... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, January 15, 2025

PROGRAM MELANGKAH KE ALAM REMAJA (MEKAR) TAHUN 2024

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera

1.Latarbelakang Program

Tarikh            : 26 November 2024

Hari               : Khamis

Masa             : 7.30 pagi hingga 10.30 pagi

Tempat         : Dewan Perdana, Terminal Muafakat, Surau dan  Terminal Terabait SK Taman Putra                                    Perdana

Sasaran        : Murid Tahun 6

2.Objektif  Program 

   i.    Membolehkan murid-murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi persediaan mereka

      berhadapan dengan situasi perubahan sebelum dan selepas aqil bal

 ii   Membantu murid memahami perasaan dan kepercayaan diri supaya boleh menghadapi perubahan

      dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial

  iii.    Berupaya menjaga kesihatan dan kebersihan diri dengan sempurna.

Program ini adalah anjuran bersama Bimbingan dan Kaunseling SK taman Putra Perdana, Panitia Pendidikan Islam , Panitia Pendidikan Moral dan AJK Tahun 6.

 Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program tersebut berlangsung:


Buku Program dan Pihak Pentadbir (Guru Besar dan PK HEM) beserta YDP PIBG


Slot 1 bersama Encik Muhamad Farid Wajdi bin Hanif



Slot 2 bersama Cik Nur Farah Athirah binti Mohd Fareh


Penyampaian Cenderahati kepada Penceramah Jemputan

Semoga program MEKAR ini memberi banyak impak yang baik kepada anak-anak didik di tahun 6 yang akan melangkah ke alam remaja yang penuh dengan cabaran. Melalui zaman remaja dengan menjaga diri serta kehormatan demi agama,keluarga, bangsa dan negara. 






 


Monday, January 13, 2025

 MAJLIS KHATAM AL - QURAN PERDANA 2024/2025

TARIKH : 10 JANUARI 2025

HARI : JUMAAT

ANJURAN: 

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB 


Majlis Khatam Al-Quran Perdana 2024/2025 merupakan program terakhir Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi sesi 2024/2025. Sasaran untuk program ini melibatkan murid tahap 2 yang telah khatam al-quran. Seramai 249 orang murid telah khatam al-quran yang melibatkan murid tahun 4 , 5 dan tahun 6.Majlis bermula seawal 7.10 pagi dengan bacaan Surah Yaasin yang di pimpin oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah.


ATUR CARA  PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA
 2024/2025

MASA

AKTIVITI / PENGISIAN

7.10 pagi 

-       Bacaan Yaasin

-       Murid dan guru berkumpul di dewan

-       Perarakan peserta khatam Al-quran 

·         Peserta Khatam Tahun 4

·         Peserta Khatam Tahun 5

·         Peserta Khatam Tahun 6

·         Barisan Pentadbir dan guru-guru

·         11 Peserta Khatam Lelaki dan 11 Peserta Khatam Perempuan Tahun 6 

(22 orang peserta di atas pentas)

8.00 agi

         Majlis Khatam Al-quran bermula

          Fatih Munabbih oleh

( Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif)


Ucapan alu - aluan pengacara majlis

Bacaan doa

Ustaz Zairuddin bin Mohamad Kelsom

 

          Ucapan YDP PIBG

En. Mohd Ali Syakran bin Ab. Rahman

 

         Ucapan Guru Besar

En. Mohd Izzuddin bin Yoop

8.45 pagi

-  Persembahan murid

 9.00 pagi 

       Penyampaian Sijil  dan Hadiah Tokoh

Anugerah Dakwah Pendidikan Islam 2024

Anugerah Sahsiah Pendidikan Islam 2024

(sesi bergambar)

        Penyampaian Plak dan Cenderahati

       Penyampaian cenderahati

Fatih Munabbih

Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

 

-Peserta Khatam Tahun 6 (atas pentas)

-Peserta Khatam Tahun 4

-Peserta Khatam Tahun 5

-Peserta khatam Tahun 6

SESI BERGAMBAR KESELURUHAN PESERTA

 

         Penyampaian cenderahati Program Kawanku 

      Al-Quran 2024/2025.

          Penyampaian Cenderahati 5 orang Ketua Bacaan Yaasin

 

10.00 pagi 

         Sesi bergambar guru-guru

10.15 pagi

-           REHAT

-          MAJLIS TAMAT

            
                      RAKAMAN LENSA SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG


Perarakan masuk peserta Khatam Al-Quran bersama barisan pentadbir


Pentas Khatam 2024/2025
AJK pentas dan persiapan tempat


Perarakan masuk peserta khatam



Majlis khatam bermula di ketuai oleh Fatih Munabbih
Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif


Peserta khatam yang terlibat


Penyampaian Tokoh Sahsiah 2024/2025 


Juruacara Majlis Khatam Al-Quran 
Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhammad Taib


Barisan guru-guru sesi pagi yang terlibat secara langsung 


Barisan AJK Pelaksana Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab


Cenderahati peserta khatam.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan  kepada Allah SWT atas segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan kerjasama yang erat dikalangan guru-guru sesi pagi. Setiap titik peluh dan tenaga mahupun idea yang diberi mudah-mudaham mendapat ganjaran disisiNYA .Inshaallah 


Sekian terima kasih.

