapkan.
  • Guru-guru juga bersedia menjaga pagar A yang mana pagar tersebut untuk murid yang berjalan kaki dan yang berbasikal.
  • Manakala para guru juga mengawal pengerakan murid di pagar B bagi murid-murid yang pulang menaiki kereta, van, bas dan motorsikal.

Selamat kembali ke sekolah!
#kitajagakita
#jagajarakanda
#elak3s
#amal3c

Tuesday, July 21, 2020

Waktu Persekolahan Mulai 22 Julai 2020

Berikut adalah waktu persekolahan mulai 22 Julai 2020 seperti berikut:-


KELAS
WAKTU
Tahun 4, 5 dan 6
(Sesi pagi)
Isnin – Khamis
7.30 pagi – 12.30 tengah hari

Jumaat
7.30 pagi – 11.30 pagi
Murid Moral
Selasa & Khamis
7.30 pagi- 12.00 tengah hari
Tahun 1, 2 dan 3
(Sesi petang)
Isnin – Rabu
1.20 tengah hari – 5.50 petang

Khamis
1.20 tengah hari – 5.20 petang

Jumaat
2.20 petang – 5.20 petang

Murid Moral
Selasa - Rabu
1.20 tengah hari – 5.20 petang

PPKI
Tahap 1
(Archery/Bowling/Cricket/Petanque)

Isnin
7.30 pagi – 12.00 tengah hari

Selasa – Khamis
7.30 pagi – 11.30 pagi

Jumaat
7.30 pagi – 11.30 pagi
PPKI
Tahap 2
(Squash/Soccer)
Isnin – Rabu
7.30 pagi – 12.30 tengah hari

Khamis
7.30 pagi – 12.00 tengah hari

Jumaat
7.30 pagi – 11.30 pagi
Prasekolah
(Sesi Pagi)
Isnin – Jumaat
7.30 pagi – 11.30 pagi
Prasekolah
(Sesi Petang)
Isnin – Jumaat
1.20 tengah hari – 5.20 petang