... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, January 12, 2024

Laporan Bertugas Minggu Ke-38 (Sesi Petang)

Tarikh    : 8 Januari 2024

Guru Bertugas    : Kumpulan B


Senarai Buru Bertugas Kumpulan B:

1. Ustaz Mohd Hadri bin Ag Idris

2. En. Afandi bin Mat Zain

3. Pn Suriyana binti Nanyan@Salim

4. Pn. Ranjiny A/P Rajah

5. Pn. Nor Saadah binti Abd Halim

6. Pn. Nor Holwani binti Yahaya

7. Pn. Nur Wahidatuldinah binti Hassan

8. Pn. Ummu Athiah binti Hj Hashim

9. Pn. Nornadzirah binti Abd Rahim

10. Pn. Saliza



Senarai Guru Bertugas


Perhimpunan Mingguan

1.0) Nyanyian, bacaan doa dan bacaan ikrar.
  • Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
  • Bacaan doa dipimpin oleh adik Muhd Iyadh Qayyim bin Mohd Izham(3 Tempua)
  • Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan dipimpin oleh Ustaz Hadri.
  • Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Ahmad Aryan Zakwan bin Sarifuddin.



Bacaan doa oleh adik Muhd Iyadh Qayyim bin Mohd Izham(3 Tempua)

 Bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya


Bacaan ikrar murid oleh adik Ahmad Aryan Zakwan bin Sarifuddin (3 Tempua)


2.0) Laporan guru bertugas minggu 37 disampaikan oleh Pn. Azizah binti Abdul Hamid.
  • Murid perlu menjaga kebersihan kelas dan kawasan sekitar sekolah. Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
  • Murid diingatkan tidak berlari dan bermain di dalam surau sekolah.
  • Murid diingatkan agar tidak berebut-rebut ketika membeli makanan. Murid juga tidak dibenarkan makan di Dewan Perdana dan Dewan Putra.


Laporan guru bertugas Pn. Azizah binti Abd Hamid

3.0) Ucapan Guru Bertugas disampaikan oleh Ustaz  Mohd Hadri bin Ag Idris.
  • Bercerita tentang Tokoh Ilmuan Islam; Ibnu Sina
  • Murid diingatkan agar sentiasa menjaga disiplin ketika berada di sekolah.
  • Murid juga diingatkan agar tidak berlari atau melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kecederaan.
4.0) Ucapan Penolong Kanan Petang, Pn. Rohaya binti Rosdi.
  • Pn. Rohaya mengingatkan murid agar sentiasa menjaga diri, tidak merayau-rayau ketika waktu belajar dan tidak membuang sampah merata-rata.
5.0) Penyampaian medal bagi Kejohanan Maestro Little League Super 10. 
       Senarai murid yang terlibat ialah: 

                1. Mohd Khairul Nazim bin Azmi ( 3 Kasawari)
                2. Amsyar Rizqin bin Ahmad Junaidi (2 Rayon)
                3. Adib bin Abdullah ( 2 Porsche)
                4. Mohd Darwish bin Mohd Husairul (3 Enggang)
                5. Muhd Aidil Habib bin Khairuddin(2 Daihatsu)
                6. Sufi Nur khadijah binti Mohd Rusdi (3 Merpati)




6.0) Perhimpunan bersurai pada pukul 1:45 petang


Berikut dikongsikan suasana persekolahan pada sesi petang sepanjang minggu bertugas kumpulan B.






Wakil PRS dan Pengawas Sekolah yang bertugas

Pengagihan Al-Quran kepada murid tahun 3 pada hari Khamis (11 Jan 2024)


Majlis penyampaian sijil bagi Program 3S (Senyum, Salam dan Sapa) pada Jumaat (12 Jan 2024)


Disediakan oleh:

Pn. Suriyana binti Nanyan@Salim
Guru Bertugas Kumpulan B

Thursday, January 11, 2024

Program Alam Menengah 2023/2024

Program Alam Menengah telah berjaya dilaksanakan khas buat semua murid Tahun 6 iaitu calon-calon yang bakal menjejakkkan kaki ke sekolah menengah pada bulan Mac 2024. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan dan persediaan awal berkaitan alam menengah yang akan murid-murid Tahun 6 hadapi nanti. Semoga pengetahuan dan pendedahan awal berkaitan alam menengah ini akan memberi kefahaman dan gambaran awal kepada murid-murid dan boleh membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. 

Berikut merupakan maklumat berkaitan program:
Tarikh: 11 Januari 2024
Hari: Khamis
Masa: 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana
Anjuran bersama:
1) Unit Bimbingan dan Kaunseling
2) Unit Peningkatan Tahun 6
Penceramah Jemputan
1) Puan Siti Juliana binti Mohamed, Kaunselor SMK Putra Perdana
2) Puan Che Eaida binti Che Omar, Kaunselor SMK Putra Perdana 

Pautan Buku Program: Sila klik di sini

Lensa kamera yang sempat dirakamkan sepanjang aktiviti berlangsung: 






Penceramah menyampaikan hadiah kepada peserta yang dapat menjawab soalan kuiz

Tahniah kepada para peserta yang dapat menjawab soalan kuiz 





Laporan yang sama mengenai Program Alam Menengah 2023/2024 dalam blog Bimbingan dan Kaunseling SKTPP, sila klik di sini.
Terima kasih.