PENYELARAS MAJLIS KHATAM AL-QURAN 
SESI 2024/2025

USTAZAH SALINA HASHIM 




Friday, January 10, 2025

MAJLIS SEJAMBAK UKHWAH, SEMEKAR MAHABBAH - PUAN FAUZIAH BINTI SALEHODDIN

 

TARIKH : 10 JANUARI 2024 (JUMAAT)

MASA : 7.30 PAGI

TEMPAT : DEWAN PERDANA , SKTPP

Pada tanggal 10 Januari 2024 (Jumaat), telah berlangsungnya Majlis Sejambak Ukhwah, Semekar Mahabbah. Ia bersempena perpindahan Penolong Kanan Kokurikulim, Puan Fauziah binti Salehoddin di atas kenaikan pangkat beliau. 

Kalau tidak kerana unggas,

Tidaklah rosak padi di sawah;

Kalau tidak kerana tugas,

Tidaklah kita akan berpisah.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu adat, itu lumrah kehidupan dan begitulah rentetan perjalanan. Walau sukar untuk ditelan tapi kaki tetap mengorak jalan selagi hayat dikandung badan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mustafid. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan titipan ucapan oleh En. Mohd Izzuddin bin Yoop, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Menyusul selepas itu, ucapan daripada yang diraikan, bekas Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Fauziah binti Salehoddin. Majlis ini dilengkapkan lagi dengan ucapacara memotong kek, seterusnya bingkisan memori yang dizahirkan dalam bentuk persembahan multimedia bersempena majlis perpisahan Puan Fauziah, hasil sentuhan kreativiti Cikgu Syahir dan Ustaz Khairul Afiq.

Agenda majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan. Kemudian, majlis disempurnakan lagi dengan sesi fotografi bersama mantan Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Fauziah binti Salehoddin sebagai kenang-kenangan.

Madah diungkap santun bitara,

Pantun dilantun mengusik hati;

Salah dan silap tutur bicara,

Pohon diampun seikhlas hati.


Akar keladi melilit selasih,

Selasih tumbuh di hujung taman;

Junjungan budi semarak kasih,

Mesra kenangan sepanjang zaman.


Kenangan-kenangan indah yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung;

Wednesday, January 8, 2025

HARI ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana akan mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 bagi sesi 2025 mengikut ketetapan berikut:-

Hari            : Sabtu
Tarikh         : 11 Januari 2025
Masa           : 7.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat        : SK Taman Putra Perdana








Oleh yang demikian, ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak tahun 1 sesi 2025 di SK Taman Putra Perdana dijemput untuk menyertai 'group rasmi' telegram SKTPP TAHUN 1-Sesi 2025 untuk mendapat maklumat terkini berkenaan hari orientasi tersebut dengan menggunakan link berikut :-


https://t.me/+QURSjhc1fvY2ZDRl



atau,

scan QR di bawah.








Paparan group rasmi telegram tersebut seperti di bawah:-






Mohon disebarluaskan maklumat ini kepada semua ibu bapa atau penjaga yang terlibat.

Terima kasih.


Disediakan oleh,
Nur Azizati binti Ahmad

 

Kejohanan Bola Sepak PPDa 

Peringkat Daerah Sepang Tahun 2024/2025

 

Pada 2 Januari 2025, telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak PPDa Peringkat Daerah Sepang melibatkan penyertaan 8 buah sekolah iaitu 

1. SK Taman Putra Perdana

2. SK Taman Putra Perdana 2

3. SK Taman Seroja

4.SK Desa Pinggiran Putra 

5.SK Bandar Baru Salak Tinggi 

6.SK Salak 

7. SK Pulau Meranti 

8. SK Sungai Merab Luar. 

Kejohanan Bola Sepak ini merupakan program yang dianjurkan bersama oleh Kelab Bola Sepak Unit Kokurikulum, Unit PPDa SK Taman Putra Perdana dan ZH Soccer Star dengan kerjasama PPD Sepang.  Kejohanan ini dapat memberikan peluang kepada setiap pasukan untuk merancang strategi bagi memperoleh sesuatu kejayaan.  Selain itu, murid-murid  yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola sepak akan dapat menonjolkan bakat mereka dalam kejohanan ini. 


Antara Objektif program yang telah ditetapkan adalah 


  • Mengeratkan perpaduan dan hubungan antara murid
  • Melahirkan peserta yang mampu bekerjasama  serta dapat  menyesuaikan diri dalam sesebuah pasukan
  • Memupuk semangat kesukanan dan disiplin diri     
  • Mencungkil bakat baru dalam kalangan murid agar dapat menyerlahkan bakat yang lebih cemerlang
Berikut adalah sedutan beberapa gambar sepanjang program berlangsung. 


