Wednesday, April 23, 2025
MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21
Saturday, April 19, 2025
LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KESEMBILAN SESI 2025/2026 (SESI PAGI)
Kumpulan Bertugas: B
Minggu: 9
Tarikh: 14/4/2025 hingga 18/4/2025
Senarai Nama Guru Bertugas :
1. Nor Azura binti Mustafa (K)
2. Roseniza binti Setapa (P)
3. Muhammad Hasif Arham bin Sairozi
4. Nanthini a/p Nadason
5. Nurhayati binti Mohamed Nor
6. Norlida binti Othman
7. Iryani binti Ngataman
8. Ahmad Syahir bin Tohit
9. Daeng Mohd Fikri bin Eyuki
10. Junaidah binti Rus
11. Norli binti Hassan
12. Norinna binti Mohamed
13. Zaleha binti Sitam
Perhimpunan Rasmi Minggu Kesembilan
Hari: Isnin
Masa: 7:30 pagi - 8:00 pagi
Tempat: Dewan Perdana
Tema: Unit Beruniform
Murid-murid menulis perkataan L.A.W.A.D ketika perhimpunan
Majlis Sambutan Hari Raya SK Taman Putra Perdana
Friday, April 18, 2025
Aktiviti Guru Penyayang : Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025
Salam Aidilfitri..
Setiap kali menjelang Syawal, semangat hari raya turut terasa di sekolah. Suasana ceria dan meriah menyelubungi warga sekolah apabila sambutan aidilfitri diadakan bersama guru-guru, murid-murid dan AJK PIBG. Sambutan ini bukan sekadar meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi turut menjadi ruang mempererat silaturrahim, menggalakkan sikap hormat-menghormati serta memupuk nilai kasih sayang dan tolong-menolong dalam kalangan komuniti sekolah. Dengan pelbagai aktiviti menarik seperti jamuan raya dan persembahan murid Sambutan Hari Raya tahun ini menjadi kenangan manis buat semua.
| Buku Program |
Sekitar perjalanan aktiviti Sambutan Hari Raya Aidilfitri sesi pagi dan petang. Terima kasih kepada En Ali Shakran bin Ab Rahman (YDP PIBG) turut bersama-sama menyantuni anak-anak SKTPP.
Friday, April 11, 2025
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi) TAHUN 2025
Pemerkasaan Pentaksiran Psikometrik yang bermula pada Kalender Akademik 2025/2026 perlu ditadbir oleh pihak sekolah kepada semua murid Tahun 4,5 & 6 (termasuk MBPK). PPsi merupakan salah satu daripada kompenan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di semua sekolah.
Objektif pelaksanaan PPsi adalah untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi personaliti, bakat dan kecenderungan seseorang murid. Selain itu PPsi juga digunakan sebagai alat untuk mengenalpasti tret yang boleh diperkembangkan melalui aktiviti pembelajaran dalam bilik atau luar bilik darjah. Ini adalah selaras dengan hala tuju KPM untuk memastikan sahsiah kemenjadian murid secara holistik dapat diketengahkan.
Berikut jadual pelaksanaan PPsi SK Taman Putra Perdana Tahun 2025
Laporan bergambar sepanjang PPsi Tahun 5 dilaksanakan :
![]() |
![]() |
Tuesday, March 25, 2025
Program World and Quran Hour
Tarikh : 25 Mac 2025
Masa :10.00-11.00 Pagi
Program World and Quran Hour merupakan program tahunan yang dijalankan serentak diseluruh negara dengan konsep membaca Al-quran ,mendalami maksud bertadabbur dan mengamalkannya.Pada tahun ini surah yang dipilih ialah surah Al-Saff .Surah ini dibaca dan diperdengarkan sebagai sokongan meningkatkan usaha mendekatkan Al-quran dikalangan masyarakat.
Program ini dimulakan pada jam 10.00 hingga 11.00 pagi dan dijalankan di Dataran perhimpuana dan kelas masing-masing.Khalifah bacaan Al-quran pada hari tersebut ialah Ustaz Muhammad Amir Danial bin Dathran dan tadabbur surah dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Hasif Arham bin Sairozi manakala pelajar-pelajar mengikut bacaan melalui pembesar suara didataran perhimpunan bersama guru-guru didalam kelas.
Tahniah diucapkan kepada Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab kerana dapat melaksanakan program World Quran Hour dengan jayanya.
Laporan bergambar
Ustaz Hasif Arham menyampaikan tadabbur Surah Al-Saff |
Ustaz Amir mengetuai bacaan Surah Al-Saff |
Disediakan Oleh:
Murnei binti Ahmad
Saturday, March 22, 2025
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 2025/2026
Hari : Sabtu
Tarikh : 22 Mac 2025
Masa : 7:30 pagi - 12.30 tgh hari
Tempat : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana
Majlis penyampaian watikah pelantikan ini telah diadakan serentak melibatkan semua murid sesi pagi dan sesi petang yang terdiri daripada murid Tahun 1 sehingga murid Tahun 6, murid PPKI dan murid Pra Sekolah. Pihak sekolah berbesar hati menjemput ibu bapa untuk hadir bersama-sama dalam majlis ini. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada semua murid yang terpilih untuk menjadi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi tahun 2025. Selain itu, majlis ini diadakan juga untuk memberi motivasi yang membina kepada murid-murid lain agar mencontohi keperibadian pemimpin sekolah.



Ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir, pegawai perhubungan sekolah, AJK pelaksana, barisan guru, ibu bapa serta murid dalam menjayakan majlis ini. Semoga barisan pemimpin sekolah yang telah dilantik dapat memikul tanggungjawab dengan sebaiknya. Tahniah dan syabas buat semua!





















.png)





