Disediakan oleh:
AJK Fotografi dan Posting Blog
Puan Juli binti Mahbah
Encik Wan Faizol bin Wan Mat

Monday, January 8, 2024

Orientasi Tahun 1

 


Kepada

Ibu bapa/ penjaga

Murid- murid Tahun 1 2024

Tuan, 


TAKLIMAT IBU BAPA DAN ORIENTASI TAHUN 1 2024


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Taklimat Ibu Bapa dan Orientasi Tahun 1 2024 seperti ketetapan berikut:


Tarikh: 27 Januari 2024 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat: Dewan Perdana

Pakaian murid: Seluar sukan, tshirt putih dan berkasut


Sekian, terima kasih.


Pentadbir 

SK Taman Putra Perdana.

Friday, December 15, 2023

Kejohanan Kriket Piala Juara-Juara Sekolah Rendah Negeri Selangor 2023

Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Kriket Juara-juara Sekolah Rendah Negeri Selangor bagi tahun 2023 pada 12 Disember sehingga 15 Disember 2023 bertempat di Padang Kolej Vokasional Sepang.

SK Taman Putra Perdana selaku tuan rumah dan juga jawatankuasa pengelola telah mempersiapkan tempat lebih awal bagi melancarkan kejohanan ini. Dengan kerjasama Kolej Vokasional Sepang, ahli jawatankuasa kejohanan telah mula bertugas seawal 11 Disember 2023 menyambut ketibaan para atlet yang akan menginap di asrama Kolej Vokasional Sepang.

Jawatankuasa pendaftaran penginapan sedang bersedia menunggu ketibaan para atlet

Guru pengiring sedang menguruskan pendaftaran penginapan


Para atlet sedang bersedia untuk ke tempat penginapan

Puan Fauziah menyampaikan sedikit taklimat kepada guru pengiring


Berikut adalah persiapan padang yang dikendalikan oleh jawatankuasa teknikal.




Berikut merupakan gambar-gambar sekitar perlawanan yang berlangsung selama 4 hari.







Usai perlawanan akhir, semua yang terlibat berkumpul di dewan untuk persediaan majlis penutup yang dirasmikan oleh Pn. Norfadzilah binti Rosdi, Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Selain itu juga, turut hadir En. Azlan bin Shuib, Pegawai Perhubungan Persatuan Kriket Malaysia.


Majlis diacarakan oleh Pn. Nor Rafini binti Othman

Bacaan doa pembuka majlis oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Khairul Afiq bin Jamili

Ucapan aluan pemanis kalam oleh Pn. Fauziah binti Salehoddin

Ucapan oleh En. Azlan bin Shuib, Pegawai Perhubungan Persatuan Kriket Malaysia


Ucapan perasmian penutupan oleh Pn. Norfadzilah binti Rosdi, Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan turut disampaikan oleh Pn. Norfadzilah binti Rosdi dan En. Azlan bin Shuib.

Berikut merupakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kategori perempuan.

JOHAN - SK Bandar Banting

NAIB JOHAN - SK Seksyen 9

KETIGA - SK Bukit Kuda

KETIGA - SK Taman Desa 2

KETIGA - SK Taman Putra Perdana

Penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kategori lelaki.

JOHAN - SK Taman Putra Perdana

NAIB JOHAN - SK Bukit Tinggi

KETIGA - SK Bandar Banting

KETIGA - SK Puchong Jaya 2

SAGUHATI - SK Taman Melawati

SAGUHATI - SJKT Ladang Bukit Cheraka

SJKT Ladang Kerling

Seterusnya adalah penyampaian hadiah bagi kategori anugerah-anugerah terbaik.

Anugerah Pembaling Terbaik

Muhammad Amzar bin Rashid
SK Taman Putra Perdana
(Kategori Lelaki)

Nurqhadijah Amani binti Mohd Nordin
SK Bandar Banting
(Kategori Perempuan)


Anugerah Pemukul Terbaik

Muhammad Ammar bin Rusdi
SK Taman Putra Perdana
(Kategori Lelaki)

Damia Qalesya binti Saiful Azreen
SK Bandar Banting
(Kategori Perempuan)

Anugerah Penjaga Pancang Terbaik

Qhais Muhaimin
SK Bukit Tinggi
(Kategori Lelaki)

Nor Badrisyah binti Abd Rahman
SK Bukit Kuda
(Kategori Perempuan)


Anugerah Pemain Terbaik Keseluruhan


Muhammad Amzar bin Rashid
SK Taman Putra Perdana
(Kategori Lelaki)



Raja Puteri Nur Qistina binti Raja Khairul
SK Bandar Banting
(Kategori Perempuan)



Penyampaian cenderamata oleh Puan Fauziah kepada Pn. Norfadzilah atas kesudian hadir merasmikan majlis.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.


Kejohanan Kriket Piala Juara-Juara ini telah membuka ruang dan peluang kepada semua atlet kriket untuk berusaha dalam memastikan sukan kriket ini terus subur dan mekar sebagai sukan yang berprestij dalam kalangan murid. Jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga pendidikan atas penglibatan menganjurkan program yang sangat membanggakan ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
Nor Rafini binti Othman.