Gelagat urusetia dan para peserta

Aksi perlawanan di antara SKTPP menentang SK Salak


Majlis penutupan dan penyampaian hadiah, 
En Mohd Izzuddin bin Yoop (Guru Besar SKTPP) bersama 
Datin Wan Nor Ashikin binti Abu Kassim (Pegawai Pendidikan Daerah PPD Sepang) 
dan Pn, Fauziah binti Solehoddin (GPK Kokurikulum SKTPP)


Ucapan perasmian penutupan daripada oleh Datin Wan Nor Ashikin binti Abu Kassim, 
Pegawai Pendidikan Daerah PPD Sepang



Penyampaian hadiah kepada pemenang


Aksi perlawanan di antara pasukan SKTPP menentang SK Desa Pinggiran Putra



Gelagat jurulatih pasukan 




          Bagi mengetahui dengan lebih lanjut perjalanan majlis boleh klik 
                      pada  padapautan buku program di sini https://anyflip.com/bayim/uwye/ 

                                        




Berikut merupakan keputusan penuh kejohanan:

JUARA : SK BANDAR BARU SALAK TINGGI
NAIB JUARA : SK TAMAN PUTRA PERDANA
KETIGA BERSAMA : SK DESA PINGGIRAN PUTRA & SK PULAU MERANTI



Semoga program yang telah berlangsung dapat diteruskan pada masa akan datang agar dapat membuka peluang dan ruang yang lebih luas untuk mencungkil bakat murid pada usia muda serta diharapkan dapat mengeratkan lagi jalinan persahabatan sesama murid dalam siri melebarkan slogan ”Hidup Sihat Dan Cergas Tanpa DARVIH”. 

Monday, January 6, 2025

Majlis Peluncuran Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli & Seksual

Hari ini telah berlangsung Majlis Peluncuran Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah laku Buli & Seksual bertempat di Dewan Perdana, SKTPP semasa majlis perhimpunan rasmi sekolah.

Matlamat program ini didakan adalah untuk menghapuskan budaya buli dan jenayah seksual dalam kalangan murid di semua peringkat sekolah serta menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat, harmoni, dan bebas daripada ancaman buli dan jenayah seksual. Dengan adanya program-program ini secara berterusan, diharapkan ianya mampu menanam nilai kasih sayang dan sikap saling menghormati dalam kalangan warga sekolah demi mencapai kesejahteraan dan keharmonian bersama.

Antara Objektif program ini diadakan adalah untuk :

* Memastikan Pengurusan Tertinggi KPM mendekati dan menyantuni sekolah-sekolah dalam usaha menghapuskan budaya buli dan jenayah seksual di sekolah.

* Mempromosikan aktiviti yang meningkatkan keprihatinan dan kesedaran terhadap isu salah laku buli dan seksual di sekolah.

* Menggalakkan tindakan tegas terhadap isu buli dan jenayah seksual demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan saling menghormati.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung.

Guru bertugas bersama Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) menyambut kehadiran murid di pagar A

Menyambut kehadiran murid di pagar B
Pentadbir (Guru Besar, GPK Kurikulum, GPK HEM) bersama Puan Siti Aisyah binti Idris (Ketua Penolong Pengarah Unit Sains & Matematik, Sektor Pembelajaran JPN Selangor), Pn Noranismawati binti Mohd Faudzi (Penolong Pegawai Daerah Unit Pendidikan Daerah Sepang, PPD Sepang) turut menyambut kehadiran murid di Pagar B

Tetamu VIP turut sama mengikuti acara perhimpunan rasmi mingguan 

Pembuka bicara Majlis oleh pengacara majlis adik Muhammad Hadif bin Mohd Farizz Faizzaman (6 Solaris) bersama adik Zara Nur Iman binti  Zainal (6 Solaris)

Sesi bacaan doa oleh adik Muhammad Amsyar bin Mohd Rizal (6 Windows)


Bagi mengetahui perjalanan majlis boleh klik link buku program 

Ucapan Tuan Guru Besar: En Izzuddin bin Yoop

Ucapan perasmian oleh Puan Siti Aisyah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Unit Sains & Matematik, Sektor Pembelajaran JPN Selangor)

Gimik peluncuran program

Anda boleh saksikan video gimik peluncuran di sini

Slot bersama Duta Sahsiah 

Simbol "KATAKAN TIDAK PADA BULI & GANGGUAN SEKSUAL" 

Penyampaian cenderamata kepada Puan Siti Aisyah 

Sesi bergambar beramai-ramai di penghujung majlis

Sesi jamuan VIP bersama pentadbir dikantin sekolah.

Semoga majlis yang berlangsung pada hari ini mampu membuka mata dan memberi pengertian yang lebih mendalam kepada murid-murid tentang bahaya buli dan gangguan seksual ini serta berazam untuk tidak melakukan buli juga mengelakkan diri dari dibuli.